Selamat Datang Ke Laman Blog Che Mat Dan Che CT.

Di Sini Kami Berkongsi Segala Kisah Suka Dan Duka Kehidupan Dalam Bahtera Pelayaran Kami Sebagai Suami Dan Isteri. Semoga Perkongsian Ini Dapat Memberi Manfaat Kepada Sesiapa Saja Yang Berkunjung Ke Blog Kami. Semoga Perkara Yang Baik Dapat Di Jadikan Tauladan.

Kami Juga Berharap Semoga Laman Blog Ini Juga Dapat Membuka Pintu Persahabatan Di Antara Kami Dan Semua Blogger-blogger Di Luar Sana.

Salam Sayang Untuk Semua Yang Berkunjung Ke Laman Blog Taman Syurga Abadi
Showing posts with label Hobi. Show all posts
Showing posts with label Hobi. Show all posts

Saturday, October 16, 2010

Yang Dinanti Sampai Akhirnya



Pagi semalam saya masuk ofis lewat sikit sebab nak pegi ambik parcel kat post office. Parcel tu dari U.S. for shipment utk camera Agfa Super Silette L yang ditunggu-tunggu tu. Hehe seronok je rasa...

Lepas ambik parcel dari pos opis, singgah balik rumah dulu. Terus bukak parcel tu nak tengok macamana rupa kamera Agfa Super Silette-L tahun 1955 tu. Surprisingly camera tu dibungkus dgn sangat baik, dan bila di bawa keluar dari kotaknya, wow.. I was sooo pleased dan teruja dgn keadaannya yg masih elok dan cantik. This beauty is definitely a new gem that I will treasure most from now onwards..





Kiranya penantian yg ni dah berakhir.. tinggal satu lagi penantian.. ETA seminggu atau 2 minggu lagi.. Yang itu from England pulak.. kamera rangefinder Halina Paulette tahun 1965.

Nukilan:

Monday, October 11, 2010

Melayan Hobi Baru



Akhirnya petang tadi saya buat keputusan bulat utk ambil vintage buatan Rusia iaitu KIEV 88. Dan utk menunjukkan betapa lemahnya saya utk menangkis godaan kamera-kamera vintage tersebut, saya membawa pulang bukan setakat KIEV 88 itu saja malah saya turut membawa pulang 4 lagi kamera bersama iaitu 1 Zenit TTL yg juga buatan Rusia, 1 Nikon EM dan 2 Olympus Pen EE.














Setakat ni saya dah kumpul 11 kamera filem klasik dan Vintage. Jika dicampurkan 1 lagi iaitu Olympus Pen EE yg saya jangka akan sampai dalamasa seminggu dua lagi maka genaplah sedozen semuanya koleksi saya.

Untuk memudahkan saya melihat kesemua kamera tersebut, semalam saya beli almari pameran kaca di IKEA. Selepas saya letakkan semua koleksi tersebut ternyata dah tak ada ruang lagi jika saya nak letak lebih lagi, jadi nampaknya buat masa ini saya terpaksa berhenti setakat ini dulu.



Canon AV-1, Canon AE-1 & Canon Canonet 28



Kiev 88 & Rolleicord



Zenit TTL, OLympus Pen EE & Nikon EM



Canon EOS 5 & Canon EOS 50


Nukilan:

Wednesday, November 25, 2009

Layan Orang Baru



Setelah berhari-hari tak lena tidur malam, buah hati yg saya tunggu-tunggu akhirnya sampai juga ke riba. Alahai, macam bebudak dapat permainan baru je lagaknya saya ni. Al maklum sajalah.. cuma orang 'gila kamera' macam saya je yg paham perasaan macam saya ni hehe. Ini pun kira dah kurang sikit ni. Dulu masa muda remaja, kalau dapat kamera cenggini, mau tidur pun saya kepit kat sebelah saya hehe.

Buah hati yg baru ni agak besar bila dibanding dgn DSLR yg lama tu, macam bapak dgn anak. Bila diangkat dan digenggam pun rasa solid sangat-sangat. Tak macam EOS 1000D yg dulu. Mana taknya, 1000D tu bodynya plastic, yg EOS 40D ni pulak bodynya dibuat dari magnesium alloy. Tu yg berat cam bata je tu (nak bayar pun menggigil tangan ni hehe). Bila dah attach dgn battery grip dan lens, beratnya dah jadi 2kg. Alahai, alamat lenguhlah lengan saya kalau shoot lama-lama nanti. Tapi.. itu pun kalau ada masa nak berekspresi dgn gear baru ni. Kalau dok busy memanjang, maknanya bertapa kat dalam dry cabinet ajelah buah hati baru saya ni hehe.





P/S - Mahal sungguh nak menyara hobi fotografi ni, tapi dah minat saya ke situ, nak buat macamana.. ye tak :)

Nukilan:

Monday, June 29, 2009

Sireh Pulang Ke Gagang



Inilah aktiviti saya semalam iaitu membeli hadiah utk diri saya dan juga isteri saya. Untuk CT ialah sebuah PSP, manakala utk saya pula ialah DSLR. Setelah agak lama saya tinggalkan bidang fotografi, akhirnya saya kembali juga ke hobi 'tangkap gambar' ini. Bezanya, dulu saya dalam era filem. Tapi kini saya masuk ke era digital pula. Suatu penghijrahan yg agak jauh namun sebenarya amat mudah bagi saya. Manakan tidak. Sewaktu di era filem dulu, bila nak ambil gambar yg cantik saya kena 'sukat' dulu pencahayaan menggunakan light meter. Lebih-lebih lagi kalau nak ambil studio potret. Kadang2 terpaksa shoot menggunakan polaroid dulu utk preview bagaimana hasilnya nanti. Tapi di era digital ni segala-galanya terlalu mudah. Cuma point dan shoot dan hasilnya akan terpapar pada skrin kamera. Kalau tak cantik boleh dipadam dan shoot lagi. Senang sungguh. Dan ini akan sangat memudahkan hobi saya kini. Saya tak perlu bersusah payah utk menjaga lighting seperti dulu lagi. Kini saya boleh memberikan lebih tumpuan pada compose dan teknik. Maklumlah.. Zaman dah berubah.. Dunia dah maju. Namun demkian, segala pengetahuan, pengalaman dan teknik yg saya pelajari dizaman era kamera filem dulu akan saya aplikasikan utk kamera baru saya ini. Gembira tak terkira rasanya dapat memulakan semula hobi yg sangat menyeronokkan ini.




Percubaan memindahkan gambar dan menggodeh fungsi2 kamera


Sementara tunggu kek masak, CT boleh main game dulu.


Inilah SLR lama saya. Sudah lama 'disisihkan' namun masih berfungsi dgn baik.

P/S - Bila nak mula shoot ek. Gian pulak rasanya.

Nukilan:

Monday, January 12, 2009

Percubaan Membuat Kuih-Muih Pulak



Buat kuih2 kat atas ni sume untuk suami dan anak2.. penangan angin rajin dan pengaruh kawan2 chef kat bloglah yang buat aku duk buat sume ni hehehe.. Kenapa? coz suka dan minat memasak tetiba jer macam dah mula berakar dalam diri aku ni. Kalau dulu memang malas nak duk buat kuih2 ni.. maklum ler kalau pagi duk bantai roti bakar n jemput2 jer senangggg kehkehkeh.. Tapi berkat kerajinan dan keikhlasan masak2 ni sume, kuih2 yang aku buat tu semua menjadi dan sedap2 sume nya.. ni kes masuk bakul angkat sendiri erk hehehe.

Smlm aku buat karipap @ epok epok, org Johor panggil epok epok ler. Resepi karipap daging ni dari normak.tk tapi pagi tadi dah habis buat sarapan pagi hehehe. Tgh hari nya lak Mat Gebu bagi resepi Rich Cocoa Puding.. memang senang nak buat tambah2 sedap lak tu.. sebelum masuk esbok aku dah bedal dulu kehkehkeh.. jangan mare lahhh. Suka sgt2 lah kat kawan2 ni sume tak lokek ngan resepi kan.. sayanggg you all tau hehehe. Petang dah nak masuk magrib aku masih sempat lagi buat kuih lapis berkaler2 lagi U.. aku terbekenan kat kuih tu di blog Mat Gebu.. dia punya color buat hati aku nak buat gak haaa.. Tapi resepi Kuih Lapis Nyonya ni aku cilok dari blog K.Jun lak hehehe cuma tukar color jer dah macam pelangi tak cukup sifat hehehe.. Tak apa lah kan yang penting rasanya sedap dan bole buat sarapan pagi kan.. Jom kita layan kuih aku ni ehh layannnnn

Nukilan:

Saturday, January 10, 2009

Cooking 'versus' Hobbies




Minat untuk mencuba Cream Karamel Berlapis akhirnya berjaya juga. Walau pun sebahagiannya tak menjadi coz belum 5 minit lg aku dah terjah lapis no 3 hehehe.. tak apalah walau pun ada cacat sikit tapi memang best tau rasanya.. my laling pun puji " memang sedap lah" lain kali bole buat sendiri tak payah beli hehehe. Ternaik tocang Cik Ct kita ni tau.. senyum jgn cakap ler dah terlebih keluar dr telinga huahuahua. Kalau nak resepi ni bole ler ke blog Fiza Nordin yer. Kasi promote sikit yer Fiza, mesti tengah sengeh jer Fiza tu, tangkiu banyak2 lah coz kasi k.ct ni pandai memasak yer kihkihkih lain kali bole buat lagi. Yg kat bawah tu pulak, bekfes utk pagi nie.. jemput2 roti ikan bilis, diambil dari webpage Hanieliza.. Ayat yang akhir macam biasa lah yer.. kita layannnn






Yang ini adalah minat aku bila kat rumah tau.. Challengging Word Find Puzzles tapi sume dah abis aku buat sampai ke malam bila dah syok sgt. Tapi tak ler sampai lupa dunia.. bila time free2 jer baru buat bendalah ni. Biasa lah kadang2 rasa bosan duk kat umah sorang2 tak ada benda lain nak buat, aku beli lah buku ni banyak2. Harganya pun tak lah mahal sgt pun satu buku RM 6.50 sen jer.. bergantung pada besar atau kecik dan ketebalan buku tu jer. Kalau dah minat apa aje aku sanggup buat, tak ada rasa jemu. Mungkin ada antara kau orang yang punya minat macam ni.. tapi rasanya tak ramai kot. Lagi satu buku Sudoku Puzzle.. yang ni pun aku minat gak tapi buku dia mahal sikit. Simpanan tak banyak sgt coz mahal tau kalau yang betul2 punya tebal harga dia dalam puluhan gak lah hehehe.. kena jimat lah sikit. Yang lain2 ni minat sampingan jer, layan ank2 main jer petang2 time cuti2 skola atau ada masa terluang. Sebenarnya aku tak berapa pandai sgt main Chess ni..setakat suka2 gitu jer. Tapi kalau buah karim hehehe Carrom haaa..memang minat sgt2..sampai jari ni naik merah dan sakit bila nak jentik. Anak2 pun minat gak jadi memang sesuai lah tu. Kami punya minat yang sama jer sume.. tu yang seronok kan. Sampai riuh rendah rumah bila dah anak beranak ketawa coz ada yang main tipu hehehe.. dari ayah sampai ler ker yang kecik Haqim minat main Carrom. kalau nak lawan jom dtg umah kita buat team ok.. Last sekali duit 50 sen pun sama, kami kumpul sama2 sape ada bole masuk dalam tabung botol susu. Sampaikan bila gi kedai jer aku ler yang selalu mintak duit balance 50 sen kalau ada hehehe.. patut ker gitu, kalau dah suka nak buat camana kan. Lagi satu kalau gi shopping kat Berjaya Times Square, mesen tiket parking dia memang pulangkan baki guna syiling 50 sen.. syiling baru2 dan berkilat.. lagi ler seronok hahaha. Teringat aku satu cerita "Aisyah 50 sen" pelakon yang aku minat sgt2.. Azean Irdawati pelakon airmata.. sape lah yang tak kenal beliau kan, memang berkesan cerita tu.. kesian Kak Yan kan. Kalau ada sape2 yang banyak duit 50 sen tu ingat2 lah kat teman yer hehehe. Ok lah tu jer nak kongsi cerita coz tak tahu nak cerita apa kat sini.. takut gak bersawang blog ni kalau tak di update kan. Apapun memang seronok dapat berkongsi cerita ni dengan U olls.. Gerek seyhhh !!

Nukilan:

Monday, January 5, 2009

Mengerjakan Jigsaw Puzzle

Tak ramai orang yg suka atau cukup sabar utk menyiapkan susunan Jigsaw Puzzle. Pendek kata, ada yg sangat-sangat suka dan ada pula yg sangat-sangat tidak suka.. CM pula berada digolongan yg tengah-tengah iaitu bergantung kepada mood dan keadaan.

Semasa kami join Msjbox camping hari tu, Hadiah yg CM dapat dalam acara Gifts Exchange adalah Jigsaw Puzzle 1000 keping gambar kasawari. Eh silap.. Bukan gambar kasawari tetapi gambar mickey mouse and friends. Huhuhu.. bole kecut biji mata CM kalau nak susun puzzle 1000 keping ni.. Mood tengah tak berapa rajin pulak tu.. macam mana nak buat yer..

Nasib baiklah isteri dan anak-anak tersayang semuanya suka menyusun puzzle.. dan setelah bersengkang mata, akhirnya dapat juga CT menyiapkan puzzle 1000 keping tersebut dalam masa 2 setengah hari dgn dibantu sekali-sekala oleh Lily. Nampaknya, kena pegi kedai frame lah pulak lepas nie utk membingkaikan puzzle tersebut.




P/S Nasib baiklah puzzle tu dapat ke tangan orang yg punyai minat utk menyusunnya. Jikalau tidak, alamat terbingkai dalam kotak ajelah hehehe.

Nukilan:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More