Selamat Hari Raya aidil fitri maaf zahir & batin, buat semua kawan2. Lama sangat tak berupdate blog ni. Banyak cerita sebenarnya, cuma tuan dan puannya saje yang malas nak bercerita.. hehehe. Gambar2 raya ni semua semasa raya pertama di rumah mak mertua CT. Bermakna dirumah my laling CM lah ni. Sempat bergambar bersama biras CT yang no 4 Puan Annie. Selepas bersalaman masing2 amik port nak bergambar sakan, termasuklah Ct juga... hehehe.
Yang ni bersama biras CT no 3 Puan Intan. Kalau tak bergambar memang tak sahlah gayanya kami semua ni kan. Mak aiiiii... slim melim jer badan Che CT ni. Maklum ler selepas berpuasa 23 hari dan bercuti 7 hari. Mana tak slimnya kan... huhuhu.
Yang ni keluarga CT dan dirumah CT juga. Tak der gambar berseorang, sebab masing2 sibuk melayan tetamu. Adik beradik lelaki CT ada yang balik kg rumah mertua. Jadi lepas tetamu balik kami pun gambar beramai2 bersama kakak2 CT, anak2 saudara serta cucu2 Ct juga. Dah ada banyak cucu dah Che CT ni... hehehe.
Masih lagi mood bergambar bersama mak mertua serta biras dan anak dara sunti CT juga. Biras no2 lom siap pakai baju raya, jadinya tak adalah gambar dia kat sini.Ini lah anak lelaki mak mertuaku, kurang satu anak no2 juga. Sebab lom siap pakai baju raya juga. "...butang baju aku mana Nor...".. heheheBersama biras2 dan juga mak mertuaku yang disayangi. Menumpang kasih pada mak mertua saja sebab mak CT dah tak ada. Sayangggg dan rinduuu kat makk!.
Acara lompat tak der kat sini, jadi acara gaya bebaslah ya.... huhuhu. SELAMAT HARI RAYAAAA....!
Nukilan: