Selamat Datang Ke Laman Blog Che Mat Dan Che CT.

Di Sini Kami Berkongsi Segala Kisah Suka Dan Duka Kehidupan Dalam Bahtera Pelayaran Kami Sebagai Suami Dan Isteri. Semoga Perkongsian Ini Dapat Memberi Manfaat Kepada Sesiapa Saja Yang Berkunjung Ke Blog Kami. Semoga Perkara Yang Baik Dapat Di Jadikan Tauladan.

Kami Juga Berharap Semoga Laman Blog Ini Juga Dapat Membuka Pintu Persahabatan Di Antara Kami Dan Semua Blogger-blogger Di Luar Sana.

Salam Sayang Untuk Semua Yang Berkunjung Ke Laman Blog Taman Syurga Abadi

Saturday, February 28, 2009

Majlis Tahlil Di Rumah Retna



Kami tiba di rumah Retna kira-kira pukul 2:50 petang hampir serentak dengan Shai. Sewaktu menjejakkan kaki dimuka pintu, ternampak beberapa wajah yg baru pertama kali kami jumpa.. Barangkali kaum keluarga dan saudara-mara Retna. Setelah beberapa ketika, tetamu yg lain dan rakan blogger mula tiba. Dan buat pertama kali juga bersua muka dgn Putri IlyaNatasha. Tak lama kemudian Junaidi, Lin & suami, Kasawari & isteri pula tiba bersama beberapa tetamu saudara-mara Retna yg lain.

Majlis dimulakan ketika jam menghampiri pukul 3:30 petang. Alhamdulillah.. Majlis selamat berlangsung sehingga keakhirnya. Semoga kesampaian pahala bacaan yaasin berserta tahlil dan doa kami dalam majlis tersebut kepada arwah-arwah yg diniatkan.. InsyaAllah.

Berikut beberapa gambar kenangan yg sempat diabadikan ketika kami semua menikmati juadah setelah majlis tamat.







P/S - Gembira bila sesekali dapat berada dalam majlis seperti ini.. kerana dalam kesibukan mengejar duniawi, akhirat juga harus dikendong sama..

Nukilan:

Friday, February 27, 2009

Tak Glamer Sungguh!

Petang tadi masa kat ofis, CT buat miss call kat henpon CM. Lepas tu dia sms tanya "Abg dah sampai kat mana?" CM terus call dia.. Bila nampak nombor ofis CM naik kat screen henpon dia, dia taulah yg CM masih kat opis.. Lepas tu tanya "Abg balik kul baper nanti?" CM jawab "Maybe jap lagi kot.. ada apa ayg?"... "Takde apa.. cuma nak mintak tolong sket"... "Tolong apa?" CM tanya dia balik... "On the way balik nanti bole tak Abg singgah kat kedai Pak Abu, tolong belikan telur gred B sepuloh bijik".... "Urmmm.. Ye lah" jawab CM...

Tapi dalam hati berkata.. alamak, pakai smart2.. kene bawak plastik beg berisi telor pulak. Kalau ternampak dek anak dara nanti, jatuh saham aku.. mesti depa kata.. "apa yg abg bujang tu jinjing tu ek?" hok aloh.. tak macho lah cam ni.. hukhuk.. Alahai.. Takperlah.. demi isteri tersayang.. Hehehe..




P/S - Lenkali kena standby bawak beg yg 'macho' sket... senang nak 'cover' kalo kene suruh beli telor lagi.. hehe..

Nukilan:

Monday, February 23, 2009

Blog Masakan CT

Image Hosted by FileHive.com

Setelah lama terbengkalai, akhirnya hari ini dengan rasminya dilancarkan blog masakan CT yg diberi nama 'Dari Dapur CT'. Sebenarnya blog CT tu sebelum ini digunakan sebagai blog testing dan blog back-up sahaja. Namun setelah difikir-fikirkan ada baiknya blog itu dikhususkan utk dipostkan dgn semua entri masak-masak CT jadi lebih mudah utk berkongsi resepi. Dan sebagai menepati konsepnya sebagai blog masakan, CT akan sertakan sekali resepi dan cara masakan secara detail disetiap entri di blog tersebut.. tidak seperti sekarang dimana diblog ini CT hanya meletakkan link sahaja. Sekian... Happy Cooking!


Nukilan:

Saturday, February 21, 2009

Jom Karaoke Bersama Haqim !



Kami rakam lagu yg Haqim nyanyi kat dalam video tu sewaktu Haqim berusia 3 tahun lebih. Masa tu CM, CT dan Haqim tengah bergurau, berborak dan bergolek-golek kat atas katil belum hendak tidur lagi. Dan pada masa tu Haqim suka sangat menyanyi dan dia sangat cepat menghafal senikata apa-apa pun lagu yg didengarnya terutamanya lagu kanak-kanak. Setiap kali dia nyanyi, kami suka sangat-sangat melayannya sebab sebutannya yg pelat tu dan kebetulan pula masa tu CM sempat rakam nyanyian dia kat dalam henpon. Sampai ke hari ni boleh dengar bila rindu pada kenangan Haqim semasa kecik.

Nukilan:

Ampon Tuanku

Kanak-kanak zaman 70'an dan awal 80'an ni banyak sungguh permainan dan gurauan kasar yg unik. Dan salah satunya berkait rapat dengan tajuk di atas. Sebenarnya entri ini dikarang atas permintaan budak panjang dan budak tembam semasa kami berchatting di msjbox semalam. Ada-ada saja mereka berdua ni. Pantang melihat saya senang sedikit pasti ada saja sesuatu yg mereka minta utk dibuat. Akan tetapi oleh kerana saya tidak buat apa-apa pagi ini, saya tunaikanlah permintaan mereka berdua tu. Maklumlah mereka ni masih kanak-kanak mumaiyiz.. takut menangis pulak nanti jika tidak dilayan.

Permainan atau gurauan kasar yg saya maksudkan itu dikaitkan dgn suatu istilah iaitu 'suntut' atau 'sontot' yg sering diungkap oleh budak tembam itu. Tetapi tiba-tiba saja budak tembam itu bertanya kepada saya semalam, "sontot tu apa?". Terkedu saya utk menjawabnya. Pertamanya kerana, mungkin maksud istilah dia dan saya berbeza. Keduanya, agak sukar utk menggambarkannya secara lisan. Namun setelah saya berfikir sejenak saya mendapat idea utk menggambarkannya secara lisan.. dan berikut adalah snapshot jawapan saya kepada beliau semalam.

Dapatkah anda semua menggambarkannya? Namun yg pasti, gurauan tersebut dipraktikkan dimana2 saja di waktu itu terutama sekali sewaktu di dalam kelas, di kantin sekolah dan pelbagai tempat lagi malah masjid dan surau juga tidak terkecuali.

Sangat nakal kanak-kanak zaman itu kan? Dan gurauan mereka juga sangat kasar. Namun itulah keunikan zaman tersebut yg masih kekal nostalgia kepada kami.

Apa-apa pun, saya harap budak panjang dan budak tembam tu berpuas hati dgn entri ini bagi menjelaskan lebih mendalam tentang istilah suntut dan 'AMPON TUANKU' saya semalam.

Tapi amaran saya kepada anda berdua, Don't do this at home OK. Permainan ini hanya utk kanak-kanak yg sangat kecil. Anda berdua adalah kanak-kanak besar. Jadi.. Jangan cuba-cuba nak buat yer. Jika tidak saya repot kat polis nanti.. eh bukan.. kat tok kadi.



P/S - Kepada budak panjang itu, awak buatlah entri starlite pulak lepas ni. hehe..

Nukilan:

Friday, February 20, 2009

Udang Black Pepper & Vadei




Mari.. mari.. jom kita makan sampai konyang yok!
tapi nasi you all kena bawak sendiri2 lah ya hahaha. Hari ni punya menu banyak simple dan emm... sedap tau. Aku suka sangat2 sebab bahan2 sume dah ada dalam esbox. Menu untuk petang ni aku buat Vadei@Magelek resepi dari blog Kak Jun, tapi disebabkan blender aku pecah kenalah menumbuk secara manual kacang dhal tu penat ohhh.. kueh hindustan ni mmg aku suka sangat2.. lebih2 lagi kalau makan ngan lada hijau, perghh.. memang pijor ler mulut pas makan tu hahaha. Dulu2 pun dah pernah buat kueh ni tapi saje nak buat lagi ari ni utk makan2 sambil duk kat balkoni hehehe. Untuk menu dinner lak aku buat sup sayur resepi sendiri :) dan aku tambah dgn menu Udang Black Paper resepi dari Maklang Azie di Resepi.Net Emm.. mmg yummy! nak2 makan ngan nasi panas terus berpeluhlah jawabnya hehehe. Terima kasih pada Maklang Azie sebab berkongsi resepi ni. Cuba la resepi udang tu yer... memang best, sbb dah rasa dulu hahaha.. jom layannnnnn

Untuk resepi Vadei@Magelek, slik klik sini ->
Untuk resepi Udang Black Pepper, slik klik sini ->

Nukilan:

Thursday, February 19, 2009

Abuk-abuk & Ayam Goreng Percik Berkuah




Sebenarnya hari ni memang tak der mood nak buat apa2.. tak tau lah nape tah.. mungkin sebab cuaca panas sangat kot.. Tapi bila pikir-pikir yang perut ni kena diisi juga, jadi gagahkan gak ler memasak. Kang anak2 ngan my laling tak makanlah pulak.. sian kan hehehe. So terhasillah resepi seperti kat atas ni utk menu minum petang dan makan malam iaitu Kuih Abuk-abuk dari resepi Hanieliza & Ayam Goreng Percik Berkuah dari MyResepi.com.. Dan disebabkan kerajinan aku tu, untuk entri kali ni my laling tolong C&P kan resepinya.. tq sayang muahhh! jom layannn..


Resepi Kuih Abuk-abuk

Bahan-bahan:-
300 gms sagu biji
1 cawan sedang gula melaka (dah di potong kecil) atau gula merah
1/2 biji kelapa parut (buang kulitnya)
Beberapa helai daun pisang di potong persegi
secubit garam,
beberapa helai daun pandan [masukkan dalam air dalam kukusan]


Caranya:-
1. Sagu di lalukan air di atas tapisan, kemudian biarkan sebentar
2. Masukkan kelapa parut bersama garam secubit gaul hingga rata
3. Buatkan daun pisang saperti kelonsong kacang putih dan masukkan sagu separuh daun.
4. Masukkan ketulan gula melaka atau gula merah kemudian masukkan sagu biji tadi dan gaul lagi bersama kelapa tersebut.
5. Lipatkan kelonsong daun pisang dan letakkan dalam kukusan.
6. Kukuskan selama 30 minit atau masak.


Resepi Ayam Goreng Percik Berkuah

Bahan A
1 ekor ayam (dipotong sederhana) - dilumurkan kunyit, garam & digoreng (jgn terlampau garing)


Bahan B (digiling/tumbuk halus)
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 batang serai (dititik)
15 tangkai cili kering (dikisar)
1 biji kelapa (diambil santannya)
asam keping (4-5 keping)
gula & garam secukup rasa


Cara-cara
1. Mula-mula gorengkan ayam dan ketepikan
2. Kemudian tumiskan bahan B hingga wangi
3. Masukkan 2 sudu besar cili kisar & serai dan tumiskan hingga naik minyak
4. Masukkan santan, ayam goreng, asam keping
5. Masukkan juga garam & gula secukup rasa
6. Masakkan dengan api perlahan sehingga kuah pekat & hidangkan



Nukilan:

Wednesday, February 18, 2009

Nasi Mentega & Telor Masala




Hari ni tekak teringin nak makan nasi mentega... sebab teringat hari tu nampak kat blog sape tak ingat lah. Cari punya cari akhirnya jumpa kat umah Inahar. Emm apa lagi terus jer CnP arr hehehe. Dapat gak aku merasa nasi mentega ni, bukan nya ngidam ker apa... cuma nak merasa jer. emmm... memang lemak berkerim dan disukai anak2 hehehe. Tq inahar memang sedap lah pulak... tapi tak tau nak lawan ngan lauk apa lak? Tercari2 kat buku resepi... Last2 jumpa pulak resepi Telur Masala kat blog Noreen. Dah kena lah tu, coz hanya stok telur jer yang banyak kat umah ni... apalagi...Terus aje lah buat bising kat dapur pagi2 lagi. Dan... oleh kerana perut belum sampai lunch dah berdangdut, siap je masak aku pun apalagi.. tak tunggu lama terus jer makan hehehe...burrrpppp.. dah kenyang dah alhamdulillah... Tapi macam biasa lah yer aku ni terlampau rajin nak menaip resepi ni... so aku letakkan link jer ehh... minta ampon pada tuan punya resepi yer...kita layan jer lah yer :-)

Untuk resepi Nasi Mentega, sila klik ->
Untuk resepi Telur Masala, sila klik ->

Nukilan:

Tuesday, February 17, 2009

Kacang Mahoni Untuk BondaRock



Walaupun ada gambar seperti sejenis kacang kat atas tu, tapi sebenarnya entri kali ni tak der kaitan ngan makanan yer puan2 semua. Yg sebenarnya saje nak tunjuk pada rakan bloggerku iaitu Bondarock@Dilla yang kebetulan inginkan petua untuk anak dia supaya 'bercerai' dari botol susu katanya... So aku hanya sekadar ingin berkongsi petua jer. Sebenarnya gambo kat atas ni adalah gambar 'kacang Mahoni', yang mana kacang Mahoni ni tersangat ler pahit dan secara tradisional juga diguna sebagai ubat untuk penyakit darah tinggi. Itu yang bapak aku bagi tau ler. Mana dia dapat kacang tu pun aku tak tau hehe... Tapi aku pernah cuba2 rasa sebijik 'Kacang Mahoni' ni dulu... pahitnya mak oiiii... sampai melekat kat lidah tak moh hilang sampai rasa nak termuntah sbb pahit sangat2. Rupanya kena gigit sikit jer dari sebijik kacang tu sebab rasa pahitnya tu. Dan aku gunakan kacang tu utk buat Haqim 'bercerai' dengan susu cap badan dulu. Masa tu umur dia dah tiga setengah tahun tapi masih nak breastfeed... so CM pun cadangkan guna kacang tu dengan membasahkan kacang tu dan sapu kat 'botol susu' tu... dan selepas berhari-hari diamalkan, terus Haqim stop dari breastfeed sebab 'botol susu' tu dah tak sedap lagi kerana pahit dan bertukar ke susu tepung pulak. Memang berkesan tapi kesian lak tengok dia time tu. Muka poyo jer. So, mungkin Dilla boleh cuba cara nie juga kot?

P/S - Tapi tak tahulah pulak kat KL nie mana nak cari kacang nie.

Nukilan:

Monday, February 16, 2009

Buat Kuat Sikit Yer Encik Laksamana






Cuba perhatikan apa yang my laling ni buat erk.. nak curi besi penutup parit ker? hehehe mana ada.. cuba tgk dan perhati kan betul2.. tak ker dah terperosok 'kayu' penutup parit depan pagar tu. Pagi semalam ler time nak gi pasar tani, tayar keta terbenam dalam tu, kayu pengalas bawah tu dah reput dan patah, tu yang penutup kayu tu termasuk. Ni semua gara2 'si pencuri besi' ler. Habis berderet2 penutup parit kat area umah ni hilang tau! geram sgt2 kat pencuri besi ni, nasib baik time dia amik tu org sume dah lena tido. Kalau tak.. harus kena perambat bior mampus. Nak dijadikan cerita CM ganti kan penutup parit tu ngan kayu yang baru dan tahan sikit. Mulanya nak buat pagi time balik dari pasar tani, tapi cuaca panas sgt so terpaksa ler tunggu sampai petang bila dah redup sikit. Masa CM ngan Haqim tengah khusyuk bertukang tu, aku curi2 amik gambo ni hehehe... Bole gak aku buat cerita kat blog kan :) Bini sape lah ni erk bukan nak tolong, dia ketawakan laki dia ngan Haqim tu keh3. Sambil duk tengok2 laling kita buat tu, ternampak lak pokok buah kat umah jiran sebelah tu.. pokok dia dah berbuah lah.. bila lah nak besar tu kan. Pokok pelam kat umah aku tak berbuah lagi. Tapi aku tak berapa suka sgt buah kat pokok jiran tu sebab tu bukan buah pelam tapi buah kuini. Kalau sape2 yang suka tu tempah ler awal2 nnt aku bole tolong amikkan hehehe.

P/S - Kemarin CM nak jadi Hang Tuah. Tapi semalam terpaksa jadi Hang Tukang Pulak... hehe

Nukilan:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More