Selamat Datang Ke Laman Blog Che Mat Dan Che CT.

Di Sini Kami Berkongsi Segala Kisah Suka Dan Duka Kehidupan Dalam Bahtera Pelayaran Kami Sebagai Suami Dan Isteri. Semoga Perkongsian Ini Dapat Memberi Manfaat Kepada Sesiapa Saja Yang Berkunjung Ke Blog Kami. Semoga Perkara Yang Baik Dapat Di Jadikan Tauladan.

Kami Juga Berharap Semoga Laman Blog Ini Juga Dapat Membuka Pintu Persahabatan Di Antara Kami Dan Semua Blogger-blogger Di Luar Sana.

Salam Sayang Untuk Semua Yang Berkunjung Ke Laman Blog Taman Syurga Abadi

Thursday, April 29, 2010

PELANGI Senja ...



Petang tadi hujan turun sangat lebat, dengan petir dan ditambah lagi dengan angin yang kuat. Aku dah risau macamana nak amik anak aku Haqim balik dari sekola. Maklum ler aku ni nak bawak keta dalam keadaan hujan lebat ni memang lah takut. Bukan apa, sekola tu bukannya jauh sangat pun dari rumah. Tapi alhamdulillah bila time nak amik Haqim hujan dah sedikit berkurangan.

Sedang aku duduk melayan cerita Adamaya di TV3... anak aku Daniel panggil suruh tengok kat luar. Ingat apa tadi, rupa2nya ada pelangi senja. SubahanAllah..... sungguh indah ciptaan mu Ya-Allah. Aku tak lepas peluang terus capai kamera dan terus snap. Walaupun gambonya kurang memuaskan dalam keadaan yang semakin gelap. Tapi ini lah hasilnya pelangi senja dengan dua lapis lagi. Yang lagi satu dah mula berkurangan. Apa pun aku bersyukur kerana masih berkesempatan untuk melihat keindahan alam ciptaan Allah ini.

Nukilan:

Welcome To Astro B.yond!


Apa yang dibuat dua orang ni erk..?? Haaa...ni lah orang yang pasang astro kat rumah aku semalam petang. Nasib baik time aku snap gambo ni mamat2 ni tak perasan. Kalau diaorang tahu lagi lah diaorang ni suka tau. Apa tak nya lepas ni muka diaorang ni konpom ler glamour lepas masuk kat blog aku....hehehe. Opppsss!! nasib baik cuma nampak belakang jer, cover lah sikit kang kena saman lak aku sebab suka2 keluarkan muka mamat2 ni.... hehehe.


Nak tau kenapa aku berminat nak pasang Astro B.yond ni. Satu daripadanya astro yang lama ni selalu buat perangai. Bila nak tengok channel yang kita suka jer mula lah tak dapat. Hujan tak hujan tetap tak der signal.... memang hampeh betul. Geram pun ada gak, bulan2 tetap bayar tapi bila nak tengok cerita yang kita suka mesti tak dapat. Pujuk punya pujuk akhirnya my laling CM pasang gak Astro B.yond ni.... hehehehe. Yang bestnya Astro B.yond ni kita leh tengok HD (high-definition) dan ada digital sound. Tapi.... ada tapinya, kena tukar tv baru ler pas ni. Tunggu ya.... pas ni nak beli tv besor sikit, kalau besor dinding rumah lagi bagus.... hahahaha.


Agak2nya kalau beli besor macam ni melampau tak... hahahaha. Bengkok tulang belakang my laling CM nak kuar duit nanti ekekeke. Tak tergamak nak menyeksa laling aku ni kuar duit beli mahal2 tau. Tv ni sekadar hiasan jer, tak der kena mengena dengan yang hidup atau mati... hahahaha. Apa kes lak ni dah lari tajuk lak dahhhh. Apa pun aku dah berbincang dengan my laling CM akan beli tv yang kami termampu jer, jangan ikutkan hati kang cukup bulan gigit jari sendiri lah gayanya.... hehehe.

Nukilan:

Tuesday, April 27, 2010

MSJBOX : Entri Yang Akhir.


Hari yang berikutnya pada pagi Ahad, seawal 7 pagi aku dah bangun. Ingat pagi ni nak ke pasar tani di Danau Kota macam selalu lah setiap hujung minggu. Dalam bersiap2 dan anak2 sume dah bangun, dapat sms dari Lin ajak bersarapan di Restoran Pelita. Emm... bersiap lah seadanya pagi tu. Lin kata kul 10pagi jumpa disana, tapi kami bertolak dari rumah tepat2 kul 10 pagi... hehehe. Ingat kami yang terlewat, tapi masih awal rupanya huhuhu. Sampai2 saje di Pelita, Shai dah sedia menunggu. Memang cepat dan tepat betul lah Shai ni kan. Kalau buat janji dia memang orang yang terawal akan tiba. Bagus menepati pada janji dan waktu, aku suka macam tu. Sementara menunggu yang lain2 sampai, kami oder minuman dan makanan dulu. Dah kira lewat gak untuk bersarapan pagi. Jadi oder lah makanan yang berat sikit, sarapan pagi bawak lunch sekali ekekeke. Aku makan nasi goreng, my laing CM oder maggie goreng jer hehehe. Asal perut berisi alhamdulillah. Terima kasih banyak2 pada Lin dan En Sabar, tak dapat kami nak membalas budi baik mereka berdua selama ni.


Ni apa hal lak Shai ngan Lin ni... dok kolom makanan ker dalam mulut tu tak habis2 lagi... hehehe. Ambik gambo candid ni memang seronok nak2 kalau ada yang tengah korek hidung.. hahahaha. Alahh... lupa lak nak amik gambo pinggan makan sape paling banyak kat atas meja itu... hahahaha. Tau2 sudah lah kannnn. Ada orang lain kesah... huhuhu.

Gatal lak hidong ni... ni mesti lupa nak gunting bulu hidong ni... wakahkahkah. Cabutttt... kang Lin baling lesung batu!









Bila perut dah berat masing2 cari tempat nak menyandar, nasib baik tak der tempat nak baring leh sambung tido lagi... hahahaha. My laling CM ni kalau bab2 suh amik gabo payah benor nak tengok kamera. Tu mesti kontrol perut kan ayangggg... ekekeke.


Salah satu aksi yang perlu ada dalam setiap lompatan dari beep beep.... lompatan burung Kasawari... huhuhuhu.

Dah menjadi kewajiban dan kemestian, walau dimana atau kemana2 saje. Saat yang dinanti2kan oleh geng2 K.A.M.I.E. Acara melompat tunjuk perasaan atau nak melambungkan lemak2 dibadan apalagi 1... 2... 3.... lompattttttt!! hahahaha. Suka tengok aksi2 seperti ini sebelum saat2 perpisahan. Akan sentiasa rindu pada geng2 K.A.M.I.E... kamu tetap dalam ingatan, sampai jumpa lagi.

Nukilan:

MSJBOX : Tak Habis Lagi..


Sambungan dari entri semalam, sebab my laling CM semalam ada kat rumah cuti tak berapa sihat. Jadi tak bole lah duk lelama kat depan lappy kan. Muka gembira dak lily yang dapat cabutan bertuah malam tu, aku lak tak berapa bertuah sebab nombor tak naik... huhuhuhu. Tengok tu siap tayang lagi dapat maggie... hehehe. Okey lah tu merasa gak jadi Duta Maggie sekejap... hahahaha.


Ni apa kes aku pun tak berapa tahu, team MUFC menunjuk perasaan kot.... hehehe.




Haaa.... yang ni sesi melalak di kotak menjerit akan bermula. Tapi sebelum acara memanaskan badan bermula kita possing duluuuuu. My laling CM tu tengah cari lagu dalam iPhone tak tahu nak pilih lagu mana... hehehe.


Cewahhhh.... abg hijau kita tu dah mula mengasah tekak nak mula menyanyi... huhuhuhu. Are you readyyyy!!


Dak Lily tak lepas peluang mengasah bakat terpendam malam tu. Habis lagu2 frust dan tangkap leleh sume keluar hehehe. Aku... emm malas ar nak nyanyi suara tak sedap kang terus pecah gegendang telinga diaorg kang kat situ, sape nak tolong... hahahaha.

Nukilan:

Monday, April 26, 2010

MSJBOX Annivesary 5th .. Yang Hijau



Ini lah kek aiskerim yang sedap sangat2 yang dibawa khas untuk MSJBOX Annivesary yang ke 5th pada hari Sabtu yang lepas. Kenapa kek ni tak ditempah kale hijau lak erk? hehehe. Terima kasih pada Shaizhar yang sudi menganjurkan majlis ni. Meriah gak walaupun dengan sebahagian dari ahli2 Msjbox jer. Semuanya datang dengan tema hijau, cuma ada yang main terjah2 jer... tu yang baju lain dari hijau hehehe. Kali ni Sambutan Msjbox diadakan di Restoran Sate R&K setiawangsa. Sori gambo sate tak sempat nak amik dah bersih kena bedal dengan Kiki n Lily hahahaha.


Sempat lagi berposing dengan kak Norz di luar restoran sebelum kak Norz balik. Kak Norz ni maintain ayu jer kan, suka tengok bila Kak Norz ni senyum.... manis gitu.


Ini lak 3 dara pingitan... hahahaha. Bersama Puan Linda isteri terchenta En Kasawari.


Senyummmm.... Kiki n Lily. Masing2 kekenyangan makan sate dan kek.... brlupppp! ekekeke.


Berposing anak beranak sebelum bertolak ke Ampang Park untuk mengasah tekak di'kotak menjerit'... huhuhu.

Nukilan:

Wednesday, April 14, 2010

Rindu Untuk Bersama Mereka Lagi..



Rindu untuk bersama lagi dengan geng2 K.A.M.I.E ni. Walau pun ada diantara mereka yang duduk dekat dan jauh, namun hubungan kami tak dapat dipisahkan. Kalau dulu geng2 K.A.M.I.E semuanya dengan tema merah, tapi kali ini Annivesary Msjbox pula, kami akan mengunakan tema HIJAU pulak. Tak sabar untuk menanti tarikh 24hb April nanti. Semoga semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Semoga waktu tu kita diberi kesihatan yang baik2 dan sihat2 semuanya. Kita sama2 tunggu detik dan saat itu, jumpa nanti.... insyaAllah.

p/s: Dah beli ker baju hijau ni kawan2. Jangan ada yang pakai baju celoreng askar dah ler .... ekekeke. Harap2 kali ni tak der lah yang jadi 'HULK' masa annivesary msjbox tu nanti yek... hahahaha.

Nukilan:

Sunday, April 11, 2010

Aku Suka Gambar Ni.



Kenapa aku suka gambo ni...?
Sebab aku cantik kot ... miahahaha (perasan jer).

Gambo ni aku amik masa aku dengan my laling CM dan juga seorang teman blogger, Shaizhar berkunjung ke rumah seorang lagi blogger, Umi-E di Bangi. Tak ada yang istimewa pada gambo aku ni, saje jer nak tunjuk yang aku baru belajar buat photoshop editing dengan my laling CM. Ya lah kalau ada kemahuan disitu ada jalan. Jadi untuk belajar sesuatu kena lah berusaha sampai berjaya. Jadi ni lah hasilnya, cukup lah satu ni jer yang aku kongsikan disini. Rasa teruja kalau dapat belajar sesuatu yang baru yang kita sendiri tak pernah buat atau tahu sebelum ni kan. Apa salahnya kalau kita tahu sesuatu tu kita kongsikan bersama. Jangan lokek untuk berkongsi ilmu sebab semua itu hanya lah sementara, betul tak?

p/s: Nanti nak belajar buat yang lain2 lak... my laling CM kan pandai buat photo shop editing ni :)

Nukilan:

Friday, April 9, 2010

Alhamdulillah...Hujan akhirnya


Hari dah mendung bila2 saje hujan akan turun.



Alhamdulillah..... kepanasan yang berlarutan akhirnya disimbahi hujan rahmat. Terasa sejuk dan damai bila muka aku ditempiasi hujan. Bila hujan macam ni satu rahmat buat kita yang mengharapkan kedatangannya setiap waktu bila cuaca panas. Bila tengok hujan lebat macam ni aku rasa nak berlari turun bawah jer gi mandi hujan, dah macam budak kecik lak.... hehehe. Malam ni leh tido dengan lena.... sejuk dah bole tarik selimut.... ngeee

Ku panjatkan rasa syukur pada mu Ya-Allah kerana kau basahi jua bumi mu yang kering dan gersang ini.

Nukilan:

Panassss....



Sekarang ni kat KL tengah musim panas sangat2. Dah berapa hari tak der hujan, pokok2 kat pasu hampir2 layu kalau tak kena siram air. Kesian lak kalau dibiar kan kering, jadi kena lah siram hari2. Macam aku juga lah kepanasan dah tak boleh cakap dah. Duduk dalam rumah pun dah tak bole tahan, ini kan pulak kalau berjalan kat luar. Suhu dalam rumah waktu ni 35 darjah celcius. Tu yang bila keluar anto anak gi skola mesti pening kepala sampai berdenyut2. Sekarang ni hanya menanti hujan turun ke bumi, dapat sekejap pun jadi ler sejuk sikit. Kalau waktu malam lagi ler tak boleh nak tido. Harapkan kipas jer mana leh tahan berpeluh2 gak ler badan dan gelisah jer masa tido.

Badan aku pun dah beruam sana sini, dok tepek bedak dettol jer hari2 hehehe. Nak buat macam mana bukan kehendak kita nak panas kan. Nak tak nak kena lah terima cuaca sekarang ni memang betul2 panas. Cuma banyakkan minum air sentiasa bior tak kena batuk atau selsema.

p/s: Bersyukur lah apa yang telah diberi pada bumi kita ni, jangan mengeluh sangat kalau panas atau hujan. Itu semua ada hikmahnya (aku tak mengeluh cuma cakap jer... hehehe).

Nukilan:

Wednesday, April 7, 2010

Mana Satu Erk... ?



Fuuhhhh.... Mana satu yang menjadi idaman kalbu. Dah pening nak pilih sume cantik2 dan rega pun mahal2 belaka hehehe. Tapi salah satu ni akan aku kabulkan juga permintaan dihati ni. Tak yah ler nak mintak kat my laling CM. Rasa nya beli sendiri lagi puas ati kot hehehe. Tapi dalam perancangan ni, nak mintak you all pilih mana satu yang cantik. Tak pun beli 2 lah lagi senang kan...kan... ekekeke. Aku ni memang suka kumpul handbag tak kira lah besar ker kecik ker, yang penting puas hati memakai. Kalau nak kumpul dah banyak gak aku pakai dan banyak gak aku bagi derma kat orang hehehe.












p/s: Tunggu ya..... akan aku beli gak kau satu hari nanti.

Nukilan:

Monday, April 5, 2010

Kosongggg...?



Tak tau nak cakap apa......?
Tak tahu nak taip apa......?
Tak tahu nak buat apa apa dah......?
Tak tahu kenapa dan mengapa......?

p/s: Sape leh tolong aku selesaikan masalah ni...?

Nukilan:

Friday, April 2, 2010

AL-FATIHAH...


AL-FATIHAH .... Sama2 lah kita sedekahkan doa untuk arwah Meor Ahmad Fuad Meor Badri atau lebih dikenali dengan Din Beramboi. Arwah meningal pada pukul 12.30 malam tadi, dan akan dikebumikan ditanah perkuburan Islam Kepong sebelum solat Jumaat. Semoga roh arwah Din Beramboi dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang bertakwa...aminnn.

p/s: Semoga keluarga arwah Din Beramboi tabah menerima dugaan dari Allah dan banyakkan berdoa dan tabah menerima dugaan dari Allah untuk hambanya.


Nukilan:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More