Selamat Datang Ke Laman Blog Che Mat Dan Che CT.

Di Sini Kami Berkongsi Segala Kisah Suka Dan Duka Kehidupan Dalam Bahtera Pelayaran Kami Sebagai Suami Dan Isteri. Semoga Perkongsian Ini Dapat Memberi Manfaat Kepada Sesiapa Saja Yang Berkunjung Ke Blog Kami. Semoga Perkara Yang Baik Dapat Di Jadikan Tauladan.

Kami Juga Berharap Semoga Laman Blog Ini Juga Dapat Membuka Pintu Persahabatan Di Antara Kami Dan Semua Blogger-blogger Di Luar Sana.

Salam Sayang Untuk Semua Yang Berkunjung Ke Laman Blog Taman Syurga Abadi

Wednesday, May 11, 2011

Kad Dari Geng Rajin Di Dapur



Assalamulaikum... CT nak minak maaf pada teman2 sebab lambat nak publis Kad sempena Hari IBU dan Folower Award kelmarin. Baru hari ini CT sempat nak gantung kat blog CT ni. Terima kasih atas ingatan teman2 semua. Yang ini follower award istimewa dari Naz , terima kasih banyak ya Naz atas ingatan yang ikhlas buat Kak CT. Cantik sangat.. hati yang sentiasa segar dan merah membara :DD

Ini pula dari Yatiememeries @ Yatie. Terima kasih ya banyak2 atas ingatan sempena hari IBU. Maaf lah lambat sikit gantung, sebab kak ct cari paku dengan hammer tak jumpa2. Ini dah jumpa terus cepat2 gantung takut kena marah kang dengan cikgu Yatie... hihihi


Dan Yang ini pulak dari Mamanoor. Terima kasih ya mama walau pun baru mengenali namun kita dah mesra macam dah lama berjumpa, ct suka kaler beg ni. Mamanoor macam tau2 jer CT minat pink kaler... hihihi.

Okey dah selesai satu tugas, sok lusa nak masuk balik Dapur CT tu, sibuk sikit lah mana nak masak, nak mengemas nak bersihkan dapur macam2 kerja nak buat. Harap semua teman2 dapat menikmati resipi yang tak seberapanya Dari Dapur CT. Terima kasih diatas sokongan teman2 CT semuanya... sayang kamu. Muahhhh !!


Nukilan:

Tuesday, May 10, 2011

PERHATIAN : ANDA KENAL "AZMIR ADZHA"?..

Assalamulaikum.... Hari ni CT seakan terpanggil ke blog CMG ( Mat Gebu) untuk membaca kisah seorang ayah yang sedang sakit tenat dan teringin sangat untuk menemui anaknya sebelum terlambat. Jika ada sesiapa yang menemui atau terbaca kisah ni, silalah hubungi nama2 yang tertera di sini ya. Moga kita sama2 mendoakan semoga ayahanda yang sedang sakit tenat ni dapat bertemu dengan anaknya... Aminnnn.




Pada mereka2 yang mengenali "Azmir Adzha" seperti gambar di atas, sila ke blog "Kak chik Nurseroja" di sini.., dengan segera, ini kerana Ayahanda beliau sedang sakit tenat di Ward ICU PANTAI HOSPITAL, AMPANG....



Pada yang sudi, sila lah panjang2kan N3 ini, kita blogger merupakan satu komuniti jadi apalah salahnya saling membantu satu sama lain.... .Terima kasih pada Mat Gebu dari blog DTS


Nukilan:

Wednesday, May 4, 2011

Luangkan Sedikit Masa Kamu Bersamanya




Assalamulaikum ... Hari ni CT seakan terpanggil dengan satu entri dari Blog Mat Gebu ~DTS~ dan juga terus masuk blog Ben Ashaari. Menceritakan satu entri pelancaran FAMEkids. Dengan rasa yang amat perihatin CT memberi sokongan terhadap sokongan ini. Dan CT CnP jer dari Blog Mat Gebu terima kasih juga buat Ben Ashaari..

Nama saya Lyna, saya merupakan pemilik Scriptory Box di Puchong. Kami akan mengadakan pelancaran FAMEkids, iaitu sebuah kumpulan sokongan anak-anak istimewa (OKU). FAMEkids diasaskan oleh saya sendiri bersama seorang teman, Puan Watie yang juga mempunyai anak istimewa. Untuk pengetahuan anak saya mengalami kecacatan di kaki (kudung) dan tangan (kudung jari dan bertaut) manakala anak Puan Watie mengalami keistimewaan pada bahagian tangan (tangan tiada tulang).

Oleh itu kami merasakan tanggungjawab untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa golongan OKU tidak sepatutnya dipandang sebelah mata, dan memberi sokongan kepada ibu-bapa kepada anak2 OKU. Ini memandangkan masyarakat kita masih dibelenggu mitos2 tentang kecacatan yang melanda terutama kepada bayi2 yang baru lahir. Apa yang ingin kami timbulkan ialah perasaan bahawa anak2 OKU sama saja seperti anak2 lain, mereka berhak untuk mendapat peluang yang sama seperti orang lain.


Oleh yang demikian, kami amat berbesar hati sekiranya Ben sudi untuk turun memberi sokongan kepada program ini.


Details:
tarikh : 8 Mei 2011
masa : 11am-4pm (pelancaran jam 12.30)
tempat : Wisma Bling Lustre, Tmn Meranti Jaya, Puchong

Majlis ini turut dihadiri oleh selebriti seperti Farah Deeba, Najlah Ishak, Nawar Anisah, kumpulan MIrwana, Jack Dzull dan ramai lagi.

Kami amatlah mengharapkan skongan blogger2 macam bro Ben, semoga program ni dapat sambutan. harap sangat kalau bro ben tak dapat datang pun, dapatlah letak sikit dalam blog supaya orang ramai tahu kewujudan FAMEkids ni. mana la tahu dalam ramai2 pembaca blog Ben tu ada yang memiliki anak istimewa... jadi bolehlah dia turut serta. Kalau ada blogger yang berminat , bolehlah hubungi Puan Lyna di sauberlina@gmail.com atau boleh lawati mereka di http://www.scriptorybox.com/


Nukilan:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More