Selamat Datang Ke Laman Blog Che Mat Dan Che CT.

Di Sini Kami Berkongsi Segala Kisah Suka Dan Duka Kehidupan Dalam Bahtera Pelayaran Kami Sebagai Suami Dan Isteri. Semoga Perkongsian Ini Dapat Memberi Manfaat Kepada Sesiapa Saja Yang Berkunjung Ke Blog Kami. Semoga Perkara Yang Baik Dapat Di Jadikan Tauladan.

Kami Juga Berharap Semoga Laman Blog Ini Juga Dapat Membuka Pintu Persahabatan Di Antara Kami Dan Semua Blogger-blogger Di Luar Sana.

Salam Sayang Untuk Semua Yang Berkunjung Ke Laman Blog Taman Syurga Abadi

Thursday, July 29, 2010

Happy Birthday Baby....



Hari ini 29 Julai 2010 genaplah umur anak dara kesayanganku Siti Dalila @ Lily 18 tahun. Sudah besar panjang dan cantik maaaacam mama dia... hehehe. Keperitan menghitung hari di saat-saat akhir sebelum melahirkan Lily seperti masih terasa2 lagi sampai sekarang. Bila Lily dah keluar syukur alhamdulillah. Ucapan pertama yang aku lafazkan bila mendengar dia menangis.... " semoga anak mama ini akan menjadi pelindung kedua ibubapanya dan menjadi anak yang solehah"... Aminnnn.

Nama Siti Dalila ni arwah bapak mertua yang bagi. Mula2 tu kami nak bagi nama Nurfarahin, tapi bila bapak mertua kata nama Siti Dalila ni baik (petunjuk pada kedua ibubapa) kami ikut kan jer. Hadiah tuk Lily awal2 lagi dah beli, hampir sebulan yg lepas, tapi simpan ler dulu sampai time Lily balik nanti baru bagi kat dia. Kebetulan masa birthday aku hari tu Lily balik KL, jadinya aku bagilah hadiah tu terus. Tapi bagitau kat dia kena tunggu 29hb July tepat2 kul 12.01 malam baru leh bukak.... hehehe.

"HAPPY BIRTHDAY TO YOU... HAPPY BIRTHDAY TO YOU... HAPPY BIRTHDAY TO LILY... HAPPY BIRTHDAY TO YOUUU....." Muahhh... muahh... muahhh! Ayah, mama, Azree, Amir dan Haqim sayang sangat2 dan rindu kat kakak. Doa dari Ayah, mama dan adik2 semua moga kakak sentiasa sihat, ceria, panjang umur, berjaya dalam hidup dan sentiasa mendapat perlindungan dari Allah selalu hendaknya... Amin.. Aminn.. Aminnn Ya-Rabbalalamin.




Nukilan:

Thursday, July 22, 2010

Bahagianya Aku ..



Alhamdulillah.... Aku bersyukur pada mu Ya-Allah kerana memberi aku menikmati keindahan dibumimu yang aman damai ini. Sesunguhnya aku tersangat bahagia dan gembira kerana memberi aku peluang untuk terus memberi bakti kepada anak2 dan suami terchenta. Dan memberi aku kesihatan yang baik2 dan dipanjangkan umur ku juga. Hanya padamu tempat aku memohon atas kesyukuran ni Ya-Allah... Aminnnn.

Hari ni hari yang bahagia dalam hidup ku. Walau pun tarikh keramat 22hb July ni memang sentiasa aku nantikan setiap tahun. Terima kasih pada kedua ibubapa ku kerana merekalah aku dilahirkan kedunia ini. Hanya doa Al-fatihah yang dapat aku berikan setiap waktu untuk kedua ibubapa ku tanda aku bersyukur dan berterima kasih yang tak terhingga hingga kehari ni. Semoga mereka tenang disana... Aminnn.

Hari ni genaplah umurku 43 tahun, dah semakin bertambah2 usia ni kenalah mengingati pada 'Dia' yang satu. Bersyukur kerana memberi aku suami yang begitu penyayang, begitu memahami diri aku yang serba kekurangan ni. Memberikan aku kasih sayang, kesenangan yang tidak pernah mengeluh untuk memberi rezeki pada aku dan anak2 setiap masa. Sesungguhnya aku menyayangi diri mu suamiku sehingga keakhir hayatku. I Love You so much... muahhhh!!

Ini lah hadiah yang terlalu istimewa untuk ku hari ni. Kasih sayang dari anak2 dan merekalah penghibur dikala aku kesedihan dan dikala aku dalam kegembiraan. Semoga mama akan dapat memberi kasih sayang mama pada kamu semua sampai keakhir hayat mama ya sayanggggg... mama tetap sayang anak2 mama... muahhhh!


Rumah ku syurgaku... keluarga bahagia membawa kesyurga.. Aminn

Nukilan:

Saturday, July 10, 2010

Photo outing ke Jeram Sg. Tua



Dah lama giler saya tak bermain dengan kamera saya. Nasib baiklah saya simpan dalam dry cabinet. Kalau letak kat luar je dah lekat fungus agaknya. Maklumlah, busy tahap gaban.

Atas sebab tu, semalam bila kawan saya (Wan Mad, yg shoot gambar saya tengah beraksi kat atas tu dgn geng opis saya juga, Din ISD) mengajak utk outing ambik gambar ke jeram sungai berdekatan area selangor, saya tak berfikir panjang lantas terus bersetuju. Kami bertolak awal pagi dan tiba di jeram Sg. Tua lebih kurang pukul 7:45 pagi. Setibanya kami di lokasi yg dituju, kabus pagi masih lagi berbaki. Jadi dapatlah kami mengabadikan beberapa shots gambar yg mengandungi Ray of Lights yg asli. Jika berkesempatan lagi, saya pasti akan menyusul utk sesi yg kedua pula sebab itulah pengalaman pertama saya mengambil gambar scenery dalam hutan yg mengakibatkan saya rasa bercelaru dan jadi kurang kreatif utk berekspresi. InsyaAllah saya akan menyusul utk outing kedua nanti jika berpeluang sebab outing yg ini saya rasa kurang berpuas hati.








Nukilan:

Monday, July 5, 2010

Kali Kedua Ke UiTM



Cerita hari Ahad yang tertangguh nak update. Sejak2 ni memang tak der mood nak buat apa2. Nak update Blog pun dah macam tak der cerita jer nak disampaikan kat sini. Padahal banyak benda dan ada jer gambo2 yang diambil. Dah namanya malas macam2 lah nak buat helah kan... hehehehe.

Gambo kat atas ni masa melawat Lily kat UiTM hari Ahad. Bertolak pun dah pukul 10 pagi lebih kurang. Memang dah plan nak masak2 untuk Lily mula2, tapi Lily kata tak payah masak2 sangat. Kesian kat mama masak sorang2 katanya. Cukup bawakkan dia sandwich dan jajan2 cukup ler. Tapi kesian lak kalau tak bawak makan2 bila melawat dia kat sana. Nak tak nak buatkan juga lah bubur pulut hitam yang Lily nak makan sebelum dia masuk U kelmarin. Lain kali kalau nak gi sana lagi, kena bawak nasi dan lauk2 yang Lily suka bior dia makan sampai kenyang. Ada gak parents yang bawak makanan macam nak gi picnic jer.. hehehe. Alhamdulillah.... Lily sihat dan nampak sedikit susut dan putih jer duk kat sana. Nanti dah lepas2 ni naik balik lah badan dia tu. Seminggu sebelum ni Lily tak tido dengan sempurna dan masa makan tu macam kelam kabut sikit lah. Maklum ler terkejar2 masa dan dapat rehat pun bila tengah malam jer. Awal2 subuh dah nak bangun balik, tido pun hanya 2jam jer lebih kurang. Kesian lak, tapi itu semuanya sementara saja.

Laptop tu my laling CM yang hadiahkan untuk anak aku Lily. Bukan main suka lagi dia, yalah lama dah dia nak ada laptop sendiri. Akhirnya dapat juga... hehehe. Laptop ni untuk kesenangan Lily bila nak buat assignment nanti. Tu lah yang tak nak belikan awal2 kang asik dok bertenet jer kat dalam bilik... ekekeke. Bila lagi dapat melawat Lily erk..? kena tunggu 29hb masa birthday dia lah nampaknya. Kalau Lily baca kat blog mama ni, time ni family sedang rindu kat Lily tau. Mama, ayah dan adik2 semua sayang kakak. Jaga diri selalu kat sana ya, ingat selalu pesan mama dan ayah. Salam kerinduan untuk Lily... muahhhhhh!!


Nukilan:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More