Selamat Datang Ke Laman Blog Che Mat Dan Che CT.

Di Sini Kami Berkongsi Segala Kisah Suka Dan Duka Kehidupan Dalam Bahtera Pelayaran Kami Sebagai Suami Dan Isteri. Semoga Perkongsian Ini Dapat Memberi Manfaat Kepada Sesiapa Saja Yang Berkunjung Ke Blog Kami. Semoga Perkara Yang Baik Dapat Di Jadikan Tauladan.

Kami Juga Berharap Semoga Laman Blog Ini Juga Dapat Membuka Pintu Persahabatan Di Antara Kami Dan Semua Blogger-blogger Di Luar Sana.

Salam Sayang Untuk Semua Yang Berkunjung Ke Laman Blog Taman Syurga Abadi

Wednesday, July 29, 2009

Terima Kasih Daun Keladi



Yuhuuuuu..... semalam dapat hadiah dari 'adik' yang duk kat Sentul tu. Sape lagi kalau bukan Retna yang dah tembam sekarang ni hehehe. Dapat msj katanya nak singgah nak bagi barang. Ingat kan nak bagi k.ct ikan kering lagi hahaha. Sori Ret ..... k.ct gurau jer. Masa ada 1jam lagi, aku sempat buat kan muffin coklat untuk dia. Alahhhh.... muffin biasa2 jer, harap Ret tak serik bila datang rumah lain kali ya. Sampai2 jer Ret hulurkan buku masakkan Resepi Bonda. Ohhhh... sukanyaaa senyum sampai terlebih pipi dah hehehe. Terima kasih daun keladi, kalau nak bagi lagi seribu kali k.ct sudi. Walau pun b'day aku dah lepas seminggu, masih ada yang sudi nak bagi hadiah hehehe. Pas ni boleh cuba masak ikut resepi kat dalam buku ni. Memang mengancam, sedap dan membuka selera. Kalau nak buat makan2 ker nanti, k.ct boleh buat ikut dalam buku resepi bonda ni ya Ret. ;-)



Yang ni pulak dari blogger Ann yang duk kat terangganu. Sebenarnya hari tu lagi dah terima, tapi belum ada masa nak publis kat blog. Terima kasih banyak2 ya Ann, cantik blouse dan tudung tu. Belum sempat nak pakai pun, nanti lah bila jalan2 k.ct pakai ya. Dan terima kasih juga bagi hadiah untuk anak dara k.ct... so cute lily pun suka.

Nukilan:


Happy B'Day My Sweet 17




Happy b'day to you... happy b'day to you...happy b'day to you LILY...happy b'day to youuuu. Harini 29hb July 2009, genap lah umur anak aku Siti Dalila (Lily) yang ke 17 tahun. Sudah besar, dah jadi anak dara pun... cantik, manis macam mama dia hehehe. Cepat sungguh masa berlalu. Tak sangka dah meningkat remaja anak dara aku ni. Semoga Lily sihat sentiasa, panjang umur, dimurahkan rezeki dan diberikan ketabahan serta kematangan dalam apa jua yang dilakukan, dan semoga Lily menjadi anak yang solehah buat mama dan ayah. Doa dari mama juga semoga Lily akan berjaya dalam peperiksaan SPM pada tahun ini. Mama akan berdoa untuk dirimu setiap masa. Semoga anak mama dirahmati Allah selamanya aminnnn. Kasih sayang Mama dan ayah serta adik2 semua akan tetap bersamamu selamanya... muahhhhh!!

Nukilan:

Thursday, July 23, 2009

Terima Kasih Semua

Salam sayang... semoga kalian sihat2 selalu. Terlebih dahulu CT ucapkan jutaan terima kasih pada kawan2 semua. Ucapan dan doa dari kalian sungguh bermakna pada CT. Semoga doa2 yang diucapkan akan sampai juga pada diri kalian. Tiada apa yang dapat CT katakan, terharu sangat2 dengan ucapan ikhlas dan doa dari semua. Buat Retna, Lin, Shai, Suejoshua, Suzi, Kak Ina, Kak Intan dan LindaFendi yang buat entri khas utk CT kat blog diaorang, thank you so much my dear friends. Tak lupa juga kepada semua yg beri ucapan kat comments dan shoutbox yg tidak tersebut namanya satu-satu kat sini, CT ucapkan terima kasih banyak2 .... CT sayang kamu semua muahhh! muahhhh!.

















Akhir kata salam sayang, semoga persahabatan dan persaudaraan kita akan berkekalan selamanya, InsyaAllah..... love you all muahhhhhh !!

Nukilan:

Wednesday, July 22, 2009

Selamat Hari Lahir Sayang



Buat insan yg paling penting dalam hidup saya.. yg memberikan hidupnya dan kasih sayangnya utk dikongsikan bersama saya seluruhnya.. yg menyambut ulang tahun hari kelahirannya hari ini.. dengan seluruh jiwa raga ingin saya ucapkan kepada beliau.. Selamat Hari Ulangtahun Buatmu, Siti Delima Yang Tersayang.. Semoga dipanjangkan umurmu untuk kita meneruskan bahtera bahagia ini bersama.. dan semoga kasih sayang kita kekal abadi selamanya hingga ke syurga.. Amin Ya Rabbal Alamin..


Nukilan:

Friday, July 17, 2009

Perjumpaan Blogger Chef Masak Masak


Wajah2 blogger chef. Dari kiri ke kanan, Kak Intan, Kak Ummi & Kak Ina

Harini dalam sejarah kerana dapat berjumpa dengan Kak Ummi Kuantan. Memang seronok sangat2, di blog Kak Ummi lah aku banyak meluangkan masa mencari dan mencuba segala resepi. Lebih kurang kul 7.20 pagi dapat message dari Kak Ina kl. Bila tengok jer message tu, wahhh... ada perjumpaan bersama Kak Ummi. Mestilah aku suka, teruja nak jumpa you hehehe. Walau pun pertemuan tu tak dirancang lebih awal, tapi aku merelakan diri untuk berjumpa. Selepas mintak izin dulu dari my laling CM dan dapat green light. Aku pun reply message dari Kak Ina. Lepas anak aku Haqim dah gi sekolah, aku pun bersiap alah kadar, tapi wangi2 juga lah hehehe. Janji kul 8.40 pagi, tapi aku dah siap 10 minit lebih awal. Pada aku biar lah aku tunggu orang dari orang tunggu aku kan... kan...


Bergambar kenangan di Dani Cafe

Mula2 tu Kak Ina kata nak jumpa kat Pak Li Kopitiam tapi tak jadi. Jumpa di Dani Cafe kat area KWSP setapak jer, betul ke tak ejaan aku tu, ker salah nama tempat tu hahaha. Lupa lak nak tengok betul2 signboard tu tadi adehhh. Sampai2 jer kat situ...Kak Ummi n family dan adik Kak Ummi tengah bersarapan. Alah segan lah pulak ngan hubby Kak Ummi... macam tak der hidung lak aku pagi ni, tapi aku buat2 cool jer lah hehehe. Macam biasa lah bila dah jumpa berpeluk bercium segala, jangan ada yang jeles okey hehehe. Bila dah berjumpa apa lagi, berbual lah bla... bla... bla dan tak lama lepas tu Kak Intan pulak sampai. Masa ni husband kak Ummi dah balik dulu. Aku suka dan seronok berbual dengan Kak Ummi ni, peramah orang nya.


Menyinggah di klinik geng blogger, Dr. Inahar

Perjumpaan kami tak habis disitu, kami diarak naik kereta mewah Kak Ina. Mana lagi... gi serang kelinik Dr Inahar pulak kat Wangsa Maju. Macam biasa tanya khabar dan bla... bla... bla. Memang riuh dengan gelak ketawa kami berlima dalam tu. Bila dah puas, kami minta diri untuk beredar. Mintak maaf banyak2 ya Dr Inahar kalau kedatangan kami ni menganggu sedikit tugas di klinik tu. Mula2 Kak Ina hantar Kak Intan balik dulu, kemudian hantar aku pulak. Sebelum berpisah sekali lagi berpelukan, macam sayang je nak berpisah. Ya lah bukan selalu dapat berjumpa kawan2 blog ni kan. Aku dapat buah tangan dari Kak Ina, terima kasih. Mintak maaf lah tak ada buah tangan dari CT ya. Hanya untuk Kak Ummi jer yang sempat aku sediakan. Semoga kita akan dapat berjumpa lagi jika diizinkan ... InsyaAllah.


Sempat lagi check blood-pressure dgn Dr. Inahar hehe..


Bergambar kenangan beramai-ramai di klinik Dr.Inahar
-- 2 gambar terakhir, ehsan dari blog Kak Ina --


Nukilan:

'Kebetulan' n Happy 1st Blog Annivesary



Sebenarnya entry kali ni agak lain sikit. Oleh sebab hari ni genap setahun 1st Blog Annivesary adik ERYN yang aku kenali lebih kurang 1 bulan lebih, sangat cepat, tapi kami dah mesra macam setahun kenal. Korang mesti tertanye2 sape eryn tu kan? Alah.. yang aku pegi kenduri kawin serba PINK tu lah. Kat blog eryn ni semalam ada buat contest, sape2 yang dapat hit no. 1709 kat counter hit blog dia akan dapat adiah huhuhu. Aku pun memang pantang kalau ada benda2 cam ni apalagi laju jer lah. As a result, ade dua pemenang?? aikkk?? memang ajaib kan. Dah kebetulan kot, kami berdua sama2 jumpa depan pintu hahaha. Cuma aku terlewat anto email untuk 'tebus adiah' tu coz my laling balik keje time tu. Jadi mesti lah dulukan SUAMI dari yang lain2 kan. Apa2 pun terima kasih pada eryn dan HAPPY 1st BLOG ANNIVESARY! muahhhhh!!! Semoga akan kekal buat selamanya ya. *wink*


Nukilan:

Sunday, July 12, 2009

CT di Karpet Merah

Image Hosted by FileHive.com

Perasan kejap dapat berjalan dikarpet merah hehe. Bukan Red Carpet AJL tapi di rumah member blog, Eryn. Aku pegi bertiga jer dgn CM dan Haqim. Kami sampai lebih kurang pukul 2 lebih waktu tetamu tengah ramai. Lepas tu, ini kali pertama nak jumpa Eryn. Tercari-cari yg mana satu Eryn agaknya. Lepas dah duduk makan aku terperasan yg mungkin gadis berbaju pink disebelah meja yg aku duduk itu adalah dia sebab mukanya ada iras2 seperti yg aku nampak kat blog dia. Dan lepas aku panggil, dia yg cam aku dulu. Akhirnya jumpa jugak hehe. Dan terima kasih buat Eryn utk undangan ke majlis perkahwinan adik beliau yg bertemakan warna kesukaan aku iaitu PINK.




Image Hosted by FileHive.com

Nukilan:

Friday, July 10, 2009

Ambil Angin Petang



Hari ni saya tak kerja sebab dapat cuti berganti. Bila saya cuti, biasanya cik puan besar pun akan mintak cuti juga. Cuti dari ke dapur hehe. So, lepas waktu solat Jumaat tadi CT ajak saya makan sup tulang kat Bukit Aman. Cuma kami bertiga jer yg pergi iaitu CT, saya dan Haqim. Azree dan Lily tak ikut sebab baru balik dari sekolah manakala Daniel pula bersekolah sesi petang. Lepas habis makan kami tengok cuaca tak berbahang sangat. So, kami sarankan kat Haqim utk jalan2 ambik angin sekejap sebelum balik rumah. Seterusnya gambar yg berbicara...

Image Hosted by FileHive.com

Image Hosted by FileHive.com

Image Hosted by FileHive.com

Image Hosted by FileHive.com

Nukilan:

Thursday, July 9, 2009

Jom Singgah Restoran Pak Li Kopitiam



Ini cerita tertunggak hujung minggu lepas masa kami semua melepak kat Restoran Kopitiam Pak Li (Bukan Pak Ali yer).... Tempatnya dekat jer dengan kediaman kami, mana lagi kalau bukan kat area Danau Kota. Nak kata tempat tu baru bukak, tak sangat lah kot. Ada lah 2-3 bulan gitu.. tapi ni first time gi sana dan aku rasa best gak suasana kat situ. Makanan pun emm boleh tahanlah utk standard kopitiam. Harga pun tak lah mencekik darah cam tempat2 lain. Kalau sesiapa nak cuba makan kat situ, panggil aku sekali ehh hehehehe. Bukan nak belanja tapi aku nak numpang makan sama hahahaha.





Lain kali kalau Lin ngan Ret suh cari tempat melepak pagi2 nak sarap ker.... okey kita lepak kat situ. Biasalah kopitiam, suasana pun ala2 kedai kopi cina zaman dulu2. Santai jer macam duk minum kat Kluang Stesyen cam tu. Okeylah tak payah citer lebih2 kang ada yang tak suka aku dok bebel aje kan. Kalau nak tau pi sendiri cuba okey.

P/S - Gambar2 kat atas tu bukan diambil guna DSLR baru tu yer. Sebab tu kureng cantik hehe.

Nukilan:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More