Selamat Datang Ke Laman Blog Che Mat Dan Che CT.

Di Sini Kami Berkongsi Segala Kisah Suka Dan Duka Kehidupan Dalam Bahtera Pelayaran Kami Sebagai Suami Dan Isteri. Semoga Perkongsian Ini Dapat Memberi Manfaat Kepada Sesiapa Saja Yang Berkunjung Ke Blog Kami. Semoga Perkara Yang Baik Dapat Di Jadikan Tauladan.

Kami Juga Berharap Semoga Laman Blog Ini Juga Dapat Membuka Pintu Persahabatan Di Antara Kami Dan Semua Blogger-blogger Di Luar Sana.

Salam Sayang Untuk Semua Yang Berkunjung Ke Laman Blog Taman Syurga Abadi

Friday, October 31, 2008

Live TAG Interview Dengan Puan Katak


Saya tak tahu yang katak boleh menjawab salam. Saya nak bagi salam tadi pun was-was.
Apa nak hairan. Saya pun makhluk tuhan.

Cerah betul cuaca hari ni, ya?
Awak perli saya ker?

Tapi kenapa Puan memakai payung?
Saya ada penyakit kulit. Tak boleh terdedah lama sangat. Saya dah datang interview ni pun awak patut bersyukur. Tak payahlah nak pedas-pedas dengan saya.

Oh, iye ke? Puan dah pergi berubat?
Sudah, saya dah usaha bermacam-macam, pergi berurut, pergi hospital. Tapi kulit saya memang sensitif.

Puan berubat di mana ya?
Hospital la. Awak berubat kat mana? Kat fun-fair ke?

Boleh terangkan serba sedikit tentang diri Puan?
Nama saya katak. Saya berasal dari berudu, rumah saya terletak di bawah tempurung dekat area Keramat.

Kenapa Puan duduk bawah tempurung?
Sebab kulit saya sensitif la. Awak ni bahalul ke apa?

Tapi, di bawah tempurung, minda Puan tersekat, tak banyak yang boleh dilihat dan dipelajari. Puan terkongkong. Puan tak boleh melihat dunia.
Nak buat apa saya melihat dunia? Saya kan katak. Kalau saya melihat dunia pun, saya nak buat apa? Nak tulis blog ker?

Mungkin juga, apa salahnya. Atau Puan boleh menulis memoir.
Awak ni tak betul agaknya. Hidup saya dari zaman berudu, sampai zaman katak sekejap aje. Memoir saya nanti panjangnya cuma dua muka surat setengah. Baik la saya duduk aje bawah tempurung. Tak stress.

Apa makanan kegemaran puan?
Spaghetti.

Spaghetti??
Spaghetti, lalat dan bangkai.

Ada makanan Itali lain yang Puan suka?
Saya juga suka makan pizza dan agas.

Apa perancangan Puan untuk tahun baru nanti?
Saya berhasrat untuk bertelur lebih banyak tahun depan. Supaya keturunan saya lebih besar, dan untuk bertelur banyak saya pun boleh menikmati lebih banyak hubungan seksual.

Ha??!!
Maafkan saya, saya sedikit gersang waktu ini. Awak ni solo ke?

Saya tak tahu katak melakukan hubungan seksual.
Habis tu awak fikir macam mana kami membiak? Mitosis??

Takutlah saya nak teruskan interview ni.
Awak ada penyakit genetic tak?

(cabooooot!!!)

P/S – hehehehe.. aku saja jer suka-suka.. actually aku dapat nie dlm email, dan bila aku baca aku tersengih sensorang sebab lawak jer bunyinyer.. sebab tu aku share kat sini.. asek entri siyes jer boring gak kan.. hehehe..

Nukilan: CheMat

Respon TAG dari Wan

Wan bagitau ada hadiah utk aku. Aku ingat hadiah kek ker bunga ker huhuhu. so ini lah hadiahnya.. aku kene Tag rupenyer.. huhu nie yang aku kena jawab (buat pagi tadi.. baru skrg nak post.. maklomler.. BZ huhuhu).

1.Sudah pukul berapa sekarang?
tengok jam daun kat dinding 9.00pg sharp.


2.Apa mood sekarang?
tengah x der mood..tapi buat gak tag ni.


3.Rasa hendak buat apa sekarang?
nak tido rasa ngantuk sesangat. Tapi kena buat gak tag ni.


4.Kalau ada magic sekarang rasa hendak buat apa?
buat rasa mata ni hilang ngantuk ler huhuhu.


5.Rasa hendak tengok cerita apa sekarang?
cerita P.Ramlie 'Tiga Abdul'lah. suka cerita2 P.Ramlie.


6.Keluarga sedang buat apa sekarang?
semuanya x der kat umah.. anak2 sekola, hubby kerja so aku jer lah ada kat umah ni.


7.Apakah waktu makan sekarang? Sudah makan?
belom makan..belom masak lagi pun hehehe.


8.Rasa nak duduk dengan siapa sekarang?
mesti ler nak berkepit ngan my laling ku CheMat.. love you darling.


9.Dan Dia/mereka sedang buat apa sekarang?
anak2 sekola..my hubby kerja, aku doakan semuanya selamat pergi dan selamat balik kerumah.

10.Macam mana cuaca sekarang?
ok jer..x panas cam semalam yg blackout satu hari buat aku geram lak ngan TNB.


11.Kalau ada tunai sejuta ditangan sekarang, hendak buat apa?
mula2 gi daftar untuk buat ibadat haji. Dah nak raya haji kan,
masuk dalam akaun anak2 dan selebih nya simpan ler. balik buat haji boleh cerita.

12.Rasa nak souvenir daripada siapa sekarang?
x kira lah dari siapa, asal org tu ikhlas nak bagi hehehe.


13.Setelah menjawab beberapa soalan survey ni, apa mood sekarang?
mata ni dah terang ..x ngantok lagi dah.


14.Jadinya, sudah pukul berapa sekarang?
9.40pg so jap lagi nak masak lah pulak.


15.Akhir sekali, rasa nak tag siapa sekarang?
emmm..tengok lah kat bawah ni yer..kuikuikui


HANA
YANMIE
AKO
LIN


Nota Kaki : Pada nama2 di atas.. jgn bimbang yer.. nak buat bole, tak nak buat pun tak per.. tiada paksaan.. :)

Nukilan: Siti Delima

Thursday, October 30, 2008

Panasss !! Gelappp !!

Bengong tul TNB nie.. ada ke patut dari pagi sampai pukul 10:30 mlm takde 'karen'!! gilos babas betul!! Dahlah takde notis ke ape ker pastu dok terputus bekalan letrik lama² cam tu.. eeeeeii geramm!! actually yg patut geram ialah CT.. bukannya aku.. hehehe.. sebab aku seharian kat opis ada air-cond, tak panas. CT yg seharian kat umah yg kesian.. berpanas! berpeluh!! tension !! cian bini aku ngan anak² aku..

Dah la tu.. aku balik keje lambat tadi, sampai umah dah pukul 7:40 mlm, dah gelap dah.. tapi masih takde karen lagi??.. bayangkanlah.. i#$%@#*&^% ngatkan bila dah sampai umah lewat, karen dah ada tapi hampeh! nak mandi pun terpaksa pasang lilin. Aku ckp kat CT, jom kita kuar lepak kat kedai mamak sampai karen ada.. Duk lepak kat luar sampai jiran call bagitau karen da ada, baru kami balik. Hish.. geram tul dgn TNB nih..






Nukilan: CheMat

Wednesday, October 29, 2008

My History of Blogging

Korang ingat lagi tak camane mula² korang bole terperangkap dengan aktiviti memblogging? Mula² tu cuma suka² tapi lepas dari tu mula jadi ketagih? dan selepas dari tu kadang² rasa bersemangat nak post dan update dan menjelajah ke blog² lain tapi dimasa yg lain plak kadang² rasa malas hatta nak masuk blog pun apatah lagi mengupdate.. well, all I can say.. as a normal human being, that's a normal thing to have.. it's a kind of always up and down thingy..

Back to the topic, let me shares mine. Actually aku start memblog bukan kerana suka² atau tak sengaja. and Blogging has never being a new thing to me. Aku dah lama tahu pasal memblogging nie cuma aku tak penah amek port atau tak pernah ada keinginan utk mempunyai blog sendiri. Aku dah start main² tenet nie sejak berbelas tahun dulu.. sejak dari zaman internet guna dial-up Jaring account lagi, sejak dari zaman IRC Chat lagi.. tapi baru dua bulan yg lepas aku baru ada keinginan yg aku patut ada blog sendiri. Tapi kenapa?

It's for the sole reason. B'coz of FAMILY. Yeah... KERANA KELUARGAKU YG TERSAYANG. That's the only reason why i created this blog and also why I shared it with my lovely wife for both of us to contribute fairly and evenly kata hati dan rentetan peristiwa kehidupan kami utk kami dedikasikan kpd keluarga kami. Our blog is like our life's journal or even our life's diary. Takdir kehidupan kami didunia nie hanya Allah yg tahu bila kami akan kembali kepadanya. Dan.. selagi kami hidup, selagi itulah kami akan terus bercerita dan berkhazanah supaya perjalanan kehidupan kami dapat diabadikan disuatu media yg interaktif seperti ini. Sebab kami tahu, suatu hari nanti bila kami dah tiada lagi.. Anak² kami pasti akan menghargai sedikit sebanyak segala cerita-ceriti pahit manis kehidupan ayah dan mama dorang dan juga sedikit sebanyak foto² yg diabadikan bila dorang baca blog nie (lebih2 lagi bila kami dah tiada nanti).

Namun.. setelah dua bulan berlalu, sedikit sebanyak kami dapat merasakan aktiviti blog juga dpt menemukan kami dengan ramai insan² lain didalam komuniti blog dan kami dapat ramai kawan² baru, dapat mempelajari pelbagai sosialiti dan ragam manusia, dapat mempelajari resepi masakan baru yg tak pernah ada dibuku-buku resepi di kedai-kedai buku dan banyak, banyak lagi.

Aku percaya there's a lot more yet to discover as we are only here for about two months but we will always remember that we are here in this blogging community for a reason. Perjalanan kami masih panjang and we don't know what to expect in the future. Cuma aku harap aku akan tetap setia memblogging dan semoga hayat blog kami akan terus berpanjangan...

Nukilan:

Monday, October 27, 2008

Personal Award Dari Kami

Semenjak dari mula berblogging lebih kurang dua bulan yg lepas, kami dah terima 4 awards dari kengkawan blogger... dan sesetengah dari fellow bloggers yg kami kenali di alam maya ini memang benar2 warm and friendly pada kami malah ada yg kini menjadi kawan yg sebenar di alam realiti and that really makes our days ahead so wonderful... (kepada mereka yg kami maksudkan tu, U know who u are..) . and to show our deepest appreciation to those as the names listed below (in Alphabetical Order)... terimalah award peribadi ini ikhlas dari kami...

Ako, Along Arman, AlongRoz, Amer, Amy, Azza, Bibie, Cemut, Chime, Cikin, Dirfara, Divahantu, Eena, Eva, Farah, Fiza, Hana, Ien, Intan, Jue, Jun, Kasawari, Kuncop, Lawa, Lin, Meera, Noamie, Nur, Nyonya, Putri Ilya, Reben, Reena, Ryan, Shaizhar, Wiween, Yanie & Yanmie.





P/S - jika ada nama yg tertinggal sila beritau yer

Saturday, October 25, 2008

MsjBox Open House

Seperti yg dirancang, hari nie kami pegi serbu rumah terbuka MsjBox iaitu di umah org kuat MsjBox iaitu umah Encik Shaizhar. Umah Shai tak jauh sngat dari umah kami (kurang dari 5KM kot) so aku jangka maybe dlm 10 - 15 minit dah ble sampai.. Tapi jangkaan tu meleset sket sebab aku tak biasa dgn kawasan Ukay Perdana tu so aku terlajak sesat kedepan lar sket.. Kononnye nak bagi kejutan tapi oleh kerana dah tersesat tepaksa juga call Shai tanya direction ke umah dia hehe.. Dan akhirnya.. sampai juga kami ke kediaman Shai...



Sampai je dimuka pintu, aku trus pandang kat sign nombo rumah yg terpampang kat atas pintu umah beliau dan memang sah itulah alamatnya.. Aku ternampak beberapa muka yg tersenyum2 pandang aku tapi aku tak kenal dorang so aku pun tanya la utk kepastian.. "Assalamualaikum.. Ni umah Shai yer?" ... tetamu tu jawab.. " yer.. tapi shai kata dia takde kat umah".. lepas tu Shai muncul kat muka pintu.. cheh.. tekena aku hehehe.. TAPI.. SELEPAS TU YANG PALING MEMERANJATKAN AKU IALAH.. AKU TERPANDANG WAJAH YG NAMPAK FAMILIAR SANGAT-SANGAT MENYAPA KAMI.. YER.. WAJAH YG SELALU AKU DAN CT PERKATAKAN BILA BERKATA PERIHAL BLOGGING.. Aku masih teruja tapi dlm masa yg sama aku terus tanya CT.. "Ayang, kenal tak sapa nie?" apalagiii.. tersenyum lebar CT.. "CEMUT!!!!!!" sambil CT dan CEMUT terus bersalaman dan saling cium kat pipi.. hehe.. CEMUT !!! sungguh luar biasa rasanya dpt bertemu adik cemut kesayangan kami nie kat umah Shai.. (cemut dtg dtg tunang dia).. hehehe.. cam tak cayer jer.. yg pasti kami happy sangat kat umah Shai.. dan keseronokan tu bertambah lagi bila tak lama kemudian boss MsgBox, Junaidix pulak sampai... At last berjumpa jugak hehehe.. kami happy betul kat umah Shai, spending our precious moments dgn tuan umah dan semua tetamu yg hadir ketika itu dan kepada semua yg berada disana ketika kunjungan kami, thank you so much for all the happy moments.. We Love You All.. InsyaAllah kita akan bertemu lagi.. :)





Kami balik dari umah Shai lebih kurang kul 4-30 dan terus ke TESCO nak membeli-belah 'barang2 dapur'.. balik dari TESCO sampai umah dalam pukul 7-30 lebih kurang.. tapi tak lama lepas tu dapat kejutan satu lagi. Anak aku Lily pass tepon kat aku kata ada org nak cakap.. "Hello CheMat.. Ni AKO.. dah sampai depan umah nie..." alamak!! uwaaaaaa!!! aku tengah berkemban nih!! wahahaha.. kelam kabut aku nak persiapkan diri.. kebetulan aku baru abis mandi, CT plak masih lagi kat dalam bilik mandi.. hehehe.. bertuah tul cik Retna kite nie.. dia betul2 serang mengejut kami nie hehehe.. But the fact is.. kami terharu dan happy sangat2 dgn kehadiran AKO.. tapi disebabkan diserang mengejut, tak dapek kami nak sajikan hidangan istimewa.. cuma sekadar kuih2 raya dgn air oren ajer.. uwaaaaa!!! Jgn serik tau AKO and thanks for coming..!! tapi lenkali call awal2 yer.. bole kami siapkan Laksa Johor ker aper ker.. hikhik.. (nevertheless.. pintu rumah kami sentiasa terbuka menerima kedatangan tetamu)...


Nukilan: CheMat

Thursday, October 23, 2008

Getting High Blood Pressure??

Mulanyer CT sms aku kat ofis tadi bagitau yg dia rasa mabuk2 cam melayang nak rebah jer.. Pastu aku call dia tanya camana rasanyer? so dia explain camtu la.. aku ckp kat dia, "rehat lar baring ker, jgn wat apa2.. petang karang abg balik keje kita trus gi klinik.. "

Tapi.. aku rasa tak sedap ati lak.. so, aku bgtau big boss, aku nak amek half-day leave. Big boss ckp OK, so aku trus la balik.. bila aku muncol kat depan pintu pukul 2:30 tadi, CT tepanjat tanya "eh.. nape balik awal bang..?" aku jawab, "Abg risau.. jom kita gi klinik skrg.."

Dan lepas doktor check, konpem dia kata tekanan darah CT dah reached initial stage utk high blood pressure.. aik ! Macam tak cayer jer isteriku yg selim melim dan kecik molek nie ada high blood pressure?? iyer ker nie?? tapi itulah yg doktor cakap tadi.. maybe inheritance dari family kot.. nampaknye CT dah kene kawal pemakanan ler lepas nie.. tak bole makan yg masin2 dan tinggi kandungan kolesterol lagi dah.. there goes sup daging bukit aman.. (tapi kalau sesekali takper syg.. hehehe)




Nukilan: CheMat

Wednesday, October 22, 2008

Growing-up Faces - Haqim

Actually.. I'm just too tired and don't feel like to post anything tonite.. but whilst browsing an old files in my thumb-drive just now, I saw some of our youngest son Haqim's photos when he was still a baby.. So, I thought why don't I just put it here with the rest of his growing-up photos for others to see as well.. Hurmmm.. best gak layan gambo gambo lama nie.. ngeeehehe :D







P/S - Haqim.. putera kami yg paling 'manis' dan petah bercakap...

Nukilan: CheMat

Sunday, October 19, 2008

Celebrating Birthday

Yeah.. today is my birthday... and as usual as what i've always been doing in the past.. we celebrated it with no cakes whatsoever. Why? be'coz for the very same reason every year that i'd always told my family... I'm a simple man.. I don't want a cake for my birthday and I don't want a present either. I just want em' to be with me.. spend the time together, and kill the time slowly by makan2 and jalan2 sampai penat together. That's me hehehe.. But this year, my sons Azree and Daniel can't join us b'coz last evening their aunt (CT's little sister) picked 'em up to spend a stay at her place.. while my daughter Lily, need to stay at home coz her classmates wanted to come for some group study/discussion.. Well, that leaves me with my dearest wife Siti and my lovely son Haqim.. and there we go.. just the three of us for the celebration together...


Our first venue.. TESCO. hahaha.. yes Tesco! of all places dunno why Tesco became Haqim's favourite place and indeed he kept pestering me to go there since yesterday hehe..


Haqim belajar amek gamba.. dan ni plak dia berkenan dgn pemenan golf set..


Lepas tu Haqim ber iya-iya nak bayar sendiri kat counter...


Dah penat meronda... kami makan-makan di Kluang Station


And the second place was Pavillion.. coz that's one of my wife's fav place for window shop and of coz' the actual shopping.. hehe.. but today I politely told her with a big grin on my face "Can we do No Shopping today maam?" and she just nodded with a hefty smile.. hehehe.. Thank you darling!


Lepas berlatih, kali ni Haqim nak amek gambo betul2 dan di Kanan tu ler hasilnyer..


Sayang mama dan sayang ayah.. urmmmmph!!


Dah penat ukur jalan, isi perut lagi la pulak.. urmm sedapnyer..


lagi hasil klik-klik Haqim.. terer la Haqim hehehe


Haqim dgn mama plak nak mamam hehehe...


dah abis makan sate.. "Abg, orderkan ayg laksa kari pls.. Tak kenyang ar" hehehe..


P/S - So.. where's my place then? well..... right within their hearts.. coz' I don't need any other places to enjoy.. and that's the greatest gift of all...

Happy Birthday Rahmat :)

Nukilan: CheMat



Updated on 20/10/2008. Got this from Chime... Thanks Chime :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More