Selamat Datang Ke Laman Blog Che Mat Dan Che CT.

Di Sini Kami Berkongsi Segala Kisah Suka Dan Duka Kehidupan Dalam Bahtera Pelayaran Kami Sebagai Suami Dan Isteri. Semoga Perkongsian Ini Dapat Memberi Manfaat Kepada Sesiapa Saja Yang Berkunjung Ke Blog Kami. Semoga Perkara Yang Baik Dapat Di Jadikan Tauladan.

Kami Juga Berharap Semoga Laman Blog Ini Juga Dapat Membuka Pintu Persahabatan Di Antara Kami Dan Semua Blogger-blogger Di Luar Sana.

Salam Sayang Untuk Semua Yang Berkunjung Ke Laman Blog Taman Syurga Abadi
Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan. Show all posts

Tuesday, March 8, 2011

HARI WANITA SEDUNIA



SELAMAT HARI WANITA BUAT SEMUA WANITA DISELURUH PELUSUK DUNIA.

Hari ni 8hb March 2011 hari untuk wanita sedunia. Mestilah rasa bangga kerana ada juga hari wanita untuk diingati setiap tahun dalam kalendar. Memang bangga sangat2 kerana dilahirkan kedunia ini menjadi seorang wanita yang disenangi dan disayangi oleh orang2 sekeliling kita.

Tapi ingin CT ucapkan terima kasih tak terhingga buat seorang WANITA bernama IBU yang sanggup menanggung kesakitaan selama 9 bulan 10 hari untuk melahirkan seorang anak yang bergelar wanita juga sekarang ini. IBU kaulah wanita yang kusanjungi setiap masa dan setiap ketika. Kau lah wanita yang berjaya mendidik anak2 mu hingga berjaya sampai dapat mendidik anak2nya hingga berjaya juga. Terima kasih IBU kaulah WANITA sejati yang harus ku sanjungi.


Tuesday, September 21, 2010

Sepanjang Hari Lebaran Episod 1


Selamat Hari Raya aidil fitri maaf zahir & batin, buat semua kawan2. Lama sangat tak berupdate blog ni. Banyak cerita sebenarnya, cuma tuan dan puannya saje yang malas nak bercerita.. hehehe. Gambar2 raya ni semua semasa raya pertama di rumah mak mertua CT. Bermakna dirumah my laling CM lah ni. Sempat bergambar bersama biras CT yang no 4 Puan Annie. Selepas bersalaman masing2 amik port nak bergambar sakan, termasuklah Ct juga... hehehe.


Yang ni bersama biras CT no 3 Puan Intan. Kalau tak bergambar memang tak sahlah gayanya kami semua ni kan. Mak aiiiii... slim melim jer badan Che CT ni. Maklum ler selepas berpuasa 23 hari dan bercuti 7 hari. Mana tak slimnya kan... huhuhu.

Yang ni keluarga CT dan dirumah CT juga. Tak der gambar berseorang, sebab masing2 sibuk melayan tetamu. Adik beradik lelaki CT ada yang balik kg rumah mertua. Jadi lepas tetamu balik kami pun gambar beramai2 bersama kakak2 CT, anak2 saudara serta cucu2 Ct juga. Dah ada banyak cucu dah Che CT ni... hehehe.

Masih lagi mood bergambar bersama mak mertua serta biras dan anak dara sunti CT juga. Biras no2 lom siap pakai baju raya, jadinya tak adalah gambar dia kat sini.

Ini lah anak lelaki mak mertuaku, kurang satu anak no2 juga. Sebab lom siap pakai baju raya juga. "...butang baju aku mana Nor...".. hehehe

Bersama biras2 dan juga mak mertuaku yang disayangi. Menumpang kasih pada mak mertua saja sebab mak CT dah tak ada. Sayangggg dan rinduuu kat makk!.

Acara lompat tak der kat sini, jadi acara gaya bebaslah ya.... huhuhu. SELAMAT HARI RAYAAAA....!


Nukilan:

Sunday, February 28, 2010

Nostalgia II



Sori lama sangat tak sambung entri nostalgia ni, maklum ler nak 'kopek' satu2 gambo yang dah melekat tu payah tau. Kalau tersalah kopek terkoyak atau rosak tak ker sayang. Jadi untuk mengelakkan gambo2 tu rosak hanya ini saje yang aku sempat tepek di sini untuk tatapan kawan2 sume. Gambo kat atas tu mak, abang aku no4 (yang kecik tu) dan jiran yang baru balik dari noreh pokok getah. Banyak kenangan woo kat situ, pernah gak aku belajar2 tolong mak gi noreh getah sampai susu getah tertumpah atas kepala. Adehhh.... seksa tau nak tanggalkan susu getah time tu lu pikir lah sendiri hehehe. Kawasan situ dulu sumenya kebun getah sekarang dah jadi Taman Pelangi. Yang tinggal kenangan hanya rumah kedai tiga tingkat jer sebelum masuk ke zone bebas cukai, tapi sekarang Eden Garden di Jalan Setulang Darat. Masa tu keluarga aku dah pindah dari pasir pelangi ke setulang darat. Yang seronoknya kat situ bila nak mandi tak payah guna air paip, tapi kita orang ramai2 terjun jer dalam kolam yang airnya sangat lah jernih dan sejukkkkk. Nak cerita kat sini memang tak akan habis sampai bila2. Cukup lah aku katakan memang seronok dan nostalgia sungguh. Tapi aku nak tanya pernah tak kawan2 dengar nama 'orang kuala' haaa... ini lagi best woo hehehe. Tungguuuu......



Okey yang ni cuba perhatikan betul betullll.... tarikh kat bawah gambo tu 20/12/49. Belum merdeka lagi tau lama sungguh gambo ni kan. Kat belakang gambo tu ada tulis nama kawan2 bapak aku sekali, tak tahu lah mereka ni masih ada atau tidak. Bapak aku yang pakai terompah tu hehehe . Dulu2 memang pakai terompah merah dan ada yang jalur2 atas plastik tu. Bila dah putus tali terompah tu arwah datok ganti dengan tiub getah basikal jer hehehe. Kalau pakai terompah ni sampai haus tapak dia baru dapat ganti yang lain. Sampai sekarang pun masih ada, tapi nak kena pi Melaka lah beli memang nostalgia.



Gambo ni kat kawasan barek Istana Bukit Seren. Maaf lah kualiti gambo ni kurang memuaskan dah kata gambo lama. Tapi ada satu yang aku nak tanya kat kawan2 sume.... pernah tak dengar nama 'buah susu' kale dia kuning2 dan lonjong macam buah lemon gitu. Memang sedap buah ni dalam buah tu memang ada susu, kalau tak salah aku hanya terdapat kat dalam istana jer kot. Tapi tak tau lah kalau ada yang pernah tengok atau pernah merasa. Sebenar nya aku nak cerita banyak lagi ni. Tapi aku takut nanti kena serang blog aku ni kang hahahaha. Untuk mat gebu insyAllah kalau k.ct turun JB akan k.ct cerita apa yang k.ct tahu dalam Bukit Seren yang penuh dengan kenangan.

Nukilan:

Friday, February 26, 2010

Nostalgia



Sebenarnya aku hanya ingin berkongsi sedikit cerita di sebalik gambar di atas ni dan juga di bawah. Semalam masa dok baring-baring melayan kerenah anak-anak kat rumah, tiba-tiba teringat kembali album gambar arwah mak dengan bapak. Belek punya belek jumpa gambo mak dengan bas dari Singapore ni. Apa yang aku ingin kongsikan bersama ialah gambar bas dan juga tempat yang arwah mak aku pergi ni. Gambar ni diambil kat taman bunga istana. Memang amat berbeza sekali taman bunga di Istana Johor Bahru dulu dan sekarang kan. Yg best sekali masa dulu udara pun masih segar tak ada asap2 macam sekarang ni nak bernafas pun susah. Sekarang ni pembangunan makin pesat tu yang habuk sana sini kan. Masa ni mak aku masih muda belia lagi tau. Yang baju kale putih sepasang tu lah mak aku. Gambo dolu-dolu mana ada berkaler-kaler kan. Jadi baju tu walau pun berkaler, berbunga-bunga tetap nampak putih dan hitam je. Agak-agaknya ada tak kawan-kawan yang tahu kalau bas ni ada lagi dah berapa usia bas ni?



Yang ini pulak gambo arwah bapak aku masa kami menetap di barek Istana Pasir Pelangi. Bapak aku memang dilahirkan di sana. Bukan dalam istana, tapi di barek Istana tu lah hehe. Masa ni umurnya dalam belasan tahun gak lah. Gambo ni pun tak berapa terang sangat sebab dah lama kan. Yang aku ingat kami sekeluarga menetap di situ sampai umur aku 9 tahun. Merasa gak lah naik kuda tuanku masa bapak aku keja kat istana Sultan Johor tu dulu. Bila sultan Johor ada buat pertandingan polo, masa tu lah dapat merasa naik kuda, memang seronok. Tapi sekarang ni aku nak dekat dengan kuda pun aku takut hehehe. Kenangan di sana memang banyak. Walau pun sekarang ni dah tak ada sesiapa yang tinggal disana tapi kenangan tu masih segar dalam ingatan. Agak-agaknya ada tak sesiapa pengunjung blog ni yang juga berasal dari barek Istana Pasir Pelangi tu
atau ada kaum keluarga yang pernah tinggal disana ek? Mana tahu kita pernah saling mengenali kan?

P/S - Untuk cik mat gebu, K.CT cuba cari tak jumpalah gambar semasa arwah mak di Istana Bukit Serene. Nanti K.CT cuba cari lagi ok.

Nukilan:

Saturday, February 20, 2010

Wajah Seribu Kenangan



Bagi sesiapa yg pernah berjumpa saya bersama isteri tentu dapat mengagak gambar pengantin mana yg berposing kat atas tu. Tak lain tak bukan itulah isteri saya yg tercinta semasa bergelar private model dulu. Mengapa private? Sebab beliau hanya menjadi model utk saya seorang saja hehehe.

Sebenarnya masa saya baru-baru berjinak2 dgn kamera dulu, saya perlukan subjek utk mempraktiskan pelajaran yg di ajar dalam kelas photography yg saya enrolled. Waktu tu saya belum shoot wedding lagi sebab ilmu tak cukup lagi. Jadi, setiap kali bila saya nak practice apa yg di ajar, isteri sayalah yg jadi mangsanya. Nasib baik beliau sporting hehe. Gambar kat atas tu saya terjumpa semasa saya selongkar kotak toyogo saya yg menyimpan sebahagian daripada hasil fotografi saya yg lepas yg dah berkarat tu. Bila dah selongkar tu, terjumpa balik sebahagian daripada gambar2 pengantin yg pernah saya shoot dulu. Kebanyakan yg lain saya tinggalkan di Kampung sebab masa berhijrah ke KL dulu banyak hasil kerja fotografi saya yg di peti besi kan terus di Kampung sebab saya tak mahu menoleh ke belakang lagi bila saya buat keputusan meninggalkan terus bidang fotografi sewaktu berhijrah ke KL dulu.

Tak sangka pulak bila saya main kamera semula sejak bulan september tahun lepas, saya teringin menjenguk kembali wajah2 pengantin yg pernah saya abadikan hari bersejarah mereka dulu. Kalau saya terjumpa dgn mereka semula sekarang, pastinya ramai diantara mereka yg dah beranak pinak dan fizikal pula semakin 'membesar' agaknya hehe. Saya harapkan mereka semua sedang berbahagia kini dengan alam rumahtangga yg dibina (walaupun saya tahu seorang daripada mereka kini telah bercerai. saya tumpang simpati).

Berbalik kepada job wedding saya dulu. Waktu awal2 shoot pengantin dulu (zaman SLR kamera guna filem), saya akan 'cuci' 2, 3 keping extra gambar setiap pasangan pengantin utk simpanan peribadi. So, macam tu lah rutinnya utk setiap job. Tapi lama kelamaan, saya jadi muak dan saya tidak lagi menyimpan 'salinan tambahan' utk simpanan sendiri sebab bila passion kita dah di komersilkan dan jadi rutin, kita akan jadi bosan. Tapi bila diingat2 kembali rasa menyesal pulak sebab tak simpan. Maklumlah, zaman tu kalau kita tak cuci extra sebelum serah gambar kepada pengantin, kita tak akan ada simpanan utk rujukan lagi sebab filem (negatif) juga dah diserahkan pada pengantin. Tak macam Digital SLR sekarang, kita boleh simpan soft-copy gambar tersebut sampai bila-bila.

Ternyata zaman dah berubah, Dunia dah maju. Wedding Fotografi dulu dan sekarang memang sangat2 berbeza. Dulu shooting pengantin (melayu), utk 'posing shots' cuma buat kat dalam rumah pengantin atau di studio saja. Sekarang ni, posing shots dah di bawa ke outdoor. Zaman saya dulu, shooting outdoor cuma photographer cina je yg buat. Wedding photography melayu cuma setakat indoor je. Lazimnya pengantin akan buat sesi tukar-tukar baju sampai 10 pasang (ada yg lebih dari tu). Lepas tu, kenalah pulak bawak backdrop dan studio lighting segala bagai sebab nak gambar cantik, dah tu terkena pulak kat rumah yg ruangnya sempit, dgn tetamu yg berlonggok kat keliling kita sebab nak tengok kita shoot, rasa tensionnnnn semacam. Tu yg kreativiti pun rasa terbantut dan rasa nak shoot cepat2 utk habiskan job tu cepat hehe. Tapi zaman sekarang best. Shoot event utk abadikan moment tu je, lepas tu bawak pengantin ke outdoor utk posing posing bagai. Sayangnya, saya tak sempat nak merasa shoot wedding outdoor sebab saya dah gantung kamera sebelum sempat saya melalui zaman tu.

Sebagai mengenang kembali suka-duka saya melalui zaman wedding photo dulu, saya abadikan gambar2 sebahagian dari pengantin tersebut dalam blog ni. Tapi, leceh betul nak load kat sini sebab saya cuma ada gambar (maklumlah, dulu print dari filem) jadi terpaksalah saya scan gambar tu satu-satu. Hui.. leceh sungguh. Tapi, berbaloilah utk memoirs saya.
















Nota kaki: Saya akan ikut tag dgn kengkawan wedding photographer saya kat sini bila rasa gian nak menembak pengantin semula dah memuncak nanti. Tapi kat outdoor je lah. Indoor, saya memang dah muak!! hehe..

Nukilan:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More