Sunday, February 28, 2010

Nostalgia II



Sori lama sangat tak sambung entri nostalgia ni, maklum ler nak 'kopek' satu2 gambo yang dah melekat tu payah tau. Kalau tersalah kopek terkoyak atau rosak tak ker sayang. Jadi untuk mengelakkan gambo2 tu rosak hanya ini saje yang aku sempat tepek di sini untuk tatapan kawan2 sume. Gambo kat atas tu mak, abang aku no4 (yang kecik tu) dan jiran yang baru balik dari noreh pokok getah. Banyak kenangan woo kat situ, pernah gak aku belajar2 tolong mak gi noreh getah sampai susu getah tertumpah atas kepala. Adehhh.... seksa tau nak tanggalkan susu getah time tu lu pikir lah sendiri hehehe. Kawasan situ dulu sumenya kebun getah sekarang dah jadi Taman Pelangi. Yang tinggal kenangan hanya rumah kedai tiga tingkat jer sebelum masuk ke zone bebas cukai, tapi sekarang Eden Garden di Jalan Setulang Darat. Masa tu keluarga aku dah pindah dari pasir pelangi ke setulang darat. Yang seronoknya kat situ bila nak mandi tak payah guna air paip, tapi kita orang ramai2 terjun jer dalam kolam yang airnya sangat lah jernih dan sejukkkkk. Nak cerita kat sini memang tak akan habis sampai bila2. Cukup lah aku katakan memang seronok dan nostalgia sungguh. Tapi aku nak tanya pernah tak kawan2 dengar nama 'orang kuala' haaa... ini lagi best woo hehehe. Tungguuuu......



Okey yang ni cuba perhatikan betul betullll.... tarikh kat bawah gambo tu 20/12/49. Belum merdeka lagi tau lama sungguh gambo ni kan. Kat belakang gambo tu ada tulis nama kawan2 bapak aku sekali, tak tahu lah mereka ni masih ada atau tidak. Bapak aku yang pakai terompah tu hehehe . Dulu2 memang pakai terompah merah dan ada yang jalur2 atas plastik tu. Bila dah putus tali terompah tu arwah datok ganti dengan tiub getah basikal jer hehehe. Kalau pakai terompah ni sampai haus tapak dia baru dapat ganti yang lain. Sampai sekarang pun masih ada, tapi nak kena pi Melaka lah beli memang nostalgia.



Gambo ni kat kawasan barek Istana Bukit Seren. Maaf lah kualiti gambo ni kurang memuaskan dah kata gambo lama. Tapi ada satu yang aku nak tanya kat kawan2 sume.... pernah tak dengar nama 'buah susu' kale dia kuning2 dan lonjong macam buah lemon gitu. Memang sedap buah ni dalam buah tu memang ada susu, kalau tak salah aku hanya terdapat kat dalam istana jer kot. Tapi tak tau lah kalau ada yang pernah tengok atau pernah merasa. Sebenar nya aku nak cerita banyak lagi ni. Tapi aku takut nanti kena serang blog aku ni kang hahahaha. Untuk mat gebu insyAllah kalau k.ct turun JB akan k.ct cerita apa yang k.ct tahu dalam Bukit Seren yang penuh dengan kenangan.

Nukilan:

7 comments:

salam ct..wah nostalgia sungguhlah gambar ni..nasib baik kamu simpan elok-elok..
memang seronok kan bila gambar lama di tatap semula..menghidupkan kembali memori lama.

kak ina kl:
tu lah kak, ada gak separuh yang dah rosak. maklum ler masa duk kat jb dulu kan sering banjir. Jadi dapat selamat kan sedikit jer.

Buat renungan anak2, cucu2 dan cicit2 dia nanti.

salam kak!! masih ada lg ye gambar2 lama mcm ni dlm simpanan akak. seronok kan bila tengok balik gambar2 ni. terus terigt masa lampau. masa kecik2 yg sungguh seronok. masa tu main longkang pun tak kena penyakit lah. dgn air sungai yg sungguh bersih, boleh nmpak dasarnya. now ni...hampehhh!! dunia dh terlalu tua dah!!!

Wowww! sungguh hebat gambar2 lama tu. Tak sangka kan? tahun 1949 pun sudah ada kamera rupanya...

Mahal ni gambar nostalgia...

ain :
tu lah ain..bila menyelam kolam tu bole nampak ikan dalam tu.memang betul lah duni sekarang dah tua dan hampir2 gersang.

Memang k.ct simpan gambo2 lama ni ain, sayang rasanya coz kedua ibubapa dah x der kan.

azieazah :
azie...ct pun x tahu macamana agaknya rupa kamera dulu2 kan. Kalau masih ada kemera dulu mesti berat semacam erk hehehe. siapa lah ada simpan kamara lama tu.

salam..lau x slp yna buah susu tu same cam buah markisa kn..lau area kg yna ni byk buah tu..msm2 mns gitu..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More