Ke mana agaknya destinasi kawan2 semua pada cuti CNY ni erk..? Aku pun tak tahu ke mana sebenarnya nak bawak anak2 pergi bercuti. Memang tak plan nak bercuti jauh2 sangat pun. Hanya sekadar yang di dalam Malaysia jer hehehe. Yang gambo2 kat bawah ni antara destinasi yang dirancangkan, tapi tak pasti lagi. Tu ler tak tahu mana satu nak pilih, tengah buntu ni hehehe. Antara dua destinasi ni tak tahu mana satu nak pegi. Entah lah erk.... harap2 ada yang bole membantu ke mana agaknya tempat yang sesuai untuk dilawati selain dua tempat ni. Cuti sekolah anak2 tak sama pulak tu, sekolah rendah naik 17hb Feb. Sekolah menengah pulak cuti selama seminggu. Jadi payah nak plan cuti lama2 ni kan :D
Pilihan pertama adalah Jalan2 ker Pulau Pinang, teringin nak sampai kesana. Biasa ler aku lom pernah sampai kesana. Lagi pun teringin nak melintas kat jambatan Pulau Pinang tu. Jangan nanti bila dah sampai kat jambatan tu terus nak balik pulak... baru haru jadinya hehehe. Saja nak jalan2 ke sana mana tau ada kawan2 yang bole bawak aku makan nasi kandar yang popularrrr kat sana ker ( ni sape nak belanja sape ni nanti) hehehe. Atau ada tempat2 yang menarik selain dari nasi kandar tu, tolong bagi tau okey.
Pilihan kedua nak ke Rantau Abang di Terangganu. Teringin melihat penyu bertelor, jangan sampai bertelor dahi dok tunggu penyu tu dah ler hehehe. Rasanya bole ker jumpa penyu naik kedarat...? Emmm.... tak tau ler kesampaian ker tidak impian aku ni ngeee.... Kalau nak mandi manda kat pantai tu, emm.... akan ku fikirkan 10 kali kalau nak mandi dalam laut ni. Lain ler kalau mandi dalam poll yang tu aku suka.... Tak payah suruh pun aku sanggup terjun hehehe.
Pilihan yang ketiga nak cuti dari masak2, kalau bole nak gantung periuk dan kuali selama seminggu hahahaha. Biasa lah kalau dah berjalan jauh ni semua nya nak keluar duit, baik sewa hotel, makan, minyak dan tol. Jadi sediakan lah duit yang berkepuk2 ya kawan2 hehehe.
Okey selamat bercuti pada semua kawan2, hati2 bila memandu semoga kita akan selamat sampai ke tempat yang hendak di tuju. Begitu juga untuk diri sendiri, hati2 selalu. Pastikan rumah dikunci, check semua pintu dan tingkap. Dan yang penting pesan pada jiran berdekatan tolong tengok2 kan rumah kita juga. Tinggalkan no HP jika perlu, semoga senang untuk jiran kita hubungi kembali jika berlaku apa2 pada kediaman kita nanti.
p/s: Pesanan untuk semua : PANDU DENGAN CERMAT JIWA AKAN SELALU SELAMAT. Jadi lah pemandu yang berhemah, jika mengantuk rehat kan diri seketika di kawasan R&R yang berdekatan. Selamat bercuti cuti ya :DD
Nukilan:











9 comments:
bestnya kak CT nak pi holidayyyy!!! saya dok umah je kot!!! siannnn saya! hihi
psst...happy holiday n enjoyyyyy!!!!
Pergi Terengganu best jugak tu. Banyak pantai2 menari.. tp nak tengok penyu bertelur..rasanya agak malang sikit ler masa ni. Lepas gi Ganu tu..boleh ler lajakkan sikit gi Kelantan..boleh ler shoping kat Rantau Panjang.
:) salam ceria buat CM dan CT.
SITI > kalu ke Penang, rasai lah sekali naik jambatan semasa masuk (tol RM7 jer, balik free). Tapi kalu balik tu naik feri pun best tauuu...
Jangan lupa singgap KAPITAN kat town, tempat makan yang best.
Singgah juga CHOWRASTA (mcm Chowkit) ada jual ribuan pilihan makanan dari jeruk pala, keropok dan macam2 lagi.
Atau meronda2 Bazar Gurney di Jalan Gurney untuk melihat pakaian dan beg tangan yang murah serta kasut perbagai design (tp tak semua ori..)
atau singgah Pantai Mutiara – tapi jauh skit ke Teluk Bahang. Feringghi Beach tu dah biasa sangat lah kan.
atau kalu nak kelainan, bawa anak2 ke Taman Rimba or Taman Belia. Ada kolam mandi. 3 kolam utk 3 peringkat umur kanak-kanak. Masuk free..
Boleh kongsi itu serba sedikit dari pengalaman sendiri.
Ada banyak lagi, kalu rajin kene cari di internet..
ain :
Jom ainnnn !!
Kita pi holiday sama2 nak tak. Tggu k.ct datang amik ain kat JB ok :D
Tok Nabe :
Tr kasih tok nabe. Best jugak kan kalau jalan2 kesana. teringin gak nak ke Kelantan. tengok lah kalau driver free hehehe.
azieazah :
azahhhh..makin teruja ct nak kesana tau :D dari cakap2 ni macam best jer kan. harap2 impian akan jadi kenyataan. lagi kalau best dapat amik gambo kat jambatan tu.
ehh...bole ker berhenti kat tepi jambatan tu macam kat putrajaya tu hihihi.
terima kasih azah dengan info2 tu. lain kalai kalau nak kesana ajak azah jer lah senang, bole ker... :D
SITI > dulu di awal pembukaan jambatan memang ada suatu kawasan lapang di mana kita boleh berentikan keta dan posing.. sekarang DAH TAK BOLEH laaarr.. drive jer slow, ambik gambar dari dalam keta.. sbb bahaya.
Lagi satu kalu meronda Georgetown nampak Jalan Pintal Tali @ Rope Walk, boleh juga singgah di area foodcourt makan laksa Penang atau ABC sedap..
lebih kurang sama jer macam makan kat Padang Kota Lama or Padang Kota Baru.
Selamat cuti-cuti..
Saya selalu ke sana, sbb 3 orang adik saya tinggal sana..:)
Ops...! terimakasih mengajak... insyaAllah, ada rezeki leh gak pi sama-sama...:)
azieazah :
Oh ya ker..insyAllah jika sampai lah ct ker PP tu nanti ya azie. Kalau sampai ct tepek banyak gambo2 tu ehh :D
Kalau ada orang kenal lagi senang nak jalan2. tak ler macam rusa masuk kampung lak hihihi.
Post a Comment