Selamat Datang Ke Laman Blog Che Mat Dan Che CT.

Di Sini Kami Berkongsi Segala Kisah Suka Dan Duka Kehidupan Dalam Bahtera Pelayaran Kami Sebagai Suami Dan Isteri. Semoga Perkongsian Ini Dapat Memberi Manfaat Kepada Sesiapa Saja Yang Berkunjung Ke Blog Kami. Semoga Perkara Yang Baik Dapat Di Jadikan Tauladan.

Kami Juga Berharap Semoga Laman Blog Ini Juga Dapat Membuka Pintu Persahabatan Di Antara Kami Dan Semua Blogger-blogger Di Luar Sana.

Salam Sayang Untuk Semua Yang Berkunjung Ke Laman Blog Taman Syurga Abadi

Wednesday, March 31, 2010

Semoga Din Beramboi Cepat Sembuh



Mangga Online baru sahaja mendapat berita mengejutkan ini. Din Beramboi dilaporkan sedang dalam keadaan kritikal dan sedang di bawah kawalan ketat doktor.

Din dikatakan mengadu tidak sihat sebelum ini dan sumber mengatakan beliau jatuh sakit selepas penggambaran di Zoo bersama Aflin Shauki. Din disyaki terkena jangkitan air kencing tikus dan organ dalamannya berhenti berfungsi.

Din Beramboi perlukan darah jenis O dalam masa 24jam ini. Sesiapa yang boleh membantu diminta terus ke Hospital Selayang.

Apa-apa pun mari sama-sama kita doakan kesihatan dan kesejahteraan beliau. Semoga Din Beramboi cepat sembuh.

p/s: Sama2 lah kita berdoa buat Din Beramboi semoga beliau tabah menerima dugaan dari Allah ini. Dan juga buat keluarga Din Beramboi banyak2 lah bersabar dan berdoa sentiasa semoga Din Beramboi cepat sembuh.

Nukilan:

Sunday, March 28, 2010

Jalan-Jalan Cari Tupai2



Apa agaknya yang dicari my laling CM tu agaknya erk..? Masa ni aku panggil pun dah tak menoleh lagi dah. Mesti dah jumpa si tupai2 tu kot hehehe. Sila skroll bawah sikittttt....

"

"

"

"



Haa.... memang betul lah my laling dah jumpa tupai2 yang dicarinya... hehehe. Sebenarnya hari ni suami terchenta bawa aku dan anak2 semua lunch kat luar. Mana lagi kalau bukan di Restoran Tupai-Tupai. Sebenarnya aku dah lama dengar nama restoran ni, tapi baru ni ler aku sampai ke sini. Dari kata my laling CM dia dah 2, 3 kali pergi ke sini dengan kawan opis dia. Jadi tak ler kami tercari2 tempat ni. Masih dalam bandar KL rupanya, aku ingat suasana rimba tu luar dari KL hehehe. Maklum ler aku ni 'rajin' sangat makan kat luar kannn.


Kami memilih makan bersila di 'pondok' yg menghadap kawasan 'rimba'. Peaceee...!


Bukan main lagi Haqim menyandar kat ayah dia. Mama dia pun tumpang sekaki hehe... Sebelum makanan yang dioder sampai possing ler dulu.


Saja pilih air buah dua kaler supaya bole susun macam ni ngeh ngeh


Macam biasa ler resam blogger... sebelum makan kena lah ambik gamba dulu. Ni pun tercungap gak nak kasi abis


Bismillahirrahmanirrahim... ngap! alamak terlupa pulak baca doa makan


Dah habis makan, semua tersandar macam ular kekenyangan..

Nukilan:

Wednesday, March 24, 2010

AL-FATIHAH ...



Pagi ni mendapat khabar sedih daripada anak saudara, katanya bapa saudara yakni adik kepada arwah mak aku, Sali bin Samsuddin, telah meninggal dunia di kediamannya di Flat Sri Iskandar Pasir Pelangi Johor. Memang terkejut juga bila mendapat berita ni pagi tadi. Arwah sebelum ni sihat jer tiada tanda2 sakit. Aku terus call anak arwah dan bertanya apa punca kematian. Arwah diserang sakit jantung semasa dalam tido. Siapa sangka dan tiada siapa menduga bila dan di mana kita akan pergi.

Kali terakhir aku berjumpa arwah semasa bapa aku meninggal dunia awal tahun ni. Hanya gambar ini yang terakhir dapat aku abadikan sebagai kenangan di kediaman arwah. Sama2 lah kita berdoa semoga arwah bapa saudara aku ditempatkan bersama golongan orang2 yang beriman dan dipermudahkan dalam segala urusan perkebumiannya.... AL-FATIHAH Sali bin Samsuddin.


Nukilan:

Monday, March 22, 2010

Selamat Ulang Tahun Azree



Selamat hari jadi...
Selamat hari jadi..
Selamat hari jadi Mohamad Azree..
Selamat hari jadiii...
Muahh.. muahhh... muahhh..!

Selamat Ulang Tahun anak ku Mohamad Azree yang ke 13 tahun pada hari ni 22 hb Mac. Semoga anak mama sihat2 sentiasa, panjang usia, menjadi anak yang soleh dan mendapat keberkataan didunia dan juga diakhirat... Aminnn.

Nak hadiah...! kena tunggu hari cuti nanti kita jalan2 beli hadiah dan kita makan2 sekali okey hehehe.


Istimewa kek Manchester United khas untuk Azree. Bukan aku buat kek ni tapi pinjam dari en google.


p/s: Anak bujang aku yang semakin dewasa dan semakin hensem. Dah sama tinggi dengan aku sekarang ni hehehe.

Nukilan:

Sunday, March 21, 2010

Hot Air Balloon, Putrajaya



Peaceeeee..!! Jalan2 Ke Putrajaya semata2 nak tengok hot air balloon dan bunga api. Rasanya ini kali yang ke 2 lah kami tengok hot air balloon ni di sana. Yang pertama tu pada Ogos 2009 cuma biasa2 jer. Kali ni lebih banyak hot air balloon berbanding tahun lepas dan juga ada bunga api... banyak syokkk!. Walaupun mula2 tu nak cari parking payah sedikit, dah 2 -3 kali pusing baru dapat parking. Orang jangan cerita lah dah macam semut. Kalau tengok dari atas bangunan nampak hitam jer, dah macam kepala taugeh dan punya lah ramai hahaha. Kali ni aku pergi 4 beranak jer sebab Azree dan Daniel tak nak ikut sama. Memang seronok, happy dan enjoyyyy!!. Lihat jer lah my laling CM tu, tak bole tinggal dengan kamera. Macam biasa lah kalau dah bawak kamera mesti banyak yang ditembaknya hehehe. Ramai juga lah yang turut menembak malam tu.


Senyum simpul si dara manissss... ehh mak dara lah ni hehehe. Sempat lagi berposing kat tepi parit ni. Konpom parit ni bersih dan tak berbau okey. Mula2 macam takut gak nak posing kat situ, mana tau ada ular air ker dalam tu eee...takutt.




Suka tengok gambo ni.... nampak romantik gitu ala2 titanic ekekeke. Nak amik atas feri kena bayar duit. Jadi amiklah kat atas jeti ni sama jer lebih kurang hehehe.




Aksi yang wajib setiap kali keluar atau amik gambo mesti nak melompat hehehe. Aku tak moh lompat kang jatuh semua siapa nak tolong kutip miahahaha.


Dak cubby yang dah semakin tembam. Apa tak nya asik makan dan makannnn!


Himpit my laling kejap sebelum dia pegi ke spot untuk shoot bunga api tu


Masa ni dah pukul 9.00 malam, masa menantikan bunga api sempat lagi dak cubby ni berposing dalam gelap. Yang ni guna kamera compac aku jer. Hasilnya tak ler secantik kamera canggih my laling tu, okey lah dari tak ada.


Gelap2 pun nak snap gak gambo my laling CM ni. Masa ni tengah standby nak amik gambo bunga api. Sori ya ayanggg... gelap sikit hehehe.





Gambo berlatar belakangkan bunga api... lama gak bunga api ni lebih kurang dalam15 minit macam tu kot. Lupa nak tengok jam hehehe.

Nukilan:

Saturday, March 13, 2010

Surprise



Pagi ni macam biasa my laling CM tak keja dan anak2 pulak sume dah mula cuti sekola. Xtvt untuk cuti sekola baru nak bermula, jadinya kena rancang baik2 mana nak pegi. Hanya duduk jer kat rumah diam2 atau pun bercuti balik kampung. Masih tak tahu lagi arah tuju yang sebenar. Berbalik pada cerita disebalik gambo my laling CM yang hensem di mata aku ni, hensem kan hehehe. Pagi ni tiba2 jer CM kata nak gi kedai gunting rambut. Aku buat macam biasa jer, ya lah rambut tu dah panjang sedikit. Haruslah kemaskan diri baru lah bertambah2 hensem dimata aku kan ekekeke. Tak lama pun CM gi gunting rambut dah balik semula. Okey.... sila skroll ke bawah.

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v



See.... CM gunting rambut alah2 GI gitu dan anak2 kata 'Ayah dah botak...' tapi botak masih ada rambut lagi hehehe. Dulu masa duk JB sekali jer CM gunting rambut macam ni. Ya lah senang tak payah susah2 nak pakai minyak rambut atau apa2 lagi dah. Bila aku tanya nape gunting pendek sangat cam tu, CM kata saja sebab anak aku Lily dah lulus peksa... Alhamdulillah. Lepas ni sape lak nak gunting rambut pendek... ? adakah aku...? emm tengok lah nanti. Yang pasti bukan pendek macam CM okey ekekeke.


Nukilan:

Friday, March 12, 2010

Kuaci Logo 'HALAL' Palsu



Kuaci matahari ni aku kirim dengan lily masa dia ker Jusco itu hari. Aku memang suka makan kuaci ni dah banyak gak aku makan tak kira masa lah orang kata. Kalau dok layan tengok tv pun aku tak perasan habis 2 bungkus aku makan hehehe. Tapi yang menjadikan aku terus stop nak makan kuaci, bila keluar kat berita TV3 hari Selasa lepas. Mengatakan kuaci bunga matahari wangi ni masih belum dapat diiktraf akan Logo 'HALAL' nya. Aku tengok logo halal dia macam sama yang sah punya. Tapi rupanya ohh tidakkkk... macamana kita nak tahu makanan2 ni sah kalau semua logo yg tipu pun dah nampak macam asli. Ni sekarang nak salahkan kuaci ker salahkan KDN sebab lambat serbu atau salahkan diri sendiri sebab makan kuaci cop 'HALAL' tak rasmi ni. Hisss.... baik2 aku nak makan terus terbantut... masih ada 2 bungkus dalam simpanan aku ni. Yang menjadi kemuskilan aku kenapa baru sekarang nak keluar isu ni. Jangan buat main2 aku dah makan banyak kuaci ni tau...! Semalam aku berbalah sekejap dengan CM kat rumah pasal kuaci ni. Rasa tak puas hati aku suhur CM Google cari apa sebabnya. Kalau ada yang nak tahu... pi cari sendiri kat En Google okey :)

Dan ini aku copy dari satu blog tentang kebaikkan makan kuaci bunga matahari ni.



Antara kebaikkannya ialah:

1. Kuaci bunga matahari merupakan salah satu sumber vitamin E yang sangat baik. Cukup sekadar 60 gram bunga matahari tanpa kulit untuk memenuhi keperluan tubuh bagi mendapat vitamin E setiap hari. Para wanita biasanya sudah tahu beberapa khasiat vitamin E.

2. Ia itu untuk meregangkan kulit, menghaluskan dan membuat kulit menjadi lebih muda dan cantik. ( Lepas nie pasti ramai wanita yang makan kuaci ). Selain daripada itu Vitamin E juga mempunyai banyak khasiat lain yang lebih penting.

3. Vitamin E ialah anti oksidan dan ia sangat penting kepada tubuh. Ia meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dan membaiki struktur DNA yang rosak.

4. Vitamin E juga dapat mengurangi gejala penyakit Athma atau lelah ,osteoarthritis dan rematik.

5. Selain itu ia juga dapat mengurangi risiko penyakit kanser usus besar, menurunkan gejala rasa panas bagi wanita monopaus, dan mengurangi komplikasi penyakit diabetes. Vitamin E juga dapat membantu memerangi kadar kolestrol jahat (LDL) yang tinggi dalam darah.

Beberapa ujian yang dibuat ia juga dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Nukilan:

Wednesday, March 10, 2010

Debaran Semakin Terasa..



Aduhhh..... 3-4 ari ni hati aku resah jer tak senang duduk dan tak lena nak tido malam. Resah kerana.. esok result SPM 2009 keluar.. okey. Doa dari seorang ibu mestilah inginkan anak2 nya berjaya dalam apa jua bidang yang ingin diceburi. Begitu juga dengan keputusan SPM yang dijangkakan akan keluar pada hari esok, yang mampu aku lakukan hanya berdoa kepadanya setiap masa. Semoga anak aku Siti Dalila akan berjaya dalam keputusan SPM nya insyAllah.. Aminnnn. Semoga kawan2 diluar sana turut mendoakan kejayaan untuk anak aku juga. Naluri seorang ibu sentiasa mengatakan yang anaknya mesti dapat lakukan yang terbaik untuk dirinya sendiri..



Begitu juga dengan kawan2 lily yang lain. Harap2 ramai pelajar 5 Suria batch 2009 yang mendapat keputusan cemerlang berbanding tahun2 yang lepas.. insyaAllah.

Nukilan:

Monday, March 8, 2010

Kejohanan Sukan Tahunan SMKSI Ke-10



Entri ni sepatutnya dimasukkan pada hari semalam. Tapi kerana kesibukan di dapur dan ada urusan lain yang lebih penting terpaksa ditunda dahulu. Ini gambar2 acara sukan tahunan di SMK Setapak Indah pada hari Sabtu 6 Mac 2010 yang lepas. Tak banyak gambo yang diambil sebab padang becak dan malas nak bangun duduk hehehe.



Acara sukan tahunan telah dirasmikan oleh YB Datuk Yew Teong Look Pengerusi Barisan Nasional Wangsa Maju. Walaupun anak murid sekolah ni ramai, tapi aku tengok ibu bapa yang datang tak lah seramai mana.



Pembukaan acara juga telah diserikan lagi dengan pancaragam ATM. Sampai meremang bulu roma aku bila mereka membuat persembahan. Masa ni my laling CM belum sampai, jadi terlepas lah acara ni.





Azree kata ada ambil bahagian dalam acara larian 4X100 meter. Awal pagi lagi aku dah siap buat sarapan yang berkhasiat untuk anak aku ni. Ya lah takut kang nak lari tak ada tenaga terus pancit lak. Selain tu aku belikan juga air 100plus 2 botol untuk dia sekali.Tapi bila saat nak berlari rupanya Azree hanya peserta simpanan saja. Hampeh betul cikgu dia ni tau, dah beria2 anak aku dan kawan2 dia yang lain nak berlari time tu. Bila tanya balik kat cikgu dia, rupanya Azree perserta simpanan dan hanya penganti untuk budak2 yang tak hadir jer. Kesian betul anak aku ni, nampak kecewa sedikit pada muka dia. Cikgu dia ni pun satu cakap lah awal2 tak ler anak aku ni ternanti2 kan. My laling CM pun dah sedia nak ambil gambo anak aku time dia berlari tu nanti hehehe. Tak apa lah aku pujuk dan kata kat Azree tahun depan cuba lagi, mana tahu akan jadi wakil sekolah pulak satu hari nanti. Azree ni memang minat sukan olaraga macam aku lah dulu2, dan aku pernah menjadi wakil sekolah dalam acara olaraga tau yeaaaa... maju lah sukan untuk negara hehehe.


Susah bebenar nak amik gambo dengan my bujang ni. Ni pun kena tarik tangan dia, sampai kawan2 dia dok tengok jer. Dah besar jadi malu kot kalau mama dia nak amik gambo berkepit sama. Yang kelakarnya kawan2 Azree kata "Eh...tu kakak kau eh" ... "Itu mak aku lahhh..." ... "mudanya mak engkau...?" hehehe. Muda sangat ker aku ni miahahaha.



Sempat lagi berposing dengan kawan2 sebelum acara sukan bermula. Antara kawan2 lily yang sama2 menunggu keputusan SPM yang akan keluar akhir minggu ni. Dah bersedia ker belum nak tunggu result keluar ni..? Semoga semuanya berjaya dengan keputusan yang cemerlang ya, aminnn...



Merajuk sebab tak dapat amik belon hehehe. Nanti mama suh ayah beli belon banyak2 ya ayanggg hehehe. Suruh senyum pun dah tak der mood bujang kecik ni.



Ini yang penting bila akhir acara sukan tahunan akan dipamerkan mata keseluruhan setiap rumah sukan. Untuk tahun ni rumah merah (Tok Sagor) mendapat tempat pertama, rumah biru (Tok Janggut) tempat kedua, rumah kuning (Mat Kilau) tempat ketiga dan rumah hijau (Dato Bahaman) tempat keempat.

p/s: Tunggu pulak acara sukan tahunan untuk sekolah rendah nanti. Tak tahu lagi bila tarikh nya. Kena pergi juga sebab tak adil kalau tak pergi kan. Mesti Haqim ada masuk acara untuk tahun satu.

Nukilan:

Thursday, March 4, 2010

Sape Nak Ikut...



Bila mahu berdating berdua2an lagi kat tempat yang sejuk dan tenang ni erk. Kat rumah pun selalu gak dating, tapi ada kereta mini berderet2 kat belakang hehehe. Tu dah kira berdating dengan anak2 lah dah lain cerita. Ni nak berdua2an jer dengan my laling CM nak imbau kenangan zaman baru kawin macam dulu2 lah kiranya hehehe. Nak tunggu anivesary lambat lagi, rasanya macam nak naik lagi ker Bukit Tinggi. Bila..? Kena tengok masa dan waktu yang sesuai lah kot hehehe.

p/s : Agak2 nya kat atas tu sejuk berangin atau dah tak sejuk macam dulu?

Nukilan:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More