Selamat Datang Ke Laman Blog Che Mat Dan Che CT.

Di Sini Kami Berkongsi Segala Kisah Suka Dan Duka Kehidupan Dalam Bahtera Pelayaran Kami Sebagai Suami Dan Isteri. Semoga Perkongsian Ini Dapat Memberi Manfaat Kepada Sesiapa Saja Yang Berkunjung Ke Blog Kami. Semoga Perkara Yang Baik Dapat Di Jadikan Tauladan.

Kami Juga Berharap Semoga Laman Blog Ini Juga Dapat Membuka Pintu Persahabatan Di Antara Kami Dan Semua Blogger-blogger Di Luar Sana.

Salam Sayang Untuk Semua Yang Berkunjung Ke Laman Blog Taman Syurga Abadi

Sunday, May 31, 2009

Travelogue Balik Kampung 2


Hujan yg mencurah turun agak membataskan penglihatan.

Dah seminggu peristiwa berlalu tapi baru hari ni nak update. Hehe inilah akibatnya apabila kebizian melanda *wink*. Berbekalkan semangat yang masih tersisa aku gagahkan juga diri untuk menaip dan mengupdate.. (sebenarnya masih ingin terus bermalas-malasan di atas tilam.. maklumlah cuti beb.. tapi dipaksa untuk mencongok didepan laptop.. aduhhh.. malasnyaaaa).


[KIRI] Lauk pauk kampung yg sedap. [KANAN] Tiga beranak melepak di beranda.

Okeh beb.. back to the story. Hari masa kita balik tu cuaca agak cerah sepanjang perjalanan.. tapi sebaik melepasi daerah Air Hitam, langit jadi semakin gelap. Dan tak lama lepas tu hujan turun mencurah selebat-lebatnyanya. Nasib baiklah wiper kereta tu baru tukar. Kalau tak memang susah aku jadinya. Maklumlah.. penglihatan dah tak sebaik dulu. Alhamdulillah.. kami selamat tiba lebih kurang dalam pukul 2 petang. Tak tunggu lama.. terus je kami ke meja makan. Cuaca hujan2 dan sejuk2 macam tu, apa yg terhidang nampak sedap semacam. Tengok ajelah tempe tu.. siap dengan periuk2 sekali mak aku angkut ke meja makan kehkeh. Tapi kenyataannya, lauk2 kampung simple2 camtu memang sedaplah. Kenapa ek?


[KIRI] Lontong Johor istimewa Lin. [KANAN] Linda tersenyum simpul mengontrol ayu.

Hari Ahad keesokan harinya kami dah nak bertolak balik. Sekejap sangat rasanya, tak sempat panas punggung duduk kat kampung dah nak bertolak balik. Apa nak buat.. balik kali ni kerana ada urusan keluarga. InsyaAllah jika tiada aral, minggu depan kami akan balik semula. Sebelum bertolak balik ke KL, kami menyinggah ke rumah member kamceng blog iaitu rumah Auntie Lin (Auntie ker?? kehkeh). Memang langkah kanan kerumah Lin hari tu sebab perut pun dah agak berkeroncong (memang sengaja kosongkan perut sejak dari pagi sebab dengarnya Lin pandai masak!!).. dan hari tu Lin masak lontong Johor. Aku pulak memang tengah berselera masa tu. Uiii sedapnya Lontong Lin!! (bodek sket.. *wink*) Oh yer.. lupa nak kabar, sebelum mengadap meja makan tu, kami terkena kejutan beruk sebab tiba2 member kamceng blog dari KL iaitu Shaizhar tiba2 terjongol dari balik pintu. Rupanya Shai buat kejutan kat rumah Lin. Lepas tu Kasawari dan isterinya yg ayu pulak sampai bersama anak2 dorang. Kehkeh.. gamat jadinya sehh. Lama jugak kami melepak kat rumah Lin. Konon2nya nak singgah sekejap jer. Tapi dekat 3 jam juga jadinya.


Bergambar kenangan beramai-ramai dimeja makan.

Kami bertolak dari rumah Lin lebih kurang dalam pukul 4 lebih. Agak tergesa2 jugak masa tu sebab target nak sampai KL sebelum langit gelap sebab aku paling tak suka drive waktu malam. Bila dah nak sampai Seremban matahari dah hampir menjejak ke kaki langit. Sempat mintak CT snap gambar langit petang dari dalam kereta sebab langit nampak cantik sangat masa tu. Alhamdulillah kami selamat tiba di KL sebelum hari malam. Perjalanan balik kampung kali ni agak singkat dan meletihkan namun penuh dengan kenangan.


Langit petang yang memukau pandangan mata

P/S - Peristiwa paling aku tak bole lupa bila Kasawari dok julang 'payung keramat' kepunyaan Lin masa kami ambik gambar kat tepi kereta Lin sebelum kami balik. Gempak!

Nukilan:

Tuesday, May 26, 2009

Travelogue Balik Kampung 1


Bersantai di salah satu wakaf yg terdapat di R&R Pagoh

Dah dua hari aku balik dari kampung, tapi baru hari ni dapat curi masa sikit utk update blog. Aku bertolak ke JB pada hari Sabtu lebih kurang dalam pukul 8 pagi. Dah jadi seperti suatu rutin, setiap kali balik mesti nak menyinggah di R&R Pagoh. Maklumlah.. dapat juga meregangkan otot2 yg tegang dan membuang apa2 yg patut. Dalam perjalanan nak pergi tempat 'membuang' tu plak, aku ternampak buah2 yg sudah siap dipack tergantung cantik di sepanjang deretan kedai. Nampak cantik dan segar plak buah2 tu kat mata nie. Pandai orang yg menjual tu membuat strategi pemasarannya. Tak tunggu lama, terus kami borong sedikit sebanyak. Lebih kurang setengah jam berlalu lepas dah lega sket melayan santai, kami teruskan perjalanan semula.


[Kiri] Haqim sibuk bermain. [Kanan] Antara buah-buahan yg dibeli.

Lebih kurang 5 KM setelah kami berlepas, aku ni tergatal mulut bercakap tentang outlet pinggan mangkuk di Air Hitam pada CT. Aku teringat tentang set pinggan mangkuk biru kepunyaan Mat Gebu yg katanya dibeli di outlet Claytan di Air Hitam tu. Aku berkenan sungguh dengan koleksi Mat Gebu tu. Aku kata kat CT yg aku tak pasti lokasinya kat mana tapi rasanya outlet tu tak jauh dari pekan Air Hitam. Dan seperti yg aku jangka, Cik CT kita kemain besar lagi mata dia bila aku terlepas cerita pasal pinggan mangkuk tu. Terus di'paksa'nya aku membelok masuk ke Air Hitam. Mula2 tu aku tersesat juga nak cari outlet kilang tu. Tapi lepas CT telefon Mat Gebu, alhamdulillah kami jumpa juga tempatnya setelah diberi panduan.


Tersenyum lebar Cik CT kita dapat serang outlet Claytan tu



Antara deretan pinggan-mangkuk yg ada beserta signboard bahayanya.

Sebelum melangkah masuk outlet tu aku ingatkan kat CT supaya jangan beli lebih2. Nanti bonet kereta 'berat' (alasan aje tu sebenarnya) tapi bila aku sendiri dah masuk, alamak.. aku yg melebih-lebih. Mula2 CT ambik sket jer. Pastu aku plak yg sakan suruh CT tambah lagi itu dan ini. Alamak.. siapa yg kemaruk ni? Hehehe Dasat juga penangan membeli pinggan mangkuk ni rupanya. Bila dah kat kaunter utk membayar, kepala otak aku ni masih lagi memikir2 samada nak tambah lagi atau tak. Lebih2 lagi bila aku terpandang satu signboard kat kaunter pembayaran tu bertulis "Biar menyesal beli, Jangan menyesal tak beli". Hermm.. masuk akal jugak kata2 kat signboard tu. Camner ek? Tapi.. nasib baik aku dapat pujuk hati ni supaya tak menambah lagi. "Lagipun, kan masih ada masa lagi dilain kali" kata aku pada diri sendiri. Huh.. Selamat poket aku.. hehehe..

Okeylah. Setakat ni dulu coretan kali nie. Bahagian kedua akan menyusul bila aku ada masa terluang sket nanti.


Gambar close-up koleksi biru yg kami beli


Set biru yg kami beli. Akan ditambah lagi pada trip kedua nanti.


P/S - Kami balik kampung kerana ada urusan keluarga. Tapi masih sempat lagi 'menyelam sambil minum air'.

Nukilan:

Tuesday, May 19, 2009

Merci mille fois!



This is a backdated entry that I thought of posting it couple of weeks ago. The items in the pictures are all souvenirs from a close someone upon him returning from his vacation. Actually that someone told us not to publish the items in our blog, but again I was thinking that by publishing it here, it can in a way express our deepest gratitude and appreciation in the most outstanding manner. Sincerely and to our surprise, all these are quite too many for a souvenirs but what else can we say? To that close someone, may Allah repay your generosity and kindness and above all.. thanks for your thought!

P/S - 'Merci mille fois' is a french words that translates to 'Thanks A Million!'.

Nukilan:

Friday, May 15, 2009

Parcel dari China




Masa aku nak pegi solat Jumaat tengahari tadi, darling aku SMS.. "ada parsel dari china".

Aku tak surprise sebab memang dah dekat dua minggu aku tunggu Notebook Leather Case yg aku order tu.. at last sampai jugak. maklumlah.. beli barang secara online dari oversea ni, bimbang jugak.. ye lah.. duit dah bayar. takut jugak kalau barangnya tak sampai.




Lepas dah siap pasang kat laptop aku.. Wah! cun plak nampak. Elegant and Corporate Look gitu.. hehe..



P/S - CT suspen jer masa dapat parcel tu. Dia ingat tu surprise gift utk dia. Aku cakap, present tunggu bonus nanti yer hehe.

Nukilan:

Sunday, May 10, 2009

Petik Tepi, Tengah Menyala




"Dah dekat nak Maghrib ni Rahmat.. Hidupkan lah lampu tu cepat"

"Yelah Mak"... "Tapi dah ringanlah mak.. nanti orang isi minyaknya dulu".

Aku capai botol minyak tanah dan corong di sudut tepi rumah. Dengan cermat aku bukak penutup tangki minyak lampu tu, masukkan corong ke mulut tangki. Kemudian dengan satu tangan memegang corong dan tangan yg satu lagi memegang botol minyak, perlahan-lahan aku tuangkan minyak tanah utk mengisi tangki yg aku nampak sudah tinggal suku saja isinya. Setelah hampir penuh di isi, aku cabut corong dan letak botol minyak disisi. Aku pasang semula penutup tangki dan pulas dgn sekuat tenaga. Jika tidak dipasang ketat, angin akan mencuri keluar dan lampu tidak akan menyala lama setelah dipasang nanti.

Begitulah rutin aku setiap hari semasa rumah kami dikampung dulu masih belum mengenal erti tenaga elektrik. Setiap malam, ruang tamu hanya mampu diterangi oleh limpahan cahaya dari 'Lampu Pam'. Cahayanya boleh tahan juga terangnya tapi bahang dari kecerahan cahayanya turut panas membakar udara diruang rumah. Menghidupkannya juga bukan tugas yg mudah bagi yg tidak biasa. Jika silap dipasang, lampu tak hidup terang tapi cuma api yg merah saja yg membakar. Seksanya dizaman itu utk mendapat nikmat cahaya. Tidak seperti di zaman sekarang.. Petik Tepi, Tengah Menyala.

Namun demikian Kesukaran hidup yg aku lalui dimasa lalu, terasa sungguh manisnya bila dikenang semula kini. Perjalanan hidupku terasa amat berwarna-warni dengan pelbagai wajah rentetan sejarah yg baunya masih segar, seolah peristiwa itu baru kelmarin terjadi.



P/S - Lampu pelita seperti gambar di atas ini pula menerangi bilik tidurku yg turut dikongsi bersama 5 adik-beradik yg lain.

Nukilan:

Saturday, May 9, 2009

Favourite Spot



Setiap dari kita pasti mempunyai 'favourite spot' atau tempat kegemaran bila kita ingin menyendiri atau bila kita perlukan ruang utk berfikir atau mencari idea atau menenangkan fikiran atau utk tujuan peribadi apapun juga, dimana bila kita berada ditempat itu, kita seolah berada didalam dunia kita yg tersendiri.

Aku pun tidak terkecuali. Di zaman kanak2 dulu, tempat yg paling aku suka adalah dibawah kerusi diruang tamu. Zaman itu, kebanyakan ruang tamu disetiap rumah menggunakan 'kerusi pak awang'. entah dari mana nama tu timbul tapi itulah nama set kerusi tu. Bagi yg tak tahu, kerusi tu mempunyai kaki dan diperbuat dari kayu dan tempat duduknya adalah kusyen empat persegi yg bersarung fabrik ditempat duduk dan tempat bersandarnya.

Entah kenapa, bila aku sorongkan badan dan berbaring je bawah kerusi tu aku rasa tenang dan seolah berada di dunia yg lain. Bila aku runsing, atau bila aku sedih lepas kena marah dgn bapak (arwah) bila dia dapat tahu aku merayau jauh dgn kawan2 pergi tangkap ikan pelaga atau bila aku terasa nak melayan khayalan atau angan-angan, aku akan masuk kat bawah kerusi tu. Kadang2 sampai setengah hari pun aku tahan. Aku cuma akan keluar bila mak panggil atau bila perut dah lapar. Tapi itu zaman kanak2 dulu. Kini aku tak boleh nak masuk bawah kerusi lagi , dah tak muat.. hehe. Lagipun kerusi zaman sekarang dah tak ada ruang dibawahnya lagi. Kalau ada pun dan kalau aku buat macam tu lagi, nanti kalau anak2 ternampak mesti dorang akan kata.. "apahal ayah tu mama?" lepas tu mesti isteri aku akan menjawab "entahlah.. buang tebiat kot" hahaha.

Ingatkan bila dah dewasa dah takde keinginan utk favourite spot tu. Tapi aku terkesan, rupanya perasaan tu masih terbawa2 hingga kini. Kat rumah sekarang ni, bila aku terasa nak duduk sorang2 (lebih2 lagi bila cuaca sangat panas), aku akan duduk ditempat seperti kat gambar atas tu.. iaitu di ruang tangga rumah aku. Sebabnya, tempat tu adalah tempat yg paling sejuk dan 'mendamaikan' di saat-saat cuaca panas berbahang macam sekarang ni. Aku akan duduk kat situ sambil bukak laptop melayan internet atau buat kerja2 ofis yg perlu disiapkan dengan sekole air sejuk berais.. Damainya.. Teringat pulak zaman kanak2 dulu masa mak panggil "Rahmat.. dah.. dah.. keluar dari bawah kerusi tu cepat"..


(Inilah imej 'kerusi pak awang'. Sumber: perabot-klasik.blogspot.com)


P/S - Selamat Hari Ibu buat mak aku kat kampung. Semoga mak sentiasa sihat dan ceria.

Nukilan:

Thursday, May 7, 2009

JASA IBU... KASIHMU KU BAWA MATI




IBU...
Pengorbananmu melahirkan diriku
Jeritan keperitan dan tangisan kesakitan
Disaat melahirkan adalah satu kepayahan
Tapi kau senyum bila kedengaran satu tangisan


IBU...
Pengorbananmu yang membesarkan diriku
Dengan susah payah kau membesarkan kan ku
Setiap titisan susu yang kau suapkan ke mulutku
Tak akan dapat membalas jasa mu IBU


IBU...
Pengorbananmu ibu amat besar ertinya
Tidak dapat dibayar dengan emas dan permata
Jasamu tidak terbalas walau jutaan harta
Kerana nilai harga dirimu teramat lah mulia


IBU...
Pengorbananmu IBU yang tidak ternilai
Kau terus mewarnai kehidupan ku ini
Setiap dodoian dan belaian tangan mu
Akan ku ingat sampai keakhir hayat ku


IBU...
Walau pun kini kau telah tiada didunia
Ingatan ku pada mu tetap bersama
Semoga kau tenang sentiasa di alam sana
Ku sedekahkan Al-fatihah setiap masa


IBU...
Kau lah seorang IBU yang berhati mulia
Akan ku jadikan diri ku seperti diri mu jua
Mendidik anak-anak berhati waja
Menjadi kebanggan diriku setiap masa


"Ya Allah Ya Tuhanku tunjuklah kepadaku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redai."

"Ingatan buat kita semua, Janganlah sesekali kau mengherdik kedua ibu bapamu. Dan ucapkanlah kepada mereka berdua dengan ucapan-ucapan yang mulia. Wahai Tuhanku, rahmatilah mereka berdua sepertimana limpah rahmat mereka yg tidak pernah putus mendidikku sewaktu aku kecil dahulu."

Kini aku juga telah bergelar IBU... yang mempunyai anak dan juga suami yang tercinta. Doaku pada Tuhan setiap waktu, semoga anak-anakku menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, yang menghormati kedua ibu bapanya disetiap detik dan ketika. InsyaAllah.

Nukilan:

Sunday, May 3, 2009

Misi Hari Pekerja



Cuti hari pekerja tahun ni jatuh pada hari Jumaat. CT kata ini peluang yg baik utk dia melangsaikan keinginan utk makan sup tulang di bukit aman. Kalau hari kerja biasa cuma aku jer la yg ada chance nak makan bila pegi solat jumaat kat masjid bukit aman. Terlanjur cuti, aku ajak anak2 semua pegi solat jumaat di Masjid Negara. So dalam perkiraan aku, sebelum solat tu bolehlah kami semua singgah pekena sup tulang dulu kat bukit aman. Tapi sayang, rupanya gerai tu tutup. Lupa pulak yg dorang pun nak bercuti pekerja jugak agaknya. Kempunan cik CT kita nak melepaskan keinginannya makan sup tulang tu. Kena tunggu kesempatan lainlah nampaknya.




Dah jadi macam tu, kami terus pegi ke Masjid Negara utk aku dan anak2 pegi menunaikan solat jumaat dulu. Sementara menunggu aku, Azree dan Daniel menunaikan solat, CT, Lily dan Haqim menunggu di kawasan parking masjid tu. Selesai solat, aku tanya kat CT nak makan kat mana? Blur2 aje aku tengok muka cik CT kita. Maklumlah, masih terliur mengenangkan sup tulang yg tak kesampaian tu kot. Oleh kerana cuaca pun agak terik, aku suggest utk pegi ke Mid Valley jer. Sambil2 cari tempat makan, boleh jugak menyejukkan badan sambil jalan2.




Sampai kat Mid Valley, punyalah ramai manusia. Nak cari tempat makan pun susah. Hampir disemua outlet aku tengok orang beratur panjang menunggu giliran utk mendapat seat. Akhirnya kami settle down kat Chicken Rice Shop jer. Anak2 kami makan punyalah laju. Dah lapar sangat agaknya. Lepas makan, kami jalan2 dan lepas tu pegi ke MPH bookstore. Dah seperti suatu kewajipan, kalau pegi MidValley mesti nak masuk ke MPH bookstore. Lama jugak kami habiskan masa kat dalam tu. Biasalah anak2 kami ni kalau dah masuk kedai buku dibuatnya tempat tu macam perpustakaan pulak. Sebenarnya aku pun suka kat situ sebab varieties of books yg banyak. Puas aku dapat membaca secara percuma hehe. Sebelum balik, aku suruh CT dan anak2 capai buku2 yg dorang suka utk dibeli. Aku pulak, tak beli apa2 sebab tadi dah puas membaca secara percuma hehe.

P/S - Bestnya bila dapat cuti panjang macam ni. Hilang sekejap stress kerja.

Nukilan:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More