Tuesday, May 26, 2009

Travelogue Balik Kampung 1


Bersantai di salah satu wakaf yg terdapat di R&R Pagoh

Dah dua hari aku balik dari kampung, tapi baru hari ni dapat curi masa sikit utk update blog. Aku bertolak ke JB pada hari Sabtu lebih kurang dalam pukul 8 pagi. Dah jadi seperti suatu rutin, setiap kali balik mesti nak menyinggah di R&R Pagoh. Maklumlah.. dapat juga meregangkan otot2 yg tegang dan membuang apa2 yg patut. Dalam perjalanan nak pergi tempat 'membuang' tu plak, aku ternampak buah2 yg sudah siap dipack tergantung cantik di sepanjang deretan kedai. Nampak cantik dan segar plak buah2 tu kat mata nie. Pandai orang yg menjual tu membuat strategi pemasarannya. Tak tunggu lama, terus kami borong sedikit sebanyak. Lebih kurang setengah jam berlalu lepas dah lega sket melayan santai, kami teruskan perjalanan semula.


[Kiri] Haqim sibuk bermain. [Kanan] Antara buah-buahan yg dibeli.

Lebih kurang 5 KM setelah kami berlepas, aku ni tergatal mulut bercakap tentang outlet pinggan mangkuk di Air Hitam pada CT. Aku teringat tentang set pinggan mangkuk biru kepunyaan Mat Gebu yg katanya dibeli di outlet Claytan di Air Hitam tu. Aku berkenan sungguh dengan koleksi Mat Gebu tu. Aku kata kat CT yg aku tak pasti lokasinya kat mana tapi rasanya outlet tu tak jauh dari pekan Air Hitam. Dan seperti yg aku jangka, Cik CT kita kemain besar lagi mata dia bila aku terlepas cerita pasal pinggan mangkuk tu. Terus di'paksa'nya aku membelok masuk ke Air Hitam. Mula2 tu aku tersesat juga nak cari outlet kilang tu. Tapi lepas CT telefon Mat Gebu, alhamdulillah kami jumpa juga tempatnya setelah diberi panduan.


Tersenyum lebar Cik CT kita dapat serang outlet Claytan tu



Antara deretan pinggan-mangkuk yg ada beserta signboard bahayanya.

Sebelum melangkah masuk outlet tu aku ingatkan kat CT supaya jangan beli lebih2. Nanti bonet kereta 'berat' (alasan aje tu sebenarnya) tapi bila aku sendiri dah masuk, alamak.. aku yg melebih-lebih. Mula2 CT ambik sket jer. Pastu aku plak yg sakan suruh CT tambah lagi itu dan ini. Alamak.. siapa yg kemaruk ni? Hehehe Dasat juga penangan membeli pinggan mangkuk ni rupanya. Bila dah kat kaunter utk membayar, kepala otak aku ni masih lagi memikir2 samada nak tambah lagi atau tak. Lebih2 lagi bila aku terpandang satu signboard kat kaunter pembayaran tu bertulis "Biar menyesal beli, Jangan menyesal tak beli". Hermm.. masuk akal jugak kata2 kat signboard tu. Camner ek? Tapi.. nasib baik aku dapat pujuk hati ni supaya tak menambah lagi. "Lagipun, kan masih ada masa lagi dilain kali" kata aku pada diri sendiri. Huh.. Selamat poket aku.. hehehe..

Okeylah. Setakat ni dulu coretan kali nie. Bahagian kedua akan menyusul bila aku ada masa terluang sket nanti.


Gambar close-up koleksi biru yg kami beli


Set biru yg kami beli. Akan ditambah lagi pada trip kedua nanti.


P/S - Kami balik kampung kerana ada urusan keluarga. Tapi masih sempat lagi 'menyelam sambil minum air'.

Nukilan:

14 comments:

makk aiii..skli beli,mcm borong 1 kedai....
lps ni dtg uma CT,mkn pakai pggan bru la yer...hehehehe

amboii bole buka kedai claypot la nih..blue yg romantik! :)

murah ker ct siap borong lagik?

ngeh..ngeh.. saya dah gi dah..

saya faham perasaan Kak CT.
memang syiok gilerr.. mata berpinau-pinau ... kejap ambik tuh, kejap ambik nih.. kejap nak warna pink..kejap nak warna blue..

Akhirnya bukan saya yang beli, omak saya yang borong sakan . saya takde duit ! hua hua hua

Lama dah pasang niat..tp belum ada kelapangan lagi..mesti rambang mata nih!..patut la pinggan mangkuk mat gebu semuanya cantik-cantik claytan ni dia kawal..ahakkss..jgn marah mat:)

Lin..bukan borong lagi lin..dah pajak dah kedai aunty claytan tu hahaha

Combi... kalau mahal ct mesti pikir dua tiga kali.tapi yang ni memang murah sgt2.berbaloi kita beli.next time nak singgah lagi ada yang terKENAN kat mata hehehe

Linda.. tu ler,k.ct dah bajet duit nak beli sikit jer.maklum ler abg mat dah bagi tau awal2 kan.rupa2 nya abg mat yang lebih2 lak.. apalagi dok soromg bakul jer k.ct hahahaha

Cik Manggis... memang ya..rambang mata..naik rabak dah biji mata kalau pi kat sana tau. yang penting pulus mesti ada hehehehe Jom kita terjah lagi bulan 6 ni yok Cik Manggis :-)

sure mat x marah punya jom ler... :-D

Pinggan kaca ye Ct? Cantiknya... Teringin jugak nak beli..hehehe

wahhh bestnya kak ct borong pinggan yer. bila la kiter nak smp sana ni ble borong pinggan jgk huhu.. next time blk klu singgah beli utk kiter skali yer hehe

A'ah Tirana..kaca tapi okey lah bole ct dok tayang2 kuih ker lauk ker..apa2 lah yang patut hehehe

Jom halen..nak kirim yang mana satu tu hehehe. Kalau nak borong lagi kena bawak van ler camni hahaha

kumpul le byk2 esok2 klu buat kenduri...serba biru.

cuti sek balik kg x.
zue balik lenggeng, n9..ada kenduri.

InsyaAllah zue..kalau ada rezeki ct balik..tapi mesti nak balik hehehe

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More