Setiap dari kita pasti mempunyai 'favourite spot' atau tempat kegemaran bila kita ingin menyendiri atau bila kita perlukan ruang utk berfikir atau mencari idea atau menenangkan fikiran atau utk tujuan peribadi apapun juga, dimana bila kita berada ditempat itu, kita seolah berada didalam dunia kita yg tersendiri.
Aku pun tidak terkecuali. Di zaman kanak2 dulu, tempat yg paling aku suka adalah dibawah kerusi diruang tamu. Zaman itu, kebanyakan ruang tamu disetiap rumah menggunakan 'kerusi pak awang'. entah dari mana nama tu timbul tapi itulah nama set kerusi tu. Bagi yg tak tahu, kerusi tu mempunyai kaki dan diperbuat dari kayu dan tempat duduknya adalah kusyen empat persegi yg bersarung fabrik ditempat duduk dan tempat bersandarnya.
Entah kenapa, bila aku sorongkan badan dan berbaring je bawah kerusi tu aku rasa tenang dan seolah berada di dunia yg lain. Bila aku runsing, atau bila aku sedih lepas kena marah dgn bapak (arwah) bila dia dapat tahu aku merayau jauh dgn kawan2 pergi tangkap ikan pelaga atau bila aku terasa nak melayan khayalan atau angan-angan, aku akan masuk kat bawah kerusi tu. Kadang2 sampai setengah hari pun aku tahan. Aku cuma akan keluar bila mak panggil atau bila perut dah lapar. Tapi itu zaman kanak2 dulu. Kini aku tak boleh nak masuk bawah kerusi lagi , dah tak muat.. hehe. Lagipun kerusi zaman sekarang dah tak ada ruang dibawahnya lagi. Kalau ada pun dan kalau aku buat macam tu lagi, nanti kalau anak2 ternampak mesti dorang akan kata.. "apahal ayah tu mama?" lepas tu mesti isteri aku akan menjawab "entahlah.. buang tebiat kot" hahaha.
Ingatkan bila dah dewasa dah takde keinginan utk favourite spot tu. Tapi aku terkesan, rupanya perasaan tu masih terbawa2 hingga kini. Kat rumah sekarang ni, bila aku terasa nak duduk sorang2 (lebih2 lagi bila cuaca sangat panas), aku akan duduk ditempat seperti kat gambar atas tu.. iaitu di ruang tangga rumah aku. Sebabnya, tempat tu adalah tempat yg paling sejuk dan 'mendamaikan' di saat-saat cuaca panas berbahang macam sekarang ni. Aku akan duduk kat situ sambil bukak laptop melayan internet atau buat kerja2 ofis yg perlu disiapkan dengan sekole air sejuk berais.. Damainya.. Teringat pulak zaman kanak2 dulu masa mak panggil "Rahmat.. dah.. dah.. keluar dari bawah kerusi tu cepat"..
P/S - Selamat Hari Ibu buat mak aku kat kampung. Semoga mak sentiasa sihat dan ceria.
P/S - Selamat Hari Ibu buat mak aku kat kampung. Semoga mak sentiasa sihat dan ceria.
Nukilan:









2 comments:
ada masa mmg kita kena dptkn tmpat utk tenang kan hati dn mencr kedamaian jiwa nurani...
lin klu nk cr dn ilang kan stress..suke dok dlm bilik air je,nangis dn sedih je dlm tu sorg2....huhuhuhu
'kerusi pak awang' mengingatkan kak e juga cerita silam - zaman kanak2 :)
* baru ni kak e campak je kerusi pak awang tu :( kalaulah rumah kak e ni besar cam rumah orang lain, pasti kerusi pak awang tu berada di bawah satu bumbung - under one roof hehehehehe :P
Post a Comment