Selamat Datang Ke Laman Blog Che Mat Dan Che CT.

Di Sini Kami Berkongsi Segala Kisah Suka Dan Duka Kehidupan Dalam Bahtera Pelayaran Kami Sebagai Suami Dan Isteri. Semoga Perkongsian Ini Dapat Memberi Manfaat Kepada Sesiapa Saja Yang Berkunjung Ke Blog Kami. Semoga Perkara Yang Baik Dapat Di Jadikan Tauladan.

Kami Juga Berharap Semoga Laman Blog Ini Juga Dapat Membuka Pintu Persahabatan Di Antara Kami Dan Semua Blogger-blogger Di Luar Sana.

Salam Sayang Untuk Semua Yang Berkunjung Ke Laman Blog Taman Syurga Abadi

Saturday, October 16, 2010

Yang Dinanti Sampai Akhirnya



Pagi semalam saya masuk ofis lewat sikit sebab nak pegi ambik parcel kat post office. Parcel tu dari U.S. for shipment utk camera Agfa Super Silette L yang ditunggu-tunggu tu. Hehe seronok je rasa...

Lepas ambik parcel dari pos opis, singgah balik rumah dulu. Terus bukak parcel tu nak tengok macamana rupa kamera Agfa Super Silette-L tahun 1955 tu. Surprisingly camera tu dibungkus dgn sangat baik, dan bila di bawa keluar dari kotaknya, wow.. I was sooo pleased dan teruja dgn keadaannya yg masih elok dan cantik. This beauty is definitely a new gem that I will treasure most from now onwards..





Kiranya penantian yg ni dah berakhir.. tinggal satu lagi penantian.. ETA seminggu atau 2 minggu lagi.. Yang itu from England pulak.. kamera rangefinder Halina Paulette tahun 1965.

Nukilan:

Monday, October 11, 2010

Melayan Hobi Baru



Akhirnya petang tadi saya buat keputusan bulat utk ambil vintage buatan Rusia iaitu KIEV 88. Dan utk menunjukkan betapa lemahnya saya utk menangkis godaan kamera-kamera vintage tersebut, saya membawa pulang bukan setakat KIEV 88 itu saja malah saya turut membawa pulang 4 lagi kamera bersama iaitu 1 Zenit TTL yg juga buatan Rusia, 1 Nikon EM dan 2 Olympus Pen EE.














Setakat ni saya dah kumpul 11 kamera filem klasik dan Vintage. Jika dicampurkan 1 lagi iaitu Olympus Pen EE yg saya jangka akan sampai dalamasa seminggu dua lagi maka genaplah sedozen semuanya koleksi saya.

Untuk memudahkan saya melihat kesemua kamera tersebut, semalam saya beli almari pameran kaca di IKEA. Selepas saya letakkan semua koleksi tersebut ternyata dah tak ada ruang lagi jika saya nak letak lebih lagi, jadi nampaknya buat masa ini saya terpaksa berhenti setakat ini dulu.



Canon AV-1, Canon AE-1 & Canon Canonet 28



Kiev 88 & Rolleicord



Zenit TTL, OLympus Pen EE & Nikon EM



Canon EOS 5 & Canon EOS 50


Nukilan:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More