Selamat Datang Ke Laman Blog Che Mat Dan Che CT.

Di Sini Kami Berkongsi Segala Kisah Suka Dan Duka Kehidupan Dalam Bahtera Pelayaran Kami Sebagai Suami Dan Isteri. Semoga Perkongsian Ini Dapat Memberi Manfaat Kepada Sesiapa Saja Yang Berkunjung Ke Blog Kami. Semoga Perkara Yang Baik Dapat Di Jadikan Tauladan.

Kami Juga Berharap Semoga Laman Blog Ini Juga Dapat Membuka Pintu Persahabatan Di Antara Kami Dan Semua Blogger-blogger Di Luar Sana.

Salam Sayang Untuk Semua Yang Berkunjung Ke Laman Blog Taman Syurga Abadi

Sunday, December 27, 2009

Teaser - Msjbox Camping at Cherating







Ini sekadar teaser version utk Msjbox Camping di Cherating pada 25Disember2009 yg lepas. Entry penuh akan menyusul dalam masa yg terdekat. Maklumlah, tuan rumah sedang sibuk utk menguruskan hal2 persekolahan anak2, jadi blog akan diupdate setelah ada masa terluang nanti. Untuk membaca entri di blog peserta lain yg sudah diupdate, boleh klik sini, sini, sini dan sini.

Wednesday, December 23, 2009

Dah Bersedia....







Semua dah bersedia ker belum..? Haaa.... tinggal beberapa hari lagi dah nak sampai ket ahun 2010 kan. Harap2 semuanya dah bersedia untuk persiapan anak2 untuk ke sekolah tahun depan. Bagi aku baru 80% yang dah siap. Buku tulis anak2 belum beli lagi, tengok bila ada masa terluang hari ini atau esok aku akan beli. Baju2 sekolah semua dah beli dah siap basuh pun. Biasa lah aku ni kalau baju baru beli mesti nak basuh dulu, buang segala kanji yang keras tu hehehe. Kadang2 tu aku tengok orang main pakai jer, tak basuh pun. Tu yang ada 'bau kedai' orang cakap hehehe.

Masa baru balik dari beli baju sekolah, Haqim lah orang pertama yang nak cuba baju sekolah ni. Tengok jer lah dah tak sabar2 nak ke sekolah katanya. Ini pengalaman pertama bagi Haqim untuk ke sekolah kebangsaan. Harap Haqim dapat sesuaikan diri dengan kawan2 baru nanti. 31hb Disember nanti ade hari orentasi buat Haqim. Comel betul anak bujang aku ni, macamana lah gaya Haqim bila bawak beg yang berat dengan buku2 sekolah nanti. Larat ker tak agaknya erk nak bawak hehehe. Tahun depan Haqim dah tak bole main2 lagi, dah ketat jadual dia kat rumah. Pagi akan ke sekolah agama dan petang lak ke sekolah kebangsaan. Malam aku akan mengajar ngaji, makan, rehat dan terus masuk tido. Semoga semuanya berjalan dengan baik, maksud aku persediaan untuk anak2 ke sekolah. Daaaaa........... =D

Nukilan:

Sunday, December 20, 2009

Kasawari



Yang mana kat dalam gambar tu adalah Kasawari? Burung di gambar itukah? Atau Mat ensem yg bertopi merah itukah? Jawapan yg tepat adalah.. Kedua-duanya!!

Itulah nama unik yg digunakan oleh sahabat saya ini iaitu Encik Kasawari.. Dia kata kat dalam blog saya yg lagi satu iaitu dia ingin sangat hendak bergambar dgn burung kasawari yg sebenar, jadi saya superimposekan salah satu gambar beliau yg ada dalam simpanan saya bersama satu gambar burung kasawari yg saya pinjam dari Encik Google.

Dan kebetulan pula hari ini hari ulangtahun kelahiran beliau, jadi saya nak ambil kesempatan utk mengucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran buat beliau, semoga panjang usia dan dimurahkan rezeki. Amin

Nukilan:

Thursday, December 17, 2009

Selamat Pengantin Baru, Ika dan suami



Salam hari Khamis buat semua. Gambo kat atas ni nak citer pasal sambungan entri sebelum ni, entri pasal kisah balik kampung utk kenduri kawin anak sedara aku tu. Ni aku apdet sket citer dan gambo2 yg sempat diambik guna kamera Nikon kecik aku tu. Memang la tak segempak kamera DSLR my laling tu, tapi tengokla hasil gambo kamera aku tu pun bole tahan jugak kan, betul tak ngehngeh.

Waktu kami balik tu, hari masih gelap lagi. Maklumlah baru lepas subuh. Kami sampai kat rumah pengantin lebih kurang pukul 10 pagi, itu pun lepas tersesat ke Benut hehe. Alhamdulillah sepanjang majlis cuaca terang benderang. Bahang dia tak payah ceritalah, meleleh peluh, dahlah aku berkebaya segala hehe. Tapi, bila dah petang sket hujan dah mula renyai2. Petang tu juga kami balik ke Majidee, tido se malam kat sana. Cadangnya esok kami nak datang semula umah pengantin utk majlis bertandang kat rumah pengantin lelaki pulak, tapi last minute tak jadi. Sebelum tengahari camtu kami dah bertolak balik ke KL. Maklumlah esoknya my laling kene keje. Nak juga rehat2kan badan sekejap. Maklumlah, kat majlis tu dia kena jadi photographer cover majlis tu atas permintaan ayah pengantin. Utk anak sedara aku tu, aku nak ucapkan Selamat Pengantin baru, semoga berbahagia hingga akhir hayat. Amin.













p/s - on the way sebelum sampai KL kami singgah makan tengahari kat R&R seremban. Aku order mee rebus. Ingatkan macam mee rebus kat JB, tapi meleset, rasanya hampeh.

Nukilan:

Monday, December 14, 2009

Pernah Tengok Tak ?



Adoiiiiii...... Kepenatan dan sakit2 badan masih terasa lagi ni. Semalam petang baru sampai dari JB, balik kampong sebab ada kenduri kawin anak sedara di Pontian Kecil. Walau pun bukan lama kat sana tapi penat kenduri kawin ni biasa lah kan. Ni pun baru habis basuh separuh kain, ada lagi yang dok menunggu dalam bakul lagi tu. Harap2 panas ler cuaca hari ni, kering semua baju hehehe. Biasa ler kalau balik kampong.... kain baju ler yang paling banyak nak kena basuh. Kesian lak kat my laling tu penat driving sorang2. Bila lah aku nak amik lesen memandu ni yek ngeeeeee...... Hari ni my laling dah kena keja dan tak dapat cuti, penat pun tak hilang lagi.

Berbalik pada gambo kat atas tu, haaa.... ada tak yang pernah nampak bayi ditidorkan macam tu? Aku pun baru first time jumpa dan nampak ni hehehe. Mula2 tu macam terkejut gak, ingatkan dia nak bangun. Rupa2 nya memang sengaja ditidorkan macam tu. Ni lah Faiq Faheem bin Fazlee baru jer 3 bulan usianya, cucu aku yang keberapa erk.... tak ingat ler hehehe. Mak faheem ni keturunan Bajau, mungkin begini lah cara keluarga dia tidokan anak kot. Dia kata dah jadi kebiasaan sejak dia dalam hari lagi dah ditidokan macam ni
. Lena pun lena, cuma aku takut baby tu tercekek jek dengan kain kat leher dia tu hehehe.

p/s Okey lah gambo2 lain nanti senang2 aku atau my laling lak yang update ehh. Nak sambung keja apa2 yang patut lak pas ni. Layan jer gambo baby Faheem ni dulu ehh.

Nukilan:

Thursday, December 10, 2009

Semoga Cerah Hingga Ke Petang



Yuhuuuuuu..... hehehehe. Payah sangat tuan umah ni nak update cerita terkini dan yang sensasi hehehe. Bukan tak der cerita, cuma mood malas sebenarnya. Biasa lah sibuk jer kat rumah ni mengalahkan Perdana Menteri hehehe. My laling balik keja pun dah malam, jadi dah penat. Pas makan terus rehat2 dok tengok laptop sekejap terus masuk beradu. Aku memang ler surirumah sepenuh masa. Tapi bukan sepenuh masa kat depan laptop okey hehehe. Banyak jer keja sampai tak cukup tangan nak buat. Tak cukup tangan nak main psp pun ya gak hahahaha. Biasa lah keja surirumah ni mana pernah habisnya. Dengan anak2 ada kat rumah, cuti skola ni semuanya akan lapar sentiasa. Mama dia ni kan rajin masak so kena lah buat sesuatu yang bole mengenyangkan perut anak2 hehehe. Nak tido pun mesti fikir apa nak buat dan nak masak untuk hari esok lak. Memang tak pernah habis dok berfikir jer lah..!

Gambo kat atas tu sebenarnya tak ada kena mengena pun ngan aku. Biasa lah cuaca cerah macam ni memang kesukaan aku. Sebabnya kain baju akan kering macam ikan kering hehehe. Berlumba2 aku nak cari apa yang boleh dibasuh lagi hehehe. Tang nak melipat tu aku serah kat anak dara aku hehehe. Bab2 nak melipat aku memang "tak" berapa gemor. Kadang2 sampai penuh kain dalam bakul baru lah bergerak kain tu hehehe.

p/s Harap cuaca cerah sampai kepetang. Nak balik kampong pun seronok jer hehehe. Jom balik kampongggg!

Nukilan:

Sunday, December 6, 2009

Layan Birthday Boy



Haqim selalu look forward utk hari jadi dia. Bila dah nak dekat2 sampai tarikh birthday dia, dia asyik menghitung hari aje. Dia akan bagitau nak kek yg macamana, hadiah yg macam mana, belon nak kena gantung kat mana dan macam2 planning lagi. Hari jumaat tu masa birthday dia, kami bawak dia sekali utk beli kek birthday dia. Dia sendiri yg memilih kek yg come lote sebab dia dah boring makan kek katanya. Apa tidaknya, mama dia selalu sangat membaking kek dan muffin aje, jadinya budak2 kat rumah ni sampai dah jadi jelak dgn kek dan muffin segala hehe. Tu yg Haqim kata dia nak makan kek sikit je sebab dia makan ayam KFC aje. Lepas tu bila saya nak order KFC dia tak bagi. Dia kata makan kek kat rumah, lepas tu makan KFC kat luar je, barulah tak boring. Hehe saya ikutkan ajelah.











Lepas makan kek terus kami bawak dia ke KFC. Yg kelakarnya abang2 si Haqim bertegas nak ke PizzaHut, tapi Haqim pulak nak ke KFC.. tapi Haqim la yg menang sebab dia birthday boy. Boring je Azree dan Danial sebab tak dapat pujuk Haqim ke Pizza Hut. Saya OK aje, sebab saya pun memang dah jelak sangat2 dgn pizza hehe.











P/S - Best juga ke KFC hari tu sebab kebetulan saya dapat berjumpa dgn sahabat lama yg dah 2 tahun lebih saya tak jumpa.

Nukilan:

Friday, December 4, 2009

Selamat Ulang Tahun Haqim Yang Ke-6



Selamat Ulang Tahun buat anakku Mohd. Amirul Haqim yang ke 6 tahun. Haqim dilahirkan pada hari khamis pukul 11.16 malam. Pengalaman melahirkan haqim selama 14 jam menanggung keperitan, kesakitan sampai demam2 di hospital sultanah aminah JB masih lagi terasa-rasa. Pejam celik, pejam celik tak sedar yg haqim dah berusia 6 tahun. Ada dua orang anak aku yang lahir dalam bulan disember. Kata orang kalau beranak bulan disember ni akan awet muda sentiasa hehehe. Betul atau tak entah ler, yang aku tahu muda dalam hati ler kot. Dah besar panjang buah hati pengarang jantung mama dan ayah ni. Haqim ni memang anak manja sangatt... sangatttt!. Tahun depan dah sekolah darjah satu, macam tak pecaya jer dah besar. Apa yang mama dan ayah pinta dan doakan, Haqim akan menjadi anak yang soleh, panjang usia, bijak, cerdas dan cergas selalu dan sentiasa dalam perlindungan Allah SWT... Aminnn. Sayangggggg anak mama.. muahh... muahhhh!!!

Kali ni tak buat kek b'day untuk haqim, sebab my laling dah janji nak beli jer hehehe. Sebelum2 ni aku buat tapi kali ni nak mohon cuti ler ngeeee....



Ni gambo haqim masa umur dia 4 tahun, cute betul muka dia, ada macam mama dia tak? miahahaha....

Nukilan:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More