Wednesday, December 23, 2009

Dah Bersedia....







Semua dah bersedia ker belum..? Haaa.... tinggal beberapa hari lagi dah nak sampai ket ahun 2010 kan. Harap2 semuanya dah bersedia untuk persiapan anak2 untuk ke sekolah tahun depan. Bagi aku baru 80% yang dah siap. Buku tulis anak2 belum beli lagi, tengok bila ada masa terluang hari ini atau esok aku akan beli. Baju2 sekolah semua dah beli dah siap basuh pun. Biasa lah aku ni kalau baju baru beli mesti nak basuh dulu, buang segala kanji yang keras tu hehehe. Kadang2 tu aku tengok orang main pakai jer, tak basuh pun. Tu yang ada 'bau kedai' orang cakap hehehe.

Masa baru balik dari beli baju sekolah, Haqim lah orang pertama yang nak cuba baju sekolah ni. Tengok jer lah dah tak sabar2 nak ke sekolah katanya. Ini pengalaman pertama bagi Haqim untuk ke sekolah kebangsaan. Harap Haqim dapat sesuaikan diri dengan kawan2 baru nanti. 31hb Disember nanti ade hari orentasi buat Haqim. Comel betul anak bujang aku ni, macamana lah gaya Haqim bila bawak beg yang berat dengan buku2 sekolah nanti. Larat ker tak agaknya erk nak bawak hehehe. Tahun depan Haqim dah tak bole main2 lagi, dah ketat jadual dia kat rumah. Pagi akan ke sekolah agama dan petang lak ke sekolah kebangsaan. Malam aku akan mengajar ngaji, makan, rehat dan terus masuk tido. Semoga semuanya berjalan dengan baik, maksud aku persediaan untuk anak2 ke sekolah. Daaaaa........... =D

Nukilan:

4 comments:

Kita ada anak ramai ni dah biasa bab tu... relax cool jerrr.. cewahhhh..

azieazah :

Ya lah erk.. cuma risau pada yang kecik jer.Yang dah besar tak sangat azie hehehe.

Kak CT Sayang...

Samalah dgn saya. Beli baju baru mesti nak basuh dulu . Barulah rasa bersih jek kannn...

Wahh..hensemlah . semangat berkobar nak ke sekolah .

saya belum habis lg buat persedian bdk2 nak ke tahun baru. next week baru all out!!!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More