Salam hari Khamis buat semua. Gambo kat atas ni nak citer pasal sambungan entri sebelum ni, entri pasal kisah balik kampung utk kenduri kawin anak sedara aku tu. Ni aku apdet sket citer dan gambo2 yg sempat diambik guna kamera Nikon kecik aku tu. Memang la tak segempak kamera DSLR my laling tu, tapi tengokla hasil gambo kamera aku tu pun bole tahan jugak kan, betul tak ngehngeh.
Waktu kami balik tu, hari masih gelap lagi. Maklumlah baru lepas subuh. Kami sampai kat rumah pengantin lebih kurang pukul 10 pagi, itu pun lepas tersesat ke Benut hehe. Alhamdulillah sepanjang majlis cuaca terang benderang. Bahang dia tak payah ceritalah, meleleh peluh, dahlah aku berkebaya segala hehe. Tapi, bila dah petang sket hujan dah mula renyai2. Petang tu juga kami balik ke Majidee, tido se malam kat sana. Cadangnya esok kami nak datang semula umah pengantin utk majlis bertandang kat rumah pengantin lelaki pulak, tapi last minute tak jadi. Sebelum tengahari camtu kami dah bertolak balik ke KL. Maklumlah esoknya my laling kene keje. Nak juga rehat2kan badan sekejap. Maklumlah, kat majlis tu dia kena jadi photographer cover majlis tu atas permintaan ayah pengantin. Utk anak sedara aku tu, aku nak ucapkan Selamat Pengantin baru, semoga berbahagia hingga akhir hayat. Amin.
p/s - on the way sebelum sampai KL kami singgah makan tengahari kat R&R seremban. Aku order mee rebus. Ingatkan macam mee rebus kat JB, tapi meleset, rasanya hampeh.
Nukilan:















2 comments:
Saya suka tengok gambar pengantin... berseri.
Mak sedara pengantin pun berseri gakk...hehehe
Suka mee rebus ek?
Pengantin memang kena seri azie...tapi kalau mak sedara dia kat sebelah lagi naik seri kot hahahaha. sabor jer lahh.
a'ah memang suka makan mee rebus dan adik beradik mee lah hehehe.
Post a Comment