Selamat Datang Ke Laman Blog Che Mat Dan Che CT.

Di Sini Kami Berkongsi Segala Kisah Suka Dan Duka Kehidupan Dalam Bahtera Pelayaran Kami Sebagai Suami Dan Isteri. Semoga Perkongsian Ini Dapat Memberi Manfaat Kepada Sesiapa Saja Yang Berkunjung Ke Blog Kami. Semoga Perkara Yang Baik Dapat Di Jadikan Tauladan.

Kami Juga Berharap Semoga Laman Blog Ini Juga Dapat Membuka Pintu Persahabatan Di Antara Kami Dan Semua Blogger-blogger Di Luar Sana.

Salam Sayang Untuk Semua Yang Berkunjung Ke Laman Blog Taman Syurga Abadi
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Monday, December 27, 2010

"Dinos Alive" At Pusat Sains Negara



Jangan terperanjat bila lihat kepala my laling CM tu dalam mulut dinasour ya... hehehehe. Ni sume hanya gimik belaka. Masa ni kami sekluarga bersantai di Pusat Sains Negara masa hari krismas tu hari. Memang seronok lah bila dapat bersama2 keluarga dihujung minggu sekali sekala kan. Ini rasanya kali kedua dalam pameran Dinos Alive yang Che CT pegi. Kali pertama nun bertahun2 dulu masa Lily masih kecik lagi. Tak ingatlah tahun berapa, dah lama sangat. Tapi kali ni anak2 semuanya dah besar2, memanglah seronok sekali2 tengok pameran macam ni kan. Memang baguslah kalau nak bawak anak2 untuk merasai dan mengetahui asal usul zaman dinasour ni.



Haqim yang beria2 sangat nak tengok dan nak pegi sebenarnya. Tapi bila dah sampai sana, dialah orang pertama yang takut... hihihi. Yalah...permainan kat rumah semuanya kecik2 dan tak bergerak. Bla dah tengok depan mata semuanya besar2 dan berbunyi macam tu, mama Haqim pun ikut takut dan menjerit gak..hahahaha.




Dinasour T-Rex ni sebagai "peyambut" kedatangan pengunjung yang baru sampai. Memang besarlah, siap berbunyi lagi tu. Budak2 kecik yang mana takut konpem akan demam kalau pertama kali tengok..hihihi


Yang ni masa kami baru nak masuk, ikan2 ni juga sebagai penarik buat pengunjung yang datang. Tak lepas peluang nak gak amik gambar kat situ, macam kat Aquaria pulak dah..hehehe.




Yang ni lupalah apa nama dia erk...hehehe. Tak sempat nak baca, tapi dinasour paling besar dan panjang kat situ.







Banyak lagi gambar2 yang kami ambil. Malas nak update sebab dah malam, mata rasa dah berat sangat2 ni. Kalau panjang umur dan 'rajin' boleh ler update nantiiiiiiiii.... hehehehe.


Nukilan:

Sunday, May 30, 2010

Weekend Movie Outing



Cewahhhhh..!! Merahnya Che CT tu... hehehe. Bukan main lagi my laling CM peluk erat kat Che CT yek, takut sangat ler Che CT tu lari... ekekeke. Siapa yang tak sayang bini atau suami cik kiah oii. Yang tak sayang bini atau suami tu lebih baik tak yah kawen kan... hehehe. Kita ni dah semakin "berusia" ni, kenalah sentiasa kekalkan kasih sayang, kemesraan dan belaian mesra pada pasangan kita. Jangan masa baru kawen jer nak tanam perasaan tu. Bila dah beranak pinak langsung hilang perasaan tu. Kena ingat selalu pesanan Dato Fadzilah Kamsah tau!... hahaha. Dan katanya lagi kasih sayang sentiasa kena diserapkan baik didalam rumah mahu pun diluar rumah. Begitulah jika mahu kasih sayang itu segar hingga kedalam syurga, insya-ALLAH... Aminnn.

Sebenarnya semalam kami sekeluarga keluar berdating anak beranak ker Pavillion. Selepas menjamu selera di Pizza Hut, terus jer jalan2 dalam tu. Malas nak merambu jalan2 kat luar, lagi pun tengah hujan masa kami sampai kat Pavillion. Tujuan sebenar keluar tu nak tengok movie. Yalah... dah janji dengan anak2 sume nak tengok wayang, kenalah kota janji tu. Apalagi melayanlah kami sume dengan movie Prince Of Persia. Tapi sebelum tu macam biasalah, amik gambo dan berposing sakan... hehehe. Pedulilah orang nak kata apa, lantaklah... ada aku kisah, pinjam ayat Shaizhar jap... hahahaha.


Aku suka gambo berdua dengan my laling CM ni, manja bukan main lagi Che CT ni. Sooooooo... lomantik n aku suka... sukaaa n sukaaaa!! ekekeke. Makin tembam lak aku tengok pipi my laling CM ni. Ni mesti ayang dah kuat makan balik kan! Tak per aku suka my laling CM berisi macam ni, nampak makin montel... hehehehe.


Yesss !! my sweet girl dah semakin matang sekarang ni. Makin besar dari mamanya, dah semakin tembam gak macam ayahnya juga... hehehe. Semua gambo2 ni Lily nak bawak gi UiTM nanti. Buat semangat untuk dia belajar kat U nanti. Ialah kalau terasa rindu dengan mama dia bolelah tengok gambo ni. Anak aku yang seorang ni lah tempat aku berkongsi ketawa, bergaduh pun ya juga, kekadang tu tempat untuk aku meluahkan perasaan dan apa2lah. Lepas ni kalau nak gi shopping, kenalah gi sorang2 jer... huhuhu.

Anak2 Che Mat dan Che CT yang akan meneruskan cita2nya seperti kakak Lily. Mesti lepas ni Lily rindu dengan adik2 dia. Selalu jer bergaduh dengan Azree, memang tak leh ngam langsung. Gaduh adik beradik tak kemana pun, gaduh suka2 jer tu. Pagi gaduh tengahari kang elok balik... hehehe.

Anak dengan mak dah sama besarnya. Nasib baik mamanya tak kecik sangat kan, kalau tak harus gak orang kata aku ni adik Lily... hehehe. Sekarang ni aku dah semakin terasa sedihnya bila ingat2 nak berpisah dengan anak dara aku sorang ni. Ini belum sampai waktu nak masuk U, kalau dah sampai sana nanti harus meraung agaknya kot... uwarghhhhhhhh !!.

Nukilan:

Sunday, March 28, 2010

Jalan-Jalan Cari Tupai2



Apa agaknya yang dicari my laling CM tu agaknya erk..? Masa ni aku panggil pun dah tak menoleh lagi dah. Mesti dah jumpa si tupai2 tu kot hehehe. Sila skroll bawah sikittttt....

"

"

"

"



Haa.... memang betul lah my laling dah jumpa tupai2 yang dicarinya... hehehe. Sebenarnya hari ni suami terchenta bawa aku dan anak2 semua lunch kat luar. Mana lagi kalau bukan di Restoran Tupai-Tupai. Sebenarnya aku dah lama dengar nama restoran ni, tapi baru ni ler aku sampai ke sini. Dari kata my laling CM dia dah 2, 3 kali pergi ke sini dengan kawan opis dia. Jadi tak ler kami tercari2 tempat ni. Masih dalam bandar KL rupanya, aku ingat suasana rimba tu luar dari KL hehehe. Maklum ler aku ni 'rajin' sangat makan kat luar kannn.


Kami memilih makan bersila di 'pondok' yg menghadap kawasan 'rimba'. Peaceee...!


Bukan main lagi Haqim menyandar kat ayah dia. Mama dia pun tumpang sekaki hehe... Sebelum makanan yang dioder sampai possing ler dulu.


Saja pilih air buah dua kaler supaya bole susun macam ni ngeh ngeh


Macam biasa ler resam blogger... sebelum makan kena lah ambik gamba dulu. Ni pun tercungap gak nak kasi abis


Bismillahirrahmanirrahim... ngap! alamak terlupa pulak baca doa makan


Dah habis makan, semua tersandar macam ular kekenyangan..

Nukilan:

Tuesday, February 16, 2010

Bahtera Malam



Malam tu kami rancang nak jalan2 ke Jonker Walk dan lepas tu pegi makan asam pedas kat salah satu cafe di Jonker Walk tu. Tapi saya mengagak yg kemungkinan besar Jonker Walk tutup kali ni sebab rata2 peniaga di sana berbangsa cina. Kerana teragak2, kami batalkan aje hasrat kami setelah sampai di area muzium kapal. Pada kunjungan tahun lepas kami cuma dapat ambil gambar kapal tersebut dari bahagian luar je. Mungkin disebabkan oleh cuti perayaan agaknya jadi kali ni ia dibuka sampai malam.





P/S - Pada mulanya kami bercadang nak teruskan perjalanan balik ke JB pada keesokan harinya tapi kami terpaksa batalkan bila memikirkan masa yg suntuk. Tak seperti kebanyakan sekolah, Haqim dan Daniel bercuti hanya hingga hari Selasa. Esok (Rabu) Haqim dan Daniel dah mula bersekolah seperti biasa. Mungkin disebabkan bangsa cina terlalu minoriti disekolah mereka, maka cuti CNY tidak dilanjutkan seminggu seperti sekolah2 yg lain.

Nukilan:

Lompat Tinggi-tinggi!



Macam dah terbiasa. Bila nak capture moment kat sesuatu tempat, mesti nak buat aksi melompat tinggi-tinggi. Bermula dari percutian Msjbox di Sedili dulu, pose melompat ni mesti akan repeat berulang-ulang kali. Kali ni aksi ni diambil di laluan tambak ke Pulau Melaka. Sebelum ni kami pernah ke situ pada percutian Msjbox tahun lepas. Jadi kali ni kami kembali semula ke tempat yg sama utk melihat suasana matahari terbenam pula. Tapi sebelum balik tu, lompatlah dulu jawabnya hehe. Sampaikan si Haqim yg kecik pun dah pandai kata "Jap.. jap tunggu! Ambik lagi! Haqim pun nak lompat juga"... "Satu!" "Dua!" "Lompattttt!!!" hehehe




P/S - Mama dgn ayah dia tengokkan ajelah. Kalau melompat sama, nanti orang kata buang tebiat pulak gamaknya hehe.

Nukilan:

Sedingin Air Di Kolam



Sesuai dengan tajuknya, itulah misi percutian Chinese New Year tahun ni. Biasanya sekitar tahun baru cina cuaca mesti panas dan kering sebab CNY akan jatuh pada awal Februari iaitu musim pertukaran monsoon. Asalnya saya tak plan pun nak pergi bercuti kemana-mana sebab saya jangka saya nak relieve staff berbangsa cina. Maklumlah ni kan perayaan dorang, jadi saya kenalah stay bekerja. Tapi last minute saya tanya boss besar samada boleh tak kalau saya pun nak ambik cuti juga, tak sangka dia jawab OK, apalagi submit ler cepat2. Masalahnya bila ambik cuti last minute macam tu ialah apa nak dibuat dan nak kemana? Terus saya surf segala resort dan hotel dan seperti yg dijangka semuanya fully booked. Nasib badan. Akhir sekali saya suggest utk terjah ke Melaka aje, lagipun Melaka tu dah on the way ke JB. Saya cadangkan utk ronda2 Melaka dan cuba2 nasib cari tempat penginapan utk bermalam di mana2 hotel yg berdekatan dgn pusat bandar. Kalau tak dapat, petang tu juga niatnya nak teruskan perjalanan balik ke kampung aje. Nak dijadikan cerita, setelah berpusing2 dan turun naik registration counter akhirnya dapat juga tempat utk bermalam siap dgn pool sekali. Lega rasa hati. Dapatlah kami menyejukkan badan bermandi-manda dalam cuaca panas dan hangat ni. Lepas je check-in, kami meronda keluar cari restoran utk isi perut dulu. Jenuh juga mencari sebab semua kedai tutup. Selepas puas berpusing ternampak satu restoran yg buka. Tapi tak makan kat situ, kami tapau bawak balik. Lepas je dah kenyang isi perut, kami tak tunggu lama dan terus je terjun ke kolam selepas tu. Cuaca panas2 macam ni, memang ini lah ubatnya hehe.





P/S - Gambar yg last tu diambil masa hari nak checked-out. Sebelum balik pun masih sempat lagi berendam sepanjang pagi hingga ke tengahari. Maklumlah cuaca panassss!! hehe..

Nukilan:

Monday, January 18, 2010

Pendakian Bukit Broga



Gambar kat atas ni diambil ketika kami dah selamat turun dan nak balik. Masing2 muka nampak keletihan semacam. Seriously kami tak menjangka yg mendaki Bukit Broga adalah sangat mencabar stamina dan minda kami hehe.

Pada malam sebelum pendakian tu Jun SMS menanyakan saya samada berminat tak utk join beliau menyaksikan matahari terbit. Saya terus setuju sebab membayangkan utk mengambil gambar matahari terbit dari kawasan tinggi tentunya sangat mengujakan. Kami bertolak lebih kurang pukul 5:30 pagi sebab kami perlu sampai pada ketika hari masih gelap jadi kami berhenti solat subuh di masjid Semenyih yg terletak tidak jauh dari lokasi dituju. Selesai solat kami terus bergegas ke lokasi dan sampai lebih kurang pukul 6:45 dan hari masih lagi gelap. Bagaimanapun agak mengecewakan kerana kami terpaksa parking jauh dari kaki bukit disebabkan rupa-rupanya kami bukanlah yg terawal tiba.

Bagaimanapun, ketika mula-mula memasuki kawasan letak kereta, saya tertanya-tanya mengapa jarak tempat letak kereta tersebut nampak terlalu jauh dari puncak bukit. Persoalan saya terjawab apabila kami mula menuju ke lokasi kejadian. Pada mulanya kami semua agak steady dan teruja dan cuba mengejar masa takut terlewat sampai kepuncak lantas terlepas waktu matahari terbit. Kami mempercepatkan langkah di awal pendakian kerana tanah yg tidak begitu curam. Namun lebihkurang seperempat jarak pendakian, kami mulai menempuh denai disepanjang belukar dan hutan kecil utk sampai ke puncak.




Ketika separuh perjalanan, mental dan fizikal saya sudah mulai tercabar. Degup jantung mulai kencang dgn nafas tercungap2 dan peluh membasahi baju. Saya hampir berputus-asa ketika sudah melepasi hutan belukar dan ternampak puncak bukit yg masih jauh. Saya anggarkan yg jarak yg sudah kami lalui hanyalah tiga perempat dari keseluruhan pendakian dan kami masih memerlukan satu perempat jarak pendakian lagi. Ketika itu, langit sudah mulai menampakkan sinar namun saya sudah tidak peduli tentang matahari terbit lagi. Saya dan isteri sudah benar2 tercungap. Di pertengahan perjalanan juga kami terserempak dgn seorang pendaki yg terbaring keletihan tidak bermaya di atas tanah. Setelah berhenti seketika utk mencari 'nafas dan nyawa' dan berbekalkan sisa tenaga yg ada, kami cekalkan hati meneruskan pendakian yg bertukar curam dan mencabar. Ketika kami meneruskan pendakian, Jun dan isteri masih lagi menunggu melepas lelah. Dengan semangat yg kental akhirnya kami berjaya juga sampai kepuncak namun keletihan yg ditanggung hanya tuhan yg tahu. Saya terus mencari spot yg baik utk duduk dan baring dan saya tidak peduli langsung utk melihat sekeliling apatah lagi utk mengambil gambar disebabkan terlalu letih. Lebih kurang 5 minit saya baring, isteri saya memberitahu yg Jun dan isteri sudah muncul. Ketika itu matahari sudah mulai terbit namun saya masih lagi tidak peduli. Nampaknya memang tiada rezeki saya utk mengabadikan gambar matahari terbit. Masakan tidak. Mental saya langsung tidak bersedia utk pendakian seperti itu, apatah lagi fizikal. Kami menyangka yg bukit itu hanyalah seperti bukit cina di A'Famosa di Melaka tetapi rupanya ia betul2 bukit yg hanya dapat ditawan setelah menempuh denai disepanjang belukar dan hutan kecil. Kami pula cuma membawa bekal 1 air kotak dan sebotol kecil air mineral dan 2 bungkus roti coklat. Ketika itu saya betul2 sudah dehydrated kekurangan air. Agak sepuluh minit masa berlalu setelah meneguk air kotak barulah saya ada tenaga utk bangun dan meninjau2 sekeliling sambil mengambil gambar. Dan pada ketika itulah baru saya sedar yg penat lelah itu adalah berbaloi dan terbayar dgn pemandangan dari puncak bukit yg Subhanallah.. SANGAT SANGAT CANTIK!!










Moral of the story is.. saya masih mempunyai keinginan utk kembali lagi ke sana suatu waktu nanti, tetapi saya tidak akan sekali-kali membawa beban berat beg kamera beserta peralatannya yg sepikul itu!! ia sangat2 menyeksa saya!! hehe.. Jika saya mempunyai peluang utk mengulangi ekspedisi itu lagi, saya hanya akan membawa kamera sahaja dgn lens yg asas didalam beg galas yg ringan dan bekalan air red bull dan hundred plus yg secukupnya! Insyallah.



Nukilan:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More