Malam tu kami rancang nak jalan2 ke Jonker Walk dan lepas tu pegi makan asam pedas kat salah satu cafe di Jonker Walk tu. Tapi saya mengagak yg kemungkinan besar Jonker Walk tutup kali ni sebab rata2 peniaga di sana berbangsa cina. Kerana teragak2, kami batalkan aje hasrat kami setelah sampai di area muzium kapal. Pada kunjungan tahun lepas kami cuma dapat ambil gambar kapal tersebut dari bahagian luar je. Mungkin disebabkan oleh cuti perayaan agaknya jadi kali ni ia dibuka sampai malam.

P/S - Pada mulanya kami bercadang nak teruskan perjalanan balik ke JB pada keesokan harinya tapi kami terpaksa batalkan bila memikirkan masa yg suntuk. Tak seperti kebanyakan sekolah, Haqim dan Daniel bercuti hanya hingga hari Selasa. Esok (Rabu) Haqim dan Daniel dah mula bersekolah seperti biasa. Mungkin disebabkan bangsa cina terlalu minoriti disekolah mereka, maka cuti CNY tidak dilanjutkan seminggu seperti sekolah2 yg lain.
Nukilan:











3 comments:
waaaaaaa cuti-cuti CNY..!
combi cuti asik mkn jer ct sbb bujang balik ngam lagi besday dia.. :)
berebut nak belanja dia kunun..so tiap-tiap hari keluar mkn jek :p
Fuhhh... syioknyaaaa !
Rasa macam saya pun nak melompat sama ..
Beshnya percutian Abang Mat and Kak CT..sekeluarga . mesra gituuuu...
wah..wah..mak ayah pun berendam sama ek..memang seronok gi ke melaka..akak pun suker..
Post a Comment