Alhamdulillah.... Aku bersyukur pada mu Ya-Allah kerana memberi aku menikmati keindahan dibumimu yang aman damai ini. Sesunguhnya aku tersangat bahagia dan gembira kerana memberi aku peluang untuk terus memberi bakti kepada anak2 dan suami terchenta. Dan memberi aku kesihatan yang baik2 dan dipanjangkan umur ku juga. Hanya padamu tempat aku memohon atas kesyukuran ni Ya-Allah... Aminnnn.
Hari ni hari yang bahagia dalam hidup ku. Walau pun tarikh keramat 22hb July ni memang sentiasa aku nantikan setiap tahun. Terima kasih pada kedua ibubapa ku kerana merekalah aku dilahirkan kedunia ini. Hanya doa Al-fatihah yang dapat aku berikan setiap waktu untuk kedua ibubapa ku tanda aku bersyukur dan berterima kasih yang tak terhingga hingga kehari ni. Semoga mereka tenang disana... Aminnn.
Hari ni genaplah umurku 43 tahun, dah semakin bertambah2 usia ni kenalah mengingati pada 'Dia' yang satu. Bersyukur kerana memberi aku suami yang begitu penyayang, begitu memahami diri aku yang serba kekurangan ni. Memberikan aku kasih sayang, kesenangan yang tidak pernah mengeluh untuk memberi rezeki pada aku dan anak2 setiap masa. Sesungguhnya aku menyayangi diri mu suamiku sehingga keakhir hayatku. I Love You so much... muahhhh!!
Ini lah hadiah yang terlalu istimewa untuk ku hari ni. Kasih sayang dari anak2 dan merekalah penghibur dikala aku kesedihan dan dikala aku dalam kegembiraan. Semoga mama akan dapat memberi kasih sayang mama pada kamu semua sampai keakhir hayat mama ya sayanggggg... mama tetap sayang anak2 mama... muahhhh!
Rumah ku syurgaku... keluarga bahagia membawa kesyurga.. Aminn
Nukilan:












2 comments:
Amin...
selamat hr lahir Ct..
semuga kebahgiaan dan kecerian sentiasa bersama Ct..
sesungguhnya Lin teramat menghargai persahabtan kita..mari kita doakan semuga ianya kekal bhgia hgga ke akhir hayat..aminn
Sis-Lin:
Tr kasih Lin.. sesungguhnya kebahagiaan itu akan datang jika kita sering mengingati 'Dia' dan sentiasa banyakkan berdoa dan bersabar...Aminnn
Post a Comment