Thursday, April 29, 2010

PELANGI Senja ...



Petang tadi hujan turun sangat lebat, dengan petir dan ditambah lagi dengan angin yang kuat. Aku dah risau macamana nak amik anak aku Haqim balik dari sekola. Maklum ler aku ni nak bawak keta dalam keadaan hujan lebat ni memang lah takut. Bukan apa, sekola tu bukannya jauh sangat pun dari rumah. Tapi alhamdulillah bila time nak amik Haqim hujan dah sedikit berkurangan.

Sedang aku duduk melayan cerita Adamaya di TV3... anak aku Daniel panggil suruh tengok kat luar. Ingat apa tadi, rupa2nya ada pelangi senja. SubahanAllah..... sungguh indah ciptaan mu Ya-Allah. Aku tak lepas peluang terus capai kamera dan terus snap. Walaupun gambonya kurang memuaskan dalam keadaan yang semakin gelap. Tapi ini lah hasilnya pelangi senja dengan dua lapis lagi. Yang lagi satu dah mula berkurangan. Apa pun aku bersyukur kerana masih berkesempatan untuk melihat keindahan alam ciptaan Allah ini.

Nukilan:

3 comments:

" Engkau tiba... bagaikan Pelangi petang . Tak bercahaya, namun kau berseri ..."


Seindah senyuman manis Kak Ct . hehehe

Salam Kak CT,

cantiknye pelangi tu...heheh

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More