Tuesday, February 3, 2009

XTVT Cuti Bersama Kengkawan - Part 2


Ahad - 1 Feb 2009, 1:30 PM.
Rumah pertama yg diserbu utk aktiviti serbu-menyerbu pada hari itu adalah rumah boss Msjbox. Kediaman Jun terletak di Seri Gombak, Batu Caves. Pada mulanya kita budget yg kita akan lambat sampai sebab kita tak pernah pegi kawasan tu, so rasanya mungkin kita akan tersesat sikit. Tapi ternyata kita seperti sudah dipandu arah. Langsung tidak tersesat.. teruuuuusss jer sampai kat umah Jun. Alhamdulillah.. Masuk jer umah Jun dah terbau aroma kuah laksa sarawak. Tetapi oleh kerana kita tetamu yg pertama sampai, terpaksalah kita menunggu yg lain2 tiba iaitu Retna, Lin and Kids, Shaizhar, BondaRock and Kids dan Sodep. Bila semua dah sampai, barulah kami dapat memulakan sesi melantak sambil berborak dan berdekah-dekah. Dan serbuan ke rumah Jun juga telah menemukan kami dgn Kak Norz dan Abg Deri. Best dpt bersua muka dgn dorang. Apapun, thanks Jun & Carneyz kerana sudi menerima kehadiran kami sekeluarga. Setelah licin semua makanan dan sesi bergambar... terus ke destinasi kedua yang tidak dirancang seterusnya...


Gambar Kenangan di Rumah Jun.
Untuk gambar lain (kamera Retna) , sila klik SINI




Ahad - 1 Feb 2009, about 5:00 PM.
Yang sebenarnya, kita tak plan pun nak serbu rumah Retna ni. Tapi oleh kerana dia selalu sangat serang rumah kita, so kita pun setujulah nak serang balik umah dia. Habis segala mortar, meriam dan peluru tomahawk kita dah standby dalam bonet kete utk serang umah dia..ngeeeee. Sampai umah Retna, macam cengkerik kudung dia berguling-guling didapur utk memasak mee kegemaran kita sambil kita bercekak pinggang memegang rotan. Nasib baiklah dia mempunyai pembantu rumah filipina dan nepal yg cekap utk membantu dia memasak mee dgn jayanya. Kehkehkeh.. jgn marah Lin dan Shai.. tergurau suda..ngeeee.. Lama jugak lepak umah dia ni. Kita sampai rasa macam nak bersarang kat rumah dia. tertidur kita kat kosi umah dia ni sebab empuk sangat. krohhhh krohhhhh.. dan akhirnya lepas solat maghrib kat umah dia, kita melaksanakan misi serbuan terakhir... Thanks Retna diatas kesudian menerima kunjungan kami sekeluarga.


Gambar Kenangan di Rumah Retna.
Untuk gambar lain (kamera Retna) , sila klik SINI



Ahad - 1 Feb 2009, about 7:40 PM.
Dan destinasi terakhir, umah BondaRock. Memang rock habis dia ni. Tak caye tanya dia..ngeeee. Umah bonda rock ni ada kolam renang tau. Tapi kat luarlah..bukan dalam umah. Lepas dah kenyang makan2 kat umah Jun dan Retna, memang best ler dapat borak santai kat tepi kolam renang, betul tak? So apalagi.. turunlah kami semua berbondong-bondong membawa segala tuala, baldi dan penyodok pasir utk bermain pasir ditepi laut.. eh silap. kolam renang takde pasir...ngeeee. Yg sebenarnya yg gian sangat nak terjun kolam cuma sodep dan budak2 kecik jer. Yg lain tu semuanya takut air. so..kitorang melepak jer kat bench tepi kolam renang tu sambil berborak-borak dan berdekah-dekah sambil memakan angin. ngeeeeee.. best betol lah. sempoiiiiii.. sayangnya masa sangat mencemburui kami. dah lewat tu kami naik semula ke rumah BondaRock utk menikmati minuman panas utk memanaskan kembali tubuh kami yg sudah mulai kedinginan disirami embun malam..cewahhh..ngeeeee... Lebih kurang pukul 11:15 kami semua beransur pulang.. Thanks BondaRock diatas kesudian menerima kunjungan kami sekeluarga.


Gambar Kenangan di Rumah BondaRock.
Untuk gambar lain (kamera Retna) , sila klik SINI

P/S - Semoga kami semua dapat berkumpul beramai-ramai camni lagi nanti. Seronok sangat.

Nukilan:

8 comments:

lepas ni gerenti CM dn CT gi beli baju renang kan..nk renang kt pool dilla tu...keh3

CM tu tido kt uma Ret sampai terlopong molot tu..nasib x de sound2 trouble...larikkkkkk

kt uma Jun tu semua dh masuk angin perut tu...kena je laksa sarawak trus semua cergas lg pantas kan...yehaaaa

yerrrrr !!!! harus ! kena pakai yg 2 pcs punya tau !!!! hahahahhahahah

wakkakka x dapat ku bayangkan CM pakai 'cawat' ehh silap silap pakai spender... laarikksssss

Lin..kalau CM nk terjun kat pool tu harus ct carikan spender yg ada ropol2 tau ahakk!!

Tu ler Dila..next time kalau gi umah Dila kena sedia sume baju mandi kat bonet keta awal2 hahaha kang kempunan nk terjun kolam hahaha

Amboi ko Ret..gatal ehh..nnt k.ct suh CM pakai spender polkodot ehh kahkahkah..camana gamatnya erk..hiss sabar jer ler hehehe

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More