Saturday, February 21, 2009

Ampon Tuanku

Kanak-kanak zaman 70'an dan awal 80'an ni banyak sungguh permainan dan gurauan kasar yg unik. Dan salah satunya berkait rapat dengan tajuk di atas. Sebenarnya entri ini dikarang atas permintaan budak panjang dan budak tembam semasa kami berchatting di msjbox semalam. Ada-ada saja mereka berdua ni. Pantang melihat saya senang sedikit pasti ada saja sesuatu yg mereka minta utk dibuat. Akan tetapi oleh kerana saya tidak buat apa-apa pagi ini, saya tunaikanlah permintaan mereka berdua tu. Maklumlah mereka ni masih kanak-kanak mumaiyiz.. takut menangis pulak nanti jika tidak dilayan.

Permainan atau gurauan kasar yg saya maksudkan itu dikaitkan dgn suatu istilah iaitu 'suntut' atau 'sontot' yg sering diungkap oleh budak tembam itu. Tetapi tiba-tiba saja budak tembam itu bertanya kepada saya semalam, "sontot tu apa?". Terkedu saya utk menjawabnya. Pertamanya kerana, mungkin maksud istilah dia dan saya berbeza. Keduanya, agak sukar utk menggambarkannya secara lisan. Namun setelah saya berfikir sejenak saya mendapat idea utk menggambarkannya secara lisan.. dan berikut adalah snapshot jawapan saya kepada beliau semalam.

Dapatkah anda semua menggambarkannya? Namun yg pasti, gurauan tersebut dipraktikkan dimana2 saja di waktu itu terutama sekali sewaktu di dalam kelas, di kantin sekolah dan pelbagai tempat lagi malah masjid dan surau juga tidak terkecuali.

Sangat nakal kanak-kanak zaman itu kan? Dan gurauan mereka juga sangat kasar. Namun itulah keunikan zaman tersebut yg masih kekal nostalgia kepada kami.

Apa-apa pun, saya harap budak panjang dan budak tembam tu berpuas hati dgn entri ini bagi menjelaskan lebih mendalam tentang istilah suntut dan 'AMPON TUANKU' saya semalam.

Tapi amaran saya kepada anda berdua, Don't do this at home OK. Permainan ini hanya utk kanak-kanak yg sangat kecil. Anda berdua adalah kanak-kanak besar. Jadi.. Jangan cuba-cuba nak buat yer. Jika tidak saya repot kat polis nanti.. eh bukan.. kat tok kadi.



P/S - Kepada budak panjang itu, awak buatlah entri starlite pulak lepas ni. hehe..

Nukilan:

5 comments:

kalau buat suntut ni kat badak ni.. perghhh memang tak kelaur jari dan tangan kita tu dikepitnya.. wa ka ka

ishhh ape2 la kasawari nih...itu kt badak..klu bt suntut ni kt harimau mau x sempat suntut lg kena muntut dek aummmm.....wakakakakah

hhehehehehe... boleh lak buat entry pasal sontot... sabar je la... shay pernah tgk orang buat, tapi shay tak pernah buat yerk... kita dak nakal yang baik tau... :)

wkaakakakaka... adehh.... mau nyer klu CM yg buat kat CT, pastu tido luar je la... laarikkkksssss

badak sumbu mengaung.....
arggggggghhh
tulun2

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More