Selamat Datang Ke Laman Blog Che Mat Dan Che CT.

Di Sini Kami Berkongsi Segala Kisah Suka Dan Duka Kehidupan Dalam Bahtera Pelayaran Kami Sebagai Suami Dan Isteri. Semoga Perkongsian Ini Dapat Memberi Manfaat Kepada Sesiapa Saja Yang Berkunjung Ke Blog Kami. Semoga Perkara Yang Baik Dapat Di Jadikan Tauladan.

Kami Juga Berharap Semoga Laman Blog Ini Juga Dapat Membuka Pintu Persahabatan Di Antara Kami Dan Semua Blogger-blogger Di Luar Sana.

Salam Sayang Untuk Semua Yang Berkunjung Ke Laman Blog Taman Syurga Abadi

Saturday, March 14, 2009

Nostalgia Zaman Bersekolah



Sampai sekarang aku masih lagi simpan Name Tag sekolah aku tu. SDJ a.k.a. Sekolah Dato' Jaafar. Last aku pakai masa Upper Six pada tahun 1987.. huih.. dah 22 tahun yg lalu tu.. Alamak.. baper umor aku sekarang ek? Huhuhu...

Walaupun dah lama berlalu, kenangan masa bersekolah masih segar diingatan hingga kini. Jika nak diceritakan satu persatu, alamatnya jenuh la korang nak membacanya sebab aku masa bersekolah dulu memang termasuk dalam kalangan budak-budak yg cerdik tapi sangatlah nakal.. alah biasalah, budak lelaki. Kalau tak nakal maknanya memang something wronglah tu hehe..



Berbalik pada kenakalan aku ketika bersekolah dulu salah satunya adalah mengenakan kawan-kawan dengan menampal 'notis rahsia'. Aku akan tulislah apa-apa ayat yg 'tak patut'.. lepas tu aku akan pelan-pelan pegi kat kawan aku tu... dan berpura-pura pegang bahu dia atau belakang badan dia sambil menampal notis tu. Lepas dah tampal tu aku pun pegilah memerhati dari jauh. Yang kawan aku tu nanti dok berjalanlah satu sekolah tanpa perasan notis kat belakang dia tu.. Bila orang lain senyum kat dia, dia pun akan ikut tersengih sama.. bila budak-budak lain mula ramai-ramai ketawakan dia, dia pun mulalah rasa pelik dan tercari-cari sebab apasal la budak-budak tu ketawakan dia. Mulalah pandang kat baju.. pandang kat zip seluar kot-kot lupa nak zip tapi semuanya ok.. Kehkehkeh.. aku yg memerhati dari jauh ketawa sambil menutup mulut..kehkehkeh... Adoyai.. Nostalgia sungguh..



P/S - Kadang2 aku pun terkena balik. Bila awek-awek senyum kat aku, aku ingat awek tu syok kat aku.. rupanya dia dok gelakkan notis kat belakang tu.. Cilakak betui saperlah yg menampalnya tu.. huhuhu..

Nukilan:

Sori Inche.. Roti suda abis




"Sori Inche.. Roti suda abis.. Tapi Lain ada. Mee ada. Nasi Lemak ada.." habis bercakap, pelayan tu tengok muka aku.. aku pulak tengok muka bini aku. Dalam hati berkata.. aik, Pelita Nasi Kandar kan dalam kategori restoran mamak.. dan restoran mamak bukankah biasanya roti sentiasa ada 24 jam.. alah, roti takde nak makan apa plak ek..

"Nak apa ayang? Mee goreng bole?" aku tanya kat bini aku. CT angguk jer. Ah bedal ajelah. Perut pun dah lapar apa pun nampak sedap. Sejak keluar dari rumah pagi tadi tak sentuh apa-apa pun sebab nak buat blood test. Kalo nak buat blood test tak boleh makan atau minum apa pun kecuali air masak je. Masa keluar dari klinik tadi dah pukul 11 lebih. Of koz la lapar giler.. Mamak tadi masih terlopong mulut pandang muka aku tunggu jawapan.

"Mee goreng mamak dua.. teh tarik kurang manis dua..."

"Itu mee.. tauge tak mau ha..."

P/S - Hancur plan nak makan roti telur. Tapi dah roti takde, bedal ajelah mee goreng. Licin jugak.. hehehe.. kompem kes lapar abis nih..

Nukilan:

Monday, March 9, 2009

Di Balik Tabir



Bila kita nampak sesuatu finish product yg cantik, tak ramai yg tahu apa yg berlaku di sebalik tabir atau apa yg diperlukan behind the scene untuk menghasilkan finish product yg cantik. Contohnya seperti utk mendapatkan gambar 'still product' yg cantik, apakah yg diperlukan utk menghasilkannya. Di sini CM nak kongsikan tips bagaimana CM menghasilkannya.

Zaman kamera digital sekarang ni senang jer nak ambik gambar. Petik jer, lepas tu tengok hasilnya kat LCD screen kamera tu. Kalau tak cantik boleh delete dan snap lain. Tapi zaman CM guna filem dulu teramatlah susah. Lebih-lebih lagi bila CM menjadikan fotografi sebagai sumber pendapatan sampingan. Walaupun CM dah 'gantung' kamera dan tak terlibat dgn fotografi secara profesional lagi, namun pengetahuan asas tentang fotografi masih dipraktikkan utk membantu CT dalam menghasilkan gambar still utk blog masakannya.

Peraturan yg pertama utk gambar yg cantik adalah pencahayaan. Elakkan dari menggunakan flash secara direct kerana ia akan membuatkan gambar kelihatan 'washed out' dan 'flat'. Gunakan side lighting iaitu pencahayaan dari sisi. Ini akan membuat tone warna lebih saturate, penekanan subjek lebih menonjol dan depth of field lebih menyerlah. Peraturan yg kedua adalah kamera tidak boleh bergoyang. Sebaik-baiknya gunakan tripod apatah lagi jika menggunakan ambience lighting dan tidak menggunakan Flash utk mendapatkan gambar yg tajam dan fokus. Peraturan ketiga adalah 'Backdrop' dan 'Props'. Luangkan sedikit masa utk menyediakan backdrop dan tambahkan sedikit prop utk menyuntik sedikit mood dalam karya foto tersebut.

Sebagai kesimpulannya, boleh merujuk kepada gambar dibawah ini tentang teknik yg CM gunakan. Tidak perlu risau jika tiada 'Kamera PRO'. Walaupun dengan menggunakan kamera digital compact, masih boleh menghasilkan gambar yg cantik jika menggunakan teknik yg betul.




P/S - Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh yg memerlukannya.

Nukilan:

Sunday, March 8, 2009

Barber vs Hair Stylist

Barber Shop. Sejak dari dulu sampai sekarang imejnya tak pernah berubah. Kerusi guntingnya jenis yg besi berat setengah tan. Lepas tu kat luar kedai mesti ada lampu neon belang-belang merah biru yg berputar tu. Satu dunia, imejnya sama ajer. Tukang guntingnya pulak kebanyakannya golongan mamak atau india. Melayu pun ada juga tapi tak banyak.



Petang tadi CM pegi gunting rambut. Kebiasaannya, CM pegi gunting rambut setiap dua bulan sekali. Kalau ada masa terluang lebih sket, kadang-kadang belum sampai dua bulan dah pegi potong. Memang rimas dan kepala rasa berat semacam bila rambut dah mula panjang. Dan semenjak dari CM mula bekerja hingga kini, CM selalunya akan potong rambut di saloon. Bukan tidak suka potong di Barber Shop tapi daripada pengalaman zaman bersekolah, banyak kali bila lain yg kita minta, lain pulak jadinya rambut kita dipotong. Lebih-lebih lagi kalau tukang gunting tu adalah typical barber atau pun barber yg agak berumur. Sebab tu CM rasa agak 'serik' nak potong rambut di barber shop. Kecuali kalau nak potong rambut betul-betul pendek atau dalam istilah lain potong stail budak sekolah.


Haqim sedang digunting oleh Amoi pompuan seperti yg dia 'nak'.

Tapi bercakap tentang pengalaman lalu, masa zaman bersekolah dulu memang kat barber shoplah tempat kita. Toksah berangan lar nak mintak gunting di saloon. Dan pengalaman itu diterjemahkan pula kepada anak-anak CM. Maklumlah budak-budak sekolah, barber shop lebih sesuai dan 'jimat'. Tapi bila dorang dah besar sket skrg ni, dorang pun dah tak moh gunting rambut di Barber Shop lagi. Semuanya demand nak gunting di Saloon macam ayah dorang jugak. Macam Haqim tadi pun sama. Dia kata..."Haqim pun nak potong rambut dgn orang pompuan sama cam ayah".

P/S - Hai anak-anak zaman sekarang. Beruntungnya...

Nukilan:

Terapi Malam Minggu

Bersawang sket dah blog ni semenjak dua menjak nie.. maklomlah tuan umah agak sibuk sket.. nak update pun kene tunggu hujung minggu. Bila hari biasa, balik keje sampai umah pun dah lewat.. dah sampai rumah, badan dah letih.. bila badan dah letih, nak mengadap pc pun dah malas..

Malam semalam adik CT tepon mintak Azree dan Daniel pegi rumah dia dan tidur satu malam kat sana. Alang-alang nak hantar dua beradik tu ke sana, CM ajak CT gi meronda sekali. Lama dah tak meronda jalan2 waktu malam ni. Jadi konon-kononnya nak pegi Times Square membuat terapi tingkap dan selepas tu nak tengok wayang citer Upin & Ipin. Tapi kitorang sampai pun dah pukul 9:15 malam.. Tengok kedai-kedai pun banyak yg dah nak tutup so tak dapat nak buat terapi sangat. Lepas tu rush ke kaunter tiket, tapi rupanya citer Upin & Ipin last show pukul 7:15.. alahai, takder rezeki...





Pukul 10 lebih terus kuar dari times square.. Masa tu perut dah mula berkeroncong so haruslah kami nak pegi cari tempat makan besh.. Pening gak nak cari tempat makan mana yg besh ek.. Maklumlah, wife terror masak. So, bila nak makan kat luar ni susah nak cari tempat makan yg bole menandingi masakan isteri sendiri.




Kami terus menuju ke Kg Baru.. takde plan nak makan kat mana so berpusing-pusing la dalam Kampung Baru sambil tinjau tempat yg ada ramai org sebab biasanya kalau ada ramai org kat sesuatu tempat tu maknanya tempat tu makanannya sedap.. tapi oleh kerana malam tu hujan renyai-renyai, semua tempat suram jer. Apalagi, terus jer drive ke Danau Kota. Sampai kat Danau kota dah pukul 11 lebih. CT order hidangan fevret dia iaitu KueTiaw Ladna, Lily.. Nasi Goreng Kampung dan CM plak Nasi Kosong beserta Sup Daging. Lepas makan.. ronda-ronda kejap kat Uptown sampai pukul 1 lebih sebelum balik umah tido...



P/S - Hari ni CT kata nak masak Rendang Ayam Kampung. Best tu. Dan lepas makan nanti, CM plan nak tido sepanjang hari...

Nukilan:

Tuesday, March 3, 2009

LRT buat hal lagi!


Inilah masalah yg sering menimpa commuter macam CM nie. Asal hujan jer mesti LRT wat hal. Asal LRT wat hal jer mesti hujan. Patutlah masa taim balik tadi, CM tengok ramai orang berduyun2 berjalan arah bertentangan dari stesyen Dang Wangi.. rupanya dorang dok cari alternatif lain. CM tak puas hati, teruskan juga perjalanan ke stesen Dang Wangi tu. Bila sampai jer CM tengok pintu akses masuk dah ditutup separuh. Rupanya LRT ada masalah teknikal disebabkan hujan lebat. Adoila.. Terus baca notis yg dilekat dipintu tu.. lepas tu terdengar plak pengumuman dari pembesar suara kata yg kerosakan tu mungkin berlanjutan 1 hingga 2 jam.. Tengok jam dah pukul 6:45 petang. Nak balik naik bas, jalan tengah jem teruk. Nak suh budak tembam tolong amik kita, gerenti dia tak moh punya.. maklumlah dengarnya dia ada temu janji dgn tokey kedai cucur udang.. huhu.. apalagi.. tunggu ajelah sampai LRT pulih..





Dengan sabarnya CM terus tunggu dan tunggu dan tunggu. Tak lama lepas tu rasa bosan mula timbul.. Terus kuarkan headphone..cucuk kat iPod layan MP3. Duduk kat tangga tu sampai naik kebas punggung.. Argh! Tak bole jadi ni. Kalau bole pasang kemah best gak nih. Boleh lepak tunggu sampai LRT pulih.. Tunggu apalagi...



P/S - Agak2 kalau CM buat bodo pacak kemah kat situ bole tak?

Nukilan:

Sunday, March 1, 2009

Jom Makan Tengahari

Image Hosted by FileHive.com
Sambungan dari majlis di rumah Retna semalam, hari ini Lin dan Kasawari berkunjung kembali ke teratak kami berdua sebelum bertolak balik ke Johor Bahru. Dan ini adalah kunjungan Lin dan Kasawari untuk kali yg kedua, malah kali ini juga Lin datang bersama suaminya yg tercinta. Turut memeriahkan suasana adalah Retna, Shaizhar dan Kiki. Bila mereka-mereka ini semua berkumpul, rasanya seperti bergegar teratak buruk kami dengan lawak dan hilai tawa mereka. Thanks semua!!!

Dan tidak seperti kunjungan mereka yg sebelum ini, kali ini kami 'upload' gambar-gambar dorang di luar rumah pula sewaktu mereka semua hendak beredar pulang. Terima-kasih di atas kunjungan mereka semua. Terima-kasih utk nilai sahabat sejati yg kita semua berkongsi bersama. Terima-kasih sahabat-sahabatku semua.








P/S - Untuk gambar-gambar lain dari kamera Retna sila klik sini

Nukilan:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More