Tidak tergambar dengan perasaan bagaimana terujanya kami berdua untuk menyaksikan pementasan teater muzikal Puteri Gunung Ledang di Istana Budaya semalam. Dan sudah tentunya itu adalah temujanji utk hanya kami berdua sahaja, tanpa kehadiran anak-anak..hehehe. Sesekali kami juga perlukan ruang utk menikmati saat-saat romantis seperti masa-masa lampau.. just for the two of us.
Selesai saja solat maghrib lebih kurang 7:40 pm kami bertolak dari rumah. Mujur Haqim pun faham yang mama dan ayah dia ingin berdating hanya berdua saja walaupun pada mulanya dia sedikit murung. Thanks Haqim. Sampai saja di Istana budaya, kami tidak melepaskan peluang utk bergambar di ruang legar utk mengabadikan kenangan malam itu. Kemudian, terserempak pula dgn pelakon Radzi Khalid. CT minta diabadikan gambar bersama beliau. Dan kebetulan pula, Shaizhar juga menonton pementasan pada malam itu. Jadi sempatlah kami berjumpa, berborak sekejap dan ambil gambar.
10 minit kemudian kami masuk ke dewan teater. Sebelum pementasan bermula, kami masih juga lagi sempat ambil gambar.. Maklumlah, sebarang rakaman adalah dilarang sebaik pementasan bermula.
Dan bila saja show bermula, kami sangat sangat sangat teruja seawal dari saat yg pertama hinggalah ke detik-detik terakhir bila pementasan tamat pada pukul 11:30 malam. Tidak sedikit pun mata kami ralit dari pentas. Kami turut terbuai seolah turut berada di dalam dunia puteri dan laksamana. Pementasan itu sangat mengasyikkan. Tidak dapat kami gambarkan dengan kata-kata. Begitulah penangan pementasan dunia teater. Yang pasti setiap detik dalam pementasan tersebut akan kekal abadi dalam ingatan kami buat selama-lamanya.
Setelah pementasan tamat, kami cuba mengambil peluang utk mendapatkan autograf 'Puteri', 'Laksamana' dan 'Embok' di buku Cenderamata yg kami beli didepan meja sesi autograf tersebut. Malangnya kerana giliran kami terlalu jauh dibelakang, sesi tersebut ditutup sebaik giliran kami hanya tinggal 4 orang saja yg beratur dihadapan. Kami rasa sedikit ralat, namun... tidak mengapalah. Yang lebih penting, malam itu hanya milik kami berdua dan kami membawa pulang bersama sebuah kenangan yg sangat indah yg akan kekal abadi dalam ingatan kami berdua buat selama-lamanya. Puteri Gunung Ledang The Musical. It's Truly a Magical Romance...
P/S - We would like to extend our deepest appreciation to a special someone who dedicated that momentous night to us as a gift. Rest assured dear, you'll forever remain as a special somebody in our hearts.
Nukilan:



























































