Sunday, March 22, 2009

Bestnye Bagus



Apa yg best? Apa yg Bagus? mesti korang terwonder-wonder agaknya. Sebenarnya 'Bagus' ni adalah nama kedai pembekal bahan bakeri kegemaran CT. Biasanya seminggu sekali kami akan membeli barang-barang pasar di pasar tani berdekatan rumah kami iaitu pasar tani di Danau Kota, tapi pagi tadi kemain jauh lagi kami pegi iaitu ke pasar tani di Shah Alam. Sebabnya adalah kerana CT mintak CM hantar dia ke cawangan terbesar kedai Bagus di Shah Alam, selepas habis membeli barang pasar. Bukan tak ada cawangan Bagus yg lebih dekat dengan rumah kami tapi cawangan di Shah Alam nie lebih bagus kata CT sebab lebih besar dan lebih banyak barangnya. Iyolah..kata CM.





Sebenarnya CT nie masih belum sihat lagi, tapi kerana bakeri punya pasal, bertegas dia nak pegi juga. Tapi memang baguslah kedai Bagus nie. Sebaik jer melangkah masuk, Wah! terus segar bugar mata Cik CT kita nie.. berkaca-kaca jer membelek barang-barang bakeri yg nak dibelinya tu. CM tanya kat dia "Dah lega sket ke demam tu ayang?" (sebenarnya saja nak perli jer tu)... "Hehe.. cam dah hilang je demam ni bang"... Hehehe..dah agak dah. Bagus tul kedai Bagus ni ek.



P/S - Tapi orang laki pun apa kurangnya. macam tu jugaklah perangainya kalau masuk kedai aksesori kereta.

Nukilan:

10 comments:

ha tau pun CM...klu x org pompuan,org lelaki pun sama je...rasenye lelaki belek lg lama dr org pompuan kan CT...

wah.. ni demam ada maknanya kak ct ni.. he he.. pasni kalau demam lagi leh ke sini lagi.. BAGUS.. !! he eh

Waaaa!!!!..jelesnyaaaaa.....

emm..betul tu lin..ct ni kalau ikut CM gi shopping baju keja ker apa2 lah..take time gak nak dapat pilihan di hati tu hehehe

x lah juga kasawari oii..kalau selalu kesana jer naik kopak gak beg duit k.ct ni hehehe

Tu lah mat..time sampai sana jer..terus merah jer muka k.ct ko ni tau..apa x nya lama dah x sampai kat shah alam ni hehehe tapi kat BAGUS shah alam ni sume benda banyak naik rambang bijik mata nak beli hahaha

Bagus ni nampaknya bagus sangat lah ya. Hendak jugak rasanya pergi merambang mata sekali sekala. Baguslah kegirangan hidup dikongsi bersama satu famili!

tu ler yang dinamakan BAGUS, coz kat situ semua harganya BAGUS2 belaka. nak terjah lagi ler lain kali hehehe

anak lelaki ct ni kiut sgt..pic yg kat nasi lemak antarabangsa tu ngape moncong jek dia :p

Betul betul betul...
kalau gi "Bagus" memang rasa kembanggggg jek hati ni, berbunga-bunga, kalau duk setengah hari pun takpe, seronok kemain..last time kat area umah lela ada gak, tapi sekejap jerk bukak, ni dah tutup,tak dapat sambutan sgt kot kat gombak ni.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More