Tuesday, October 13, 2009

Open House Di Rumah Suejoshua



Cantik jer sue berbaju kebaya, tetap maintain walau dah ada 3 anak :-)


Hari Sabtu yang lepas balik JB sebab ada Openhouse Msjbox di kediaman Lin, kebetulan rumah Sue pun ada buat open house juga. Dah terlanjur balik ke JB apa lagi berjalan sakan ler aku anak beranak hehehe. Gi borong DVD kat Smart, kat sana murah giler berbanding kat KL. Lebih kurang kul 3 petang kami sampai kat rumah kakak Sue di Permas Jaya. Di hari yang sama juga ada majlis pertunangan anak sedara Sue. Jadi ramai ler tetamu masa kami sampai tu. Sampai2 jer tuan rumah terus suruh kami makan. Banyak gak makanan yang dihidangkan dan sedap2 semua nya. Ada laksa johor, laksa penang, nasi beraini, puding, kuih muih dan macam2 arr. Memang tak sempat nak klik2 kat sana, segan dengan tuan rumah hehehe. CM pun lambat nak keluarkan 'penembak' kat sana, maklum ler nak mengisi perut dulu sebab dah kelaparan hahaha. Banyak gak arr aku makan kat rumah Sue, biasa ler aku buat muka 10sen jerrr... hehehe. Tuan rumah dah suruh makan, tak kan nak tengok jer kan. Cuma my laling CM tu dok makan nasi beriani dan puding jer. Aku bantai makan laksa johor, kuih, puding, kek dan biskut raya. Ingat nak second round lagi tapi macam nak tercabut dah butang seluar hahaha. Anak2 cuma makan nasi jer, sebab semua nya dah kenyang makan roti dan aiskerim masa lepak kat JJ Permas Jaya sebelum kerumah Sue.



Aku suka gambo ni.... sebab senyum kami memang ikhlas untuk semua hehehe.



Ni salah satu gambo yang sempat aku abadikan bersama Sue di luar rumah. Walau pun baru dua kali kami bertemu, macam dah mesra sangat2 aku rasa. Lebih kurang kul 4.30 petang kami pun angkat punggung nak minta diri dulu, terasa sedih nak berpisah. 20hb ni Sue akan berangkat balik semula ker Denmark. Kena tunggu setahun setengah lagi baru leh jumpa Sue kat M'sia insyAllah. Aku doakan Sue dan family akan selamat sampai ke Denmark. Walau pun kita jauh berjuta batu, namun Sue tetap dekat di hati selalu. Terima kasih atas layanan Sue sekluarga dan hidangan yang sedap2 semua. Kek yang Sue buat tu memang sedap, nak mintak tapau bawak balik tapi segan lah pulak hehehe. Semoga kita dapat jumpa lagi ya Sue, nanti kita online kat tenet jer ehh. Sayang Sue muah..muahhh... muahhhhhh!!!!


Nukilan:

1 comments:

salam ct...bestnya dapat jumpa sue..nnt kita jupe rumah datin el kenduri kt masai ya

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More