Sunday, November 15, 2009

Dari Ukay Perdana Ke GSC Pavillion



Semalam adalah hari yg lembap. Matahari yg bersinar terik pada waktu pagi rupanya hanya dapat bertahan hingga ke tengahari saja. Menjelang senja, langit dah mula muram dan kemudian hujan turun selebat-lebatnya. Alangkah enaknya kalau dapat melabuhkan kepala dibantal malangnya program dah diatur sejak awal lagi. Tapi bukan perihal tidur yg saya nak ceritakan di sini, tetapi perihal aktiviti outing semalam.

Sejak dari pagi hinggalah ke tengah malam, aktiviti agak padat. Nasib baiklah aktiviti berjalan pada hari Sabtu, jadi dapatlah saya merehatkan badan sepuasnya pada hari minggu. Untuk orang yg dah penat seminggu bekerja, hari hujung minggu macam ni lah nak re-charge semula badan tu. Ingatkan nak bangun lambat sikit dari biasa tapi pagi-pagi lagi saya dah terpaksa bangun bersiap utk ke klinik bersama isteri, buat rutin check-up seperti biasa yg dijadualkan utk kami setiap dua bulan sekali. Balik dari klinik dah hampir tengahari. Sempat juga saya membuta sekejap sebelum dikejutkan utk keluar menghadiri majlis makan2 belated birthday rakan kamie, Shaizhar di Ukay Perdana. Cuaca yg basah sedikit menyukarkan pergerakan tapi alhamdulillah selamat juga mengisi perut di Ukay Perdana dan dapat pula bertemu rakan2 blogger yg lain di sana, Lin dan Retna. Tapi saya perasan yg Cik Retna makin bolat, ke mata saya yg cemey hehe. Apapun terimakasih buat En. Shaizhar kerana kesudian mengundang kami sekeluarga.





Selepas pukul 6, kami semua beransur minta diri dan saya sekeluarga pula memecut ke GSC di pavillion utk menonton movie 2012. Tiket utk menonton cerita ni dah dibeli seawal hari pertama tayangan lagi iaitu pada hari Khamis yg lalu. Oleh kerana tayangan hanya bermula pada pukul 9:15 malam, kami pada mulanya ingin ke Sungai Wang utk mencuci mata tapi hujan yg masih tidak berhenti membantutkan niat suci kami. Terpaksalah kami melabuhkan aktiviti di dalam Pavillion saja dan salah satu daripadanya adalah ambil gambarlah, apa lagi.. terpaksalah keluarkan DSLR saya yg sejak dari keluar rumah lagi dok tersorok dalam backpak saya saja. Ingatkan malas nak guna sebab pakai kamera compact CT lebih mudah dan ringan. Nampaknya mood Hari Krismas dah bermula dgn hiasan yg berwarna-warni, mempesona pandangan mata. Teringat masa saya bujang2 dulu, bila menjelang Krismas dan tahun baru aje, saya dan CT akan ke Orchard Road, Singapore utk bersantai dan jalan2 sebab kami sukakan suasana kemeriahan krismas dan new year celebration yg happening disana yg macam kat oversea sikit2 hehe.

















P/S - Cerita 2012 tu memang best. Selepas tamat tayangan, rasa gerun masih membelenggu. Terbayang bagaimanalah kita menghadapinya di hari kiamat yg sebenar nanti. Subhanallah. Keinsafan menyelinap disudut hati.

Nukilan:

7 comments:

kekeke...awat Haqim mcm perut mama dia mengandung je tu...

Sukee ek tgk decorate krismas,cntikk sngt,colorful,kt JJ ni pun dh ada,cuma lom amik gambo je,tu Kak Ct dh mcm jln kt red carpet je tu...

Seksii woo molot tu,nsb CM x bt cam CT tu skli..hahahaha

CM..lain kali dtg JB jgn pakai stokin tu yek..pecah perut ketawa...hahahahaha

amboi kak CTTTTTTT!!!! cun gitu!! kemain lg ngan cik abe ye!!hihihi

psst...best tak kak 2012..???

echah_syed :
tr kasih combi manisss...bersama2 dengan anak dan suami memang menbuat ct rasa akan kebahagiaan {hugs}

Sis-lin :
Lin masih ingat lagi x aksi muncung mulut tu kat Bagan lalang,acara nak makan kek sempena happy father day's lahhhh hahaha

bila lah dapat jalan2 macam tu lagi kannnn...

ain :
ehemmm!! ngan cik abe jer buat cam tu ain, kalau orang lain ada kang kena plangkong hahaha.

citer 2012 memang best..nak tau kesan nya kena ler tengok movie tu ain :)

kak ct Delima yang cantik berseri-seri...


saya takleh nak fokus pada cerita akaklaaa....

sbb terlalu asyik renung gambor2 yang besh ! . oooo... cuaca lembab , tuh yang peluk abang mat sakan .

apapun..gambor akk ngan anak dara akak, superb . sama2 cantik .

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More