Anak siapalah ni ya main sorang2 kat tepi jalan. Manalah mak bapak dia ni, kesiannyaaa. Hehehehe.... aku jumpa anak burung ni kat Restoran A. Malik kat Danau Kota tu. Haqim kata ada anak burung pipit ikut dia masa nak pegi breakfast kat situ. Mula2 tu kami buat tak kisah jer apa yang Haqim katakan. Lepas siap sarapan dan keluar dari situ,, tup tup nampak my laling CM dah pegang anak burung ni. Agaknya dia terjatuh dari sarangnya dan tak pandai nak terbang lagi. Aku pun suruh jer bawak balik dan cuba bagi air dan makan. Bila dah bagi tu barulah burung tu berbunyi, rasanya panggil mak dia kot hehehe. Walau pun hanya beberapa jam jer burung tu 'stay' kat rumah, aku tetap bagi nama dia 'kecik'. Anak2 lah yang suka, termasuklah mak dia juga hehehe.
Tengok jer lah gelagat anak aku lily ni, suka sangat dia sampai nak amik gambo ngan 'kecik' buat kenangan. Bila dah lama berbunyi lepas tu nampak dia dah mula nak terbang sikit2. Aku pun ajak my laling hantar balik kat tempat tadi. Mula2 tu rasa sedih gak nak lepaskan dia, tapi akhirnya anak2 redha untuk lepaskan 'kecik' pergi. Biarlah dia kembali ke habitatnya yang asal. Mana tau 'kecik' akan jumpa balik dengan mak dia kan.
p/s: Nak cari burung dua sejoli letak kat rumah nanti hehehe.
Nukilan:












6 comments:
alahaii... memang comel anak akak si lily tuh.
eh..eh... anak burunggggg...
Kak Ct ooo Kak CT sayang .... sihat keee
beraninyer si lily pegang..combi ni penakut binatang walaupun si meow :(
lily buat apa 3 bulan ni ct??
gempaq sungguh tajuk tu...!
Linda :
Alhamdulllah k.ct sihat jer. hope linda juga pun begitu ya.
kalau makan kopok lekur ingat k.ct ya hehehe
echah_syed :
ct pun geli gak nak pegang benda2 yang berbulu lembut ni combi, kalau setakat anak patung tu okey lah kot hehehe.
Lily dok rumah jer, masih lg nak cari keja boring dia cakap :)
Azita :
hehehe..ya ker k.ita...alahhh main2 jer tu :)
Post a Comment