Semalam gi hantar anak dara aku Lily gi beli barang2 keperluan peribadi dia nak bawak ke UiTM nanti. Sebelum tu aku pegi dulu Bank Islam kat Wangsa Maju tu nak buat account saving tuk Lily tapi tak bole lah pulak. Kata budak tu kena bawak salah satu bil air, letrik atau Astro baru leh bukak. Adehhh... macam2 jer lah diaorang ni kan. Dulu nak buka kat MyBank nak sijil beranak, yang ni nak kena bawak bil pulak. Aku ni dah ler penat menapak, akhirnya tak dapat juga. Tengok ler sok lusa baru pegi balik. Malas nak terus balik aku terus ajak Lily gi Carefour beli barang peribadi dia dulu. Nak tunjuk kat sini kang ada gak yang terbahak2 ketawa... faham2 jer lah apa yang aku maksudkan hehehe. Lama gak aku kat dalam Carefour tu naik sakit semua sendi2 lutut aku dok melayan Lily cari satu... satu, sekejap nak kale ini ler, itu ler adehhhhh. Amik... amik... pilih... pilih... naik pening kepala mak tengok dia pilih semalam. Tapi tak apa lah untuk anak dara aku sorang ni aku rela berkorban apa saja. Tak lama lagi Lily dah nak gi jauh dari aku, tentulah sedih kan sob.. sob.. sob..
Yang ni saje jer Lily possing kat beg tu, katanya nak tunjuk kat aunty Lin hehehe. Beg ni masa kat sana kale pepel, tapi bila dah amik gambo macam kale biru lak hehehe. Tapi tengok ler harga tu.... mahal bebenor tak sanggup mama nak beli mahal2 macam tu nak oiiii hehehe. Beli yang biasa2 jer lah... asal bole masuk baju udah ler. Sampai sana kang terus sumbat bawah katil gak... hahaha. Masih banyak keperluan yang belum beli. Benda2 yang lain sedang dalam proses membeli dan sediakan jer ler 'fulus' yang mencukupi hehehe.
Nukilan:p/s: Hari Sabtu ni proses membeli baju kurung dan sebagainya. Malas aku nak menjahit... sebab mood nak menjahit tak der ekekeke.










4 comments:
Teringat gak pengalaman pertama hantar ALONG dulu. Jadi freshie. Cuma nak ingatkan, jangan lupa bawak kain (skirt labuh) kaler HITAM, sbb nanti seminggu suai kenal wajib pakai baju rasmi UiTM yg kaler purple tu. Macam baju Kedah tapi TIADA KAIN. So kena bawak kain sendiri (wajib hitam rasanya)
Mujur saya dulu, dekat Shah Alam jer, so anak I balik amik.
Pernah kawan saya, anak pakai kain kurung kaler lain sbb tak bawak standby kain kosong kaler HITAM.
X-Ray semua dah siap ker?
Layan kak CT.. layannnn...
Mana2 pun beg cantik . Suka tengok Lily tersenyum manja . Macam saya dulu-dulu . ekekeke
Kak Ct.. janganlah sedih-sedih . Anak nak belanjar kann...
Tapi kalau kena kat saya , sure saya melalak ! huwaaaaa
Azie: tu ler ni tgh siap2 kan segala benda yang nak bawak kesana Azie. kain hitam ni kat rumah ada. Baju raya thn lepas ada buat baju kale hitam. so kena tambah lah lagi 2 pasang tuk salin2 kat sana nnt.
X-ray sume dah siap azie. cuma nak beli brg yang lain pulak. banyak gak kan guna duit nak beli barang2 ni hehehe.
Kali ni terpisah jauh kat Jengka Pahang.. kalau kat Shah Alam setiap minggu ct gi sana. rindu ngan dia nanti...huhuhuhu
Linda Maniss:
Kerana dia lah yang ppuan sorang, k.ct layan kan jer. kalau anak lelaki ni kurang sikit barang peribadi dia Linda hehehe. Kalau ppuan ni segala macam benda nak beli, dari atas kepala sampai hujung kakai hehehe.
K.ct cuma tinggal nak menangis jer ni huhuhuhu. Bole caya ker kalau cakap tak menangis... uhhh tidakkkk!! hehehe.
Post a Comment