Friday, February 18, 2011

Kepulangan



Setiap kali nak balik bercuti dari kuliah, my girl mesti ada macam2 permintaan. 3 hari sebelum balik mesti call mama dia dulu..

Lily: .."Ma...akak nak balik minggu ni boleh..?

Mama: Ya..balik lah. Ada kawan tak nak balik nanti. Kalau sorang2 tak payah balik.

Lily: Ma...akak nak balik nanti masak sedap2 tau... hehehe.

Mama: Amboiiii.... nak makan apa?

Lily: Tekak ni macam nak makan bubur durianlah.. hehehe. Nak makan yong tau fu kat pasar malam...hehehe.

Adehhh...kalau nak balik macam2 Lily oder. Kesian lak bila dah mintak macam2 tapi tak dapat nak ditunaikan. Nak tak nak masaklah juga apa yang Lily nak makan. Sesekali balik bercuti apa salahnya, mestilah nak merasa masakkan dari air tangan mama dia kan.

Walau jauh dimata, namun tetap ingat dihati. Hanya dia seorang saja anak perempuan yang perlu dijaga. Anak perempuan ni lain sikit bila dah jauh dari ibu bapa. Kerisauan dan kebimbangan kita ni amat terasa sekali. Hanya yang dapat kita harapkan hanya memohon kepadaNYA semoga dia selamat dan dijauhkan dari pekara2 yang tidak baik berlaku... aminnn

Nukilan:

1 comments:

ct...combi ni tak berapa risau sgt dgn precious sbb dia dah berdikari sejak form 1 lagi.dekat 12 tahun dah dia buat semua keputusan sendiri.cuma dia akan kol combi minta restu dan doa jer.

skrg pun dia terpaksa drive sendiri 2jam lebih dari kudat nak balik ke tuaran 2 minggu sekali.disini jln bukan mcm sana ada highway bertol segala cuma jln biasa yg berbukit,ladang sawit serta jln berlubang bagai.insyaALLAH berkat doa kita semua akan dipermudahkan yg esa.amin

semoga lily rajin belajar dapat pointer tinggi terus sambung ijazah dan seterusnya buat masters pulak.bersusah dahulu,bersenang kemudian.betul tak ct?

anak pompuan selalu menjadi harapan famili kerana anak lelaki bila dah kawin biasanya dah susah sikit...faham-faham ajelah ^.^

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More