Selamat Datang Ke Laman Blog Che Mat Dan Che CT.

Di Sini Kami Berkongsi Segala Kisah Suka Dan Duka Kehidupan Dalam Bahtera Pelayaran Kami Sebagai Suami Dan Isteri. Semoga Perkongsian Ini Dapat Memberi Manfaat Kepada Sesiapa Saja Yang Berkunjung Ke Blog Kami. Semoga Perkara Yang Baik Dapat Di Jadikan Tauladan.

Kami Juga Berharap Semoga Laman Blog Ini Juga Dapat Membuka Pintu Persahabatan Di Antara Kami Dan Semua Blogger-blogger Di Luar Sana.

Salam Sayang Untuk Semua Yang Berkunjung Ke Laman Blog Taman Syurga Abadi

Sunday, October 18, 2009

Open House di Bandar Baru Bangi



Amacam? ada gaya macam drummer underground jammers tak? pegang drum stick tu pon semacam je, apalagi kalau saya nak roll dan mengetuknya hehe.. Takpelah.. dapat berangan sekejap pon jadilah. Sebenarnya drums set yg saya dok berangan tu kat rumah kak-e di Bangi. Undangannya pada siang hari semalam tapi kami hanya berkelapangan pada sebelah malamnya. Jadi lebih kurang pukul 8:30 malam kami bertolak dari rumah. Saya ajak Shai ikut naik kereta bersama kami sebab hari malam agak merbahaya utk menunggang motorsikal ke tempat sejauh itu. Itulah pertama kali kami ke Bangi dan walaupun tersesat sedikit pada mulanya namun alhamdulillah kami sampai juga lebih kurang pada pukul 9:40. Seronok bersembang dgn kak-e hingga tak sedar jam melangkau pukul 11 malam. Layan je gambar2 kat bawah ni ye.

















Nukilan:

Friday, October 16, 2009

Open House Msjbox Di JB


CM sedang menjamu selera selepas penat 'menembak' dan En Shaizhar selaku wakil tuan rumah serba pepel youuu hehehe

Okey... minta maaf lah sebab lewat nak update gambo2 kat Openhouse Msjbox di JB. Sempat update separuh dari beratus gambo2 yang di tembak oleh CM hehehe. Naik kematu montot duk upload gambo2 ni tu hari ngeee... nasib baik tak kuar segala benda kan ahaksss...! Memang meriah lah aku rasa, tapi kalau ada mercun lagi lah meriah. Rasa nya stok mercun dah habis kot pasal tu tak der hehehe. Ini lah Openhouse hari raya yang pertama aku dapat join pada tahun ni. Tahun lepas lom dapat join, maklum ler masa tu lom lagi famous amous kannnn.... Tahun ni macam2 xtvt yang telah di anjurkan oleh tuan rumah Sisi Lin dan juga En Sabar. Terima kasih banyak2 ya Sis Lin sebab sudi menjemput kami untuk sama2 meraikan majlis ni.

Apa agak nya yang di fikirkan oleh dua orang kuat blogger ni erk..? Aku sempat lagi berposing dengan Mak Yah (mak CMG) teringat arwah mak aku.

Apa yang di gelakkan sis lin tu kan... Openhouse Msjbox kali ni bestttt !



Tukang kipas sate telah bertukar tangan, sebelum ni kasawari. Sekarang En Sabar dan CM lak... patut ler sedap jer sate dan otak2 tu hehehe


Cantikkan Sis Lin pakai tudung, ayu gituuu... Ni marhaban dari kumpulan Al-Wasilah Tmn Bukit Indah.

p/s Jika rajin nanti leh tepek lagi gambo2 tu ya, ni ada hal perlu diselesaikan. Daaaaa......

Nukilan:


Thursday, October 15, 2009

Macam Macam Aksi


Muka Haqim ni ada iras muka CM masih kecik2 dulu.. perangai pun lebih kurang jer :-)

Ini masa kami balik ke JB tu hari, kira entri tertunggak lah ni hehehe. Tengok lah gaya Haqim anak bujang aku yang bongsu ni. Setiap kali bila balik ke JB, kami singgah di R&R Pagoh. Memang tak sah kalau tak membeli sesuatu. Kat situ kan ada gerai jualan cenderahati. Mula2 tu belek2 pas tu terus mintak beli. Kalau ikut kan hati, malas bebenor aku nak melayan kerenah dia ni. Tapi bila dah mula merajuk kat balik tiang, kesian lak aku tengokkan. Nak tak nak ikut kan juga lah, bukan nya mahal sangat, aku masih mampu nak keluarkan note rm5 tu hehehe. Sebelum ni beli mainan, kali ni nak beli pedang lak. Nanti bila time balik singgah lagi kat Pagoh apa lak yang dia mintak hehehe.


Manja nyaaaa..... Suami yang begitu sporting, sayang lalinggg!!

Gambo ni mintak anak no2 Azree tolong amikkan. Lagi pun memang nak dia belajar cara2 amik gambo dan gunakan kamera DSLR my laling tu. Bila dah jadi, ini lah hasil nya. Cantikkannnn.... mana tumpah nya kuah kalau bukan ke nasi. Ada tak kuah tumpah kat seluar atau kain erk... hehehe (sape nak jawab ni... )


Senyum sikitttt.....

Daniel ni memang jarang nak bergambo, kalau di suruh pun masih nak kelain jerrr. Handsome gak anak bujang aku ni erk. Sape lagi nak puji kalau bukan mama dia kan (perasan jap) hehehe. Masa ni tengah layan PSP, tapi bila suh possing jer mesti tak menjadi. Last2 suruh dia tenung jer kamera tu. Dan hasil nya.... memang handsome kan... kan... hehehe anak sape lah ni ngeeee.....



Yang ni adik beradik ker anak beranak ni miahahaha. Ini lah satu2 nya anak dara aku yang aku harap2 kan. Bila suh possing jer mesti macam2 gaya dia buat, cun ler tu hahaha. Masa ni rehat di R&R Pagoh gak. Ada seorang perempuan tanya kat Lily... tu kakak ker...? hehehe awat lily cakap mak, kalau cakap kakak pun orang tu mesti caya kan hehehe. Gambo anak bujang aku Azree tak ada sebab dia memang tak gemar nak bergambar.

Nukilan:

Tuesday, October 13, 2009

Open House Di Rumah Suejoshua



Cantik jer sue berbaju kebaya, tetap maintain walau dah ada 3 anak :-)


Hari Sabtu yang lepas balik JB sebab ada Openhouse Msjbox di kediaman Lin, kebetulan rumah Sue pun ada buat open house juga. Dah terlanjur balik ke JB apa lagi berjalan sakan ler aku anak beranak hehehe. Gi borong DVD kat Smart, kat sana murah giler berbanding kat KL. Lebih kurang kul 3 petang kami sampai kat rumah kakak Sue di Permas Jaya. Di hari yang sama juga ada majlis pertunangan anak sedara Sue. Jadi ramai ler tetamu masa kami sampai tu. Sampai2 jer tuan rumah terus suruh kami makan. Banyak gak makanan yang dihidangkan dan sedap2 semua nya. Ada laksa johor, laksa penang, nasi beraini, puding, kuih muih dan macam2 arr. Memang tak sempat nak klik2 kat sana, segan dengan tuan rumah hehehe. CM pun lambat nak keluarkan 'penembak' kat sana, maklum ler nak mengisi perut dulu sebab dah kelaparan hahaha. Banyak gak arr aku makan kat rumah Sue, biasa ler aku buat muka 10sen jerrr... hehehe. Tuan rumah dah suruh makan, tak kan nak tengok jer kan. Cuma my laling CM tu dok makan nasi beriani dan puding jer. Aku bantai makan laksa johor, kuih, puding, kek dan biskut raya. Ingat nak second round lagi tapi macam nak tercabut dah butang seluar hahaha. Anak2 cuma makan nasi jer, sebab semua nya dah kenyang makan roti dan aiskerim masa lepak kat JJ Permas Jaya sebelum kerumah Sue.



Aku suka gambo ni.... sebab senyum kami memang ikhlas untuk semua hehehe.



Ni salah satu gambo yang sempat aku abadikan bersama Sue di luar rumah. Walau pun baru dua kali kami bertemu, macam dah mesra sangat2 aku rasa. Lebih kurang kul 4.30 petang kami pun angkat punggung nak minta diri dulu, terasa sedih nak berpisah. 20hb ni Sue akan berangkat balik semula ker Denmark. Kena tunggu setahun setengah lagi baru leh jumpa Sue kat M'sia insyAllah. Aku doakan Sue dan family akan selamat sampai ke Denmark. Walau pun kita jauh berjuta batu, namun Sue tetap dekat di hati selalu. Terima kasih atas layanan Sue sekluarga dan hidangan yang sedap2 semua. Kek yang Sue buat tu memang sedap, nak mintak tapau bawak balik tapi segan lah pulak hehehe. Semoga kita dapat jumpa lagi ya Sue, nanti kita online kat tenet jer ehh. Sayang Sue muah..muahhh... muahhhhhh!!!!


Nukilan:

Monday, October 12, 2009

Kunjungan Orang Jauh



Bila dah duduk bertiga macam ni..terasa kecik jer aku kan hehehe.



Ni gambar masa Amy dan K.Ina datang beraya kat rumah. Maaf sebab tak sempat nak update hari tu. Jangan maree ya Amy sebab k.ct terlewat nak tepek kat blog. Malam semalam baru balik dari JB, kepenatan masih terasa lagi. Jadi nya ni ler gambo2 yang sempat di masukkan kat sini. Memang aku kena TERJAHHHHH!! hari Jumaat tu. Akibat kena terjah, tak ada apa yang dapat aku hidangkan untuk tetamu dari jauh ni. Lain kali kena bagitau awal2 ya Amy senang sikit K.Ct nak sediakan kambing golek bakar ker... hahahaha.




Amy ni memang cantikkkkk.. sangat kan, tak sangka dapat jumpa Amy.


Jadi nya aku hidangkan lah biskut2 raya yang dah tinggal tak seberapa tu. Harap Amy dan K.Ina tak serik dengan kunjungan ni. Minta maaf jika layanan dari aku tu kurang memuaskan. Terima lah aku seada nya dengan muka yang berminyak sebab tengah sibuk nak memasak untuk anak2 yang baru balik skolah haritu. Tak dapat nak amik gambo Amy tengah petik buah mangga kat depan rumah hehehe. Rasa nya kat blog K.Ina ada kot, leh lah tengok kat sana ya. InsyAllah jika di panjangkan umur dapat lah kita jumpa lagi ya Amy. Thanks ya Amy dan K.Ina sebab sudi datang keteratak buruk Ct. Bila lagi kita dapat jumpa macam ni kan... :-)

p/s- Tunggu gambo2 kat rumah Sue dan juga open house Msjbox di JB pulak. Daaaa.......

Nukilan:

Sunday, October 4, 2009

Open House Di Taman Rowther



Amacam.... cun tak 2 orang awek kat dalam gambo atas ni hehehehe. Satu masih belum berpunya dan satu dah ada orang tempah.. erkk tempah ek? dah ada pemilik sebenarya.. ngeh... ngehhhh. Semalam gi open house kat rumah kakak Retna kat Taman Rawther. Sebelum ke sini kita orang dah mengisi perut terlebih dulu, jadi bila sampai rumah kakak Ret tak ler rasa lapar sangat. Biasa ler kalau gi open house ni mesti banyak makanan yang sedap2 kan. Hidangan yang disediakan ada lemang, nasi impit, laksa utara, roti jala, kuah kacang, rendang, kari dan macam2 lagi ler. Gambar2 makanan memang aku tak amik sebab segan ngan abang ipar Ret huhuhu. Banyak gak aku bedal semalam walau pun sambal kacangnya pedas sedikit. Kalau tersedak konpom menggelupur aku cari air hahaha. Aku ni memang tak tahan pedas, tapi pedas2 pun aku tibai gak hehehe. Bukan lapar okey.... aku dah kata sebelum pegi sana aku dah makan dulu. Tapi... kuah kacang tu pedas tapi sedapppp!. tu yg tak tahan tu! My laling dengan anak2 pun makan lebih kurang aku gak, cuma aku lebih sikit dari my laling lah hehehe.



Ini gambar yang sempat kami abadikan sebelum kami minta izin untuk pulang. Perut dah kenyang kenalah berhenti dan bagi peluang untuk tetamu lain nak duduk. Kang menjelingggg jer kakak Ret tu tengok kita orang tak bangun2 hahaha. Okey layan ler gambar2 yang ada ni ya. Tak banyak yang aku dapat amik gambar2 kat sini. Segan lorrrr.... kang orang pandang2 ingat aku ni wartawan pulak hehehe.



Yang ni bergambar dengan sepupu2 Ret. Layan jer lah ehh.... tu aku dah duk menyandar, sebab memang dah kenyang sangat2. Tu yang cover perut dengan handbag tu hehehe.



Terima Kasih ya Ret dan kakaknya (sori lupa arr nama kakak Ret tu) bole terima ker alasan tu ngeeee.... Awak lawa tau dengan baju MERAH tu hehehe. Terima kasih daun keladi, kalau kat Taman Pelangi buat open house jangan lupa panggil kami lagi. Nanti kita jumpa minggu depan di rumah puan pepel lak ya. Daaaaa.........


Nukilan:

Sunday, September 27, 2009

Diari Raya 4



Seperti yg dirancang, kami serang rumah Lin pada hari raya ke-5. Dah banyak kali juga kami ke rumah Lin di Taman Bukit Indah tu. Tapi kami tersesat juga berpusing-pusing lebih kurang dalam setengah jam. Mungkin sebab suasana yg dah gelap lepas maghrib, jadi kami tak berapa cam dan tak perasan signboard jalan. Nasib baik jumpa. Kalau tak, mau pi berenti singgah kat kedai mamak dulu utk isi perut hehe. Lepas beraya kat rumah Lin, dia bawak kami beraya kat rumah Intan dan Eyna yg first time kami jumpa. Layan je gambar2 kat bawah ni yer. Tapi sayang sebab terlupa nak amik gambo kat rumah Eyna.












P/S - Ini 1st round ke rumah Lin sebab 3-okt nanti kena pergi lagi utk Msjbox Openhouse pulak.

Nukilan:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More