Selamat Datang Ke Laman Blog Che Mat Dan Che CT.

Di Sini Kami Berkongsi Segala Kisah Suka Dan Duka Kehidupan Dalam Bahtera Pelayaran Kami Sebagai Suami Dan Isteri. Semoga Perkongsian Ini Dapat Memberi Manfaat Kepada Sesiapa Saja Yang Berkunjung Ke Blog Kami. Semoga Perkara Yang Baik Dapat Di Jadikan Tauladan.

Kami Juga Berharap Semoga Laman Blog Ini Juga Dapat Membuka Pintu Persahabatan Di Antara Kami Dan Semua Blogger-blogger Di Luar Sana.

Salam Sayang Untuk Semua Yang Berkunjung Ke Laman Blog Taman Syurga Abadi

Wednesday, November 25, 2009

Layan Orang Baru



Setelah berhari-hari tak lena tidur malam, buah hati yg saya tunggu-tunggu akhirnya sampai juga ke riba. Alahai, macam bebudak dapat permainan baru je lagaknya saya ni. Al maklum sajalah.. cuma orang 'gila kamera' macam saya je yg paham perasaan macam saya ni hehe. Ini pun kira dah kurang sikit ni. Dulu masa muda remaja, kalau dapat kamera cenggini, mau tidur pun saya kepit kat sebelah saya hehe.

Buah hati yg baru ni agak besar bila dibanding dgn DSLR yg lama tu, macam bapak dgn anak. Bila diangkat dan digenggam pun rasa solid sangat-sangat. Tak macam EOS 1000D yg dulu. Mana taknya, 1000D tu bodynya plastic, yg EOS 40D ni pulak bodynya dibuat dari magnesium alloy. Tu yg berat cam bata je tu (nak bayar pun menggigil tangan ni hehe). Bila dah attach dgn battery grip dan lens, beratnya dah jadi 2kg. Alahai, alamat lenguhlah lengan saya kalau shoot lama-lama nanti. Tapi.. itu pun kalau ada masa nak berekspresi dgn gear baru ni. Kalau dok busy memanjang, maknanya bertapa kat dalam dry cabinet ajelah buah hati baru saya ni hehe.





P/S - Mahal sungguh nak menyara hobi fotografi ni, tapi dah minat saya ke situ, nak buat macamana.. ye tak :)

Nukilan:

Monday, November 23, 2009

Honeymoon Di Bukit Tinggi



Yuhuuuu.... ni masa kami berdua gi honeymoon di Bukit Tinggi tu hari. Jangan maree sebab gi senyap2 jer miahahaha. Bukan ler... bukan honeymoon. Sebenarnya kami berdua dapat jemputan kenduri kawin dekat Kg Teroh di Bentong, Pahang, kawan opis my laling kawin. Memang tak plan nak ker bukit tinggi tu pun. Lepas balik dari kenduri tu my laling terus buka mulut ajak aku gi bukit tinggi. Hisss.... takkan nak menolak rezeki betul tak? Alang2 dah jalan2 kat kawasan sana tu, terus jer lah singgah ke situ. Ini first time aku dan my laling sampai ke situ.... sejuk dan berkabus, baru lepas hujan masa kami sampai. Suka tengok pemandangan ciptaan tuhan ni, sangat cantik. Kebetulan masa annivesary tu tak ke mana2 pun kannn. Jadinya ni merangkap belated annivesarylah hehehehe. Dapat lak berdua2an dengan my laling mestilah sukaaa.... hehehehe. Anak2 tak ikut sama... jadi aku ambil peluang berdating berdua2an ajer. Jangan lepas kan peluang yang ada betul tak hehehehe.









P/S - esok sambung lagi letak gambo2 yang lain ehh hehehehe.


Nukilan:

Saturday, November 21, 2009

Teaser



Sesuai dengan tajuknya, saya letak sekeping gambar je dulu. Gambar yg lain-lain dan ceritanya akan di update kemudian. Tak pun, esok-esok ke. Letih sket berjalan jauh tadi. Nak baring lepak-lepak sambil tengok TV dulu :)


Nukilan:

Friday, November 20, 2009

Ni kaki Ke Tangan..



Sekarang ni kan musim sejuk sana sini, aku memang kalah dengan cuaca macam ni. Mula lah nak berhingus dan tersumbat jer lobang hidung ni menciiiii tauu!!. Bila nak mandi time pagi punya lah bercinta sebab air paip dah macam air batu. Langkah yang paling selamat kena mandi air panas dan mesti pakai stokin kat rumah. Haaaa.... tu ler stokin yang aku pakai, amacam cantik tak hahahaha. Ni kalau lin tengok mesti dia dah ketawa sampai terkucil nak gi bilik air jer miahahaha. Ni sebenarnya stokin my laling CM ler, banyak gak stokin yang bentuk jari kat rumah ni. Selesa jer bila pakai, jari2 kaki pun syok jer bole gerak2 hehehe. Kalau sape yang yang nak beli stokin macam ni pi ler cari kat kedai sock ya. Jangan lupa lepas pakai kena basuh, kang ada bau bucuk, eeeee... (totop idung)



Nukilan:

Thursday, November 19, 2009

Buat Teman Ku Marlin @ Sis-Lin



Happy birthday to you Marlin @ Sis-Lin. Hari ni genap lah usia kawan baik aku ni yang ker tottt? hehehe. Aku mengenali lin bukan melalui blog, tapi lebih dulu mengenali diri nya dari Gengmurai.Com. Dari situ lah perkenalan ini bermula. Pertama kali berjumpa lin pun hari raya aidilfitri 2008. Sebelum tu cuma sms dan YM jer, bila dah berjumpa baru lah tahu lin ni seorang yang peramah, periang orang nya. Semoga lin akan kekal bersama geng2 K.A.M.I.E. Ini lah gambar aku bersama lin semasa pertama kali kami berjumpa di teratak lin. Semoga persahabatan kami ini akan kekal sampai bila2 hingga keakhir hayat, insyALLAH.

Kami sekluarga tetap mendoakan akan kebahagiaan dan kesejahteraan lin sentiasa. Aku doakan lin akan di panjangkan umur, di murahkan rezeki dan di permudahkan dalam segala hal baik di dunia dan di akhirat... Aminnn.



Nukilan:

Wednesday, November 18, 2009

Rumah Terbakar Ker?




Bukan rumah terbakar tapi asap penyembur nyamuk jer tu, tak ada rumah terbakar pun hehehe. Gambar dan situasi ni aku snap semalam pagi. Kat area rumah aku ni selang seminggu mesti ada orang sembur asap ni. Aku memang tak berapa suka bau asap ni, naik pening kepala kalau terhidu bau dia. Jiran2 kata ada orang kena denggi berdarah kat area rumah aku. Hissss..... tu ler bila dah jadi macam ni sape yang harus dipersalahkan, kita atau pun nyamuk. Cuba kita pikir balik, kalau kita jaga kebersihan sekitar rumah, mesti tak ada nyamuk dan tiada lah denggi. Luangkan masa sekitar 10 minit dalam sehari kita bersihkan kawasan rumah kita tu. Konpom mesti selamat dan tiada lah penyakitkan. Harap dijauhkan lah dari penyakit bahaya ni. Nasib baik ler rumah aku kurang nyamuk, cuma anai2 jer yang ada ngeee.... tiada AEDES tiada DENGGI.


Tuesday, November 17, 2009

Do Your Best Dear



Buat anakku Siti Dalila, mama dan ayah akan sentiasa mendoakan kejayaan kakak. Mama berdoa agar kakak mendapat ketenangan ketika menjawab kertas peperiksaan. Semoga anak mama diberi kesihatan yang baik2 sepanjang peperiksaan tu nanti. “Selamat Menempuh Peperiksaan SPM 2009″ Kuatkan semangat dan usaha. Janganlah kakak lupa berdoa dan berserahlah kepada Allah selepas berusaha. Semoga kakak berjaya memperoleh kejayaan yang cemerlang dan mencapai apa yang dicita-citakan insyaAllah. Sentiasa berdoa pada Allah agar kakak diberi ketenangan juga. Do your best in your examination and best of luck for you dear.

Ya-Allah kau berikan lah anakku kekuatan untuk menghadapi musim peperiksaan ini dengan penuh keyakinan, dan iringilah anak aku dengan kejayaan yang cemerlang... Amin Ya Rabbal Alamin

Nukilan:

Sunday, November 15, 2009

Dari Ukay Perdana Ke GSC Pavillion



Semalam adalah hari yg lembap. Matahari yg bersinar terik pada waktu pagi rupanya hanya dapat bertahan hingga ke tengahari saja. Menjelang senja, langit dah mula muram dan kemudian hujan turun selebat-lebatnya. Alangkah enaknya kalau dapat melabuhkan kepala dibantal malangnya program dah diatur sejak awal lagi. Tapi bukan perihal tidur yg saya nak ceritakan di sini, tetapi perihal aktiviti outing semalam.

Sejak dari pagi hinggalah ke tengah malam, aktiviti agak padat. Nasib baiklah aktiviti berjalan pada hari Sabtu, jadi dapatlah saya merehatkan badan sepuasnya pada hari minggu. Untuk orang yg dah penat seminggu bekerja, hari hujung minggu macam ni lah nak re-charge semula badan tu. Ingatkan nak bangun lambat sikit dari biasa tapi pagi-pagi lagi saya dah terpaksa bangun bersiap utk ke klinik bersama isteri, buat rutin check-up seperti biasa yg dijadualkan utk kami setiap dua bulan sekali. Balik dari klinik dah hampir tengahari. Sempat juga saya membuta sekejap sebelum dikejutkan utk keluar menghadiri majlis makan2 belated birthday rakan kamie, Shaizhar di Ukay Perdana. Cuaca yg basah sedikit menyukarkan pergerakan tapi alhamdulillah selamat juga mengisi perut di Ukay Perdana dan dapat pula bertemu rakan2 blogger yg lain di sana, Lin dan Retna. Tapi saya perasan yg Cik Retna makin bolat, ke mata saya yg cemey hehe. Apapun terimakasih buat En. Shaizhar kerana kesudian mengundang kami sekeluarga.





Selepas pukul 6, kami semua beransur minta diri dan saya sekeluarga pula memecut ke GSC di pavillion utk menonton movie 2012. Tiket utk menonton cerita ni dah dibeli seawal hari pertama tayangan lagi iaitu pada hari Khamis yg lalu. Oleh kerana tayangan hanya bermula pada pukul 9:15 malam, kami pada mulanya ingin ke Sungai Wang utk mencuci mata tapi hujan yg masih tidak berhenti membantutkan niat suci kami. Terpaksalah kami melabuhkan aktiviti di dalam Pavillion saja dan salah satu daripadanya adalah ambil gambarlah, apa lagi.. terpaksalah keluarkan DSLR saya yg sejak dari keluar rumah lagi dok tersorok dalam backpak saya saja. Ingatkan malas nak guna sebab pakai kamera compact CT lebih mudah dan ringan. Nampaknya mood Hari Krismas dah bermula dgn hiasan yg berwarna-warni, mempesona pandangan mata. Teringat masa saya bujang2 dulu, bila menjelang Krismas dan tahun baru aje, saya dan CT akan ke Orchard Road, Singapore utk bersantai dan jalan2 sebab kami sukakan suasana kemeriahan krismas dan new year celebration yg happening disana yg macam kat oversea sikit2 hehe.

















P/S - Cerita 2012 tu memang best. Selepas tamat tayangan, rasa gerun masih membelenggu. Terbayang bagaimanalah kita menghadapinya di hari kiamat yg sebenar nanti. Subhanallah. Keinsafan menyelinap disudut hati.

Nukilan:

Friday, November 13, 2009

WE WERE WARNED 2012



Aku memang tertarik nak tengok movie 2012 ni. Dah lama duk tunggu dan ramai yang akan tertarik gak dengan isu 'kiamat 2012'. Kita cuma bole menonton dan buat lah keputusan sendiri. Sesungguhnya kita semua dah tahu bahawa tanda2 kecil dah jelas ditunjukkan didunia ini.

Tapi ada juga yang mengatakan ada meteor jatuh pada tahun 2012.. Itu pun tak pasti.. Hanya Allah sahaja yang mengetahui...

Benarlah kata2 RASULULLAH satu hari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku dimana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno. Jadi bersedialah kita umat islam... ALLAHHUAKBAR




p/s Mari kita bersama-sama merenungi akan perbuatan kita selama ini sudah sejauh manakah amal ibadah kita yang kita kerjakan. Semoga Allah selalu curahkan rahmat nya pada kita sekalian Aminnn… wallahu'alam bi sawab....

Nukilan:

Tuesday, November 10, 2009

Happy B'Day To Shaizhar



Pukul 5.20 am... 11Nov 1980 di kampung bernama Selarong Lalang telah lahir seorang bayi lelaki diberi nama Shaizhar Abu Bakar, seorang blogger di alam cyber yg juga kemudiannya menjadi sahabat baik kami sekeluarga di alam nyata. Hari ni hari ulang tahun beliau yang ker 29 tahun. Semoga dengan bertambah usia ini, Shaizhar akan dipanjangkan usia, di permudahkan dalam segala urusan dunia dan juga diakhirat, dimurahkan rezeki yang dicarinya di bumi Allah ini, dan cepat dipertemukan jodoh yg baik... Aminnn.



18hb Oct 2008 pertama kali berjumpa dan mengenali beliau, semasa kami buat open house hari raya tahun 2008. Banyak kenangan bersama beliau sepanjang aktiviti bersama geng K.A.M.I.E, seorang yang sangat pemurah dan baik hati. Tak kira walau sesibuk mana pun, beliau akan cuba luangkan masa bersama geng2 K.A.M.I.E. Buat sesiapa yg mengenali beliau pasti bersetuju dengan kenyataan tersebut. Itulah sikap beliau yang kami tabik spring. HAPPY B'DAY TO YOU SHAIZHAR.

Nukilan:

Monday, November 9, 2009

"aaaachooo !!!!! "



Aaachoooo !! Adehhhh.... bila dah kena selsema ni, aku memang tak suka.. tak sukaaaa!!!. Nak buat apa keja pun kena bergantung dengan tisu. Bila dah kena tenyeh dengan tisu, naik melelas ler hidung ku yang mancung ni huhuhuhu. Bukan apa bila aku dah tak sihat ni, kesian lak pada insan2 yang ku sayang kat rumah ni. Bila dah demam nanti sape yang nak masak, nak membasuh baju, nak menyediakan sarapan dan makanan untuk insan2 yang ku sayang. Aaaachoooo!! .... sape leh tolong aku waktu ni. Hingus asik nak keluar jer ni, tisu dah nak habis sekotak. Melampau lah tu kan mana leh habis sekotak huhuhu. Maka dengan ini kena lah gi klinik dan ambil ubat2 yang bole membantu aku supaya cepat sembuh. Walau pun aku memang tak gemar makan ubat ngeeee....



Tapi sebelum my laling balik dari keja, kena lah makan ubat ni dulu bertahan untuk sementara. malam nanti leh lah jumpa doktor. Harap cepat2 lah sembuh... takut jangkit kat anak2 dan my laling lak nanti :-(

Nukilan:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More