Selamat Datang Ke Laman Blog Che Mat Dan Che CT.

Di Sini Kami Berkongsi Segala Kisah Suka Dan Duka Kehidupan Dalam Bahtera Pelayaran Kami Sebagai Suami Dan Isteri. Semoga Perkongsian Ini Dapat Memberi Manfaat Kepada Sesiapa Saja Yang Berkunjung Ke Blog Kami. Semoga Perkara Yang Baik Dapat Di Jadikan Tauladan.

Kami Juga Berharap Semoga Laman Blog Ini Juga Dapat Membuka Pintu Persahabatan Di Antara Kami Dan Semua Blogger-blogger Di Luar Sana.

Salam Sayang Untuk Semua Yang Berkunjung Ke Laman Blog Taman Syurga Abadi

Monday, January 18, 2010

Pendakian Bukit Broga



Gambar kat atas ni diambil ketika kami dah selamat turun dan nak balik. Masing2 muka nampak keletihan semacam. Seriously kami tak menjangka yg mendaki Bukit Broga adalah sangat mencabar stamina dan minda kami hehe.

Pada malam sebelum pendakian tu Jun SMS menanyakan saya samada berminat tak utk join beliau menyaksikan matahari terbit. Saya terus setuju sebab membayangkan utk mengambil gambar matahari terbit dari kawasan tinggi tentunya sangat mengujakan. Kami bertolak lebih kurang pukul 5:30 pagi sebab kami perlu sampai pada ketika hari masih gelap jadi kami berhenti solat subuh di masjid Semenyih yg terletak tidak jauh dari lokasi dituju. Selesai solat kami terus bergegas ke lokasi dan sampai lebih kurang pukul 6:45 dan hari masih lagi gelap. Bagaimanapun agak mengecewakan kerana kami terpaksa parking jauh dari kaki bukit disebabkan rupa-rupanya kami bukanlah yg terawal tiba.

Bagaimanapun, ketika mula-mula memasuki kawasan letak kereta, saya tertanya-tanya mengapa jarak tempat letak kereta tersebut nampak terlalu jauh dari puncak bukit. Persoalan saya terjawab apabila kami mula menuju ke lokasi kejadian. Pada mulanya kami semua agak steady dan teruja dan cuba mengejar masa takut terlewat sampai kepuncak lantas terlepas waktu matahari terbit. Kami mempercepatkan langkah di awal pendakian kerana tanah yg tidak begitu curam. Namun lebihkurang seperempat jarak pendakian, kami mulai menempuh denai disepanjang belukar dan hutan kecil utk sampai ke puncak.




Ketika separuh perjalanan, mental dan fizikal saya sudah mulai tercabar. Degup jantung mulai kencang dgn nafas tercungap2 dan peluh membasahi baju. Saya hampir berputus-asa ketika sudah melepasi hutan belukar dan ternampak puncak bukit yg masih jauh. Saya anggarkan yg jarak yg sudah kami lalui hanyalah tiga perempat dari keseluruhan pendakian dan kami masih memerlukan satu perempat jarak pendakian lagi. Ketika itu, langit sudah mulai menampakkan sinar namun saya sudah tidak peduli tentang matahari terbit lagi. Saya dan isteri sudah benar2 tercungap. Di pertengahan perjalanan juga kami terserempak dgn seorang pendaki yg terbaring keletihan tidak bermaya di atas tanah. Setelah berhenti seketika utk mencari 'nafas dan nyawa' dan berbekalkan sisa tenaga yg ada, kami cekalkan hati meneruskan pendakian yg bertukar curam dan mencabar. Ketika kami meneruskan pendakian, Jun dan isteri masih lagi menunggu melepas lelah. Dengan semangat yg kental akhirnya kami berjaya juga sampai kepuncak namun keletihan yg ditanggung hanya tuhan yg tahu. Saya terus mencari spot yg baik utk duduk dan baring dan saya tidak peduli langsung utk melihat sekeliling apatah lagi utk mengambil gambar disebabkan terlalu letih. Lebih kurang 5 minit saya baring, isteri saya memberitahu yg Jun dan isteri sudah muncul. Ketika itu matahari sudah mulai terbit namun saya masih lagi tidak peduli. Nampaknya memang tiada rezeki saya utk mengabadikan gambar matahari terbit. Masakan tidak. Mental saya langsung tidak bersedia utk pendakian seperti itu, apatah lagi fizikal. Kami menyangka yg bukit itu hanyalah seperti bukit cina di A'Famosa di Melaka tetapi rupanya ia betul2 bukit yg hanya dapat ditawan setelah menempuh denai disepanjang belukar dan hutan kecil. Kami pula cuma membawa bekal 1 air kotak dan sebotol kecil air mineral dan 2 bungkus roti coklat. Ketika itu saya betul2 sudah dehydrated kekurangan air. Agak sepuluh minit masa berlalu setelah meneguk air kotak barulah saya ada tenaga utk bangun dan meninjau2 sekeliling sambil mengambil gambar. Dan pada ketika itulah baru saya sedar yg penat lelah itu adalah berbaloi dan terbayar dgn pemandangan dari puncak bukit yg Subhanallah.. SANGAT SANGAT CANTIK!!










Moral of the story is.. saya masih mempunyai keinginan utk kembali lagi ke sana suatu waktu nanti, tetapi saya tidak akan sekali-kali membawa beban berat beg kamera beserta peralatannya yg sepikul itu!! ia sangat2 menyeksa saya!! hehe.. Jika saya mempunyai peluang utk mengulangi ekspedisi itu lagi, saya hanya akan membawa kamera sahaja dgn lens yg asas didalam beg galas yg ringan dan bekalan air red bull dan hundred plus yg secukupnya! Insyallah.



Nukilan:

Sunday, January 17, 2010

Teaser - Mendaki Bukit Broga








Tuesday, January 12, 2010

Bila Nak Layan Ini Movie ..?



Filem ini memang mendapat liputan meluas kat mana2. Aku dan family masih belum berkesempatan nak pegi menonton movie ni. Orang lain sume dah dok cerita kata best sangat2, hisss... tak bole jadi ni hehehe. Masa baru2 ditayangkan tu ada gak ler cuba tanya tiket kat panggung Pavillion. Tapi semua nya sold out, tangguh punya tangguh sampai ler ni tak sempat nak tengok. Harap2 sebelum habis dapat lah kami menonton nya. Sebab anak2 pun asik tanya jer bila nak pegi. Kalau ada rezeki minggu ni nak pegi layan cerita Avatar ni.


Filem 'Avatar' mendapat sambutan hangat hampir semua pengkritik filem. Malah langsung tidak kedengaran yang mengkritik. Semua yang ditulis tentang Avatar baik, sangat baik dan pujian yang tinggi melangit.

Pelakon: Sam Worthington, Zoe Saldana, Sigourney Weaver, Michelle Rodriguez, Stephen Lang, Joel David Moore

Nukilan:

Layan Dia Lagi..


Semalam bila dah siap keja rumah, tak tahu nak buat apa lagi terus layan game psp lagi. Lama gak tak sentuh dia sejak anak2 dah naik sekola ni. Bukan ada buat pertandingan dengan anak2 atau apa pun, saje jer nak selesai kan game bomberman yang dah lama dok save tu hehehe. Kali ni dah sampai stage 6 memang payah gak nak menang. Sampai naik sakit jari2 halus ku ini dok tekan punat psp tu hehehe. Kali ni dah sampai stage Lava world okey lah tu hehehe. Entah bila lah dapat habis game ni kan.




Part ni lah yang aku sering jer mati adehhhh... tengok arr api merah kat bawah tu, dah macam lava gunung berapi jer. Memang penat gak melayan game psp ni. Ini bukan mainan harian tau! cuma suka2 jer nak mengisi masa terluang bila anak2 sume gi sekolah. Tapi keja rumah pastikan dah beres lerrr hehehe.



p/s: Linnn.... agak2 nya bila lah dapat copy cake mania Lin tu erk kih kih kih.

Nukilan:

Saturday, January 9, 2010

"Anak Pungut"



Anak siapalah ni ya main sorang2 kat tepi jalan. Manalah mak bapak dia ni, kesiannyaaa. Hehehehe.... aku jumpa anak burung ni kat Restoran A. Malik kat Danau Kota tu. Haqim kata ada anak burung pipit ikut dia masa nak pegi breakfast kat situ. Mula2 tu kami buat tak kisah jer apa yang Haqim katakan. Lepas siap sarapan dan keluar dari situ,, tup tup nampak my laling CM dah pegang anak burung ni. Agaknya dia terjatuh dari sarangnya dan tak pandai nak terbang lagi. Aku pun suruh jer bawak balik dan cuba bagi air dan makan. Bila dah bagi tu barulah burung tu berbunyi, rasanya panggil mak dia kot hehehe. Walau pun hanya beberapa jam jer burung tu 'stay' kat rumah, aku tetap bagi nama dia 'kecik'. Anak2 lah yang suka, termasuklah mak dia juga hehehe.





Tengok jer lah gelagat anak aku lily ni, suka sangat dia sampai nak amik gambo ngan 'kecik' buat kenangan. Bila dah lama berbunyi lepas tu nampak dia dah mula nak terbang sikit2. Aku pun ajak my laling hantar balik kat tempat tadi. Mula2 tu rasa sedih gak nak lepaskan dia, tapi akhirnya anak2 redha untuk lepaskan 'kecik' pergi. Biarlah dia kembali ke habitatnya yang asal. Mana tau 'kecik' akan jumpa balik dengan mak dia kan.

p/s: Nak cari burung dua sejoli letak kat rumah nanti hehehe.

Nukilan:

Friday, January 8, 2010

Happy Birthday To Cik Mat Gebu



Happy birthday to you... happy birthday to youuu... happy birthday to Cik Mat Gebu... happy birthday tooo youu...!! K.Ct mewakili family mendoakan agar Cik Mat Gebu akan sentiasa sihat cergas, bertambah2 murah rezeki, di panjangkan usia dan sentiasa di lindungi Allah selalu hendaknya.

Tak ada apa yang dapat di berikan untuk Cik Mat sempena hari lahir hari ni, hanya ucapan ikhlas dari kejauhan. Moga jika panjang umur K.Ct akan singgah keteratak Cik Mat lagi dan kita makan ramai2 lagi ya Mat hehehe.

p/s: Ada terjahan dari orang Bukit Indah dan Bandar Putra x malam ni hehehehe.

Nukilan:

Friday, January 1, 2010

Msjbox Camping - Cherating Part 2



Kalau tengok kat gambar atas ni, nampak cantik dan sempoi je lokasi tempat perkhemahan kami ni kan. Ye, memang sempoi dan santai. Dengan cuaca yg cerah dan angin laut yg sesekali bertiup nyaman. Tapi, keadaan tu yg kami harapkan akan berpanjangan sepanjang kami di sana rupanya hanya bertahan hingga sebelum menjelang tengah malam bila cuaca tidak lagi berpihak kepada kami. Tapi sebelum tu, mari kita enjoy dulu saat-saat kami semua berkongsi detik2 ceria dan meriangkan hehe.


Isteri saya siap bawak layang2 lagi. Tapi angin yg bertiup tak kuat sangat. Kejap ada, kejap takde, tu yg layang2 macam segan je nak naik. Takpe.. teruskan berusaha Kak CT ye hehe.


Sekali tengok macam Mem Minah Saleh kan gadis berbaju merah kat atas ni. Anak saper lah agaknya ni yer. Bolehlah nanti hantar rombongan peminangan. Phewwwitt!!


Haqim bersiap dengan baju mandi segala tapi mandinya tak jugak. Asyik main air kat tepi2 jer. Apa taknya, mamanya pun cam tu, nak menten cun je kat pantai. Takkan takut air kot hehe


Sakan geng2 kamie ni bercanda main pasir di tepi pantai. Saya sekadar tengok dari kejauhan je lah. Nak join sama karang, masuk pasir pulak kamera saya nanti.


Ni semua geng2 duyung (ker dugong). Tak berani nak main jauh kat tengah laut. Cuma setakat berpusing, bergolek2 kat gigi air je. Chief duyung lagi teruk, cuma setakat lipat kaki seluar paras lutut jer hehe.


Ni aksi wajib setiap kali percutian yg melibatkan latar belakang pantai. Mesti nak melompat ke langit. Kalau tak ambik gambar dgn post macam ni macam tak sah rasanya.


Mama dan anak rabbit. Entah bila masa dorang gi beli skaf rambut rabbit tu saya pun tak perasan. Tau-tau je malam tu dorang bergaya dgn skaf tu. Awatlah tak belikan saya skaf tanduk rusa ker. Saya pun nak bergaya juga.



Aktiviti BBQ di siang hari dilanjutkan pula ke malam hari. Barang2 basah utk BBQ disediakan agak banyak hingga boleh dibawa hingga ke malam. Alhamdulillah murah rezeki. BBQ time2 dingin malam macam ni memang best.




Selesai acara BBQ, kami semua berkumpul utk acara beramas mesra dan bertukar2 hadiah. Ini dah jadi semacam trade-mark utk percutian geng Msjbox. Saya berani bertaruh yg acara ni akan menjadi acara wajib dan pasti akan berulang lagi di setiap percutian Msjbox di masa-masa yg akan datang.

Berbalik kepada kenyataan saya yg mula-mula sekali di atas yg mengatakan cuaca tidak berpihak kepada kami menjelang tengah malam. Setelah tamat acara bertukar2 hadiah, kami semua pulang ke khemah masing2 utk bersembang kosong di depan unggun api dan mana2 yg mengantuk terus masuk ke khemah utk mengulit mimpi. Tak lama lepas tu hujan mula merintik turun. Semua bergegas masuk ke khemah. Daripada rintik2, hujan mula bertukar lebat dan sedikit demi sedikit 'bencana' mula melanda tapak perkhemahan kami apabila tapak perkhemahan dilanda 'banjir'. Rupanya kami mendirikan khemah di kawasan pihak resort mengepam air keluar dari kawasan resort ke laut disebabkan tiada sistem perparitan yg sistematik. Akibatnya tapak perkhemahan kami jadi seperti tempat limpahan air. Dari mula2 satu khemah akhirnya semua peserta perkhemahan terpaksa meninggalkan khemah masing2 dan berpindah ke chalet.

Kesimpulannya, walaupun keseronokan yg diharapkan tidak berlanjutan hingga ke waktu penamat namun kepayahan yg beginilah yg sebenarnya yg 'melekatkan' kenangan ini kekal manis dalam ingatan utk dikenang hingga ke akhir hayat. Gambar2 dibawah membuktikan betapa kenangan manis tersebut akan kekal terpahat dalam memori kami semua geng2 kamie.







P/S - Sebelum meninggalkan lokasi pada hari terakhir tu saya katakan pada Junaidi boss Msjbox.. utk sekurang2nya dua tahun yg akan datang, tolong jgn buat percutian berkhemah lagi. Khemah saya akan dibungkus dalam plastik dan diperap kat bawah katil utk sekurang-kurangnya selama 2 tahun (selama 2 tahun berturut2 kena 'banjir', mana boleh tahan hehe).

Nukilan:

Msjbox Camping - Cherating Part 1


Dah seminggu peristiwa berlalu tapi baru hari ni nak update cerita hehe. Maklumlah hujung2 tahun macam ni, macam2 benda nak di uruskan terutamanya hal2 keperluan persekolahan anak2, tu yg tak menyempat nak update blog.

Gambar kat atas ni di ambil di R&R Genting Sempah sewaktu menunggu geng2 Msjbox KL utk berkonvoi ke lokasi camping iaitu di Ranting Beach Resort, Cherating. Pada mulanya kami merancang utk sama2 berkonvoi dari meeting point pada pukul 8-00 pagi tapi disebabkan beberapa hal yg tak dapat dielakkan, hanya keluarga kami dan kereta Junaidi yg membawa Shai dan Sodep bertolak dulu lebih kurang 1 jam lebih kemudian manakala kereta Retna yg membawa Kiki menyusul di belakang.


Ini kali kedua saya melalui Lebuhraya Pantai Timur. Kali pertama saya melalui lebuhraya ini adalah kira2 tiga tahun yg lepas sewaktu saya menyertai Treasure Hunt ke Awana Kijal Terengganu. Cantik jambatan yg merentangi Sungai di sempadan Temerloh ni. (Eh ye ke Temerloh? Saya tak ingat sangat dah hehe).


Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam sebelum sampai ke penghabisan laluan Lebuhraya Pantai Timur ini iaitu susur keluar ke Cherating. Pemanduan di lebuhraya ni agak santai kerana jumlah kereta yg sedikit, tak seperti di lebuhraya PLUS. Purata kami memandu sekitar 110- 120 kerana lebuhraya ni memang terkenal dgn perangkap halajunya. Tetapi betapa berhati-hatinya pun kami mengawal kelajuan, kami terperangkap juga dgn 'speedtrap' di pertengahan jalan sewaktu memecut sedikit (tak ingat kawasan mana). Tapi waktu tu saya rasa saya terselamat kerana saya mengekor rapat dibelakang kereta Jun. Semalam bila saya check di Saman Online, kereta saya bersih dari saman. Nampaknya, Junaidi lah mangsa SpeedTrap tersebut. hehe.. selamat saya..


Mengikut rancangan asalnya, konvoi dari KL sepatutnya tiba paling awal disebabkan jarak yg lebih dekat dgn lokasi camping berbanding konvoi dari selatan. Namun rupanya Konvoi dari Selatan telah tiba setengah jam lebih awal dari kami. Dorang siap dah makan tengahari dulu berhampiran lokasi perkhemahan, barulah kami semua sampai. Tengoklah tu Kasawari dan Lin begitu gembira menyambut ketibaan kami. Siap nak bentang karpet merah lagi kalau boleh hehe.


Lepas check-in, kami beramai-ramai meninjau tapak perkhemahan. Laut sedang surut ketika tu dan pada pandangan pertama kami dapati lokasi perkhemahan tersebut sangat sesuai dan cantik. Anak2 saya dah tak sabar menggesa utk memasang khemah. Agaknya teringat kembali keseronokan perkhemahan pada musim yg lepas di Sedili, Kota Tinggi. Bagaimanapun, oleh kerana hari tu hari Jumaat, kaum2 bapa dan kaum2 yg bakal menjadi bapa semuanya bergegas ke masjid berhampiran utk menunaikan solat Jumaat.



Selesai solat Jumaat, saya tengok khemah kami dah siap terpasang. Terror juga isteri saya tu pasang khemah rupanya. Tak payah nak tunggu saya buat, dia dah buat dulu. Tak sabar nak masuh khemah agaknya kot hehe. Tak lama lepas tu 'rombongan barbeque' (Fatisha & The Gang) pun sampai utk menyiapkan persiapan barbeque. Saya terasa agak pelik sikit sebab waktu tu hari masih awal. Bukan ke BBQ biasanya buat menjelang waktu malam. Kalau buat waktu hari cerah dan panas, rasanya macam feel tu kureng sket. Tapi oleh kerana masa tu perut pun dah berkeroncong, peduli apa walau matahari tegak atas kepala sekalipun, bakar ajelah!! hahaha!

Nukilan:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More