"Keagungan sesuatu bangsa itu ditentukan oleh kepentingan yang diberikan kepada sejarah. Sejarah merupakan suatu khazanah yang amat bernilai. Sejarah adalah gedung pengalaman"
~Tun Dr Mahathir Mohamad~
Buku terbaru dari mantan perdana menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad telah selamat dilancarkan di PH Midvalley Bangsar pada 8 March 2011.
Beliau adalah antara tokoh yang CT kagumi dengan karisma Tun Dr Mahathir Mohamad dari gaya pemikiran dan juga corak kepimpinan beliau sejak Tun menjadi perdana menteri hingga lah sekarang ini. Cuma tak berkesempatan untuk pergi ke Midvalley Bangsar untuk melihat Tun dari dekat.
Untuk mendapatkan buku ini, sila pergi kekedai2 buku MPH. Memang sesuai untuk dibaca oleh semua golongan masyarakat tak kira tua atau muda.
Jangan tunggu lama2 untuk mendapatkan senaskah untuk kita baca dan hayati isi kandungan buku dari Tun Dr Mahathir Mohamad ni. Senaskah buku ni berharga RM100 dengan ketebalan 800 muka surat.
CT petik dari satu naskah "Kata pepatah Arab “Orang berfikiran sempit bercakap tentang dirinya, orang berfikiran biasa bercakap tentang sekelilingnya dan orang berfikiran luas bercakap tentang dunia".










































