
Hari ini genaplah usia anak bujang CT 14 tahun. Semakin besar dan makin hensem pulak tu..hihihi. Agak2nya ramai tak peminat kat sekolah dia ni erk..? Hahaha... Untuk membesarkan anak kita kena banyak2 bersabar. Kerana mereka inilah penyambung warisan kita dihari tua. Anak ni umpama rezeki dan permata serta harta untuk kita. Kenalah mendidik dan menjaga mereka dengan sebaik2 mungkin. Harus kita asuh dan lentur mereka dari rebung lagi. Kena terapkan dengan didikan agama yang cukup untuk bekalan mereka dihari tua kelak. Mereka umpama sehelai kain putih yang begitu bersih dan suci sekali tika kita melahirkan mereka kedunia ini. Jadi dari situlah kita kena membentuk mereka jangan sampai ada yang tersalah dan ada yang tercela. Jika salah sedikit akan rosaklah ia. Harapan seorang MAMA buat Azree, semoga anakku ini sentiasa sihat, ceria dan dipanjangkan usia serta mendapat keberkatan dari Allah baik di dunia dan akhirat... Amin Ya-allah.

Bersama kakak Lily yang begitu penyayang pada adik2nya. Walaupun kekadang sering bergaduh, itu hanyalah sementara. Kerana dialah seorang perempuan dalam keluarga, jadi kena tunjukkan sikap yang terbaik buat adik2nya yang lain. Azree harus contohi seperti kakaknya Lily agar dia juga akan berjaya hingga kemenara gading satu hari nanti... insyaAllah.
Ini lah dia buah hati ku pengarang jantung bersama my laling CM. Jika satu hilang macam tak mencukupi jari ditangan. Masing2 akan dewasa dan akan meninggalkan kami jua akhirnya. Sikap dan keperibadian masing2 memang tak sama. Dari Lily, Azree, Amir dan Amirul memasing punya sifat yang berlainan. Semoga keakraban keluarga ini akan terus kekal sampai bila2. Menjadi anak2 yang soleha dan soleh itulah harapan kami berdua. Anak2 mama semuanya cantik dan hensem2 ya. Semoga mereka menjadi kebangaan keluarga, agama dan bangsa... InsyaAllah. Amin Ya Allah Rabbal Alamin.



































