Selamat Datang Ke Laman Blog Che Mat Dan Che CT.

Di Sini Kami Berkongsi Segala Kisah Suka Dan Duka Kehidupan Dalam Bahtera Pelayaran Kami Sebagai Suami Dan Isteri. Semoga Perkongsian Ini Dapat Memberi Manfaat Kepada Sesiapa Saja Yang Berkunjung Ke Blog Kami. Semoga Perkara Yang Baik Dapat Di Jadikan Tauladan.

Kami Juga Berharap Semoga Laman Blog Ini Juga Dapat Membuka Pintu Persahabatan Di Antara Kami Dan Semua Blogger-blogger Di Luar Sana.

Salam Sayang Untuk Semua Yang Berkunjung Ke Laman Blog Taman Syurga Abadi

Friday, November 21, 2008

Here Is a Short Story With a Beautiful Message...



Little girl and her father were crossing a bridge.
The father was kind of scared so he asked his little daughter,
'Sweetheart, please hold my hand so that you don't fall into the river.'
The little girl said, 'No, Dad. You hold my hand.'
'What's the difference?' Asked the puzzled father.
'There's a big difference,' replied the little girl.

'If I hold your hand and something happens to me,
chances are that I may let your hand go.
But if you hold my hand, I know for sure that no matter what happens,
you will never let my hand go.'

In any relationship, the essence of trust is not in its bind, but in its bond.

So hold the hand of the person who loves you rather than expecting them to hold yours...
This message is too short......but carries a lot of Feelings.

Nukilan:

Wednesday, November 19, 2008

Teratak Bernam Riverview

Skrg dah start musim cuti sekolah so aku nak promote sket pakej holiday kat Teratak Bernam Riverview. Pakej ni ialah pakej holiday stay kat chalet seperti gambar kat bawah ni. Chalet ni terletak kat tepi sungai.. nampak cam best sangat utk sesapa yg sukakan suasana kampung dan damai. Chalet ni dimiliki oleh family anak angkat aku, Una (dia rakan sekelas anak aku, Lily). Nak pomot lebih2 aku tak brape tau sangat, so pada yg berminat boleh la tengok detailnyer kat blog anak angkat aku ni dan bleh kontek terus nombor yg ada kat situ yer.... pe lagi? jom cuti-cuti mesia :)



Nukilan:

Award Dari CT



Award ni aku nak bagi pada kawan2 bloger yang suka sangat dok berasap kat dapur yer. Nama2 yang aku letak kat sini nanti..sila2 lah ambil dan frame kat dapur masing2 erk..amik jer arr x yah malu2 ehh. Kita bagi jer jangan x amik lak tau hemohemohemo..dan kalau ada kawan2 yang nama dia CT tertinggal boleh lah amik gak yer hehehe..kalau masak sedap2 tu bagi ler kat CT sikit..nak masak x reti maklum ler kita budak baru belajar hehehe

Amy-German, Fiza Nordin, G.Fauziah, HanaKanazawa, Jue-DohaQatar, Jun-Yummylicious, Mat Gebu, & Yus-Belgium

Nukilan:

Tuesday, November 18, 2008

Lukisan Aku & CheMat Dari Eva



Dialog:-

Ct.D: Abg nak bawak ct pi mana ni bang?
CM: Alah ikut jer la....
Ct.D: Eyh apa tu bang?a..kolam ikan?
CM: Ah...kalau ct nak tahu selama ni abang dah upah kontraktor utk buat kolam ikan kat belakang umah kita ni tau...cuma Ct jer yang tak perasan...
Ct.D: Iya ker?alah syg abg...kalau macam ni senang la kita simpan ikan emas tu kat dalam kolam ni yer bang...nanti,ikan emas kita yang boleh membesar sehingga sebesar kepala singa tu mesti membesar ngan baik kan...
CM: Letak jer la cik ct oii...jangan kan kepala singa,"kepala gajah" sekalipun kalau ct nak simpan,simpan jer lah....hehe
CT.D: Amboi2x....perli nampak.....
CM:kekekek...syg cik ct...




Inilah lukisan berserta dengan dialognya sekali dari seorang blogger yang bernama Eva&Shasha. Aku rasa tertarik dengan lukisan ni kerana cerita dia mengingatkan aku pada ikan2 emas aku tu. Hehehe..walaupun susah nak menjaganya, tapi aku suka bila time makan aje sume ikan2 tu duk tunggu kat permukaan air..tunggu makanan yang akan diberikan. Suka dan seronok sekali tau. Terima kasih lah pada Eva yang sudi melakarkan lukisan ni buat aku dan juga CheMat.

Nukilan:

TAG lagi.. dari Cek LaLa pulak..

Terima Tag Dari Cek Lala..
Buat ke tak buat..buat atau tak nak buat..?? Buat jer ahhh..

What were you doing 5 years ago?
CT: Dok umah ahh..jaga suami..ank2 n makan minum family jer hehehe..
CM: 5 Tahun lepas aku masih keje kat JB. Dan masa tu selain dari keje kat Bank *Tooooot*, aku juga buat keje part-time as photographer sambilan.

What were the 5 things on your to do list today?
CT:
1.Bangun pagi wat sarapan my hubby coz nak gi keja.
2.Sidai kain baju cepat2 biar cepat kering lah..
3.Kemas sikit2 umah..buat itu ini..cam biasa lah surirumah kan..
4.Plan nak masak apa hari ni..tapi lom masak lagi hehehe..
5.Cam biasa lah duk depan laptop tu kewajipan gak kan..
CM:
1. Makan pil kontrol HighBlood aku tu.. tak bole miss.. bahye.
2. Mesti sampai opis sebelum pukul 8-30 sebab nak amek dokumen bawak gi meeting.
3. Mesti sampai kat conference room seblom pukul 9-00
4. Sampai umah, lepas mandi nak update Tag Cek Lala
5. Lepas update blog, nak dinner dan pas tu lepak tengok TV.

What are the snacks that you enjoy?
CT: Apa2 lah..sume bole makan asal halal hehehe..
CM: Aku suka sangat makan Coklat dgn kopok Tam-Tam

What are 5 things that you do if you were bilionaire
CT:
1.Menunaikan rukun yg ke-5 bagi semua umat islam
2.Beli umah yg besar n bawa bapak aku n mak mertua duk sesama.
3.Derma pada yang memerlukan..
4.Bawak anak2 gi melancung n simpan 500 juta dalam bank
5.Beli 20 keta idaman.. 10 CM nyer..10 aku punyer.. ngeeee..
CM:
1. Aku nak beli banglo yg besar gila babas kat area Putrajaya. Banglo tu mesti ada kolam renang, Taman bunga, Padang Golf Mini dan Car Porch yg berasingan dari rumah utama. Halaman rumah mestilah luas ala-ala istana buckingham supaya senang aku nak tayang kereta sport dan kereta mewah aku yg berjumlah 20 buah tu..
2. Aku nak beli tanah kat kampung dan bina 2 buah rumah banglo. Rumah banglo yg pertama ada 3 tingkat. Tingkat bawah utk mak aku duduk, tingkat 2 reserve utk tetamu, tingkat 3 utk aku sefamili laa. Rumah banglo yg ke-2 plak ada 3 tingkat jugak. Tingkat bawah utk pak mentua aku duduk, tingkat 2 reserve utk tetamu dan ipar2 aku bila datang bertandang, tingkat 3 samalah utk aku sefamili jugak.
3. Aku nak pegi haji pastu melancong ke seluruh dunia.
4. Aku nak simpan separuh cash kat dalam bank. Lepas tu aku nak bagi kat adik beradik aku ngan adik beradik bini aku 10 ribu sorang. Mak aku ngan pak mentua aku 100 ribu sorang. Yang lebihnye aku nak joli sekatak-kataknya.
5. Aku nak upah doktor peribadi yg terbaik utk pantau kesihatan aku dan pakar 'kecantikan' yg terbaik utk jaga fitness aku supaya aku sentiasa fit dan hensem uwahahaha..

What 5 jobs you've had
CT:
1.Keja kat kilang (keje pertama)
2.Pas tu keje jadi kerani akaun kat kedai perabut.
3.Naik pangkat Jadi penGURUs dalam syarikat rumah tangga..hehehe
4.Jadi isteri pada CM..(keja gak tu..)
5.Jadi Ibu pada ank2 yg comel..duk umah jaga anak pun keja gak lah...
CM:
1. Keje kat kilang Li Sheng Industries kat Jalan Dato' Abdullah Tahir. Datang keje pagi, masa lunch tengahari aku cabut terus tak datang2 lagi.. huhuhu..
2. Keje kat kilang Setron Jalan Tampoi..
3. Pastu cabut sebab dapat better offer kat syarikat distibutor barang letrik nama Hessco Sdn Bhd kat sebelah Wisma Daiman, Taman Sentosa. Skrg dah takde dah kot.
4. Then aku keje kat HSBC Jalan Bukit Timbalan. Setahun jer..
5. Lepas tu aku pindah lak ke Bank of Commerce, Jalan Serampang, Taman Pelangi. Aku keje selama 5 tahun hinggalah aku cabut sebab dapat better offer lagi kat tempat keje sekarang..

Who are 5 person you want to tag?
Hana, Fiza Nordin, Lin, Eva&Shasa, Yanmie

Dah abissss !! kengkawan sume buat lah yer :)

Nukilan:



Updated by CheMat at 7:48 PM 18/11/2008.

CT bagitau kat CM yg TAG dari Cek Lala nie, Cek Lala mintak supaya CM yg menjawabnya. Oleh kerana CT dah jawab awal2, so CM tempek jawapan CM kat bawah jawapan CT... (Jawapan CM yg kaler ijau)

Monday, November 17, 2008

Jawab Tag Lagiiiiii

Aku cuba jawab Tag ni ler..coz CM mesti bz lagi hari ni. Ayang tolong jawab yer bang..!!. Tapi kalau abang free nak jawab bole gak hehehehe. Aku rasa aku ada simpan satu Tag dari Dir lagi..tapi x per lah aku bereskan yang ni dulu ler..

'WHAT IF YOUR EX SAID THESE TO YOU???

1. hi, how are ya?
apa nak tau.. laki aku ada nak jaga..!

2. hey! you wanna go to mall?
kirim salam je lah..!

3. i love you..
kau nampak tapak kasut aku ni..!!

4. do you want some cookies??
kau makan sendiri lah..!!

5. can you take me a picture?
tak kuasa aku..!!

6. help me in my homework!
boleh bla..!!

7. here's my gift to you..
tak payah susah2..aku ada laki!!

8. let's just be textmates
malas nak layan..

9. do you want me to buy you an ipod??
tak minat pun?

10.let's sit together in the bus
aku ada keta sendiri!

11. hi baby..
panggg..!! padan muka kau!!

12. you still cute..
aku cantik tuk laki aku..kau apa peduli ..!!

13. i still love you..
pangggg..!! amik kau lagi sekali..

14. can i visit your house??
aku panggil polis..

15. do you love me??
oiii..!! jangan perasan lah..!!

Follow this instruction:
1. named 5 candidates on your list
2. ask them to complete this tag
3. repost on their blog
4. write the title "what if your ex said this to you"

uhh..siap gak tag ni..sakit hati gak buat ni..ok ni 5 orang tu..

Cek Lala, Cik Lawa, Fiza Nordin, Hana, Yanmie

Nukilan:

Sunday, November 16, 2008

Madagascar - Escape 2 Africa

Kami satu family memang sukerrrr sangat tengok animation movie.. sejak dari dolu² lagi.. dan kami suke tengok movie tu di panggung wayang. Infact kami sekeluarga memang rajin tengok wayang.. Dan movie Madagascar yg ke-2 nie memang dah lama kami tunggu dah tak sabar nak tengok dan plan nak tengok minggu ni sebenarnya... tapi terpaksa kami pendamkan dulu sebab Haqim masih tak pulih sepenuhnya dari chicken pox dia tu.. Uhuk..Tapi takperlah.. kami pendamkan dulu keinginan yg meluap-luap tu sampai next week... uwaaaaa!!!




P/S - Kat gambar tu CM bayangkan CM jadi Singa dan CT jadi Hippo. Camne lah rupenyer kalo betul yer.. hikhik..

Nukilan:

CM Bayar Hutang - Vol.2

ari ini hari minggu.. hari cuti.. hari yg CM banyak sket masa terluang. Jadi CM rasa baik CM langsaikan 1 lagi hutang tag dari DIR..


1.The last person to tag you was ?
DirFara. Baru jer hari tu aku jawab tag dia yg pertama.

2. Your relationship with him/her ?
Dgn Dir kawan. Dgn Fara, boifren kut. Hehe.. Guwau jer. DirFara dah macam adik aku kat dunia cyber nih.

3. Your 5 impressions towards him/her ?
Dir sangat polite, hensem, responsive, lemah lembut dan kaya dgn kasih sayang. Dir, bila nak belanja makan ni?

4. The most memorable thing that he/she has ever done for you ?
Erkkk.. apa ek? Oh ya.. dia wish aku happy birthday kat henpon iPhone aku yg canggih tu.

5. The most memorable words that he/she has said to you ?
"akum... sori dir lambat wish.. arini besday chemat kan? semoge dpnjangkan umur, dmurahkn rezeki seisi kluarga, dpermudahkn segale urusun (dir silap taip nih) dmaniskn muke, dpanjangkan usie berbloging, hehe.. amin.."

6. If he/she becomes your lover, you will...
Dengan Dir?? gilo ko apo!! kalo dgn Fara bole lah. Itu pun kalo Dir dan bini aku izinkan. hehe.. gurau jer.

7. If he/she becomes your enemy, you will...
Tak mungkinlah. perkataan Gaduh atau Musuh tak ada dalam kamus hidup aku.

8. If he/she becomes your lover, he/she has to improve on...
Dengan Dir ke dgn Fara?? cubalah tanya betul-betul. pening aku nak jawab.

9. If he/she becomes your enemy, the reason is...
Ah.. malaslah aku nak jawab soklan ni. Kan aku dah cakap, aku tak suka gaduh.

10. The most desirable things to do for him/her are...
Kalo Dir ngan Farah kawen nanti, aku musti datang.

11. Overall impression towards him/her is...
Dir dan Fara pasangan dua sejoli yg sangat setia.

12. How do you think the people around you will feel about you ?
Kat aku?? Entahlah.. tapi dah ada dua tiga orang yg kata aku ni pak lawak. Yg kata aku pandai menari pon ramai jugak.

13. Who is your ideal ?
Aku suka bakat seni P.Ramlee. Aku suka bakat politik Che Det.

14. What do you hate about yourself ?
Aku ni pemaaf sangat lah. Cam mana nak jadik brutal sket ek? Lagi satu, aku ni suka kentut lepas lah.

15. For the people who care for you and like you, say something about them.
Kepada mereka.. rest assured, aku akan terus memberikan yg terbaik yg aku termampu dan akan terus menyayangi mereka sampai aku tutup mata.

16. Bra or panties ?
Bra aku nak buat haper?? panties bole lar. eh.. panties ke spender eh??

17. Chocolate or ice-cream ?
Aku tak kira!! aku nak dua2 sekali.

18. 10 people to tag
alaaaa.. aku alergik lar dgn permintaan utk mengeTAG org lain cam nie. Nanti lah aku pikir dulu.

19. Who is number 2 having a relationship with ?
Nombor 2 yg kat atas tu ker? Dir adalah kekasih Fara. Fara adalah boifren Dir. eh salah.. girlfren Dir.

20. Is she/he a male or a female ?
Ni pun nak jawab jugak?? Korang pikir sendirilah.

21.If number 7 and 10 got together, would that be a good thing ?
Nombor 7 + 10?? 7 + 10 jawapannya 17. Tujuh belas ok ape. Aku ngorat bini aku dulu pon masa umor aku 17.

22. How about 5 and 8 ? When was the last time you had a chat with them ?
Gila ke aper aku nak sembang dgn nombor?? (psssstt.. kan aku dah cakap hari tu main nombor ni haram!)

23. Is number 4 single ?
Nombor 4?? Nampak cam single. Tapi biasanyer laki yg berbini 4 dah tak single lagi dah.

24. Say something about number 2.
Kata sesuatu tentang nombor 2?? Hurmmm.. Aku ada 2 tangan, 2 kaki, 2 telinga, 2 mata. Tapi.. kenapa mulut dgn hidung ada 1 aje ek?

25. What do you think about number 3 and 6 being together ?
Dah terang-terang jadi 36 la.

26. Describe number 9.
Nombor 9 adalah nombor selepas nombor 8 dan sebelum nombor 10. Tu jer yg aku tahu. Tapi aku juga masih lagi gigih berusaha nak dapatkan gaji 9 ribu sebulan. Doakan utk aku yer.

27. What will you do if number 6 and 7 fight ?
Ah peduliklah. Bukan sedara aku pun yg aku nak pi menyebok.

Ahhhh lega rasanya dah langsaikan hutang tag dari Dir tu. Jangan nak bagi Tag yg baru lagi kat CM eh. Bagi CM relax dulu seminggu dua atau sebulan dua dulu. hehehe.. taklah gurau jer. Kalo ada yg nak mengeTAG silalah. Tapi jangan marah kalau CM lambat respon tau sebab CM nie bz sket. Kalo CM ada masa terluang, insyaAllah memang CM akan respon cepat2 punye. Oh ya. CM ada 1 lagi utang Tag dari adik CM iaitu Amy di Jerman tu. Next week CM bayor ye Amy...

P/S - Oklah.. CM nak gi pasar tani dah.. Babai !!

Nukilan:

Friday, November 14, 2008

Nasi Baryani Gam.. Sedapnya !!!

Bukan mudah menjadi warga kotaraya Kuala Lumpur. Rutin seharian terutamanya rutin mencari rezeki ketika pergi dan balik kerja sangat menuntut kesabaran dan ketabahan. Kesesakan kenderaan yg saling tergocoh-gocoh diantara satu sama lain, saling merebut segala ruang yg dapat dihimpit tanpa memperdulikan walau sesiapapun juga hinggakan kadangkala hilang segala keprihatinan, tatasusila dan kesopanan entah kemana bila sudah terperangkap dalam kesesakan di jalanraya.

Disebabkan itulah CM lebih selesa utk menggunakan pengangkutan awam iaitu LRT utk pergi dan balik kerja setiap hari. Lagipun rumah CM tak jauh dari stesyen LRT. Walaupun kadangkala terpaksa bersusah sedikit berhimpit² dalam tren ketika waktu puncak, CM lebih rela mengorbankan sedikit keselesaan diri begitu daripada menyesakkan minda apabila terperangkap dalam kesesakan jalanraya.

Selepas siap bersarapan dgn CT, biasanya CM akan memulakan perjalanan ke Stesen LRT Tmn Melati utk ke tempat kerja lebih kurang dalam pukul 7:30 pagi. CM akan sampai ke destinasi iaitu stesen KLCC lebih kurang pukul 8:15 dan dari situlah bermulanya langkah-langkah yg rutin setiap pagi utk menuju pejabat CM di Jalan Sultan Ismail yg agak jauh juga.


Kiri: Lorong pejalan kaki 'subway' dari KLCC ke Aquaria.. .
Tengah: Kawasan parking kereta di Aquaria...
Kanan: Laluan sepanjang ruang masuk ke Aquaria...
seterusnya.......


Kiri: Escalator bersebelahan pintu masuk Aquaria...
Tengah: Exit dari Aquaria...
Kanan: Laluan keluar dari Aquaria ke Jalan Pinang...
seterusnya.......


Kiri: Laluan pejalan kaki utk keluar dari Aquaria...
Tengah: Setelah melintas jalan, lalu di walkway Wisma UOA Jalan Pinang...
Kanan : Kena lintas jalan lagi utk melintasi carpark di kompleks Antarabangsa...
seterusnya.......


Kiri: Laluan utk masuk ke basement parking Kompleks Antarabangsa...
Tengah & Kanan: Kena melalui sepanjang laluan parking menuju Lift Bay...
seterusnya.......


Kiri: Sampai di Lift Bay. Kena naik dari level B3 ke level G...
Tengah: Laluan keluar dari Kompleks Antarabangsa...
Kanan: Kena turun laluan tu dan melintas Jalan Sultan Ismail pulak...
seterusnya.......


Kiri : Bersedia nak lintas jalan...
Tengah: Dah lintas jalan, berada dibawah laluan monorel...
Kanan: Dah selamat melintas, dah nak sampai pejabat...
seterusnya.......

Kiri: Akhirnya.. tu dia pintu masuk ke lokasi pejabat CM...
Tengah: Menunggu lif utk ketingkat 17...
Kanan: Dan akhirnya... inilah wajah yg kepenatan sebaik memasuki pintu pejabat pada pukul 8:41 pagi... dan jumlah langkah yg CM ambil pagi tadi sebaik saja melangkah keluar dari pintu tren hinggalah melangkah masuk ke pintu pejabat ialah 1,543 LANGKAH !!!

Dan kepenatan hari ini ditambah lagi disebabkan hari ni CM kene pack barang² CM kerana CM berpindah lokasi pejabat dari Tingkat 17 turun ke Tingkat 16.. Haaa inilah gambar workstation yg telah dikosongkan dan barang² yg dah dipack masuk dalam kotak. Letak kat tepi workstation dulu, esok 'mover' akan datang angkut hantar ketempat baru.. huhuhu.. nampaknya penat lagi sekalilah CM hari Isnin nanti utk unpack barang tu semula.. Uwaaaaa!!!!




Mesti ada yg bertanya.. tajuk entri ni "Nasi Baryani Gam". Tapi kenapa kandungan entri ni pasal kesesakan jalanraya dan travellog CM ketempat kerja segala?? hehe.. korang ni cam tak biasa lak dgn CM.. CM ni kan blogger kontroversi.. hahaha.. Sebenarnya Nasi Baryani Gam tu CM makan masa lunch tadi.. punyalah sedap sampai lupa nak ambik gambarnya.

P/S - Heheheehee.. mintak mahap yer engkorang.... hehehe...

Nukilan:

Hari Anugerah Cemerlang SKSI


Hari ni aku memang bz sikit coz anak2 last sekolah dan ada sesi Hari Anugerah Cemerlang SKSI (Sekolah kebangsaan Setapak Indah). Ye lah anak2 time ni ler nak tunjuk pada ibubapa yang dia berkebolehan dalam segala mata pelajaran. Aku pun tak sangka anak aku Azree ni mendapat anugerah murid cemerlang kat sekolah..ialah kat umah memang malas nak bukak buku..time nak exam pun jarang nak ulangkaji, dah kena marah ngan aku baru lah nak belajar. Siapa sangka dan siapa menduga kan, ini semua kita hanya berdoa dan anak tu sendiri yang menentukan nasib dia. Lagi pun cikgu dia kata Azree adalah murid contoh dalam kelas. Mungkin dia lebih menumpukan time cikgu mengajar tu terus masuk dalam kepala kot. Macam ayah dia (CM) dulu2 lah..gi sekolah cuma bawak buku berapa keping jer. Yang lain sampai nak rebeh bahu bawak buku berat2 dalam beg hehehe (mintak ampun ayg..). Walaupun dapat no 1 aku rasa belum cukup untuk aku rasa gembira..belum puas dan hanya bersyukur . Kerana tahun depan Azree akan menduduki peperiksaan besar UPSR. Lagi ler perlukan kerajinan dan usaha yang lebih serta bersungguh2 untuk menentukan kejayaan buat dia . Yang menjadi harapan kedua ibubapa dan cikgu2 semua. Dah tak der apa lagi yang perlu aku kata kan lagi..hanya aku tetap berdoa setiap hari biarlah anak2 aku berjaya dalam segala bidang yang mereka ceburi. Amin..

Nukilan:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More