Friday, November 14, 2008

Hari Anugerah Cemerlang SKSI


Hari ni aku memang bz sikit coz anak2 last sekolah dan ada sesi Hari Anugerah Cemerlang SKSI (Sekolah kebangsaan Setapak Indah). Ye lah anak2 time ni ler nak tunjuk pada ibubapa yang dia berkebolehan dalam segala mata pelajaran. Aku pun tak sangka anak aku Azree ni mendapat anugerah murid cemerlang kat sekolah..ialah kat umah memang malas nak bukak buku..time nak exam pun jarang nak ulangkaji, dah kena marah ngan aku baru lah nak belajar. Siapa sangka dan siapa menduga kan, ini semua kita hanya berdoa dan anak tu sendiri yang menentukan nasib dia. Lagi pun cikgu dia kata Azree adalah murid contoh dalam kelas. Mungkin dia lebih menumpukan time cikgu mengajar tu terus masuk dalam kepala kot. Macam ayah dia (CM) dulu2 lah..gi sekolah cuma bawak buku berapa keping jer. Yang lain sampai nak rebeh bahu bawak buku berat2 dalam beg hehehe (mintak ampun ayg..). Walaupun dapat no 1 aku rasa belum cukup untuk aku rasa gembira..belum puas dan hanya bersyukur . Kerana tahun depan Azree akan menduduki peperiksaan besar UPSR. Lagi ler perlukan kerajinan dan usaha yang lebih serta bersungguh2 untuk menentukan kejayaan buat dia . Yang menjadi harapan kedua ibubapa dan cikgu2 semua. Dah tak der apa lagi yang perlu aku kata kan lagi..hanya aku tetap berdoa setiap hari biarlah anak2 aku berjaya dalam segala bidang yang mereka ceburi. Amin..

Nukilan:

4 comments:

tahniah bt ank CT/CM..mudah2 an berjaya dlm hidup..good job boy...

Tahniah buat Azree...dan tahniah jugak pada CTdan CM

Tahniah wat anak CtDelima..Intan harap anak anak CtDelima & CikMat berjaya dlm segala bidang yg Dceburi.Anak2 dia yg menentukan arah hidup sdiri kita cuma mampu mangajar & memberi tunjuk ajar...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More