Wednesday, November 5, 2008

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit...



Sedangkan lidah lagi tergigit.. apatah lagi suami isteri. Padahal lidah tu anggota tubuh kita sendiri. Betapa kita mengawalnya pun, kadang² akan tetap tergigit juga. apatah lagi dgn perhubungan suami isteri. Maha benar kata pujangga itu.

Tapi.. mungkin ada yg tertanya².. ape hal CheMat cakap pasal lidah tergigit nie? CM dan CT (yg kononnya pasangan romantis dan pasangan sehati-berdansa bak kata gelaran yg diberi oleh sesetengah blogger tu) berkelahi ker? ada konflik ker? perang dingin ker? bermasam muka ker?

Jawapannya. Tidak. Takde apa yg terjadi pun. Cuma tetiba kata pujangga tu menerjah kotak pemikiran, so CM tulis la kat sini. Lagipun dah puas semalam CM ketawa dan diketawakan bila CM post entri lawak video bengong CM tu, hari ni biarlah CM post entri siyes plak. Now.. Back to the topic.. Bila kita perpanjangkan persoalan tergigit lidah nie dalam konteks perhubungan sesama manusia, ia melibatkan konflik bersama pasangan. Pasangan suami-isteri, pasangan kekasih, adik-beradik, kaum keluarga, sesama kawan dan berbagai lagi.

Persoalan besarnya.. bila ada konflik dgn pasangan, apa yg kita buat? apa yg korang buat? apa yg CM buat? CM tak tau korang buat camana tapi CM bole bagitau macamana CM buat. Tapi sebelum tu, tanyalah kat CM.. penah tak CM ada perasaan kecil hati kat CT? pernah tak CM ada konflik dgn CT? Jawapannya.. mestilah pernah! romantis.. romantis jugak. berdansa.. berdansa jugak.. tapi sebagai manusia biasa, konflik akan tetap hadir dalam hidup berumahtangga nie. Potong jari 14 kerat la kalo ada org ckp perhubungan dia dgn pasangan dia bahagia tersenyum setiap detik dan saat. Memang sengal gila la kalo ada yg mengaku cam tu. Sebab perselisihan dan kecil hati nie akan berlaku sepanjang melayari perhubungan kita, cuma berapa besar perselisihan tu dan kekerapan berlaku tu je yg berbeza-beza. Ada org maybe seminggu sekali.. ada yg mungkin dua tiga bulan sekali.. atau maybe tiga empat tahun sekali. Tak tau la kalo ada yg sehari berkali-kali hehe.. sengal!!

CM plak, tak ingat bila kali terakhir CM betul² 'gaduh' ngan CT.. tapi rasanya dah lama sangat dah. Tapi CT dah paham sangat dah pangai CM. CT dah tau bila masanya CM wat hal. bukan wat hal apa.. wat hal layan marah laa. hehe.. CM kalo marah ngan CT, CM tak tunjuk.. CM diamm jer. Mulut terkunci abis.. sepatah kata tak kuar. Sebab CM tahu pangai CM. Marah ni macam api.. kalo mulut mula bersuara, nanti iblis akan menghasut pemikiran dan bila mulut mula bersuara, emosi akan melangkau akal. Sebab tu cara CM nak kawal benda tu CM akan diammm jer. Masa CM betul² gaduh dgn CT tu dulu, masa tu kami still stay kat JB lagi.. CM maraah sangat kat CT kerana satu hal tu.. CM dah tak ingat pasal apa. CM amek konci kereta, trus CM pecut bawak diri pegi pantai Lido. CM offkan Henpon, stay kat situ tengok deruan ombak layan perasaan dari petang bawak ke malam. Bila CM dah kool, baru CM balek dgn muka monyok mintak dipujuk. Masa tu CT jgn ckp lagi ar, berjurai air mata memujuk CM. Apalagi.. CM ni plak memang jenis lembut hati so kejap jer keadaan haru biru sebelum tu bertukar jadi melankolik utk kami berdua. Takde skrip marah² dan meninggi suara, tetiba jer ada adegan peluk memeluk plak kerana sesi memujuk.. hehehe.. Hakikatnya kerana CM dah tau dah.. itu jer cara CM nak memujuk diri ini bila ada konflik cam tu. Dengan berdiam diri dan membiarkan amarah pergi beransur-ansur menurut masa yg berlalu.

Akhir kata.. apa yg CM nak tekankan disini ialah.. kalo kita sayang kat pasangan kita, fahami kelemahan dan perangai buruk diri kita sedalam-dalamnya. Sebab bila kita dalam keadaan amarah dgn soulmate kita, kita tahu camana nak handle kemarahan kita nanti. Sesungguhnya, perhubungan adalah suatu perkongsian. Dan perhubungan suami-isteri adalah perkongsian jiwa yg abadi.

P/S - mintak mahap la yer. terpanjang pulak entri malam nie.

Nukilan:

8 comments:

CM.. panjangnya n3 CM ni... sesak nafas kak e nak perabih hehehehehe

* memang ada benarnya apa yang CM tuliskan... jangan hanyut dengan perasaan marah...

** semoga terus bahagia hendaknyanya...

ada lagi satu.... sedangkan gigi lagi terkancing...inikan pulak kancing baju..... hikkk... hikkk... hikkk

CM mmg bes.. i like u bery strong!! bole jd kan CM as a sumber inspirasi ntuk kami nanti :) ...

yup!!! dir setuju care chemat tu.. sebab dir pun same.. hehe.. kalau gaduh2 manje ngan fara tu, dir lebih suke diamkan diri.. dah cool nanti baru la ade sesi memujuk.. biasenye dir lebih suke mengalah walaupun fara yang buat salah.. dir letakkan diri dir dalam diri fara dan tanye nape mesti fara buat camtu.. mesti bersebab kan?

baguih lagu tuh. buat sakit anak tekak ja kot nak gaduh2 mulut ni.

betul ape yg CM ckp tu..

dlm sesuatu perhubungan perlu ade persefahaman..

n kedua2nya perlu mainkan peranan masing2..dan same2 bekerjasama utk melaksanakan peranan tu..

ibarat irama dan lagu..saling memerlukan..begitu juga dgn hidup berpasangan..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More