Selamat Datang Ke Laman Blog Che Mat Dan Che CT.

Di Sini Kami Berkongsi Segala Kisah Suka Dan Duka Kehidupan Dalam Bahtera Pelayaran Kami Sebagai Suami Dan Isteri. Semoga Perkongsian Ini Dapat Memberi Manfaat Kepada Sesiapa Saja Yang Berkunjung Ke Blog Kami. Semoga Perkara Yang Baik Dapat Di Jadikan Tauladan.

Kami Juga Berharap Semoga Laman Blog Ini Juga Dapat Membuka Pintu Persahabatan Di Antara Kami Dan Semua Blogger-blogger Di Luar Sana.

Salam Sayang Untuk Semua Yang Berkunjung Ke Laman Blog Taman Syurga Abadi

Saturday, October 16, 2010

Yang Dinanti Sampai Akhirnya



Pagi semalam saya masuk ofis lewat sikit sebab nak pegi ambik parcel kat post office. Parcel tu dari U.S. for shipment utk camera Agfa Super Silette L yang ditunggu-tunggu tu. Hehe seronok je rasa...

Lepas ambik parcel dari pos opis, singgah balik rumah dulu. Terus bukak parcel tu nak tengok macamana rupa kamera Agfa Super Silette-L tahun 1955 tu. Surprisingly camera tu dibungkus dgn sangat baik, dan bila di bawa keluar dari kotaknya, wow.. I was sooo pleased dan teruja dgn keadaannya yg masih elok dan cantik. This beauty is definitely a new gem that I will treasure most from now onwards..





Kiranya penantian yg ni dah berakhir.. tinggal satu lagi penantian.. ETA seminggu atau 2 minggu lagi.. Yang itu from England pulak.. kamera rangefinder Halina Paulette tahun 1965.

Nukilan:

Monday, October 11, 2010

Melayan Hobi Baru



Akhirnya petang tadi saya buat keputusan bulat utk ambil vintage buatan Rusia iaitu KIEV 88. Dan utk menunjukkan betapa lemahnya saya utk menangkis godaan kamera-kamera vintage tersebut, saya membawa pulang bukan setakat KIEV 88 itu saja malah saya turut membawa pulang 4 lagi kamera bersama iaitu 1 Zenit TTL yg juga buatan Rusia, 1 Nikon EM dan 2 Olympus Pen EE.














Setakat ni saya dah kumpul 11 kamera filem klasik dan Vintage. Jika dicampurkan 1 lagi iaitu Olympus Pen EE yg saya jangka akan sampai dalamasa seminggu dua lagi maka genaplah sedozen semuanya koleksi saya.

Untuk memudahkan saya melihat kesemua kamera tersebut, semalam saya beli almari pameran kaca di IKEA. Selepas saya letakkan semua koleksi tersebut ternyata dah tak ada ruang lagi jika saya nak letak lebih lagi, jadi nampaknya buat masa ini saya terpaksa berhenti setakat ini dulu.



Canon AV-1, Canon AE-1 & Canon Canonet 28



Kiev 88 & Rolleicord



Zenit TTL, OLympus Pen EE & Nikon EM



Canon EOS 5 & Canon EOS 50


Nukilan:

Tuesday, September 21, 2010

Hari Lebaran Seterusnya Episod 2


Hari raya ke3 CT beraya dirumah kakak CT di Tangkak. Setiap tahun mesti nak kesana. Maklum ler rumah kakak ni lebih jauh dari kakak2 CT yang lain. Tapi CT lah yang paling jauh dari keluarga... huhuhuhu. Tengok jer lah my laling CM ni. Perut dah kenyang mata pun berat jer rasanya, masing2 dah nak merebahkan badan. Mencari port yang sesuai, samalah dengan my laling CM pun melepapkan mata sebentar di pangkin sebelah rumah kakak. Tapi udara kat luar rumah ni terasa bahangnya, jadi dapat melelapkan mata sekejap jadi lerrr.

CT pun tak moh melepaskan peluang dok possing dengan ank bujang kecik ni. Berpeluh2 asik berlari kesana sini jer. Maklum ler rumah kg ni tanah laus dan besar pulak tu, tu yang seronok budak2 ni berlari kesana kemari.

Ni pulak ank bujang Che CT, Azree. Dah besar panjang segan nak terkinja2 macam dulu2, dah jadi budak baik dah bila besar panjang ni... hehehe.

Sempat lagi bergambo bersama anak adik CT. Mengabadikan kenangan di pangkin juga. Memang seronok kalau sembang2 dengan angin sepoi2 bahasa dan pekena kopiO kan. Tapi tak sesuai lah time tu, cuaca panas sangat masa kami kesana. Naik berpeluh sume ketiak... hahaha. Selepas berehat2 dan makan kuih raya kami pun berangkat pulang. Jumpa lagi ditahun depan. Daaaaaaaaa..

Nukilan:

Sepanjang Hari Lebaran Episod 1


Selamat Hari Raya aidil fitri maaf zahir & batin, buat semua kawan2. Lama sangat tak berupdate blog ni. Banyak cerita sebenarnya, cuma tuan dan puannya saje yang malas nak bercerita.. hehehe. Gambar2 raya ni semua semasa raya pertama di rumah mak mertua CT. Bermakna dirumah my laling CM lah ni. Sempat bergambar bersama biras CT yang no 4 Puan Annie. Selepas bersalaman masing2 amik port nak bergambar sakan, termasuklah Ct juga... hehehe.


Yang ni bersama biras CT no 3 Puan Intan. Kalau tak bergambar memang tak sahlah gayanya kami semua ni kan. Mak aiiiii... slim melim jer badan Che CT ni. Maklum ler selepas berpuasa 23 hari dan bercuti 7 hari. Mana tak slimnya kan... huhuhu.

Yang ni keluarga CT dan dirumah CT juga. Tak der gambar berseorang, sebab masing2 sibuk melayan tetamu. Adik beradik lelaki CT ada yang balik kg rumah mertua. Jadi lepas tetamu balik kami pun gambar beramai2 bersama kakak2 CT, anak2 saudara serta cucu2 Ct juga. Dah ada banyak cucu dah Che CT ni... hehehe.

Masih lagi mood bergambar bersama mak mertua serta biras dan anak dara sunti CT juga. Biras no2 lom siap pakai baju raya, jadinya tak adalah gambar dia kat sini.

Ini lah anak lelaki mak mertuaku, kurang satu anak no2 juga. Sebab lom siap pakai baju raya juga. "...butang baju aku mana Nor...".. hehehe

Bersama biras2 dan juga mak mertuaku yang disayangi. Menumpang kasih pada mak mertua saja sebab mak CT dah tak ada. Sayangggg dan rinduuu kat makk!.

Acara lompat tak der kat sini, jadi acara gaya bebaslah ya.... huhuhu. SELAMAT HARI RAYAAAA....!


Nukilan:

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Berpuasa Buat Semua Umat Islam




Dikesempatan ini CT dan CM juga anak-anak ingin mengambil kesempatan memohon kemaafan seandainya kami ada tersalah kata terlanjur perlakuan tampa kami sedari selama ini. Dengan kedatangan bulan yang penuh keberkataan ini, CT dan CM ingin mengucapkan selamat berpuasa dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan buat semua kawan-kawan. Semoga kita semua mendapat hidayah dan juga amalan kita akan diterima oleh Nya. Aminnnn..

SEMOGA DENGAN PUASA DAPAT MEMPERTEMUKAN KITA DENGAN KEAGUNGAN LAILATUL QADAR... YA-ALLAH


Nukilan:

Sunday, August 1, 2010

Senja Di Putrajaya



Dua minggu lepas saya outing dgn kawan2 photog shoot scenery di Sg. Tua Ulu Yam. Jadi semalam saya ajak pulak isteri saya outing temankan saya ke Putrajaya hehe. Cadangnya nak shoot sunset di area berdekatan kawasan tasik Putrajaya. Tapi boleh pulak semalam masa nak pergi tu hujan turun, jadi tenggelam teruslah matahari yg saya harap2kan untuk memberi subjek sunset yg saya nak shoot tu. Jadi alang2 dah sampai, jadi saya tunggu aje lah sampai senja berlabuh. Tak dapat shoot sunset, dapat shoot reflections cahaya lampu bangunan dan jambatan putrajaya pun jadilah. Selain tu, shoot gambar isteri saya sikit.








Sebelum balik, saya ajak isteri saya singgah ke medan selera bersebelahan Masjid Putrajaya untuk makan malam. Kebanyakan gerai dah hampir tutup, jadi kami settledown dgn chicken chop di Secret Recipe aje. Lepas perut dah terisi, kami ambil angin di luar di ruang legar berhadapan tasik sambil selit2 kan sikit aksi isteri saya lagi hehe.





Nukilan:

Thursday, July 29, 2010

Happy Birthday Baby....



Hari ini 29 Julai 2010 genaplah umur anak dara kesayanganku Siti Dalila @ Lily 18 tahun. Sudah besar panjang dan cantik maaaacam mama dia... hehehe. Keperitan menghitung hari di saat-saat akhir sebelum melahirkan Lily seperti masih terasa2 lagi sampai sekarang. Bila Lily dah keluar syukur alhamdulillah. Ucapan pertama yang aku lafazkan bila mendengar dia menangis.... " semoga anak mama ini akan menjadi pelindung kedua ibubapanya dan menjadi anak yang solehah"... Aminnnn.

Nama Siti Dalila ni arwah bapak mertua yang bagi. Mula2 tu kami nak bagi nama Nurfarahin, tapi bila bapak mertua kata nama Siti Dalila ni baik (petunjuk pada kedua ibubapa) kami ikut kan jer. Hadiah tuk Lily awal2 lagi dah beli, hampir sebulan yg lepas, tapi simpan ler dulu sampai time Lily balik nanti baru bagi kat dia. Kebetulan masa birthday aku hari tu Lily balik KL, jadinya aku bagilah hadiah tu terus. Tapi bagitau kat dia kena tunggu 29hb July tepat2 kul 12.01 malam baru leh bukak.... hehehe.

"HAPPY BIRTHDAY TO YOU... HAPPY BIRTHDAY TO YOU... HAPPY BIRTHDAY TO LILY... HAPPY BIRTHDAY TO YOUUU....." Muahhh... muahh... muahhh! Ayah, mama, Azree, Amir dan Haqim sayang sangat2 dan rindu kat kakak. Doa dari Ayah, mama dan adik2 semua moga kakak sentiasa sihat, ceria, panjang umur, berjaya dalam hidup dan sentiasa mendapat perlindungan dari Allah selalu hendaknya... Amin.. Aminn.. Aminnn Ya-Rabbalalamin.




Nukilan:

Thursday, July 22, 2010

Bahagianya Aku ..



Alhamdulillah.... Aku bersyukur pada mu Ya-Allah kerana memberi aku menikmati keindahan dibumimu yang aman damai ini. Sesunguhnya aku tersangat bahagia dan gembira kerana memberi aku peluang untuk terus memberi bakti kepada anak2 dan suami terchenta. Dan memberi aku kesihatan yang baik2 dan dipanjangkan umur ku juga. Hanya padamu tempat aku memohon atas kesyukuran ni Ya-Allah... Aminnnn.

Hari ni hari yang bahagia dalam hidup ku. Walau pun tarikh keramat 22hb July ni memang sentiasa aku nantikan setiap tahun. Terima kasih pada kedua ibubapa ku kerana merekalah aku dilahirkan kedunia ini. Hanya doa Al-fatihah yang dapat aku berikan setiap waktu untuk kedua ibubapa ku tanda aku bersyukur dan berterima kasih yang tak terhingga hingga kehari ni. Semoga mereka tenang disana... Aminnn.

Hari ni genaplah umurku 43 tahun, dah semakin bertambah2 usia ni kenalah mengingati pada 'Dia' yang satu. Bersyukur kerana memberi aku suami yang begitu penyayang, begitu memahami diri aku yang serba kekurangan ni. Memberikan aku kasih sayang, kesenangan yang tidak pernah mengeluh untuk memberi rezeki pada aku dan anak2 setiap masa. Sesungguhnya aku menyayangi diri mu suamiku sehingga keakhir hayatku. I Love You so much... muahhhh!!

Ini lah hadiah yang terlalu istimewa untuk ku hari ni. Kasih sayang dari anak2 dan merekalah penghibur dikala aku kesedihan dan dikala aku dalam kegembiraan. Semoga mama akan dapat memberi kasih sayang mama pada kamu semua sampai keakhir hayat mama ya sayanggggg... mama tetap sayang anak2 mama... muahhhh!


Rumah ku syurgaku... keluarga bahagia membawa kesyurga.. Aminn

Nukilan:

Saturday, July 10, 2010

Photo outing ke Jeram Sg. Tua



Dah lama giler saya tak bermain dengan kamera saya. Nasib baiklah saya simpan dalam dry cabinet. Kalau letak kat luar je dah lekat fungus agaknya. Maklumlah, busy tahap gaban.

Atas sebab tu, semalam bila kawan saya (Wan Mad, yg shoot gambar saya tengah beraksi kat atas tu dgn geng opis saya juga, Din ISD) mengajak utk outing ambik gambar ke jeram sungai berdekatan area selangor, saya tak berfikir panjang lantas terus bersetuju. Kami bertolak awal pagi dan tiba di jeram Sg. Tua lebih kurang pukul 7:45 pagi. Setibanya kami di lokasi yg dituju, kabus pagi masih lagi berbaki. Jadi dapatlah kami mengabadikan beberapa shots gambar yg mengandungi Ray of Lights yg asli. Jika berkesempatan lagi, saya pasti akan menyusul utk sesi yg kedua pula sebab itulah pengalaman pertama saya mengambil gambar scenery dalam hutan yg mengakibatkan saya rasa bercelaru dan jadi kurang kreatif utk berekspresi. InsyaAllah saya akan menyusul utk outing kedua nanti jika berpeluang sebab outing yg ini saya rasa kurang berpuas hati.








Nukilan:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More