Sunday, September 7, 2008

Cari Keperluan Hari Raya

Awal pagi lagi kami dah bertolak ke Pasar Tani Mega di Shah Alam. Bagi yg tak tau, pasar tani ni terletak bersebelahan dgn Stadium Malawati Shah Alam (seperti gambar disebelah). Seperti tahun2 yg sudah, disini adalah salah satu tempat tumpuan utama umat islam terutama yg tinggal dikawasan berdekatan dgn Shah Alam utk membeli barang keperluan hari raya kerana kepelbagaian barangan dan jumlah gerai yg banyak. Masa kami sampai, tempat parking masih setengah kosong mungkin kerana masih awal. Cuaca pun masih belum terlalu hangat walaupun sinar matahari dah mula kelihatan sikit2. Mungkin sebab kedinginan pagi masih lagi terasa. Kami pergi berempat jer (bersama Lily & Haqim). Azree dan Daniel tak ikut sama sebab takut penat sebab berpuasa. Memang letih membeli belah waktu berpuasa ni. Dengan kesesakan org ramai dan bahang mentari yg semakin menggigit bila waktu semakin tinggi benar2 menduga ketabahan puasa aku..hehe. Koyak juga poket tapi kami puas hati sebab banyak keperluan yg dapat dicapai. Selain baju raya, siap beli tikar buluh serawak lagi kat situ. Aku dok pikul bawak ke kete dah macam pakistan jual kapet plak. hehe... dugaan..

Nukilan: CheMat

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More