Thursday, September 4, 2008

Mak Dalam Kenangan.... "Al-Fatihah" Buat Mak..

Assalamualaikum.. hari ni khamis 4hb sept 2008 brsamaan 5 ramadhan 1429.. pagi ni aku cam rasa x berapa sihat lah..x tau nape..kin cuaca x menentu kot. pagi2 lagi badan letih semcm je,harap2 jap lagi ok lah. nak mkn ubat pun x boleh coz puasa aduiii..sakit lah pulak kepala ni. hari ni aku lak nak tulis kat sini, yalah selama ni suami aku je wat citer kat blog ni. aku bukan x nak tapi x da bahan nak citer so ari ni aku cubalah wat apa2 yg aku rasa patut hehe.. semalam aku dah bagi tau serba sedikit tentang anak aku. ari ni tentang diri aku dan suami lah. emm... x nak lah tu rahsia mana boleh bg tau kan hikhik.. key lah tentang arwah mak aku lah. aku mempunyi kluarga yg ramai jg lah, 11 org adk bradik..4 lelaki 7 pompuan dah boleh wat team bola ni hehe.. aku dari kluarga yg sederhana je. bapa aku seorg yg serius tapi x lah garang sgt. tapi ank2 sume takut dgn bapa aku ni, nama nya Yahya bin Yacob skrg umurnya 78 thn. nama mak aku Nadier binti Samsuddin. mak aku seorg yg baik hati, mulia hati nya sampai org yg baru jumpa dia sgt senang bila brsama dgn nya. tapi skrang mak aku dah meninggalkan kami semua, pemergian nya pada 27hb feb 2007 baru setahun lebih, masa ni umurnya 70thn. mak aku x sakit tapi kena stroke masa dia tgh smbyang isyak. waktu tu aku ada di KL, kakak aku call bagi tau kul 1 mlm. tekejut jg lah coz selama ni mak aku sihat je.

Esok nya aku seklurga balik ke JB, terus gi Hospital Sultanah Aminah sampai je aku terus cium mak aku, syg sgt kat dia siapa x syg mak oii..dia yg lahirkan kita, dia x de..x ada lah kita. x lama mak aku kat spital dalam 4 ari je,coz kakak aku no 2 nak ubat cara kg katanya..dgn urut lah. alhamdulillah dah sihat boleh cakap dan boleh brjalan. tapi x lama hanya sementara je.. ialah siapa boleh lawan ketentuan allah, kita sebagai manusia hanya brusaha dia yg menentukan nya. pagi isnin 26hb feb 2007 aku dapat call lagi, mak aku masuk spital lagi x sedar kan diri. aku pun terus call suami suh balik rumah, aku urus kan hal ank2 kat skolah minta cuti emergency. sepanjang prjalanan aku banyak kan brdoa dan x henti2 membaca 3 Qul. sampai spital aku dah x keruan coz keluarga aku ada yg menangis. aku pun gagah kan kaki terus ke sana. ya allah.. kesian nya mak aku, aku menangis melihat mak aku dgn wayar2 di badan dan memakai oksigen. aku henti kan tangis..dgn tangis x dapat menyembuh kan mak aku. aku baca kan yassin brsama kaum kluarga disisi nya. ku genggam erat tangan hangatnya, brlinangan airmataku. kakak dan abg aku pn begitu jg. petang nya doktor bagi tau kami adk bradik yg harapan mak aku cuma 50-50 je.

Kami sepakat nak bawak mak balik rumah, sekurang2 nya kalau hayat nya x panjang pun biarlah dirumahnya sendiri. tapi seorg dari abg aku x bagi, dia nak mak brubat kat spital je. kami pujuk dia akhirnya dia setuju. petang tu lebih kurang kul 6.15pm mak pun dibawa balik. sampai kat rumah aku terus mandi, sembahyang dan bacakan yassin tuk mak aku, begitu juga suami ku.kaum kluarga, jiran2 dan sedara mara dah ramai yg sampai. didalam rumah hanya kedengaran suara tangis dan ayat2 suci al-quran. aku x henti2 membaca yassin disisi mak aku. brhenti tuk solat je pastu aku sambung lagi. tapi ada satu yg aku x dapat lupakan waktu tu, bapa ku mencium dahi isterinya dan membisikkan sesuatu yg kami semua nya x tahu. aku menangis dan jiran tetangga yg melihat turut menangis brsama.

Selepas solat magrib aku duduk lagi dihujung kepalanya membaca kan ayat 3 Qul ditelinga nya tampa henti2. begitu jg kakak aku yg no 2 ada disitu. hiba rasa hati melihat mak ketika itu. jam menunjukan kul 9.30mlm, melihat kan keadaan mak aku dah nazak. seorg jiran..kami panggil k.long je. dia membaca surah(Ar-Ro`du) kata org bila seorg dah sakit tenat nak meninggal kita bacakan surah tu. mula2 k.long suh aku yg baca, tapi aku x nak coz aku nak brsama mak aku disaat akhir nyawanya. bila k.long baca surah tu dapat separuh je aku dapat melihat depan mata ku sendiri mak menghembuskan nafasnya yg trakhir dengan tenang je. muka nya seakan org trsenyum yg sedang nyenyak tidur. jam menunjukkan pukul 9.55mlm hari Selasa. kaum keluarga menangis begitu juga diri ku. aku, suami, adk bradik dan jiran brgilir2 membaca surah yassin tampa henti2. esoknya aku turut sama memandikan jenazah mak aku. selepas siap semuanya tibalah masa mencium arwah mak buat kali trakhir. aku mencium kakinya memohon ampun dan maaf mintak dihalalkan segala2 nya dan susu yg diberikan padaku semasa aku kecil dulu. saat di kebumikan aku redha bahawa pemergian mak aku telah di tentukan dan aku brdoa agar mak aku di tempatkan brsama2 org yang briman. semoga arwah mak ditempatkan brsama org2 yg briman dan di syurga yg indah. amin.. Al-Fatihah untuk emakku NADIER BINTI SAMSUDDIN..Al-Fatihah..

Nukilan: Siti Delima

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More