Tuesday, June 8, 2010

Alhamdulillah.... Dapat Juga Akhirnya.


Alhamdulillah.... Termakbul juga impian kami untuk memiliki tv flat screen 42 inci ni. Orang lain semua dah lama "menikmatinya", tapi kami baru ni dapat merasainya... hehehe. Ni semua kerana anak2 bujangku dan my laling CM nak tengok bola lah ni. Kalau tidak kempunanlah aku nak merasa tengok kat tv besar ni... hehehe. Nun jauhhhh... aku dengan my laling CM import tv ni tau. Meredah jammed kat MRR2 hampir 1 jam lamanya. Berkat kesabaran (walaupun mengomel2 gak dalam keta tu) akhirnya sampai juga kami ketempat yang hendak dituju... fuhhhh! berat sangat2 tv ni. Tapi tak mengapa yang penting kami sekeluarga sangat2 berpuas hati. "Terima kasih ya sayang, sebab belikan tv baru untuk ayang dan anak2". Mula2 tu ingat nak letak tv lama kat bilik anak2 bujang, tapi tak jadi. Karang Azree, Daniel dan Haqim makin syok main game. Cepat rosak lah tv tu. Pakailah tv kecik tu sudah... huhuhu. TV yang lama tu letak kat dalam bilik tido utama baring2 pun boleh layan sekali... hehehe. Rasanya kalau main game farmville kat tv besar tu syok gak kan, puas mata memandang... ekekeke.


Lepas siap my laling CM pasang itu ini, terus layan DVD Iron Man 2. Emm... memang memuaskan. Nak baca sarikata pun, aku tak payah pakai cermin mata lagi. Sekarang ni dah cukup terang dan jelas... ekekeke.


Abaikan lah anak bujang aku yang cekeding tu ya. Kepenatan dia menolong buang2 habuk segala yang terkumpul kat belakang kabinet lama tu. Aweks yang baju merah tu, cuma main tunjuk sana sini situ jer... hehehe.


Yang ini lak hadiah dari my laling CM untuk anak dara aku Lily. Belikan hp model Samsung GenoA Sweet Pink. Ini pun alah2 macam iPhone gak ler, main touch screen. Yang hadiah lagi satu tu kena tunggu nak masuk UiTM nanti baru beli. Tapi aku ada muskil sikitlah, sejak bila pulak Lily suka kale pink ni erk..? Bukan ker dulu dia suka kale hitam putih..? Kale pink tu aku yang suka. Lalalala.....


Horayyyy..! Sukanya aku..! Sebenarnya dah lama sangat aku menantikan bendalah ni. Kawan2 kat blog masak2 semuanya dah lama dok pakai. Tapi aku baru nak beli, apa pun aku bersyukur sangat2 apa yang aku dah dapat ni. Impian aku untuk memiliki breadmaker ni dah tercapai juga akhirnya. Ni pun hasil kesabaran jugalah dan kalau inginkan sesuatu kenalah banyakkan bersabar. Alhamdulillah... lepas ni tak payah susah2 nak menguli doh dengan tangan. Sekarang dah ada pembantu setia di Dapur CT. Kena rajin buat roti ler gayanya, anak2 pun memang suka makan roti. Sebelum2 ni main beli jer dekat kedai. Ini pun kena ucap terima kasih juga buat my laling CM sayang. Thanks laling... muahhhh! muahhh!


Belum sempat nak merasmikan lagi breadmekar ni. Kasi dia lepak2 santai dulu kat dapur. Bila dah puas dok possing sana sini, baru leh memanaskan badan dan memecahkan 'dara' buat kali pertama... hehehe.

Nukilan:

7 comments:

dok tggu msjbox kak ct x kuar2..huhuhu
fuyooooooooo skli amik..haaa amik ko....cntik sehhhh BM kak Ct tu...

Sis Lin:
apa lagi Lin...rembat lah satu. cakap kat En Sabar, beli lah satu untuk kemudahan Lin kat dapur..hehehe.

wow berbaloi-baloi...!

lepas ni tukar astro beyond la eh.. ;)

rezeki dikongsi dgn anak dan isteri ~ suami mithali gitu ^.^

vavavaa...

Jelesnya ...wow. semua dapat ! emak ngan anak bersuka sakan . ekeke

Letak TV dalam bilik . Sambil nonton boleh guling-guling . Jangan tergolek udah .

Echah_syed:
Astro beyond dah pasang tu hari combi. Tu yang sakan beli tv ni hehehe.

Suamiku adalah syurgaku :D

Linda:
Itu udah semestinya Linda, sambil guling2 sambil nonton tv. kalau dah tergolek kebawah tu, udah kes lain itu..hahaha.

wah... banyak beli sana sini.. yang anak bujang cekeding tu menyibok jer ek.. haha...

p/s: dah set remote byond control volume TV hehe

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More