Friday, June 18, 2010

Wajah Wajah Keikhlasan.


Pertama kali sori berbanyak pada geng2 K.A.M.I.E sebab terlewat sikit update cerita sensasi semasa di JB itu hari. Masa ni kami semua pergi kemajlis pernikahan adik Retna di Batu Pahat. Minta maaf lah Lin bukan disengajakan atas kelewatan ini. Tapi Che CT duk mencari USB cable tak jumpa2. Mana letaknya pun tak tahu... hehehe. Cari punya cari ada dalam handbag rupanya... hehehe. Cuba perhatikan wajah2 kesayangan aku kat atas ni. Nampak serius bercampur gembira, muka aku lak macam terkejut sebab budak cameraman tu sibuk nak amik gambo anak dara n mak dara ni semua. Hisss..... buat malu jer duk tayang muka yang berminyak2 kat situ kan... hahaha. Apa pun sumenya hari tu berjalan dengan baik dan kami pun happy walaupun perjalanan ke rumah pengantin perempuan punyalah jauhhhhh. Tak der apa dah aku nak kata. Sebab kawan2 yang lain sume dah update, tinggal aku saje yang tertinggal... hahahaha.

Cakkkk!! Wajah keriangan terpancar dari muka si comel ABIN n mamanya. Comel sungguh Abin ni kan, time tu macam nak cubit2 jer pipi dia bior dia nangis... hahahaha. Hisss... tak baik tau buli budak kecik. Kang aunty Nana dia babap Che CT siapa nak tolong... hahahaha.





Kegembiraan, Ketulusan dan keikhlasan memang jelas nampak terpancar diwajah kedua pengantin baru ni. Sorilah tak ada gambar yang elok selain ni. Yang amik pun anak aku Azree. Ada yang nampak belakang badan pengantin lelaki jer yang banyak. Al-maklumlah masa nikah tu pengantin lelaki duduk membelakangkan kami. Jadi Azree pun main snap jer ler apa yang nampak... hehehe.

En Sabar sedang mencuba memukul beduk atau 'kentung' orang kampung aku panggil. Tak tau lah orang lain panggil apa benda ni erk..? Yang aku tahu kegunaannya ia akan dipukul bila masuk saje waktu solat dan jika ada kematian saje ia akan digunakan. Tapi kat kampung aku sekarang ni dah tak guna lagi dah. Tapi kat surau yang kami singgah tu masih ada lagi yang mengunakannya. Lihat tu En Sabar kita, ni pun aku curi2 amik gambo ni. Jangan mare ya En Sabar... huhuhuhu.



Singgah mengisi perut yang sedang kosong digerai area Batu Pahat. Lupalah pulak nama gerai tu. Apapun sume sudah kenyang melainkan aku, Lily dan Haqim jer yang tak nak makan. Saje diet dipagi hari... hehehe. Tengok tu muka Abang Shai dan Kak Lin kita, macam orang terkezut jer.. hehehe.



Kami bukan datang naik bendalah ni tau! Kenderaan macam ni memang tak dibenarkan berada diatas jalanraya. Kecuali jika ia berada diatas lori lain, erkkkk ... betul ker ni... hehehe. Ingat nak bawak balik letak kat depan rumah senang sikit aku nak gi menuai kat farmville nanti... hahahaha. Kale dia pun sama jerkan cuma yang ni besar sikit lah dari kat farm tu ... ekekeke.

Nukilan:

2 comments:

Salam Kak Ct sayang .

Lamanya menyepi , sekali muncul, haaa.. banyak cerita dan gambar .
Sukaaaa...terubat kerinduan .

Memang semuanya chomel-chomel belaka . Tahniah utk kedua mempelai .

wah.. memamng layak 3 orang Mak Dara bergambor di mesin tersebut... masing2 kaki Farmville.. haha

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More