Selamat Datang Ke Laman Blog Che Mat Dan Che CT.

Di Sini Kami Berkongsi Segala Kisah Suka Dan Duka Kehidupan Dalam Bahtera Pelayaran Kami Sebagai Suami Dan Isteri. Semoga Perkongsian Ini Dapat Memberi Manfaat Kepada Sesiapa Saja Yang Berkunjung Ke Blog Kami. Semoga Perkara Yang Baik Dapat Di Jadikan Tauladan.

Kami Juga Berharap Semoga Laman Blog Ini Juga Dapat Membuka Pintu Persahabatan Di Antara Kami Dan Semua Blogger-blogger Di Luar Sana.

Salam Sayang Untuk Semua Yang Berkunjung Ke Laman Blog Taman Syurga Abadi

Saturday, February 20, 2010

Wajah Seribu Kenangan



Bagi sesiapa yg pernah berjumpa saya bersama isteri tentu dapat mengagak gambar pengantin mana yg berposing kat atas tu. Tak lain tak bukan itulah isteri saya yg tercinta semasa bergelar private model dulu. Mengapa private? Sebab beliau hanya menjadi model utk saya seorang saja hehehe.

Sebenarnya masa saya baru-baru berjinak2 dgn kamera dulu, saya perlukan subjek utk mempraktiskan pelajaran yg di ajar dalam kelas photography yg saya enrolled. Waktu tu saya belum shoot wedding lagi sebab ilmu tak cukup lagi. Jadi, setiap kali bila saya nak practice apa yg di ajar, isteri sayalah yg jadi mangsanya. Nasib baik beliau sporting hehe. Gambar kat atas tu saya terjumpa semasa saya selongkar kotak toyogo saya yg menyimpan sebahagian daripada hasil fotografi saya yg lepas yg dah berkarat tu. Bila dah selongkar tu, terjumpa balik sebahagian daripada gambar2 pengantin yg pernah saya shoot dulu. Kebanyakan yg lain saya tinggalkan di Kampung sebab masa berhijrah ke KL dulu banyak hasil kerja fotografi saya yg di peti besi kan terus di Kampung sebab saya tak mahu menoleh ke belakang lagi bila saya buat keputusan meninggalkan terus bidang fotografi sewaktu berhijrah ke KL dulu.

Tak sangka pulak bila saya main kamera semula sejak bulan september tahun lepas, saya teringin menjenguk kembali wajah2 pengantin yg pernah saya abadikan hari bersejarah mereka dulu. Kalau saya terjumpa dgn mereka semula sekarang, pastinya ramai diantara mereka yg dah beranak pinak dan fizikal pula semakin 'membesar' agaknya hehe. Saya harapkan mereka semua sedang berbahagia kini dengan alam rumahtangga yg dibina (walaupun saya tahu seorang daripada mereka kini telah bercerai. saya tumpang simpati).

Berbalik kepada job wedding saya dulu. Waktu awal2 shoot pengantin dulu (zaman SLR kamera guna filem), saya akan 'cuci' 2, 3 keping extra gambar setiap pasangan pengantin utk simpanan peribadi. So, macam tu lah rutinnya utk setiap job. Tapi lama kelamaan, saya jadi muak dan saya tidak lagi menyimpan 'salinan tambahan' utk simpanan sendiri sebab bila passion kita dah di komersilkan dan jadi rutin, kita akan jadi bosan. Tapi bila diingat2 kembali rasa menyesal pulak sebab tak simpan. Maklumlah, zaman tu kalau kita tak cuci extra sebelum serah gambar kepada pengantin, kita tak akan ada simpanan utk rujukan lagi sebab filem (negatif) juga dah diserahkan pada pengantin. Tak macam Digital SLR sekarang, kita boleh simpan soft-copy gambar tersebut sampai bila-bila.

Ternyata zaman dah berubah, Dunia dah maju. Wedding Fotografi dulu dan sekarang memang sangat2 berbeza. Dulu shooting pengantin (melayu), utk 'posing shots' cuma buat kat dalam rumah pengantin atau di studio saja. Sekarang ni, posing shots dah di bawa ke outdoor. Zaman saya dulu, shooting outdoor cuma photographer cina je yg buat. Wedding photography melayu cuma setakat indoor je. Lazimnya pengantin akan buat sesi tukar-tukar baju sampai 10 pasang (ada yg lebih dari tu). Lepas tu, kenalah pulak bawak backdrop dan studio lighting segala bagai sebab nak gambar cantik, dah tu terkena pulak kat rumah yg ruangnya sempit, dgn tetamu yg berlonggok kat keliling kita sebab nak tengok kita shoot, rasa tensionnnnn semacam. Tu yg kreativiti pun rasa terbantut dan rasa nak shoot cepat2 utk habiskan job tu cepat hehe. Tapi zaman sekarang best. Shoot event utk abadikan moment tu je, lepas tu bawak pengantin ke outdoor utk posing posing bagai. Sayangnya, saya tak sempat nak merasa shoot wedding outdoor sebab saya dah gantung kamera sebelum sempat saya melalui zaman tu.

Sebagai mengenang kembali suka-duka saya melalui zaman wedding photo dulu, saya abadikan gambar2 sebahagian dari pengantin tersebut dalam blog ni. Tapi, leceh betul nak load kat sini sebab saya cuma ada gambar (maklumlah, dulu print dari filem) jadi terpaksalah saya scan gambar tu satu-satu. Hui.. leceh sungguh. Tapi, berbaloilah utk memoirs saya.
















Nota kaki: Saya akan ikut tag dgn kengkawan wedding photographer saya kat sini bila rasa gian nak menembak pengantin semula dah memuncak nanti. Tapi kat outdoor je lah. Indoor, saya memang dah muak!! hehe..

Nukilan:

Tuesday, February 16, 2010

Bahtera Malam



Malam tu kami rancang nak jalan2 ke Jonker Walk dan lepas tu pegi makan asam pedas kat salah satu cafe di Jonker Walk tu. Tapi saya mengagak yg kemungkinan besar Jonker Walk tutup kali ni sebab rata2 peniaga di sana berbangsa cina. Kerana teragak2, kami batalkan aje hasrat kami setelah sampai di area muzium kapal. Pada kunjungan tahun lepas kami cuma dapat ambil gambar kapal tersebut dari bahagian luar je. Mungkin disebabkan oleh cuti perayaan agaknya jadi kali ni ia dibuka sampai malam.





P/S - Pada mulanya kami bercadang nak teruskan perjalanan balik ke JB pada keesokan harinya tapi kami terpaksa batalkan bila memikirkan masa yg suntuk. Tak seperti kebanyakan sekolah, Haqim dan Daniel bercuti hanya hingga hari Selasa. Esok (Rabu) Haqim dan Daniel dah mula bersekolah seperti biasa. Mungkin disebabkan bangsa cina terlalu minoriti disekolah mereka, maka cuti CNY tidak dilanjutkan seminggu seperti sekolah2 yg lain.

Nukilan:

Lompat Tinggi-tinggi!



Macam dah terbiasa. Bila nak capture moment kat sesuatu tempat, mesti nak buat aksi melompat tinggi-tinggi. Bermula dari percutian Msjbox di Sedili dulu, pose melompat ni mesti akan repeat berulang-ulang kali. Kali ni aksi ni diambil di laluan tambak ke Pulau Melaka. Sebelum ni kami pernah ke situ pada percutian Msjbox tahun lepas. Jadi kali ni kami kembali semula ke tempat yg sama utk melihat suasana matahari terbenam pula. Tapi sebelum balik tu, lompatlah dulu jawabnya hehe. Sampaikan si Haqim yg kecik pun dah pandai kata "Jap.. jap tunggu! Ambik lagi! Haqim pun nak lompat juga"... "Satu!" "Dua!" "Lompattttt!!!" hehehe




P/S - Mama dgn ayah dia tengokkan ajelah. Kalau melompat sama, nanti orang kata buang tebiat pulak gamaknya hehe.

Nukilan:

Sedingin Air Di Kolam



Sesuai dengan tajuknya, itulah misi percutian Chinese New Year tahun ni. Biasanya sekitar tahun baru cina cuaca mesti panas dan kering sebab CNY akan jatuh pada awal Februari iaitu musim pertukaran monsoon. Asalnya saya tak plan pun nak pergi bercuti kemana-mana sebab saya jangka saya nak relieve staff berbangsa cina. Maklumlah ni kan perayaan dorang, jadi saya kenalah stay bekerja. Tapi last minute saya tanya boss besar samada boleh tak kalau saya pun nak ambik cuti juga, tak sangka dia jawab OK, apalagi submit ler cepat2. Masalahnya bila ambik cuti last minute macam tu ialah apa nak dibuat dan nak kemana? Terus saya surf segala resort dan hotel dan seperti yg dijangka semuanya fully booked. Nasib badan. Akhir sekali saya suggest utk terjah ke Melaka aje, lagipun Melaka tu dah on the way ke JB. Saya cadangkan utk ronda2 Melaka dan cuba2 nasib cari tempat penginapan utk bermalam di mana2 hotel yg berdekatan dgn pusat bandar. Kalau tak dapat, petang tu juga niatnya nak teruskan perjalanan balik ke kampung aje. Nak dijadikan cerita, setelah berpusing2 dan turun naik registration counter akhirnya dapat juga tempat utk bermalam siap dgn pool sekali. Lega rasa hati. Dapatlah kami menyejukkan badan bermandi-manda dalam cuaca panas dan hangat ni. Lepas je check-in, kami meronda keluar cari restoran utk isi perut dulu. Jenuh juga mencari sebab semua kedai tutup. Selepas puas berpusing ternampak satu restoran yg buka. Tapi tak makan kat situ, kami tapau bawak balik. Lepas je dah kenyang isi perut, kami tak tunggu lama dan terus je terjun ke kolam selepas tu. Cuaca panas2 macam ni, memang ini lah ubatnya hehe.





P/S - Gambar yg last tu diambil masa hari nak checked-out. Sebelum balik pun masih sempat lagi berendam sepanjang pagi hingga ke tengahari. Maklumlah cuaca panassss!! hehe..

Nukilan:

Wednesday, February 10, 2010

Kemana Cuti Cuti Nanti

Ke mana agaknya destinasi kawan2 semua pada cuti CNY ni erk..? Aku pun tak tahu ke mana sebenarnya nak bawak anak2 pergi bercuti. Memang tak plan nak bercuti jauh2 sangat pun. Hanya sekadar yang di dalam Malaysia jer hehehe. Yang gambo2 kat bawah ni antara destinasi yang dirancangkan, tapi tak pasti lagi. Tu ler tak tahu mana satu nak pilih, tengah buntu ni hehehe. Antara dua destinasi ni tak tahu mana satu nak pegi. Entah lah erk.... harap2 ada yang bole membantu ke mana agaknya tempat yang sesuai untuk dilawati selain dua tempat ni. Cuti sekolah anak2 tak sama pulak tu, sekolah rendah naik 17hb Feb. Sekolah menengah pulak cuti selama seminggu. Jadi payah nak plan cuti lama2 ni kan :D



Pilihan pertama adalah Jalan2 ker Pulau Pinang, teringin nak sampai kesana. Biasa ler aku lom pernah sampai kesana. Lagi pun teringin nak melintas kat jambatan Pulau Pinang tu. Jangan nanti bila dah sampai kat jambatan tu terus nak balik pulak... baru haru jadinya hehehe. Saja nak jalan2 ke sana mana tau ada kawan2 yang bole bawak aku makan nasi kandar yang popularrrr kat sana ker ( ni sape nak belanja sape ni nanti) hehehe. Atau ada tempat2 yang menarik selain dari nasi kandar tu, tolong bagi tau okey.



Pilihan kedua nak ke Rantau Abang di Terangganu. Teringin melihat penyu bertelor, jangan sampai bertelor dahi dok tunggu penyu tu dah ler hehehe. Rasanya bole ker jumpa penyu naik kedarat...? Emmm.... tak tau ler kesampaian ker tidak impian aku ni ngeee.... Kalau nak mandi manda kat pantai tu, emm.... akan ku fikirkan 10 kali kalau nak mandi dalam laut ni. Lain ler kalau mandi dalam poll yang tu aku suka.... Tak payah suruh pun aku sanggup terjun hehehe.



Pilihan yang ketiga nak cuti dari masak2, kalau bole nak gantung periuk dan kuali selama seminggu hahahaha. Biasa lah kalau dah berjalan jauh ni semua nya nak keluar duit, baik sewa hotel, makan, minyak dan tol. Jadi sediakan lah duit yang berkepuk2 ya kawan2 hehehe.

Okey selamat bercuti pada semua kawan2, hati2 bila memandu semoga kita akan selamat sampai ke tempat yang hendak di tuju. Begitu juga untuk diri sendiri, hati2 selalu. Pastikan rumah dikunci, check semua pintu dan tingkap. Dan yang penting pesan pada jiran berdekatan tolong tengok2 kan rumah kita juga. Tinggalkan no HP jika perlu, semoga senang untuk jiran kita hubungi kembali jika berlaku apa2 pada kediaman kita nanti.

p/s: Pesanan untuk semua : PANDU DENGAN CERMAT JIWA AKAN SELALU SELAMAT. Jadi lah pemandu yang berhemah, jika mengantuk rehat kan diri seketika di kawasan R&R yang berdekatan. Selamat bercuti cuti ya :DD

Nukilan:

Thursday, February 4, 2010

Kau Menyinari HidupKu

Kali ni entri lain dari yang lain, saje jer nak bawa teman2 semua layan lagu ni. Lagu you light up my life penyanyi nya Deborah Ann Boone atau Debby Boone. Lagu ini diterbitkan pada tahun 1977 dan menjuarai carta billboard selama sepuluh minggu berturut-turut. Jadi kepada sesiapa yang pernah mendengar lagu ini namun tidak mengetahui penyanyi asalnya inilah dia Debby Boone. Aku suka layan lagu ni, sekali2 nak karaoke kat rumah. Dah bertahun rasanya tak test suara hehehe.





You Light Up My Life
So many nights, I’d sit by my window,
Waiting for someone to sing me his song.
So many dreams, I kept deep inside me,
Alone in the dark, but now you’ve come along.

And you light up my life,
You give me hope, to carry on.
You light up my days
And fill my nights with song.

Rollin’ at sea, adrift on the waters
Could it be finally, I’m turning for home
Finally a chance to say, “Hey, I Love You”
Never again to be all alone.

And you light up my life,
You give me hope, to carry on.
You light up my days
And fill my nights with song.

You, you light up my life
You give me hope to carry on
You light up my days
And fill my nights with song
It can’t be wrong, when it feels so right

Cause you, you light up my life



Nukilan:

Tuesday, February 2, 2010

Bila Makan, Teringat Bapak...




Makan bubur lambuk ni akan teringat arwah bapak. Masih terdengar2 suara bapak kata nak makan bubur lambuk masa aku balik Jb hari tu. Menitis air mata bila teringat balik. Masa tulis entri ni pun tergenang airmata aku. Selalu nya bubur lambuk ni akan ada masa bulan puasa jer. Jadi kami tak tahu mana nak cari kat JB time tu. Masa dah balik KL aku ada cakap kat adik aku, kat pasar tani Danau Kota ada jual. Tapi tak tahu pulak bila nak turun JB lagi. Nak di jadikan cerita, hari yang aku balik Jb tu aku tak teringat nak beli. Entah kenapa pagi tu memang nampak pakcik tu jual bubur lambuk ni. Macam menyesal sangat2 aku waktu tu. Bila dah sampai Jb arwah bapak dah tak dapat nak makan. Minum pun hanya 2 sudu jer, sedih betul bila ingat2 kan balik.

Selepas dah selamat semua perkebumian bapak, ada sedara bagi tahu kat Hospital Sultanah Aminah ada orang jual bubur lambuk ni. Apa nak buat dah terlambat kan, jadi aku tolong makan kan untuk arwah bapak. Memang aku pun suka sangat2 bubur lambuk ni. Kalau kat KL ni bubur lambuk Kg Baru lah. Kalau bulan puasa jiran belakang rumah tu mesti bagi aku sebungkus. Selera aku dengan arwah bapak memang ada sama, arwah bapak tak makan taugeh begitu juga aku. Ada juga sayuran yang kami berdua tak suka makan. Kini hanya tinggal kenangan yang terindah bagi aku. Sedihnyaaaaaaa....... bakkkkk....

Semoga arwah bapak akan bersemadi dengan aman disana, doa dari anak mu selalu agar roh bapak akan dicucuri rahmat dan sentiasa ditempatkan bersama orang2 yang beriman, aaaminnnn....

Nukilan:

Timun Kembar



Timun kembar atau apa saje buah buahan yang berkembar macam ni, dah banyak kali aku jumpa. Sebelum ni beli pisang mas pun ada gak yang bercantum dua. Kalau orang tua dulu2 kata jangan makan buah yang bercantum dua ni. Nanti bila beranak akan dapat anak kembar yang bercantum. Wallahualam.... aku tak tahu kebenaran dari cerita tersebut.

Buah timun ni adik aku yang bagi bersama sayuran yang lain. Sebenarnya aku pun tak tahu nak masak atau tidak timun ni. Kalau biarkan macam tu saja sayang pulak kan. Sampai CM kata semalam dengan nada gurau... "Jangan makan buah timun tu, kang dapat anak kembar melekat". Hisss.... sabar jer lah tak der makna nya aku nak beranak lagi ayang oii hehehehe.

P/S: Apa nak buat dengan buah timun ni...?? Nak makan atau bior jer...

Nukilan:

Thursday, January 28, 2010

Pelangi Petang



Betapa indah ciptaan Allah hingga kadang2 sampai kita leka bila terlalu asyik memikirkan nya. Gambar pelangi ni aku sempat shoot semalam petang lebih kurang pukul 5.55 petang semalam. Duduk2 kat balkoni dengan cuaca yang gerimis2 manja gitu. Tak lama muncul pelangi ni, apa lagi terus capai DSLR my laling CM. Walau pun tak pandai nak godeh2 kamera tu okey ler bole lah shoot dengan tempat yang kurang menarik. Bukan apa takut lensa CM tu terkena hujan yang dah mula turun. Suka tengok pelangi sebab teringat kata orang tua dulu2. Bila ada pelangi cepat pergi kejar hujung pelangi nanti akan jumpa gayung emas hehehe. Tu semua nya cerita dongeng orang dulu2 jer. Tapi kalau ada pun mana kan mungkin kita akan jumpa sebab tak tahu kat mana hujung pelangi tu.



Selalu gak layan cerita Laskar Pelangi di tv astro chanel 952. Memang menarik cerita ni tengok banyak kali pun tak pernah jemu. Kisah satu perkampungan di Pulau Belitung Indonesia. Sekerat lirik lagu Laskar Pelangi yang sering aku nyanyikan kat ceruk dapur... (anak dara jangan nyanyi kat dapur nanti dapat laki tua kih kih kih). Orang tua2 ler yang kata :DD

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau ini kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita


laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi


menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah syurga

bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

selamanya...

Nukilan:

Sunday, January 24, 2010

Terima Kasih Teman-Teman



AL-FATIHAH ... buat arwah bapa dan mak CT, Yahya bin Yacob dan Nadier binti Samsuddin

Assalamulaikum.... Dan salam buat kawan2 semua yang masih sudi singgah diblog ini. Terima kasih juga pada semua yang mendoakan untuk arwah bapa CT yg telah kembali ke rahmatullah pada pukul 2:40 ptg hari selasa yg lepas. Tiada apa yang dapat CT katakan, hanya ucapan terima kasih berbanyak2 atas ingatan kawan2. Harap maaf jika CT tak dapat nak membalas sume mesej2 dari kawan2 semua. Baru ni ada sedikit ruang dan dapat luangkan masa di depan tenet. Ingatan dan doa dari kawan2 semua hanya Allah saja yang dapat membalas nya.

Alhamdulillah kami selamat sampai dari JB semalam selepas selamat menguruskan tahlil di hari yg ketiganya pada jumaat yg lepas. Anak2 akan mula ke-sekolah dan CM pun dah naik keja semula esok. Untuk majlis tahlil hari yg ke-7 nanti akan CT buat sesama ahli keluarga sendiri di rumah je nanti. CT pohon minta didoakan semoga arwah bapa CT ditempatkan diantara orang2 yang soleh dan dicucuri rahmat hendaknya... Aminnn. Terima kasih sekali lagi dari CT dan CM untuk kawan2 semua.


p/s: Jutaan terima kasih pada Lin dan juga Kasawari serta isteri yang sudi menziarah arwah dan sama2 membacakan surah yasin pada hari kepergian arwah bapa CT tersebut.

Nukilan:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More