Selamat Datang Ke Laman Blog Che Mat Dan Che CT.

Di Sini Kami Berkongsi Segala Kisah Suka Dan Duka Kehidupan Dalam Bahtera Pelayaran Kami Sebagai Suami Dan Isteri. Semoga Perkongsian Ini Dapat Memberi Manfaat Kepada Sesiapa Saja Yang Berkunjung Ke Blog Kami. Semoga Perkara Yang Baik Dapat Di Jadikan Tauladan.

Kami Juga Berharap Semoga Laman Blog Ini Juga Dapat Membuka Pintu Persahabatan Di Antara Kami Dan Semua Blogger-blogger Di Luar Sana.

Salam Sayang Untuk Semua Yang Berkunjung Ke Laman Blog Taman Syurga Abadi

Saturday, July 10, 2010

Photo outing ke Jeram Sg. Tua



Dah lama giler saya tak bermain dengan kamera saya. Nasib baiklah saya simpan dalam dry cabinet. Kalau letak kat luar je dah lekat fungus agaknya. Maklumlah, busy tahap gaban.

Atas sebab tu, semalam bila kawan saya (Wan Mad, yg shoot gambar saya tengah beraksi kat atas tu dgn geng opis saya juga, Din ISD) mengajak utk outing ambik gambar ke jeram sungai berdekatan area selangor, saya tak berfikir panjang lantas terus bersetuju. Kami bertolak awal pagi dan tiba di jeram Sg. Tua lebih kurang pukul 7:45 pagi. Setibanya kami di lokasi yg dituju, kabus pagi masih lagi berbaki. Jadi dapatlah kami mengabadikan beberapa shots gambar yg mengandungi Ray of Lights yg asli. Jika berkesempatan lagi, saya pasti akan menyusul utk sesi yg kedua pula sebab itulah pengalaman pertama saya mengambil gambar scenery dalam hutan yg mengakibatkan saya rasa bercelaru dan jadi kurang kreatif utk berekspresi. InsyaAllah saya akan menyusul utk outing kedua nanti jika berpeluang sebab outing yg ini saya rasa kurang berpuas hati.








Nukilan:

Monday, July 5, 2010

Kali Kedua Ke UiTM



Cerita hari Ahad yang tertangguh nak update. Sejak2 ni memang tak der mood nak buat apa2. Nak update Blog pun dah macam tak der cerita jer nak disampaikan kat sini. Padahal banyak benda dan ada jer gambo2 yang diambil. Dah namanya malas macam2 lah nak buat helah kan... hehehehe.

Gambo kat atas ni masa melawat Lily kat UiTM hari Ahad. Bertolak pun dah pukul 10 pagi lebih kurang. Memang dah plan nak masak2 untuk Lily mula2, tapi Lily kata tak payah masak2 sangat. Kesian kat mama masak sorang2 katanya. Cukup bawakkan dia sandwich dan jajan2 cukup ler. Tapi kesian lak kalau tak bawak makan2 bila melawat dia kat sana. Nak tak nak buatkan juga lah bubur pulut hitam yang Lily nak makan sebelum dia masuk U kelmarin. Lain kali kalau nak gi sana lagi, kena bawak nasi dan lauk2 yang Lily suka bior dia makan sampai kenyang. Ada gak parents yang bawak makanan macam nak gi picnic jer.. hehehe. Alhamdulillah.... Lily sihat dan nampak sedikit susut dan putih jer duk kat sana. Nanti dah lepas2 ni naik balik lah badan dia tu. Seminggu sebelum ni Lily tak tido dengan sempurna dan masa makan tu macam kelam kabut sikit lah. Maklum ler terkejar2 masa dan dapat rehat pun bila tengah malam jer. Awal2 subuh dah nak bangun balik, tido pun hanya 2jam jer lebih kurang. Kesian lak, tapi itu semuanya sementara saja.

Laptop tu my laling CM yang hadiahkan untuk anak aku Lily. Bukan main suka lagi dia, yalah lama dah dia nak ada laptop sendiri. Akhirnya dapat juga... hehehe. Laptop ni untuk kesenangan Lily bila nak buat assignment nanti. Tu lah yang tak nak belikan awal2 kang asik dok bertenet jer kat dalam bilik... ekekeke. Bila lagi dapat melawat Lily erk..? kena tunggu 29hb masa birthday dia lah nampaknya. Kalau Lily baca kat blog mama ni, time ni family sedang rindu kat Lily tau. Mama, ayah dan adik2 semua sayang kakak. Jaga diri selalu kat sana ya, ingat selalu pesan mama dan ayah. Salam kerinduan untuk Lily... muahhhhhh!!


Nukilan:

Tuesday, June 29, 2010

Hari Pendaftaran Siswi - UiTM


Salam semua, Lama dah tak berupdate blog ni. Balik dari hantar Lily ke UiTM tu hari, memang tak der mood nak buat apa2. Apalagi diri aku ni, diselubungi kesedihan lepas berpisah dengan anak tersayang. Sape tak sayang dan sape tak rindu kat anak, kalau sebelum ni memang tak pernah berpisah jauh dan lama pulak tu. Bila dah sampai rumah tu, tengok barang2 Lily kat bilik, meleleh gak airmata seorang ibu ni. Itu lah orang kata, masa dia ada kita asik nak bergaduh dan marah jer bila tak dengar kata kita. Tapi bila dah tak ada depan mata ni rindu pulak rasanya. Dalam 2-3 arini ada gak call sekali dan bersms bertanya khabar, macamana keadaan dia kat sana. Katanya penat sangat2 sampai nak makan pun main telan jer tak sempat nak kunyah... hehehe. Tido pun hanya 2 jam jer satu hari, memang sibuk dalam masa 1 minggu ni. Tu yang tak nak ganggu Lily sangat. Kasi dia sesuaikan diri kat sana, biar Lily belajar hidup berdikari. Macamana rasanya bila hidup sendiri tampa bantuan mama dan ayah dia. Tak mengapa lah bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian harinya. Kesian lak bila ingat2 kan dia terkejar kesana sini. Doa dari kedua ibubapamu moga anakku sentiasa sihat, dilindungi ALLAH selalu dan jangan lupa tunaikan solat.

Bangunan kat atas tu tempat penginapan asrama Siswi. Memang selesa cuma biasalah dalam satu bilik tu kena berkongsi dalam 3-4 orang.

Laluan tengah kebilik Lily. Yang ni my laling CM yang amik... hehehe. Saje jer nak tunjuk situasi hari pertama mak bapak hantar anak2 diaorang kesini. Memang ramai, riuh dan macam2 kerenah bole tengok time tu... hehehe.

Abadikan kenangan kat depan bilik Lily. Bilik 401 nombor bertuah kot ... hehehe. Masa ni baru sampai, penat mendaki tingkat 4 dan bilik paling hujung sekali. Tapi okey lah bilik tak terlindung dengan diiding orang lain. Situasi pun tenang dan ada hembusan angin sepoi2 bahasa gitu... ekekeke.

Tiga dara pingitan, masih blom berpunya... jeng.. jeng.. jeng.. hehehe. Ini lah member2 roommate Lily. Nasib baik cuma 3 orang jer tak ler sempit sangat nak study nanti kan. Yang baju biru tu Huda dari Greek Perak. Yang duduk tu Ifa lak dari Subang KL. Adalah member dari KL okey lah kalau nk balik pun ada kawan kan. Suka kat Huda tu comel betul kalau dia ketawa... hehehe. Semoga anak2 ini akan berjaya sampai menerima segulung ijazah... InsyaALLAH.

Yang ni katil Lily, tengok tu ada gak teman untuk dia tido. Memang berkepit jer lah nanti dengan Spongebob tu... hehehe. Kale apa tu..? pepel lagi.. hehehe

Permandangan dari tingkat 4 kat belakang asrama siswi. Masa ni tak dapat nak parking kat sini, sebab dah penuh. Jadi kena parking jauh kat padang bola... huhuhu menapak jauh gak ler time tu.

Berehat sekejap melepaskan lelah selepas my laling CM keletihan memikul beg besar dan berat dari bawah hingga tingkat 4. Cuba korang bayangkan berat beg baju Lily tu anggaran 70 kilo atau lebih. Macam pikul 2 tong gas lah lebih kurang. Tapi my laling CM bole pikul sorang2 sampai tingkat 4 naik tangga. Tak der lif okey... hehehe. Tak apa katanya, kerana anak nak belajar apa pun my laling CM sanggup buat. Memang aku sangat2 bangga dengan suamiku seorang ni.

Masa ni my laling CM dalam bas nak dengar taklimat. Aku dah tak sanggup nak kemana2 dah penat, letih dan mata mengantuk sangat2. Jadi hanya wakil dari ayah Lily jer yang pegi. Taklimat ni kena dengar sebab untuk kesenangan kita gak kalau ada apa2 nanti kan senang.



Sempat lagi bergambo dengan Lily sebelum taklimat untuk Siswi bermula. Masa ni Lily dah keletihan sangat. Lapor pun ya gak dari subuh kita orang gerak sampai petang lom makan apa2 lagi. Tambah lak cuaca time tu panas dan kering. Ada gak gerai2 yang menjual kat situ. Tapi banyak yang dah habis. Cuma beli milo ais jer lah hilangkan dahaga.

Situasi yang memang aku dah tak bole nak tahan dari memangis dan menangis.... saat berpisah dengan Lily time ni. Ada gak mata yang memandang pun ikut sayu bersama. My laling CM dan adik2nya pun dah tak bole nak tahan2 dah, turut sama mengalirkan airmata. Perpisahan sebeginilah yang kami sekeluarga tak dapat nak membendungnya. Bila salah satu keluarga akan pergi jauh memang terasa akan kehilangannya. Sebelum2 ni memang Lily tak pernah berpisah sebegini jauh dan lama. Nak lepaskan anak dara aku sorang ni rasanya dah berbakul2 pesanan aku cakap kat Lily. Yalah bimbang gak kalau dah duduk jauh2 ni kan. Macam2 benda bole terjadi, Mudah2an janganlah ada pekara2 yang buruk berlaku dan mintak dijauhkan dari anak ku Lily... Amin. Sekarang ni pun ada lagi rasa sedih dan rindu kat dia, time nak balik macam tak sanggup nak lepaskan pelukkan sayang kat anak aku Lily. Rasa sedih dan rindu ni akan terasa setiap kali tengok bilik Lily... mama miss you so much.



Abadikan kenangan bersama ayah dan mama serta adik2 sebelum kami berangkat pulang. Doa dari kedua ibubapamu dan adik2 sume. Semoga kakak akan berjaya dan akan menjadi contoh pada adik2 dan menyambung cita2 mama dan ayah yang tak kesampaian dulu. Kakak harus pandai jaga diri dan sentiasa ingat pesan mama dan ayah. Dan yang penting jangan lupa solat ya. Berdoa dan ingat padanya selalu dan berusaha adalah tangga kejayaan. We love you so much.... muahhhhhh!


Nukilan:

Saturday, June 19, 2010

Dari Hijau ke Merah





Gambar kat atas tu sebenarnya adalah gambar lama yg saja je saya tempek utk tunjukkan waktu sebelum dan selepas. Tahun ni saya buat keputusan untuk bertukar selera. Yang saya maksudkan adalah bertukar selera untuk konsep warna dalaman rumah saya. Sebelum ni adalah warna hijau, tahun ni kami sepakat bertukar kepada warna merah dan pink.

Balik aje dari kampung pada hari ahad yg lepas, kami terus ke kedai cat, kedai furniture, dan home interior (minggu sebelum tu dah serbu ke IKEA). Kebetulan saya belum naik kerja lagi sebab ambil tambahan 2 hari lagi cuti tahunan. Anak-anak pula masih lagi bercuti sekolah jadi kami semua sama-sama memulakan operasi kami untuk transform rumah kami dari hijau kepada merah. dan setelah sakan bermandi peluh dan kepenatan akhirnya inilah hasilnya.







P/S - Walaupun letih tapi rasa puas sebab dapat menyempurnakan tugas meng'transform' bersama-sama.

Nukilan:

Friday, June 18, 2010

Wajah Wajah Keikhlasan.


Pertama kali sori berbanyak pada geng2 K.A.M.I.E sebab terlewat sikit update cerita sensasi semasa di JB itu hari. Masa ni kami semua pergi kemajlis pernikahan adik Retna di Batu Pahat. Minta maaf lah Lin bukan disengajakan atas kelewatan ini. Tapi Che CT duk mencari USB cable tak jumpa2. Mana letaknya pun tak tahu... hehehe. Cari punya cari ada dalam handbag rupanya... hehehe. Cuba perhatikan wajah2 kesayangan aku kat atas ni. Nampak serius bercampur gembira, muka aku lak macam terkejut sebab budak cameraman tu sibuk nak amik gambo anak dara n mak dara ni semua. Hisss..... buat malu jer duk tayang muka yang berminyak2 kat situ kan... hahaha. Apa pun sumenya hari tu berjalan dengan baik dan kami pun happy walaupun perjalanan ke rumah pengantin perempuan punyalah jauhhhhh. Tak der apa dah aku nak kata. Sebab kawan2 yang lain sume dah update, tinggal aku saje yang tertinggal... hahahaha.

Cakkkk!! Wajah keriangan terpancar dari muka si comel ABIN n mamanya. Comel sungguh Abin ni kan, time tu macam nak cubit2 jer pipi dia bior dia nangis... hahahaha. Hisss... tak baik tau buli budak kecik. Kang aunty Nana dia babap Che CT siapa nak tolong... hahahaha.





Kegembiraan, Ketulusan dan keikhlasan memang jelas nampak terpancar diwajah kedua pengantin baru ni. Sorilah tak ada gambar yang elok selain ni. Yang amik pun anak aku Azree. Ada yang nampak belakang badan pengantin lelaki jer yang banyak. Al-maklumlah masa nikah tu pengantin lelaki duduk membelakangkan kami. Jadi Azree pun main snap jer ler apa yang nampak... hehehe.

En Sabar sedang mencuba memukul beduk atau 'kentung' orang kampung aku panggil. Tak tau lah orang lain panggil apa benda ni erk..? Yang aku tahu kegunaannya ia akan dipukul bila masuk saje waktu solat dan jika ada kematian saje ia akan digunakan. Tapi kat kampung aku sekarang ni dah tak guna lagi dah. Tapi kat surau yang kami singgah tu masih ada lagi yang mengunakannya. Lihat tu En Sabar kita, ni pun aku curi2 amik gambo ni. Jangan mare ya En Sabar... huhuhuhu.



Singgah mengisi perut yang sedang kosong digerai area Batu Pahat. Lupalah pulak nama gerai tu. Apapun sume sudah kenyang melainkan aku, Lily dan Haqim jer yang tak nak makan. Saje diet dipagi hari... hehehe. Tengok tu muka Abang Shai dan Kak Lin kita, macam orang terkezut jer.. hehehe.



Kami bukan datang naik bendalah ni tau! Kenderaan macam ni memang tak dibenarkan berada diatas jalanraya. Kecuali jika ia berada diatas lori lain, erkkkk ... betul ker ni... hehehe. Ingat nak bawak balik letak kat depan rumah senang sikit aku nak gi menuai kat farmville nanti... hahahaha. Kale dia pun sama jerkan cuma yang ni besar sikit lah dari kat farm tu ... ekekeke.

Nukilan:

Tuesday, June 8, 2010

Alhamdulillah.... Dapat Juga Akhirnya.


Alhamdulillah.... Termakbul juga impian kami untuk memiliki tv flat screen 42 inci ni. Orang lain semua dah lama "menikmatinya", tapi kami baru ni dapat merasainya... hehehe. Ni semua kerana anak2 bujangku dan my laling CM nak tengok bola lah ni. Kalau tidak kempunanlah aku nak merasa tengok kat tv besar ni... hehehe. Nun jauhhhh... aku dengan my laling CM import tv ni tau. Meredah jammed kat MRR2 hampir 1 jam lamanya. Berkat kesabaran (walaupun mengomel2 gak dalam keta tu) akhirnya sampai juga kami ketempat yang hendak dituju... fuhhhh! berat sangat2 tv ni. Tapi tak mengapa yang penting kami sekeluarga sangat2 berpuas hati. "Terima kasih ya sayang, sebab belikan tv baru untuk ayang dan anak2". Mula2 tu ingat nak letak tv lama kat bilik anak2 bujang, tapi tak jadi. Karang Azree, Daniel dan Haqim makin syok main game. Cepat rosak lah tv tu. Pakailah tv kecik tu sudah... huhuhu. TV yang lama tu letak kat dalam bilik tido utama baring2 pun boleh layan sekali... hehehe. Rasanya kalau main game farmville kat tv besar tu syok gak kan, puas mata memandang... ekekeke.


Lepas siap my laling CM pasang itu ini, terus layan DVD Iron Man 2. Emm... memang memuaskan. Nak baca sarikata pun, aku tak payah pakai cermin mata lagi. Sekarang ni dah cukup terang dan jelas... ekekeke.


Abaikan lah anak bujang aku yang cekeding tu ya. Kepenatan dia menolong buang2 habuk segala yang terkumpul kat belakang kabinet lama tu. Aweks yang baju merah tu, cuma main tunjuk sana sini situ jer... hehehe.


Yang ini lak hadiah dari my laling CM untuk anak dara aku Lily. Belikan hp model Samsung GenoA Sweet Pink. Ini pun alah2 macam iPhone gak ler, main touch screen. Yang hadiah lagi satu tu kena tunggu nak masuk UiTM nanti baru beli. Tapi aku ada muskil sikitlah, sejak bila pulak Lily suka kale pink ni erk..? Bukan ker dulu dia suka kale hitam putih..? Kale pink tu aku yang suka. Lalalala.....


Horayyyy..! Sukanya aku..! Sebenarnya dah lama sangat aku menantikan bendalah ni. Kawan2 kat blog masak2 semuanya dah lama dok pakai. Tapi aku baru nak beli, apa pun aku bersyukur sangat2 apa yang aku dah dapat ni. Impian aku untuk memiliki breadmaker ni dah tercapai juga akhirnya. Ni pun hasil kesabaran jugalah dan kalau inginkan sesuatu kenalah banyakkan bersabar. Alhamdulillah... lepas ni tak payah susah2 nak menguli doh dengan tangan. Sekarang dah ada pembantu setia di Dapur CT. Kena rajin buat roti ler gayanya, anak2 pun memang suka makan roti. Sebelum2 ni main beli jer dekat kedai. Ini pun kena ucap terima kasih juga buat my laling CM sayang. Thanks laling... muahhhh! muahhh!


Belum sempat nak merasmikan lagi breadmekar ni. Kasi dia lepak2 santai dulu kat dapur. Bila dah puas dok possing sana sini, baru leh memanaskan badan dan memecahkan 'dara' buat kali pertama... hehehe.

Nukilan:

Wednesday, June 2, 2010

Penjaga Masa Yang Baru



Tersenyum simpul berposing kat balkoni sambil memegang beg hitam kecil. Kalau jiran kat depan rumah nampak mesti dia kata saya buang tebiat hehe. Sebenarnya saya baru balik dari kerja masa ambil gambar tu. Saja jer nak buang tebiat kejap sebab nak cari bahan nak post sebab dah berzaman saya tak menulis kat dalam blog ni.

Kat dalam beg hitam tu adalah hadiah yg saya beli utk diri sendiri di KL Pavillion masa lunch time siang tadi. Hadiah yg saya maksudkan adalah jam tangan yg baru. Jam yg saya pakai masa berposing kat dalam gambar tu dah berusia lebih 5 tahun jadi dah sampai masanya utk saya beli yg baru utk dipakai berganti-ganti dgn yg lama.

Mulanya ingatkan nak beli jenama Seiko tapi model chronograph yg saya berkenan tu harganya $1,700 lebih. Terasa macam mahal sangat. Tu yg saya beli jenama Ellesse je, murah sikit cuma $749 je (dapat saya jimat $1,000 hehe). Lagipun jam yg lama tu pun jenama Ellesse juga. So, saya kira okeylah tu.


Penjaga masa yg lama yg dah berjasa kepada saya lebih dari 5 tahun. Masih cantik dan utuh (Bak kata pepatah, alah membeli menang memakai)


Penjaga masa yg baru. Jenama dan jenis yg sama dgn yg lama. Saya memang gemar dgn jam jenis chronograph. Bezanya yg lama muka empat persegi, yg baru muka bulat.


Skodeng dari dekat. Maklumlah barang baru, berkilat-kilat tanpa sebarang kesan calar hehe.


Skodeng sket nama kedai dan regenya hehe..

P/S - Wife tanya kat saya, kenapa tak beli utk dia sekali. Saya jawab, beli jam bukan macam beli handphone. Beli jam, kene bawak yg puan punya badan sekali. Maklumlah, nanti nak kecikkan ukuran talinya ke apa ke kalau puan yg punya badan takde macamana.. Sabar ye Che CT.. hehe..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More