
Salam semua, Lama dah tak berupdate blog ni. Balik dari hantar Lily ke UiTM tu hari, memang tak der mood nak buat apa2. Apalagi diri aku ni, diselubungi kesedihan lepas berpisah dengan anak tersayang. Sape tak sayang dan sape tak rindu kat anak, kalau sebelum ni memang tak pernah berpisah jauh dan lama pulak tu. Bila dah sampai rumah tu, tengok barang2 Lily kat bilik, meleleh gak airmata seorang ibu ni. Itu lah orang kata, masa dia ada kita asik nak bergaduh dan marah jer bila tak dengar kata kita. Tapi bila dah tak ada depan mata ni rindu pulak rasanya. Dalam 2-3 arini ada gak call sekali dan bersms bertanya khabar, macamana keadaan dia kat sana. Katanya penat sangat2 sampai nak makan pun main telan jer tak sempat nak kunyah... hehehe. Tido pun hanya 2 jam jer satu hari, memang sibuk dalam masa 1 minggu ni. Tu yang tak nak ganggu Lily sangat. Kasi dia sesuaikan diri kat sana, biar Lily belajar hidup berdikari. Macamana rasanya bila hidup sendiri tampa bantuan mama dan ayah dia. Tak mengapa lah bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian harinya. Kesian lak bila ingat2 kan dia terkejar kesana sini. Doa dari kedua ibubapamu moga anakku sentiasa sihat, dilindungi ALLAH selalu dan jangan lupa tunaikan solat.
Bangunan kat atas tu tempat penginapan asrama Siswi. Memang selesa cuma biasalah dalam satu bilik tu kena berkongsi dalam 3-4 orang.

Laluan tengah kebilik Lily. Yang ni my laling CM yang amik... hehehe. Saje jer nak tunjuk situasi hari pertama mak bapak hantar anak2 diaorang kesini. Memang ramai, riuh dan macam2 kerenah bole tengok time tu... hehehe.

Abadikan kenangan kat depan bilik Lily. Bilik 401 nombor bertuah kot ... hehehe. Masa ni baru sampai, penat mendaki tingkat 4 dan bilik paling hujung sekali. Tapi okey lah bilik tak terlindung dengan diiding orang lain. Situasi pun tenang dan ada hembusan angin sepoi2 bahasa gitu... ekekeke.

Tiga dara pingitan, masih blom berpunya... jeng.. jeng.. jeng.. hehehe. Ini lah member2 roommate Lily. Nasib baik cuma 3 orang jer tak ler sempit sangat nak study nanti kan. Yang baju biru tu Huda dari Greek Perak. Yang duduk tu Ifa lak dari Subang KL. Adalah member dari KL okey lah kalau nk balik pun ada kawan kan. Suka kat Huda tu comel betul kalau dia ketawa... hehehe. Semoga anak2 ini akan berjaya sampai menerima segulung ijazah... InsyaALLAH.

Yang ni katil Lily, tengok tu ada gak teman untuk dia tido. Memang berkepit jer lah nanti dengan Spongebob tu... hehehe. Kale apa tu..? pepel lagi.. hehehe

Permandangan dari tingkat 4 kat belakang asrama siswi. Masa ni tak dapat nak parking kat sini, sebab dah penuh. Jadi kena parking jauh kat padang bola... huhuhu menapak jauh gak ler time tu.

Berehat sekejap melepaskan lelah selepas my laling CM keletihan memikul beg besar dan berat dari bawah hingga tingkat 4. Cuba korang bayangkan berat beg baju Lily tu anggaran 70 kilo atau lebih. Macam pikul 2 tong gas lah lebih kurang. Tapi my laling CM bole pikul sorang2 sampai tingkat 4 naik tangga. Tak der lif okey... hehehe. Tak apa katanya, kerana anak nak belajar apa pun my laling CM sanggup buat. Memang aku sangat2 bangga dengan suamiku seorang ni.

Masa ni my laling CM dalam bas nak dengar taklimat. Aku dah tak sanggup nak kemana2 dah penat, letih dan mata mengantuk sangat2. Jadi hanya wakil dari ayah Lily jer yang pegi. Taklimat ni kena dengar sebab untuk kesenangan kita gak kalau ada apa2 nanti kan senang.


Sempat lagi bergambo dengan Lily sebelum taklimat untuk Siswi bermula. Masa ni Lily dah keletihan sangat. Lapor pun ya gak dari subuh kita orang gerak sampai petang lom makan apa2 lagi. Tambah lak cuaca time tu panas dan kering. Ada gak gerai2 yang menjual kat situ. Tapi banyak yang dah habis. Cuma beli milo ais jer lah hilangkan dahaga.

Situasi yang memang aku dah tak bole nak tahan dari memangis dan menangis.... saat berpisah dengan Lily time ni. Ada gak mata yang memandang pun ikut sayu bersama. My laling CM dan adik2nya pun dah tak bole nak tahan2 dah, turut sama mengalirkan airmata. Perpisahan sebeginilah yang kami sekeluarga tak dapat nak membendungnya. Bila salah satu keluarga akan pergi jauh memang terasa akan kehilangannya. Sebelum2 ni memang Lily tak pernah berpisah sebegini jauh dan lama. Nak lepaskan anak dara aku sorang ni rasanya dah berbakul2 pesanan aku cakap kat Lily. Yalah bimbang gak kalau dah duduk jauh2 ni kan. Macam2 benda bole terjadi, Mudah2an janganlah ada pekara2 yang buruk berlaku dan mintak dijauhkan dari anak ku Lily... Amin. Sekarang ni pun ada lagi rasa sedih dan rindu kat dia, time nak balik macam tak sanggup nak lepaskan pelukkan sayang kat anak aku Lily. Rasa sedih dan rindu ni akan terasa setiap kali tengok bilik Lily... mama miss you so much.


Abadikan kenangan bersama ayah dan mama serta adik2 sebelum kami berangkat pulang. Doa dari kedua ibubapamu dan adik2 sume. Semoga kakak akan berjaya dan akan menjadi contoh pada adik2 dan menyambung cita2 mama dan ayah yang tak kesampaian dulu. Kakak harus pandai jaga diri dan sentiasa ingat pesan mama dan ayah. Dan yang penting jangan lupa solat ya. Berdoa dan ingat padanya selalu dan berusaha adalah tangga kejayaan. We love you so much.... muahhhhhh!
Nukilan:








































