Apa penerimaan anda yang mula-mula sekali bila terbaca Tajuk entri ini? Sebenarnya tajuk entri ini telah diedit sedikit oleh saya untuk melindungi rona keterlaluannya dari terlalu menonjol. Maklumlah kita orang melayu sangat 'fobia' dgn perkataan seks. Oleh itu, saya telah menggunakan perkataan syok untuk menggantikan perkataan tersebut. Dengan erti kata lain jika anda ternampak perkataan 'syok' dalam entri ini selepas ini, sebenarnya ia adalah gantian kepada perkataan itu. Lebih elok sedikit begitu bukan? Bagaimanapun, jika respon yg pertama sekali muncul dikepala otak anda bahawa tajuk ini tidak sesuai utk pembacaan anda dan anda sangat fobia dengan perbincangan tentang 'syok', sila klik
Wah.. nampaknya anda masih setia utk meneruskan pembacaan anda. Haruskah saya ucapkan syabas kerana keterbukaan anda? hehe.. Sebenarnya penulisan ini hanyalah omongan kosong saya yang ingin dikongsikan bersama semua. Oh ya.. jika anda perasan, tiba-tiba sahaja saya menggunakan kata ganti diri 'Saya' didalam entri ini. Tidak seperti di entri-entri yg sebelumnya dimana saya menggunakan kata ganti diri 'CM' atau 'kita'. Tetapi yang sebenarnya tiada apa-apa sebab yg tertentu saya menggunakan kata ganti diri 'saya'. Cuma saya rasakan penulisan kali ini agak berat jadi saya rasakan, 'saya' lebih sesuai. Dan mengapa pula tiba-tiba saya menulis entri yg agak panas dan berat begini? Juga tiada sebab yg istimewa. Hanya sekadar utk menambahkan sedikit warna pada blog saya yg saya rasakan sudah mula condong ke arah blog masakan barangkali.
Nampaknya saya dah melalut dari tajuk asal. Baiklah. berbalik kepada isu yg ingin saya diskusikan disini...CINTA versus SYOK. Bagaimana harus saya mulakan ya?
Baiklah.. mungkin saya boleh mulakan begini. Rata-rata pendapat mengatakan bahawa Perempuan lebih mengutamakan Cinta manakala Lelaki lebih mengutamakan syok. Saya tak tahu bagaimana pendapat anda namun bagi saya pendapat itu adalah berat sebelah dan tidak selalunya benar dalam kebanyakan aspek dan keadaan. Tetapi untuk menidakkannya juga adalah tidak begitu tepat. Namun demikian, kita harus mempunyai suatu prinsipal yg kukuh bila mempertahankan sesuatu. Secara peribadi bagi saya, tidak kira samada lelaki atau perempuan, keutamaan kepada kedua-dua perkara itu adalah sama. Cuma dari sudut mana kepentingan perkara itu dilihat dan keutamaan yg diberikan kepada kedua-duanya saja yg berbeza. namun yg paling penting, kedua-duanya iaitu Cinta dan Syok haruslah diseimbangkan dan ianya memerlukan komitmen, persefahaman dan persetujuan dari kedua belah pihak utk melaksanakannya dengan betul.
Tidak perlu disanggah, cinta memang komponen yg mesti ada dalam perhubungan dua insan. Tanpa cinta, hubungan akan jadi hambar. Jika suatu perhubungan boleh diibaratkan seperti mee hailam, ianya seperti mee hailam yang tiada ajinomoto. Tetapi jika mee hailam itu hanya sekadar ditambahkan ajinomoto, rasanya masih kurang sedap. Ia perlu ditambahkan dengan garam secukup rasa untuk menjadikan rasanya lebih sempurna. Begitulah kaitannya akan kepentingan syok dalam konteks yg saya maksudkan (Bila saya maksudkan syok, sudah tentunya syok antara suami isteri ya.. syok yang selain dari itu adalah haram).
Yang sebenarnya, saya terasa hendak menulis tentang isu ini bila saya terbaca suatu kenyataan dilaman web yang saya sudah tidak ingat addressnya yang berbunyi begini... "Perempuan memberikan syok utk mendapatkan cinta"...."Lelaki pula memberikan cinta utk mendapatkan syok". Tidakkah kenyataan itu agak prejudis? Saya terus membayangkan yang barangkali penulis kata-kata tersebut adalah seorang wanita. Namun bila saya renung-renungkan semula maksud yg tersirat disebalik kata-kata itu, saya dapat mengesan ada sedikit kebenarannya. Namun bagi saya ia tetap prejudis sebab ia tidak boleh dirangkum secara majmuk begitu.. sebab tidak semua wanita yang begitu.. dan tidak semua lelaki yang begitu. Anda setuju dengan pendapat saya?
Wah.. semakin panjang saya menulis semakin melalut-lalut pulak nanti saya jadinya. Dan sebelum saya berubah menjadi penulis isu-isu yang berat, saya rasa lebih baik saya hentikan penulisan saya untuk isu cinta dan syok ini sampai di sini dahulu. Hehehehe.
P/S - betapa saya cuba lari dari imej penulis blog masakan, namun saya masih menggunakan mee hailam sebagai gambaran. adoilaa.. rosak dgn makanan dah saya ni..hehe
Nukilan:









1 comments:
tula, makan nasik minyak byk sgt CM ni.ekeke.
tapi tiada salah dalam sifat keterbukaan ini.
Post a Comment